2018-05-31

Duit


Bestnya staff kerajaan yang dapat bonus (untuk certain gred). Tahniah.
Aku tak pernah lagi merasa bonus kerajaan walau sempat kerja kerajaan setahun 7 bulan.
Maklumlah, kerja kontrak, bonus tak layak dapat.

Masa kerja swasta pun tak merasa bonus raya.
Sebab company yang aku kerja semua bukan company melayu.
Tetap tak pernah rasa terpinggir walau tak pernah merasa bonus raya.
Kerja je macam biasa.

Terkilan pulak semalam tengok masih ada yang komplen bila layak dapat bonus.
Tu cara-cara dah dapat tu. Kalau tak dapat tak tau la macamana dia punya bingit.
Yang tak dapat bonus komplen kenapa tak dapat sedangkan dulu boleh dapat.
Yang dapat bonus pun komplen jugak apesal sikit, sedangkan dulu dapat banyak.

Allah...
Kenapa ada yang berperangai macam ni.

Mintak maaf ya, tapi aku rasa aku perlu cakap benda ni.

Raya tu bukan datang mengejut tau.
Tetiap tahun pun ada raya.
Patutnya dah tau dah tetiap tahun memang akan jumpa raya, maka seharusnya persediaan menyimpan untuk sambut raya kena ada.
Kalau tiba-tiba majikan bagi bonus, alhamdulillah.
Kalau tak dapat pun takpe, sebab kita dah ada saving untuk raya.
Bila kita tak ada plan untuk put aside keperluan beraya dan mengharapkan bonus untuk tambah-tambah duit poket raya kita, itulah yang jadi punca kita emosi.

Duit memang always jadi 'masalah'.
Banyak pun masalah, sikit pun masalah, ada pun masalah, kalau takde lagi masalah.
Kena keluar duit pun marah, dapat duit pun marah.

Kepada yang katanya bonus raya sikit.
Sikit-sikit pun, sape nak bagi sampai RM400?

Kepada yang tak dapat bonus raya.
Gaji masing-masing  dah tinggi dari dorang yang dapat bonus, patut berbangga.
Kalau sebulan put aside RM50, lagi 10 bulan dah ada 'bonus' RM500.

Isu bonus ni buatkan aku realize banyak perkara.
Antaranya, bak kata Saidina Ali "Aku telah banyak kecewa tapi yang paling kecewa adalah bila meletakkan harapan pada manusia".

Memang betul pun.
Dah terbukti dalam isu pemberian bonus semalam.
Bila terlalu mengharap dan yakin pada makhluk, boleh jadi itulah punca kenapa kita jadi sangat emosi bila tak dapat bonus/bonus tak banyak.

At the same time hikmahnya mengajar kita untuk bersedia, kemudian baru berharap.
Bila kita bersedia, insyallah tak rugi apa-apa.
Tapi bila kita letakkan berharap dulu sebelum bersedia, inilah jadinya.
That’s why ada formula "usaha + doa + tawakal".
Usaha (bersedia) dulu, baru doa (berharap).

Kadang-kadang kita rasa orang tu hidup senang sebab dia banyak duit.
Padahal dia hidup senang kerana dia banyak bersyukur.

Pernah tak kita renung-renungkan rezeki kita ketika hidup tengah serabut?
Waktu tu rezeki lancar atau sangkut?

Jawapannya, sangkut.
Malah ada yang stop terus untuk beberapa ketika.
Kenapa jadi macam tu?

Kerana rezeki bergantung pada kehidupan.
Kalau fikiran serabut, hati asik nak marah, dendam, akhlak jahanam - maka rezeki takkan dimudahkan.
Sebaliknya, ketika hati tenang, fikiran lapang, rezeki akan datang tanpa diundang.
Akan ada je ‘kebetulan-kebetulan’ yang menggembirakan.

Kita fikir bila rezeki (duit) tak cukup, hidup jadi serabut.
Padahal disebabkan hidup serabutlah maka rezeki selalu sangkut.

Rahsia rezeki lancar adalah hati yang tenang.
Bila hati tenang, mudah datang rasa syukur.
Bila syukur tinggi, Allah kata "Kalau kau bersyukur, nanti Aku tambah lagi".

Orang yang bersyukur dengan perkara-perkara kecil dalam hidupnya, pastu jadi orang yang sangat bersyukur bila dapat lebih banyak nikmat.
Sebaliknya, orang yang tak bersyukur dan tak berterima kasih pada hal-hal yang kecil, dia juga susah nak bersyukur untuk perkara-perkara yang lebih besar.
Sebab bagi dia, semua benda masih kecil, walaupun pada orang lain sudah cukup besar.

Orang yang susah nak bersyukur, bahkan kufur terhadap nikmat-nikmat yang kecil, selalunya susah nak berterima kasih pada Allah.
Kalau dapat sikit dia merungut, kalau dapat banyak dia claim itu memang patut pun sebab dia berusaha.

Ustaz pernah cakap, kalau kita tak dapat apa yang kita nak, kena tetap bersyukur.
Kerana mungkin Allah dah tukarkan apa yang kita nak tu dengan keselamatan, dengan kesihatan, dengan panjang usia, dengan anak yang bijak, dengan pasangan yang setia, etc.

"Sesungguhnya Allah menyayangi hambaNya yang beriman yang miskin, yang tidak suka meminta-minta sedangkan dia mempunyai anak yang ramai." (Riwayat Ibnu Majah).

Itu hadis untuk orang yang miskin.
Dah jelas miskin tetap Allah tak suka dia meminta-minta.
Kita ni kerja. Kerja tetap pulak tu. Tiap-tiap bulan konfem ada gaji.
Takkan kita lagi teruk dari orang miskin?

Baca doa ni hari-hari, mudah-mudahan Allah bagi kita semua petunjuk :

"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Kau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Kau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh." (An Naml 19).





Yang minta buatkan tutorial shawl panjang, ok ni salah satu contoh ikatan shawl di pagi raya.
Model guna shawl panjang kod Amethyst Purple.
Masih ada stok kalau berminat :)