2017-11-17

Rahsia kebahagiaan wanita


Minggu ni aku jadi suri rumah setengah hari.
Pagi buat keje opis.
Tengahari start 1pm start jadi ibu rumahtangga.
Mak aku balik Tganu 2 minggu, jadi merasa la aku jadi mak mithali kejap.

Rutinnya :

6.15am
Turun bawah - masak nasi, masak air, buat breakfast and bekal untuk Rayyan.

6.45am
Naik bilik kejutkan Rayyan. En Wan ambik turn mandikan Rayyan.
Sementara dia mandikan anak tu kita jangan buang masa. Lelapkan mata kejap. Hahaha.

6.55am
Aku ambik turn pakaikan baju Rayyan, bagi dia breakfast.
Sementara aku siap-siapkan Rayyan, En Wan packing-kan beg sekolah.

7.10am
Rayyan off to school.
Aku pun naik bilik.
Selalunya sambil baring sambil baca Al-Mathurat.
Melainkan ngantuk sangat, aku continue membuta.

7.50 atau 8am
Mandi and bersiap nak ke opis.

8.45am
Sampai opis, gi makan dulu kat bawah.
Lepas makan, naik opis buat keje.

12.50pm
Balik ambik Rayyan dan terus balik rumah.

1.15pm
Terus check in ke dapur.
Panaskan lauk frozen. Reheat 10 minit.
Sementara tunggu lauk siap, isikan botol-botol air kosong dengan air yang aku masak pagi tadi.
En Wan angkat kain kat luar sebab selalunya aku dah tanggal tudung waktu ni so malas nak sarung balik, jadi dia angkat.
Dan dia jugak yang akan basuh baju.
Lauk siap, aku akan pekik panggil budak-budak ni makan.
Dorang ni kalau ajak baik-baik suara mendayu memang tak jalan. Kau kena pekik sampai berganjak paksi bumi ni baru dia dengar.
Lepas makan, aku naik bilik suruh Rayyan mandi.
Sementara dia mandi, aku zohor.
Pastu kena pekik lagi sekali supaya dia stop mandi. Kalau tak, habis setengah botol sabun aku dia kejekan.
Dah siap pakaikan dia baju, aku bagi dia duduk dendiam dalam bilik main iPad sementara aku lipat kain baju. Kalau ada baju nak kena gosok, gosok siap-siap.
Waktu ni En Wan dah start sidai baju yang dia basuh tadi, pastu dia pi opis balik.

3.15pm
Van skolah Rayyan datang, dia pegi skolah, aku tido (tido lagi. kahkahkah).

5pm
Waktu ni selalunya aku dah bangun. Kadang-kadang lebih awal.
Dah siap Asar, aku turun bawah buat minum petang.
Dah siap minum petang, aku pekik lagi dari bawah panggil Redza turun makan.
Pastu aku masak apa-apa yang patut untuk dinner sementara tunggu Rayyan balik pukul 6.10pm.

6.10pm
Rayyan sampai. Aku bagi dia makan dulu.
Lepas tu aku kemas-kemas sikit dapur, lap apa-apa yang patut.

6.45pm
Lagi sekali aku pekik suruh budak-budak ni mandi. Tak cukup tanah menggelupur masuk bilik air.
Masa ni aku dah standby atas sejadah.

6.58pm
Maghrib, solat dulu.
Aku bagi warning, lepas aku habis solat kalau ada yang tak settle lagi mandi kau siap. Aku tunggu dengan hanger. Kali ni takde pekik dah. Maghrib-maghrib takleh pekik. Aku terus libas je.

7.40pm
Turun bawah get ready makanan untuk En Wan and Redza.
Aku tak makan dah time ni, sebab dah makan ngan Rayyan petang tadi. So aku teman je dorang makan. Lepas settle makan, kemas dapur. En Wan buang sampah. Pastu naik bilik.

8.30pm
Masa ni selalunya dah settle Isyak.
Waktu ni selalunya aku buat hafazan jap.
Pastu sambung baca buku atau sambung buat keje atau blogging.
Kalau letih sangat (tah hape yang aku letih ntah), kul 10.30 tido.
Kalau aku tak terjaga sebelum dorang tido, selamat.
Kalau aku terjaga let say pukul 11.30pm si Rayyan belum tido, satu kali lagi aku pekik. Kali ni pekik diiringi dengan libasan. Pekikan waktu malam gema dia satu macam sikit. Selalunya dengan bapak-bapaknya sekali terus tido.

Ini rutin sepanjang mak takde.
Kalau mak ada, rutin berubah sikit sebab :

1. Mak yang akan buatkan breakfast and bekal Rayyan (makanan yang sama).
2. Mak basuh baju, mak lipat baju, mak gosok baju.

Rutin lain semua sama.
Dapur memang aku pegang, aku tak allow mak masak.
Rumah aku memang tak sepah sebab kitorang semua banyak lepak kat atas. Kalau nak sepah pun bilik aku je la boleh menyepah.
The only time turun bawah hanya nak makan je. Pastu naik atas balik.
That's why aku tak kemas rumah. Aku tunggu bibik datang every Jumaat je untuk settlekan kemas-kemas rumah, basuh bilik air and depan belakang rumah.

Actually kalau aku nak settlekan rutin nombor 2 tu waktu malam pun boleh.
Tapi dah alang-alang aku kena duduk rumah jaga Rayyan kan so better aku settlekan siang je.
So malam boleh membuta awal.

Aku rasa "kunci kebahagiaan" wanita sebenarnya adalah bila dia ada skill memekik.
Budak-budak ni toksah kata si Rayyan tu, si Redza yang dah tua tu pun tak lut kalau kau panggil mendayu-dayu.
Dia dua je. Samada kau pekik atau kau libas. Dua ni je yang jalan. Yang lain tak jalan.
Aku bersyukur aku punya pitching tinggi.
Sampai En Wan kata "Awak tak malu ke terjerit-jerit hari-hari?"
Aku cakap "Mak-mak lain pun jerit, cuma pitching aku tinggi sikit dari dorang".
Mana ada mak-mak yang tak menjerit kat anak-anak, ce kau cakap aku. Ada? Takdeeeeee.
Tinggal lagi siapa punya desibel paling tinggi. Tu je beza.

Tips nak kasi menjerit tapi anak tekak tak sakit, kau jangan menjerit guna tekak.
Kau punya jerit tu kena datang dari perut, baru ada gema. Tekak kau pun tak sakit.
Nak libas, kena pakai hanger. Satu kali hayun, terus dapat 2 line kat betis. Jimat masa.
Kalau kau ada 2 skill, ni insyallah bahagia hidup kau. Takde kejap-kejap kau kena mengemas depan belakang sepah, kemas belakang depan sepah.

Mak mertua aku kalau panggil Rayyan makan "Dik, adik nak makan dop? Adik...ohh adik...adik nak makan dop?"

2 kali aku dengar dari atas, aku diamkan.
Masuk kali ketiga aku dengar, terus aku turun "RAYYAN, KAU MAKAN SEKARANG!!"
Aku tunggu tepi dia sampai dia habis makan.
Terbuntang-buntang mata dia nak habiskan makanan.
Mak aku kat tepi Rayyan bisik-bisik "Makan dik....makan. Takpe. Nenek tunggu.."

Helok pun 15 minit habis sepinggan.
Kalau tak, setengah jam baru 3 suap. Mana tak penat. Buang masa satu hal lagi. Ko ingat mak kau takde keje lain nak mengadap kau makan 2 jam?

Redza dulu pun macam tu jugak.
Aku memang pekik-pekikkan je. Elok je pun anak aku takde terencatnya lah.
Budak-budak ni takyah pakai saikologi sangat lah, sebatologi jugak jalan.

Lagi satu aku amalkan, buang barang.
Mana-mana barang yang menghalang laluan aku, semua aku humbankan ke tong sampah.
Jangan harap kau buat kecah pastu aku nak tolong kemaskan.
Aku akan kutip dan currrrrrrrrrrrrrrrrr dalam tong sampah.
Aku penah humban Redza punya Nerf (senapang) dalam tong. Pastu melalak. Sape suruh kau sepahkan. Pastu kau nak mintak baru memang tak la aku nak belikan.
Tapi nenek dia pulak pi hadiahkan yang baru.
Nenek-nenek semua pesen gini tau. Dia suka nyakitkan ati aku.
Tapi lepas tu lesson learnt.
Sampai sekarang, jarang lah aku nampak dorang letak barang merata.
Kalau ada pun, aku pekik sekali je, terus dorang susup-susupkan barang tu pastu sampai ke sudah dorang lupa mana dorang letak. Padan muka. Sape suruh sepah.

Tak kisah lah orang kata aku macam mak tiri ke, aku asik terpekik-pekik ke, janji keje aku settle on time and cukup rehat.
Korang kalau nak ME TIME, takyah lepak kat Stabak pun takpe.
Kat rumah pun boleh. Kalau keje rumah settle cepat memang berejam lah kau punya me time pastu.

Ada sesape nak aku ajar cara ambik suara dari perut?
Aku nak bukak kelas vokal.

Oh baideway, ni conversation dengan sorang lelaki pengguna GC Plus.
Living proof body fat turun dalam masa 25 hari je.



Ni weight loss after 7 hari = 2kg




Lepas 3 weeks dia rasa macam berat dia statik.
Tapi aku cakap itu memang biasa sebab waktu ni otot and lemak dah slash each other.
Aku suruh dia ambik berat body fat.
Sebab yang penting sekarang nak buang lemak.




Semalam dia wasap aku and bagitau memang body fat dah turun. 3 point pulak tu. 
Dalam masa 25 hari saja.
That's why aku pesan kat pengguna GC Plus, jangan excited timbang berat, sebab selepas 10-14 hari selalunya berat badan akan start slow turun. 
Tapi body fat takkan berhenti turun, jadi kena timbang body fat.
Bila body fat turun, konfem pinggang kau mengecil. 
Lama-lama baju-baju yang ketat semua dah boleh pakai balik.
Tak caya, try now.

Bawah ni aku letak buy button. Klik sekarang.