2018-04-29

Kerja dengan singa.



3 hari berturut-turut aku tengok cerita ni.
Kebetulan 3 hari lepas keluar kat HBO (lagi), jadi aku record.
Padahal aku ada mp4 movie ni dan aku dah tengok 8685765 kali.
Tak pernah bosan.

Movie ni sangat dekat di hati.
Aku tak sangka aku pernah ber-bos kan bos perempuan yang gaya dan cara bercakapnya sebijik macam Miranda.
Boleh dikatakan aku bertuah sebab dapat berkerja dengan Miranda versi Asia.

Lady bos aku ni Chinese tapi dilahirkan dan dibesarkan di USA.
Muka je macam Chinese tapi accent, dan gaya memang macam orang sana.
No nonsense punya orang. Benda paling lawak pun dia hanya senyum je padahal kitorang semua dah berair mata gelak.
Husband dia Indian, kalau tak salah USA-made jugak.
Anak dia sangattttttttttttttttt lah comel.
Umur dah 40an dah waktu tu (10 tahun lepas), tapi anak baru umur 3 tahun.
Memang jenis workaholic sangat.



Scene ni waktu Andy nak datang interview tapi assistant Miranda kata Andy nampak macam not fit for the post.
Then Miranda cakap "Clearly I'm going to have to do that myself because the last two you sent me were completely inadequate".

Ayat ni sama (not exactly the same sentence lah) bos aku bagitau masa dia interview aku.
Patutnya ada 3 stage interview, tapi stage 2 dia dah masuk handle the interview sendiri.
Masa dia cakap macam tu aku dah terasa pompuan ni memang lain macam sikit.
Tonasi pun satu nada je. Sebijiklah tonasi macam Miranda.

Aku tak faham apesal dia tak boleh nak blaja senyum.
Stress sangat ke buat bisnes sampai muka satu pesen dari pagi sampai petang.
Gaya bercakap pun monotonous.
Kitorang sampai jadikan gaya dia bercakap tu bahan lawak.
Because serious tak faham kenapa dia nak cakap dengan suara kejung.



Ginilah pesen muka bos aku masa interview aku dulu. Muka kerek gila.
Nasib baik dia memang powerful buat sales, takde chan aku nak tembak balik.

Ayat Miranda masa Andy masuk bilik dia, "Who are you? What are you doing here?"

Dalam Devil Wears Prada ni masa Miranda tanya Andy "What are you doing here?", Andy jawab "I think I could do a good job as your assistant".

Ohemji!
Boleh tahan sepesen tapi aku punya lain sikit, "Who are you?"

"My name is Diana Ishak" (sambil hulur resume).

Dia ambik resume aku, tengok sambil tak angkat muka dia tanya "What you can do for me?"

Terus jem kejap kepala otak aku nak jawab.
Masa tu aku ingatkan dia racist, so aku pun menjawab dengan penuh kerek "I think I can make your company richer".

Pastu bos aku dengan senyuman seperti menahan kentut cakap, "In this company, we don't use 2 words - think and thought".

Dalam hati aku cakap "Dah tu kau nak suruh aku jawab apa, babi?" (ni zaman-zaman aku rebel ya, mencarut adalah wajib).

Tapi aku nak menjawab gakkkk.

"Ok, I rephrase. I CAN make you company richer".

Pastu dengan nada sarkastik dia tanya "What if you can't?"

Kali ni aku pulak kerek "I don't use can't".

Lepas tu ada a few soalan lagi dia tanya, antaranya macam biasa la "Why I must choose you?"

Sebab aku dah panas, aku selamba jawab "Because I'm smart".

Aku panas bukan apa.
Sebab untuk post ni dia yang cari aku. Aku tak apply pun.
Mana contact aku dia dapat ntah, tapi dia yang call aku offer post ni.
Alih-alih kau tanya apa aku boleh buat untuk kau. Macam nak main-mainkan aku je. Tu yang aku panas tu. Darah muda katakan.

Later baru aku realized kenapa dia tak suka kitorang guna perkataan "think" and "thought".
Sebab dua-dua perkataan ni membawa maksud MALAS.

Bila aku cakap "I think I can make your company richer", nampak tiada kesungguhan kat situ.
Seolah-olah aku kata "kalau boleh, aku buat. Kalau tak boleh, nak buat macamana".
Berbeza kalau aku cakap "I can make your company richer", kat situ ada nampak kesungguhan.
Nampak macam satu perjanjian kat situ.
Dan dia akan guna balik 'janji' aku ni setiap minggu masa bentang sales report.
Siap keluarkan balik interview report aku, "Last time you said you can bring more sales".
Memang pedih dia bagi.
Jadi, kalau aku taknak kena tembak masa meeting akan datang, nak tak nak aku kena usaha sampai apa yang aku 'janjikan' terbukti betul.

Every Monday is a meeting day.
Waktu ni je la nak tengok semua staff ada dalam opis.
Kalau tak, memang jarang nampak muka budak-budak sales ada dalam opis.
Kalau kitorang ada kat opis more than half day, mampus kena jawab dengan dia "You are suppose to do sales, why are you still in the ofis?"
Berpeluh nak jawab.

Pagi Isnin meeting dengan group analytical/chemistry.
Kitorang group Biology/Medical masuk meeting at 2pm.
Tapi dari pagi lagi kitorang dah gigil.
Maunya tak, time meeting dengan group analitikal, dari luar dah dengar suara dia menghempas fail kat dalam.
Selalunya hari Isnin kitorang semua tak selera pegi lunch. Mati selera oiii.

Kitorang kan, before budak-budak analitikal masuk meeting, kitorang sama-sama tolong dorang prepare presentation.
Tolong mana yang patut je la, nak tolong semua kitorang pun tak reti keje dorang.
Just tolong untuk minimizekan potensi untuk orang tua tu memekik kat dalam.
Mana-mana figure yang tak tally kitorang checkkan, invoice, DO, segala tok nenek.
Bukan apa, kalau grup pagi dah buat dia merentan, ko boleh bayangkan tak nasib grup petang ni pulak?
Tu yang kadang-kadang santak sampai ke 10 malam meeting kitorang tak habis sebab mood dia dah blow satu hari.

Dalam meeting kau janganlah sebut perkataan think and thought tu.
Boleh terbalik meja meeting dia buat.
Kawan aku pernah sekali kena tembak kaw-kaw sampai menangis.

Kisahnya a few days sebelum tu, kawan aku ni jumpa customer untuk bincang harga equipment harga RM300K.
Lepas bincang, the customer call bos aku mintak nego price.
So bos aku cakap dia akan call balik selepas kawan aku balik ofis sebab dia nak tengok dulu apa kawan aku offer.
Bos aku pesan kat kawan aku nanti balik opis kita bincang.
Yang si kawan aku ni habis jumpa customer-customer lain dah around 7pm macam tu, jadi dia tak masuk opis dah. Dia ingat nak bincang esok pagi je.

Masa meeting belum start apa-apa lagi dia dah kena tanya pasal ni.
Then kawan aku jawab, "Because it is already late so I thought you went back oready".

Sekali bos aku hempas folder atas meja.

"YOU THOUGHT?"

Nak terkencing aku. Tinggi gila pitching dia. Perfect pitch bak kata Ramli MS.

Dia punya konsep - Never thought apa-apa ok? Semua mesti ada clear cut. Never thought. Never assume. Henfon ada, terus call. Jangan nak thought thought sangat.



Ini waktu first time Andy kena handle incoming calls, pada hari kedua dia bekerja.
Waktu tu dia tak kenal lagi client dan belum tau selok-belok administration.

Aku punya first incoming call adalah hari pertama aku kerja, pagi.
Masuk-masuk je opis, PA bos aku tunjukkan meja aku, and done.
Pandai-pandai aku cari keje apa nak buat.
Hari pertama aku kerja masa tu hari Isnin.
Isnin kan meeting day.
Aku nak tanya orang pun tak berani tengok muka masing-masing cuak je terkejar sana sini siapkan print report segala.
Sekali ada call masuk, PA transfer terus ke meja aku.

Dengan konfidennya aku angkat call.
Dalam hati aku kata "Rileks lah, aku memang keje buat sales kot, dalam bidang yang sama, so takkan lah nampak bangang sangat".

Nasib tak baik, call aku yang pertama adalah dari Dr Tan Mei Lan (now Prof Madya), USM.
Waktu tu dia Vice Director iPHARM, tapi aku tak kenal dia sebab kat previous company aku tak jaga USM, jadi aku tak kenal customer sana.
Dr ni 'berangin' macam bos aku jugak.
Masa dia call tu dia nak tanya pasal PCR tubes yang fit dengan instrument dia.
Waktu tu dia sebut kod produk je.

"I need tubes for 9700 ProFlex. What's the price?"

Mampus. Kejadahnya dia cakap ni?
Apabenda Proflex? Apa yang 9700?

Gelabah teruk aku nak menjawab sampai Dr tu cakap "If you do not know product, then next time do not answer any call, pass to someone. Get me another staff. Don't waste my time!".

Tapi terima kasih pada Dr Tan jugak.
Disebabkan hari pertama dah kena sound, first day tu aku stayback sampai malam menghafalkan dan memahamkan produk.
Aku ingat lagi malam pertama tu aku balik rumah bawak satu folder invoice, satu folder DO and a few jurnals and catalog untuk baca.
Aku bawak balik invoice and DO sebab aku nak tengok apa favourite produk yang selalu customer order. Aku usaha untuk hafal kod favourite products.
At the same time go thru nama-nama customer so takde la terbangang-bangang bila customer bagitau nama dia.
Walaupun aku tau takkan sempat punya nak habiskan semua ni satu malam tapi at least aku start malam tu jugak.
Sekurang-kurangnya kalau aku start malam tu, aku boleh minimize-kan kebodohan aku esok pagi. Get it?

Isnin depannya tu dah start present sales.
Tak banyak lagi sales waktu ni tapi nasib baik dia faham sebab dia ambik aku keje pun untuk run new department.
Jadi belum ada sebarang reference lagi untuk dia compare dengan sales aku yang baru seminggu tu.
So, selamatlah kat situ.

Tapi week 2 adalah week yang aku ingat sampai sekarang.
Minggu tu lah sales report aku dia campak kat muka.
Dia bagi aku task untuk aku extract sales data dari tahun 2002 (tahun dia setup company) sampai tahun 2007.
5 tahun punya data nak kena extract seminggu.
Seminggu lah laki aku melopong tido sorang. Bini dia berjaga sampai 3-4 pagi siapkan report.

Punyalah aku bersengkang mata nak extract data, lepas aku present dia ambik report pastu BABBBBB dia bagi kat muka aku.
Pening lalat kejap.
Banyak data yang missing, tu pasal dia mengamuk.
Aduhhh jenuh aku kutip balik report-report aku tau.
Habis meeting, budak-budak lain gi kat meja aku "Diana, u ok? She's always like that..."

"She's always like that.."
Menarik ayat tu.
Tapi aku pelik kenapa budak-budak ni masih stay walaupun dia perangai macam tu?
Mesti ada sebab kenapa budak-budak ni tak quit.

So, aku pun taknak quit.

Bila dah lama kat situ apa yang aku nampak, exbos aku ni memang sejenis singa betina, tapi dia garang pada tempatnya.
Dan dia tak bully staff dan tak ambik port hal-hal selain hal kerja.
Maybe sebab dia bukan orang Islam, jadi takde benda yang 'haram' di mata dia.
Aku pakai tube ke, aku tak pakai bra ke, rambut aku biru ke, dia tak kisah.
Yang dia tau keje siap, sales naik. Tu je. Kiranya dia bukan kategori bos yang suka membawang hal-hal peribadi dan kaitkan dengan urusan kerja.
Dia hanya akan terpekik pada hal kerja je.
Kalau ahli keluarga sakit, dia yang suruh kita balik "You don't want to go home? Take half day, go home".

Every month ada company's lunch.
Every staff rotate tugasan book tempat and menu.
Aku sempat la dapat task ni, aku book Hilton terus.
Masa makan, nanti dia akan round kat kitorang tanya "You guys want more food? Please ask".
"Who wants ice-cream? Please ask".

Then aku sempat jugak dapat task beli groceries.
Setiap staff rotate dapat tugasan ni jugak.
Setiap bulan dia allocate RM300 untuk beli barang-barang penuhkan pantry.
Memang mewah pantry oiii. Air kotak, air gas, vitagen pun ada, coklat, eskrim.
Makan tak kisah. Nak makan kat depan laptop takde hal, tapi kalau keje kau tak siap memang berdesing dia perli kau time meeting "Kalau makan, laju. Asal penuh pantry je dia makan dulu. Tapi kerja lembab!" (ni aku translate).
Maknanya, takde yang terlepas dari pandangan mata dia. Dia tengok apa kita buat. Kau kuat makan pun dia tau.
Tapi dia hire kita untuk kerja for her, so kalau kerja tu tip top, kau mencekik la sampai habis barang kat pantry tu dia takkan kisah.

Aku left tahun 2008. 9 bulan je keje kat sana.
Bukan sebab tak tahan, tapi aku rasa kerja dengan dia buatkan aku jadi yakin untuk setup own company.
Dia adalah boss yang always nak staff grow jadi lebih baik.
Biar kitorang lagi terer buat sales dari dia pun takpe, dia lagi suka.

Kat ofis dia, hanya ada PA, sales and engineer je.
PA sorang, sales 5 orang, engineer 2. Campur dia, cuma ada 9 orang.
Walaupun sales hanya 5 orang, tapi yearly buat sampai 24M.
Dan dia tak pernah buat company trip.
Sebab dia dah bagi sistem komisyen and bonus, nak trip hapenya lagi.
Kita ni pulak, sales baru cecah RM800K sibuk gila request nak company trip. Kahkahkah.

Kalau nak ikutkan, kitorang takyah makan komisyen pun takpe.
Selalunya budak sales yang makan komisyen ni yang basic rendah.
Tapi gaji kitorang basic budak sales dia bagi tinggi waktu tu.
Tak perlu komisyen pun takpe. Tapi dia bagi jugak, but bersyarat.
Kalau hit 100K, dapat 1.5%, maknanya dapatlah tambahan RM1500 lagi.
Buat RM100K baru dapat RM1500 okeh.
Budak-budak sekarang ni kalau suruh buat sales nak kena dilambakkan dengan senarai gift dulu.
Kalau tak, tak jalan.
Buat sales baru 3K, tapi nak imbuhan macam-macam.
Nak trip lah, nak gift lah, nak periuk lah, alahaiiii. Perasan macam dah buat banyak sangat.
Untung dah dapat pun nak gift-gift lagi.

Nampak macam senang nak hit sales RM100K sebulan sebab barang-barang kelengkapan makmal mahal.
Jual 2 bijik dah hit RM100K.
Itu kata-kata orang yang perasan pandai.
Hakikatnya setiap sales exec bukan boleh cover satu Malaysia pun.
Bukan boleh jual kat orang awam. Hanya jual kat kelompok biotek je.
Dalam Malaysia ni katakanlah ada 50 universiti.
Company bos aku ada 5 orang sales exec, maknanya setiap sales exec cover 10 universiti.
Setiap universiti pulak ada berapa je jabatan biotek and medik. Bukan satu uni tu buat biotek.
Dan bukan company aku sorang je yang jual biotek supplies. Ada 100 competitor lain yang akan attack universiti yang sama.
Ditambah lagi dengan geran penyelidikan. Kalau tahun tu kerajaan bagi geran seciput je, bayangkan 100 competitor cramp dall satu uni untuk rebutkan sales.
That’s why komisyen RM100K tu bukan semua orang mampu hit.
Kalau orang tu berhaya hit, dia memang power buat sales.

Kat company tu, takde orang IT, takde orang akaun.
Orang akaun hanya akan datang 3 hari setiap hujung bulan untuk clearkan gaji and buat filing.
Orang IT, akan datang upon request.
Takde admin, takde operation, takde storekeeper, takde tea lady, takde cleaner.
Semua staff ada tugas, minggu ni siapa cuci toilet, siapa vacuum, siapa lap tingkap.
Budak-budak sales dia develop jadi sangat multitasking.

Rutin kitorang keluar cari sales.
Balik dari cari sales, terus buat quotation.
Kalau ada order masuk, kitorang jugak buat DO and Invoice.
Pastu key in sendiri order/barang dalam sistem so that PA dia boleh orderkan.

Tiba masa delivery, kitorang jugak yang masuk stor cari barang, pastu pack.
Kalau kena pack cold item -80C, sendiri keluar pi beli dry ice kat MOX PJ.
Sampai luka-luka tangan aku melekat pegang dry ice.

Packing sendiri, hantar barang sendiri.
Kalau barang tu banyak, angkut troli dalam kereta pastu tolak sepanjang-panjang koridor untuk hantar barang.
Memang tak gojes la wehh pakai skirt belah depan tapi tolak troli.

Kalau nak buat promo kitorang jugak buat flyer sendiri guna Microsft Publisher je.
Takde grafik designer bagai.

Kalau instrument ada problem yang tak boleh dibaiki, barulah call budak-budak engineer untuk take over.

Memang dia perah kitorang cukup-cukup. Takde maknanya dia nak ambik staff clerical untuk buat keje-keje ni.
Masa kat company terdahulu, aku memang buta-buta buat sales and quotation je.
DO, Invoice, packing, pos - semua staff-staff lain buatkan.
Bila keje dengan bos Devil ni, semua benda buat sendiri.
Elok je pun ha, tak mati.

Tahun yang aku left tu, aku sempat join dia buat team building.
The first team building ever, after 5 years in the market.
Buat kat Langkawi, atas kapal sewa khas.
Aktiviti buat kat satu pulau lain.
Hari terakhir tu buat AGM kat hotel.
Itulah the last AGM aku sebagai employee.



Ni gambar masa nak transfer ke pulau lain.
Ya, aku sorang je pakai life jacket sebab aku sangat mementingkan keselamatan, dorang ni semua spesies tak tau undang-undang *gigih explain*
Pastu yang dua-dua jantan tepi aku tu siap cerita pasal jaws la, pasal lanun kat tengah-tengah laut lah, pasal buaya putih la. Kuang aja semua.
And yes, aku sorang je melayu dalam company ni tapi waktu tu seluar pendek aku lagi pendek dari dorang. Konfius orang tengok.

Masa AGM ni dia bagi set gelang and rantai Tiffany kat PA dia sempena 5 tahun bekerja di company.
5 tahun punya service baru dapat barang kemas weh.
Kau baru keje setahun bos tak bagi apa-apa imbuhan dah angkat kaki jalan. Ceh, keje sikit, imbuhan nak banyak.

Masa PA dia bagi ucapan, kitorang yang nangis.
Dia kata masa dia datang interview, company tu cuma ada 1 meja makan dan 1 desktop.
Dia and bos buat keje di meja yang sama. Meja makan.
Walau kena marah dia tetap stay sebab dia tau bos nak dia jadi lebih baik, bukan marah kerana sebab peribadi.
Masa tu aku nampak the good quality of this bos.
Dia tak manjakan staff dia dengan material.
Tapi kebajikan staff dia jaga.
Akan sampai masanya kalau kau buktikan kau adalah aset company, waktu tu dia akan bagi kau imbuhan yang tak pernah disangka-sangka.
Terbayang-bayang lagi aku set Tiffany PA dia.
Kepoh la kitorang malam tu berkampung dalam bilik PA masing-masing try set tu kat badan. Jadiklah hilangkan kempunan.

Oh lagi satu, setiap kali pi outstation, dia akan pastikan staff dia hanya duduk 5 star hotel.
Kalau kawasan tu takde 5 star hotel, dia akan pilih the best hotel di area tu.
Bilik sorang satu, takde share-share. Sampai aku mohon share bilik lah sebab aku kan takut tido sorang.
Masa kat Penang aku gi outstation dengan staff lelaki, Chinese (dalam gambar duduk belah kiri aku),
Aku takut nak tido, aku suruh dia buat keje dalam bilik aku.
Aku cakap jangan keluar selagi aku belum tido. Kalau aku dah tido baru kau balik bilik kau.
Takut dalam berani namanya ni.
Takut hantu tapi berani bawak lelaki masuk bilik.
Masa tu zaman jahiliah.

Balik dari team building ni dah start puasa.
Masa ni aku decide untuk resign, aku dah rasa ready untuk run own biotech company.
Aku terhutang budi kat exbos aku ni sebab dia develop aku sampai aku jadi yakin untuk setup own bisnes.
Segala kerahan tenaga yang dia perah masa aku keje dengan dia dulu semuanya aku gunakan masa zaman-zaman awal mulakan bisnes.
Now, I am doing the same to my staff, apa yang exbos aku ajar, aku praktikkan semula kepada staff, cuma aku tak menyinga. Sebab memang ada singa dah dalam opis aku ni.




Raya collection abang singa tahun ni.
Mohon adik-adik singa yang berkenan tunggu update, ok?