2018-05-01

Jangan jadi bitter


Manusia takkan pernah puas.
Disebabkan tak pernah puas-puaslah maka manusia mudah kena penyakit hati - stress, dengki, dendam.

Dalam diri setiap manusia kadang-kadang ada sifat ingin menang dan merasa betul selalu.
Sifat pentingkan diri sendiri ni ada sejak lahir lagi, tinggal lagi sejauh mana kita mampu kontrol sifat ego ni supaya tak menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

Salah satu sifat ego dalam diri adalah tak pernah merasa puas dengan apa yang dimiliki.
Selalu merasa kurang dan mahu semuanya berjalan dengan sempurna seperti yang diinginkan.
Susah nak merasa syukur dengan apa yang sedia ada.
Susah nak sedar diri dengan kekurangan.
Sakit hati melebihan kelebihan orang lain.
Sakit hati bila keinginan tak terpenuhi.

Contoh paling mudah - beli barang.

Nak beli barang A tapi sakit hati bila barang A terlampau mahal (not within his/her budget).
Tak mahu mengaku diri tak mampu beli, malah salahkan peniaga yang letakkan harga tinggi.
Sedangkan ada orang lain yang boleh beli.
Hanya kerana kita tak mampu beli, jangan pulak kita kata produk tu tak semewah harga yang ditawarkan.

One thing kita sebagai pembeli kena faham, bukan semua barang yang terjual kat luar sana tu mesti mengikut standard kita.
Peniaga ada target market sendiri.
Kalau harga yang ditawarkan mahal untuk kita tetapi murah untuk orang lain, itu bermakna kita bukanlah target market peniaga tersebut.
Bawak-bawaklah sedar diri.
Takkan boleh selamanya peniaga jual produk bergantung pada budget kita sorang.
Setiap peniaga ada product based on target market.
Jadi kenapa mesti salahkan peniaga.
Kenapa susah untuk akui kita belum mampu untuk beli?
Instead suruh peniaga turunkan harga, kenapa tak kita je yang upgrade diri kita sampai mencapai standard target market untuk that produk?

Sampai bila nak segala benda fit our expectation?
Sampai bila nak segala benda yang kita berkenan fit our budget?
Contoh, kita nak beli baju tapi baju tu takde size kita.
Patut ke kita marah tokey kedai apesal takde size kita?
Lojik ke nak salahkan baju kecik kalau badan kita yang gemuk?

Oh tak, ni bukan entry pasal baju aku, ni cuma perumpamaan bagi senang faham.

Serious tak faham bila ada orang pertikaikan kenapa certain produk dijual dengan harga yang 'tak masuk akal'.
Kalau takde sorang pun beli, bolehlah dikatakan tak masuk akal.
Masalahnya, ada orang yang boleh beli.
I never understood this.
Why would you who survive paycheck to paycheck buy something worth half of your monthly salary?
Live within your means people!

Oklah, to be fair to them, it's none of my business how they spend their money.
Duit kau, kau punya suka.
Cuma tak perlulah sampai "Baik beli kat kedai A, kualiti lagi best, harga lagi murah".
Jangan nak bunuh bisnes orang hanya kerana kau tak mampu beli. That's not nice.
Kau tak mampu, that's it.
Beri ruang kepada yang nak beli. Sebab, kalau kau mampu beli mesti kau pun takkan pegi kedai A tu, kan?

Dia senang cerita macam ni.
Why not kau je yang buat bisnes macam dia buat.
Sebab kau banyak sangat kondem dia, nampaknya macam kau lebih pandai, kan?
So apa kata kau start jual macam dia jual.
Kau cari material, sendiri design, sendiri print, kau potong, kau jahit, kau cari model untuk gayakan, kau buat fotoshoot, kau market, kau packing, kau pos. Done.
See berapa ringgit kau value usaha penat lelah kau.

Contoh, shawl aku yang Moroccan tu nampak je simple.
Memang corak simple je, inspired pun dari karpet Mak Aji.
Tapi nak kena lukis balik, pastu nak pastikan corak tu betul-betul bercantum cantik, lepas tu nak pilih color ya ampun hazab.
Bukan kerja 1-2 minggu ya. 20 kali tukar kaler. Nak muntah tengok pantone color tu.
Pastu kena print sample dulu, kalau kaler ok, baru proceed mass production.
Kalau tak ok, bukak balik artwork tukar balik semula.
Tu belum lagi pilih material.
Dah print satu kali sekali warna pecah sebab material tak sesuai. Tukarrr balik.
Itu baru production, belum masuk bab fotoshoot, belum cerita bab marketing lagi.
Pastu expect produk tu bila siap harga dia RM25? Ya Allah pitam.

Hakikatnya, kat luar sana, memang ada kelompok yang sukakan sesuatu yang mewah.
Dia suka design kita tapi design kita selama ni nampak 'tak class' untuk level dia.
Jadi bila kita keluarkan produk yang class tinggi sikit, memang ada kelompok yang akan beli.
They will say "Ahh, finally something that meet my expectation!"

Jangankan kata produk harga RM800, kebaya Gurindam Jiwa aku yang RM182 tu pun ada orang tanya "Taknak ke jual sekali dengan dokoh yang sama?"

Admin aku cakap "Dokoh tu jenis dokoh berat, harganya mahal jadi kami tak boleh provide".

Dia cakap "Takpelah, saya nak beli satu set sama macam model pakai".

Memang orang-orang macam ni wujud.
Kita macam tak sangka ada orang nak spend lebih, tapi sebenarnya memang ada.
Jadi, janganlah sakit hati kalau barang yang kita nak tak sesuai dengan bajet kita.
Boleh jadi itu giliran rezeki orang.

Ye, aku faham sangat kekecewaan tu.
Aku start kerja tahun 2000.
Nak pi keje kena bawak beg, tapi aku takde beg.
Nak pinjam henbeg Mak Aji pun tak boleh sebab mak aku cuma ada satu je henbeg.
Mak Aji bagi aku advance RM50.
Aku beli henbeg kat kiosk. Beg tu punyalah kecik kalau kepit kat ketiak, separuh beg tertutup.
Memang muat-muat letak purse dengan tisu je. Nak sumbat satu pad pun tak lepas.
Lepas tu duit balance aku buat beli kasut.
Kasut warna hitam, flat shoe. Jadilah, janji boleh buat pi keje.

Masa nak konvo, orang lain sibuk tempah baju and beli kasut baru nak naik pentas.
Pakkal surat konvo letak syarat kena pakai kasut sekurang-kurangnya tinggi 2.5 inci (tapak), kalau dia tak buat syarat aku lenjan je flatshoe aku.
Aku takde baju nak pakai untuk pi konvo.
Baju-baju aku gi keje pun aku share baju kurung Mak Aji.
Bayangkan masa tu berat aku 42kg, boleh lenjan baju kurung orang berat 50kg?
Walaupun rebeh bahu baju kurung tu aku pakai, tak kisahlah, janji aku baju nak ganti-ganti.
Time nak konvo aku takde baju baru nak pakai.
Pastu aku teringat ada kain pasang belum bertempah.
Aku tempah baju kurung.
Punyalah cokianya kain tu, bila aku tanggalkan jubah konvo, tudung aku belah belakang jadi bertapuk-tapuk dengan warna.
Rupanya baju kurung tu turun warna bila kena peluh. Malu gila aku.

Henfon memang takde.
Dari zaman U lagi kawan-kawan aku dah ada henfon.
Aku ni sampai dah kerja pun tak mampu beli henfon lagi.
Masih lagi bergantung kat public phone.
Henfon aku yang pertama tahun 2003.
Masa tu umur dah 26. Baru merasa pegang henfon sendiri.

Tipulah kalau aku kata aku tak kecewa sebab aku takde beg yang sesuai untuk bawak pi keje.
Tipulah kalau aku kata tak malu pegi keje pakai kasut murah.
Tipulah kalau aku kata tak rasa rendah diri kawan-kawan dah pakai henfon tapi aku masih beratur tunggu giliran guna public phone.
Tapi nasib baik aku ni jenis sedar diri.
Sebab aku tau kalau aku tak sedar, Mak Aji boleh bagi tempeleng satu kali untuk bagi aku sedar.

Bukan susah sangat nak belajar akui kekurangan diri.
Bila kita akui kurang kita di mana, ketika itulah kita ada semangat dan usaha untuk atasi kekurangan tu.
Tapi kalau kita sentiasa merasa orang lain jadi punca kekurangan kita, tu pasal kita tend suruh orang lain berubah demi kita.
Dan kita kekal tak berubah-ubah.
Sentiasa harap persekitaran berubah untuk fit kehendak kita.

Cubalah belajar terima bahawa tak semua berlaku sesuai dengan keinginan kita.
Anggap itu satu cara Tuhan nak kita berubah jadi lebih berjaya, lebih berusaha, lebih baik dari sekarang.
Jangan jadi bitter sangat salahkan orang lain bila apa yang kita nak tak terpenuhi.





Sebelum release new kurta, En Wan nak clearkan remaining stock kurta yang lama.
Dah tak buat dah kurta pesen ni. Cukuplah 4 kali buat kurta pakai tenun asli.
Tahun ni kurta bentuk lain pulak.
Kalau ada yang nak grab kurta ni, hanya RM99. Harga asal RM139.
Tu je kuantiti dan size yang tinggal. 
Nak bawak ke Mood Republik pun buat sakit hati orang je size tinggal satu satu satu.