2017-09-26

Move on je lah





Yes, reader ni memang keliru.
Dia rasa dia tak bahagia, tapi sebenarnya isu kat sini bukan pasal tak bahagia tapi tak boleh move on.

Pendapat aku, this girl tak boleh move on bukan sebab dia masih sayang, tapi sebab dia rasa sakit hati buang masa 6 tahun bercinta ujung-ujung tak jadi apa.
Sebenarnya menerima hakikat kita dah buang masa dengan orang yang salah adalah lebih perit dari hakikat pakwe kita seorang playboy.
Sebab being a playboy tu adalah masalah dia.
Tapi buang masa bertahun-tahun in love dengan orang yang salah, itu adalah masalah kita.
Apetah lagi dalam tempoh bercinta tu dah nampak bayang-bayang 'something wrong' dengan pakwe tapi kita decide not to 'ambik port' sangat.
Bila tup tup dah break off macam ni, memang terasa sakit yang amat sakit.
Bukan sakit kena tinggal (atau kita tinggalkan dia) tapi sakitnya kat apesal lah aku bodoh sangat dah nampak perangai dia pelik dari awal tapi masih lagi bertahan.

But you are not alone.
Aku pernah melalui fasa-fasa kebodohan yang sama.
Bukan dia (exbf) yang bodoh, tapi aku.
Dia tu bijak sebab berjaya buatkan aku stay walaupun dia buat perangai.
Tapi aku ni yang bodoh dah tau makin lama dia makin annoying tapi aku tetap stay.

Sebab apa?
Sebab aku tak pernah ada boifren. Puppy love time skolah pun tak penah.
Jadi, bila ada lelaki nak kat aku, aku happy.
Walaupun beberapa bulan selepas tu dia turn to saiko, tapi aku cuba bertolak-ansur.
Aku anggap nobody's perfect, aku blaja untuk terima kekurangan dia, blaja untuk terima aku pun ada kekurangan. Nak yang perfect sangat pun aku bukannya layak memilih. Lain la kalau aku sejenis Selena Gomez, boleh la nak demand macam-macam.
Disebabkan terlampau 'merendahkan diri', hujung-hujung dah jadi membodohkan diri pulak.

Aku rasa inilah sebenarnya yang reader ni rasa.
Terasa bodoh sangat buang masa kat lelaki yang salah.

Jangan serabutkan kepala dengan nak ambik kira faktor dia pandai ambik hati orang tua, dia pandai layan adik-adik, dia boleh diharap, bla bla bla bla.
Lelaki lain ramai lagi yang boleh diharap and pandai jaga hati orang tua gak. Cuma kita belum jumpa je.
But now kita dah jumpa dengan lelaki yang gatal kerandut, why nak regret tinggalkan dia?
Dah terang-terang kot dia kaki pompuan, and banyak excuses, sampai bila nak hadap perangai macam tu?
Cara-cara tak duduk serumah pun dah sakit jiwa melayan perangai macam ni, sanggup ke nak layan 24/7 perangai yang sama bila dah duduk serumah nanti?

Satu cara nak move on adalah dengan MOVE.
Betul-betul angkat bontot and move.
Tak payah nak jadikan ex kita kawan ke, BFF ke, abang angkat ke, tak payah. Tak payah nak rapat-rapat sangat.
Takde maknanya boleh move on kalau masih lagi nak ada sangkut-paut macam tu.
Perlu jauhkan diri biar hati kita ni 'dioverhaul' betul-betul.
Kalau hati kita masih ada dia, macamana kita nak invite orang lain dekat kat kita?
Hati yang tak tenang, akan nampak di wajah.
Orang nak datang kenal pun tak jadi tengok muka tak redha kita.
Lagipun, bila hati kita masih ada dia, kita sendiri sebenarnya yang menolak dari terima orang lain.
Bukan orang lain tak perfect di mata kita, tapi kita dah block orang lain sebelum dorang wujud lagi.

Janganlah terpedaya kalau sesekali ex-pakwe call tanya khabar.
Orang perempuan ni hati memang lembut. Cepat cair.
Bila sesekali bekas pakwe whatsapp tanya khabar, mula lah rasa berbunga.
Terasa macam ada harapan cinta nak berputik balik.
Padahal Hamba Allah tu saje whatsapp nak isi masa lapang sementara tunggu girlfren dia pilih coli kat kedai.

Cuba fikir balik, kalau setahun dah break tapi laki tu takde effort nak datang balik pujuk kita, apa tandanya?
Tandanya dia memang dah move on. Yang tak move on lagi adalah kita.
Sesekali dia muncul tu biasa lah. Nama pun sesekali.
Kalau kejap-kejap terpacul depan mata, ok itu mungkin ada harapan nak bercouple balik.
Tapi kalau sekadar sesekali muncul, lupakan lah.
Entah-entah dia muncul tu pun kebetulan je. Dia takde plan nak jumpa kita. Semuanya berlaku secara kebetulan. Jadi, tak perlu feeling sangat.

Aku perempuan, so aku faham sangat perangai orang perempuan.
Orang perempuan ni jenis yang feeling lebih. Sikit-sikit nak feeling.
Ex-bf tetiba whatsapp, mulalah terfikir yang ex tu masih teringatkan kita.
Crush tegur say "Excuse me" pun dah angau. Padahal orang tu bukan nak tegur kau, tapi nak suruh kau ketepi sikit dia nak lalu.
Abang angkat yang lama tak jumpa tetiba call ajak pi minum-minum, dah mula tak tentu arah pikir nak pakai baju apa. Rupanya abang angkat tu ajak jumpa sebab nak kenalkan tunang dia kat kau. Kahkahkah.

Some ex-es, dia suka datang balik kat kita bukan sebab dia nak kita balik.
Tapi dia tau kita kenal dia, jadi kita adalah orang terbaik untuk dia bersembang and be him/herself.
Mungkin dia belum boleh jadi diri sendiri dengan orang lain.
Jadi kita adalah tempat untuk dia jumpa diri dia sendiri.
Tak bermakna dia nak balik kat kita pun.

Berentilah dari men-torture diri sendiri.
Hati kita ni kita punya. Jadi jaga baik-baik. Jangan bagi hati tu tanggung derita lama sangat.
Kalau kita tak jaga hati sendiri, siapa lagi nak jaga? Ahmad Albab jaga?

Kalau kita rasa dia bodoh sebab tak nak kat kita, maka kita kena jadi bijak untuk terus lupakan dia.





Selama ni kalau ada any promosi GreenAard, aku just tunjuk harga diskaun kan.
Mungkin ada yang tak perasan sebenarnya berapa banyak boleh jimat kalau beli time promosi.
Apetah lagi beli harga pakej, jauh lebih jimat.
Korang boleh tengok table kat atas, berapa korang boleh save.
And remember, kos pos GreenAard tanggung tau.
Maknanya sebenarnya penjimatan tu jauh lebih banyak dari apa yang aku tunjuk kat table ni.
Kalau dah ada kos pos esok, ko takkan dapat harga secomel ni.

By the way, lepas submit order form, korang akan di-direct ke blank page.
Jangan takut, email dah dihantar dah tu.
Takyah send form berkali-kali.
Jenuh aku mendelete oii. Dah la order form dari blog ni semua aku handle sendiri.

Silakan klik button di bawah.