2017-09-15

It doesn't matter


Aduhaiiii.
Patutnya aku up post ni pagi tadi. Sekali laptop aku tetiba terpadam sendiri.
Time aku tengah semangat ni la dia nak padam kan.
Dah try cabut bateri pun takleh on lagi.
Aku berharap jangan la jahanam. dah takde keje asik beli laptop je keje aku ni.
Rasanya menjak tahun 2008 sampai sekarang, cecah 5-6 bijik laptop aku beli.
Ni pinjam laptop En Wan (sebenarnya laptop aku), tapi dah kira macam dia punya la ni.



Dah nak masuk 10 hari email ni dalam folder, baru baca pagi tadi.

Aku excited everytime ada orang cakap nak jadi dropshipper GreenAard.
Seronok bila ada orang yang nak berniaga, apetah lagi tolong jualkan produk aku.
Tapi sekarang, aku jadi super selective memilih agen dan dropshipper.
Sebab aku realized, yang nak jadi agen dan dropshipper ni bukan betul-betul nak berniaga tapi just nak tambah duit poket.

Sesiapa yang nak berniaga, be it sebagai agen, stokist atau dropshipper, please sematkan dalam kepala that you are doing bisnes.
Agen, stokist dan dropshipper - tu hanya role saja.
Same goes to offline bisnes and online bisnes - tu hanya medium saja.
Hakikatnya, you are doing bisnes.
Tak kisah la kita sekadar drophipper, kita tetap buat bisnes.

Bila kita sematkan dalam kepada "Aku buat bisnes", maka kita akan buat sungguh-sungguh.
Tapi bila kita dah set dalam kepala "Aku dropship je", ini yang buatkan kita buat sambil lewa.
Sebab kita anggap dropship tu hanya sampingan. Hanya duit-duit tambah buat beli Starbuck.

Berbeza kalau kita anggap kita buat bisnes. Anggap apa saja produk yang kita carry adalah bisnes kita sendiri.
Bila anggap produk yang kita jual tu adalah bisnes kita, maka kita akan berusaha jadi kreatif untuk jual.
Kita jadi sukarela cari knowledge tentang produk, kita sukarela buat marketing plan, kita sukarela buat FB page untuk produk dan update setiap hari.
Bila kita sukarela cari ilmu tentang produk, maka tak payah pilih nak jual produk apa.
Confirm apa jenis produk pun boleh jual.

Bila kita fokus pada nak jual semata-mata, itu yang buatkan kita cepat terkehel.
Sebab kita hanya fokus untuk jual, bukan untuk market.
Hanya mengharapkan owner produk buat marketing, dan kita hanya tunggu customer datang order.
Kalau lah macam tu senangnya keje, what's the point of having agen/dropshipper?
Dah la owner bagi margin untuk jualkan, alih-alih customer kau pun owner yang kena carikkan jugak.
Rugi la owner, baik dia ambik customer tu terus, dah sah-sah dia yang buat marketing, betul tak?

"Rezeki kongsi sama-sama".

Tagline ni memang best dengar, tapi hakikatnya not always a win-win situation.

Ada yang hanya berharap owner bisnes kongsi customer, yang dia tak buat apa-apa.
Just ambik order je.
Celah mana yang kongsi rezeki tu?
Tu bukan kongsi, tu kau kaut buta-buta.

Walaupun hanya dropshipper, anggap itu bisnes korang sendiri. Buat sungguh-sungguh.
Jangan ada negative thinking. Jangan sabotaj diri sendiri.
Aku dari jual Biotech supplies, jump to jual baju, now jual health produk.
Pernah jadi pekerja, pernah jadi agen, now product owner.
Takde beza makan gaji dan bisnes.
Takde beza keje tetap dan keje parttime.
Semuanya adalah kerja.
Same goes to bisnes, takde beza offline atau online.
Takde beza agen, stokist, dropshipper.
Semuanya buat bisnes.

Kalau kita perlukan duit tambahan, maka sepatutnya kita buat betul-betul dan bersungguh.
Sadly, ada yang anggap duit tambahan tu sejenis 'kalau ada ok, kalau takde pun takpe'.
Bila ada pemikiran macam tu konfem bisnes kau tak kemana.
Tak kisah la produk yang kau carry tu hot dan famous macamana pun, kau takkan berjaya.
Sebab kita jadikan nama brand yang famous tu sebagai sandaran. Kita 'tumpang' nama dia. Tapi kita tak usaha sangat pun. Ko rasa boleh pegi? Boleh pegi jahanam lagi ada.
Sebab tu kadang-kadang kita dengar cerita si A berjaya jual RM30K sebulan.
Yang si B jual produk yang sama payah nak jalan.
It's not produk yang tak boleh jual, tapi effort kita yang berbeza.

So, to those yang nak berjinak-jinak jadi agen atau dropshipper, it doesn't matter produk apa yang ko carry. Your effort that counts.



Memandangkan laptop aku buat hal, patut Fri-Yay offer ni sampai 11.59 malam ni je.
Tapi dah kalau baru sekarang nak post, jadi aku extend sampai 12 tengahari esok (16 Sept).
Setiap bulan aku akan pilih satu hari Jumaat untuk 10 orang customer beli certain produk dengan harga special.
Dan 10 orang ni aku dah send email kejap tadi, silakan check email masing-masing.
Produk pilihan minggu ni adalah Nutrijuice.

Kenapa Nutrijuice, bukan produk lain?

Sebab semalam dapat new testimoni yang awesome.




Malas nak repeat apa dia tulis, korang bacalah.
Thank you to this customer yang ada effort untuk check before and after.

Jadi, silakan check email mana tau ada dapat invitation email tu.