2018-05-04

Maudie



Another biography movie.

Yang sebetulnya aku nak sangat tengok cerita ni sebab ada Ethan Hawke.
Because jarang nak nampak Ethan berlakon jadi selebet, sebab dia ni sejenis makhluk hensem.

Maudie ni one of the most beloved folk artists di Canada.
Cerita tentang Maudie, dia ada kecacatan pada fizikal.
Kaki dia crooked sikit, pastu badan dia jadi kecik and twsisted sikit due to childhood disease.
At the same time dia menderita painful arthritis all her life.
Hidup Maudie ni boleh dikatakan dari sejak lahir sampai ke mati dalam kemiskinan dan sengsara.
Adik dia sendiri buang dia, letakkan dia kat jagaan makcik.
Makcik pulak anggap dia tak boleh berdikari, too many restrictions makcik dia buat untuk dia.
Walaupun masyarakat anggap dia ni macam tak boleh diharap apa pun, she was determined to live a full life.

One day Maudie nampak advertisement someone looking for a housekeeper.
The house belongs to a bachelor age 40, lelaki.
Lelaki ni jual ikan, at the same time buat macam-macam kerja for a living, jadi rumah dia tak terjaga as well as makan minum.
Mula-mula dia tak yakin dengan Maudie sebab tengok Maudie macam nak bawak badan sendiri pun tak terdaya, but at last dia cuba jugak Maudie sebab dia takde pilihan lain.

Disebabkan dah tinggal serumah dan tido sekatil (rumah tu terlampau kecik for an extra bed), Maudie mintak laki tu kawen dengan dia.
So this lelaki kawen dengan Maudie.
Dari jalan cerita ni, dorang kawen bukan sebab cinta tapi sebab masing-masing perlukan each other.
They took care of each other.
Maudie uruskan rumah, lelaki tu take care of her too.

Macam rumahtangga yang lain, they shouting, insulting, arguing, and lost tempers too.
Tapi one thing yang buatkan dorang stay sebab masing-masing cuba faham each other.

Maudie ni ada satu bakat terpendam.
Dia suka melukis.
Masa dia duduk rumah takde keje nak buat, dia akan lukis kat dinding, pintu and tangga rumah.
One day, a lady came untuk mintak husband dia carikan ikan.
Tapi waktu tu husband dia tak kat rumah, keluar gi keje.
So this lady tertarik dengan lukisan-lukisan Maudie kat dinding.

Hari yang laki dia pi hantar ikan rumah that lady, Maudie ikut sekali.
Sambil-sambil hantar, dia hulur sekali Christmas card hasil lukisan dia.
That lady suka sangat dengan kad tu, then the following day that lady datang rumah untuk tengok lukisan yang lain.
Dia beli lukisan Maudie dengan harga 5 dollar.
Upah yang quite besar untuk dorang berdua.

Lama-lama lukisan dia dapat perhatian meluas.
Sampaikan husband dia bukak stall depan rumah untuk jual lukisan.
Reporters datang, cerita pasal dia appear kat magazine, Presiden Nixon (waktu tu masih Timbalan lagi) pun ada beli lukisan dia.

Maudie mati sebab penumonia.
Sedih aku tengok laki dia masa Maudie mati (maybe sebab laki dia Ethan Hawke so extra sedih la sikit).
Because dalam cerita ni bukan sahaja tunjuk the life of Maudie tapi also a story of two lonely people, yang tersisih dari masyarakat sebab kemiskinan dan kekurangan fizikal but they find comfort and solace with each other.

Actually ini bukan cerita tentang kemasyuran Maudie, tapi lebih the pain, difficulties and happiness cara orang miskin, as well as love story antara dua orang yang tak pernah ucapkan 'I love you' pun.

Maudie ni far from perfect.
Tapi kagum dengan semangat dia.
Despite kekurangan dia, dia bertahan dengan macam-macam dugaan dan dia capai kemasyuran doing what she loves.
Agak tak masuk akal sikit bila someone yang cacat fizikal, yang sangat miskin, yang social outcast tapi hasil lukisan dia tersebar world wide sampai Timbalan Presiden pun beli.
Hukum lojik manusia memang rasa ni semua tak masuk akal.
Tapi siapa kita nak nafikan nasib orang, kan?

Sampai sekarang lukisan dia masih lagi orang cari and the government buat gallery untuk simpan hasil lukisan dia (yang tak sempat dijual).
Even rumah yang dia tinggal dengan laki dia pun government ambil untuk jadikan galery.

Kita semua pernah tengok lukisan dia.




Familiar kan lukisan macam ni?
Konsep bright and colourful paintings.
Aku pun baru tau style drawing ni rupanya Maudie punya.
Lukisan ni famous setiap kali nak Christmas.
Dia guna initial "M.Lewis" sebab Lewis nama laki dia.
Initial tu dia guna sebelum dia kawen lagi.
Bila laki dia tanya apesal ada nama dia kat situ, Maudie cakap "Kita kerja sama-sama, jadi lukisan ni pun awak ada hak dalamnya".

Maudie ni lambang female empowerment.
Kisah Maudie and Everett Lewis (laki dia) pulak kisah cinta mati.
And the whole story mengingatkan kita bahawa cinta boleh wujud walau dalam persekitaran yang harsh.
Dan bakat boleh dimiliki oleh sesiapa saja termasuk unlikely people.
Yang paling penting kalau kita enjoy apa kita buat, kita akan jadi sangat kreatif and eventually passion akan bertukar menjadi satu kerjaya.




Maudie has taught us that we are not perfect but unique.
Kita diciptakan ada keunikan masing-masing tapi sebahagian besar daripada kita cuba copy orang lain kerana nak fit into pattern kerana kita percaya diri kita tak cukup bagus macam orang lain. 
Kita cari kesempurnaan dengan meniru orang yang kita anggap special. 
Kita terus membandingkan diri kita dengan orang lain, dan akibatnya kita tak pernah merasa content and at peace with ourselves.

Yang sebetulnya takde siapa sempurna. 
Maudie tu jelas nampak ketaksempurnaannya tapi dalam satu part in the movie, makcik dia cakap "Hanya kau saja ahli keluarga ni yang benar-benar temui kebahagiaan". 
Adik dia yang sempurna dan kaya tu akhirnya jatuh bankrupt. 
Makcik dia yang dulu kata Maudie tak boleh diharap akhirnya dia sendiri kena hire nurse untuk jaga diri sendiri bila dah tua.

Yang betulnya, semua orang mempunyai kelemahan and that's not bad at all.
Kesilapan dan kekuranganlah yang sebenarnya menjadikan kita manusia dengan ciri-ciri unik.
Just imagine kalau semua orang dalam dunia ni perfect.
Bayangkan semua orang sempurna.
Mesti dunia ni jadi tempat paling boring.

Masa kawan Maudie tanya "What makes you happy?"
Maudie jawab simple je "Kalau ada color and brush kat tangan, aku dah sangat happy sebab aku boleh melukis macam-macam jenis happiness ikut citarasa sendiri".

Maksudnya, happiness tu kita pegang, bukan terletak pada orang lain.
Kita sendiri tentukan kebahagiaan kita.
Malangnya kita lebih suka serahkan orang lain dan persekitaran menentukan apa yang kita rasa.
Kalau orang lain nampak bahagia dengan cara melancong overseas, kita anggap selagi tak jejak overseas, kita belum bahagia.
Kalau orang lain beli kereta harga RM900K, kita anggap kalau kita takde kereta macam tu kita belum boleh bahagia.
Kalau suami kita tak bagi bunga 56 kuntum macam orang lain buat, maknanya kita belum cukup bahagia.

The moment we compare ourself to others, kita sedang menafikan hak diri dan tak dapat identify keunikan yang ada dalam diri sendiri.
Bila kita mencari kesempurnaan dan terlalu ingin menjadi berbeza dan istimewa, percayalah kita akan always end up merasa kecewa dan tak puas hati.

We are enough as we are.
Kita tidak lebih baik dari orang lain dan kita juga tak lebih buruk dari orang lain.
We are unique.

Thank you Maudie for giving me a very deep lesson.


 

2 hari lepas aku dah naikkan kat FB pasal ni.
Admin aku cakap ramai yang tanya pasal kod Asmara.
Padahal tinggal size S je lagi.
Jadi lepas nego dengan tailor and supplier kain kat sana, ok dorang boleh siapkan untuk aku tapi terhad 20 pasang je. Cannot lebih dari tu.
Memandangkan ramai juga yang cari size besar, jadi aku buka sampai 3XL.
Lebih dari tu takleh. Custom size pun takleh.

Cepat-cepat WHATSAPP SINI.