2017-09-14

Hikmah kematian


Aku jarang nak berblog pasal kes yang melibatkan kanak-kanak.
Be it kes cabul, rogol, buli, dera, culik, bunuh atau bayi yang dibuang.
Walaupun time cerita tengah hot, newsfeed aku meriah dengan berita-berita macam ni, aku always 'buat dek'.
Bukan malas ambik tau tapi taknak komen apa-apa.

Maybe inilah kesan troma zaman kecik-kecik dulu.
Siapa yang pernah lalui zaman kanak-kanak macam aku mungkin faham.
Padahal dulu time kecik aku bukan kena cabul ke hape.
Cuma kena double standard je.
Walaupun 'cuma double standard', kesannya sampai aku umur 40 tahun ni.
That's why anything yang melibatkan kes budak-budak, aku akan buat bodoh.
Sometimes, baca headline je. Baca isi pun taknak.

Hari ni, kes lebih 20 orang budak tahfiz meninggal - rentung terbakar.
Meriah newsfeed orang dok naikkan status pasal ni, tapi aku buat dek.
Macam biasa, baca headline je. Aku takde rasa nak tau lansung apa intipatinya.
Pedih rasanya. Buatkan aku teringat zaman aku kecik-kecik dulu.
So aku biarkan berita tu berlalu macam tu.

Cuma tadi dalam kereta masa En Wan tanya aku tau tak pasal kes ni, aku angguk.
Taknak komen apa-apa.
Tapi aku bagitau En Wan, ada 2 benda yang aku nampak dari kes ni.
Yang pertama, list orang yang akan masuk syurga dulu dari aku dah semakin panjang. Aku makin terkebelakang.
Yang kedua, Allah turunkan musibah dengan cara ramai yang tak sedar apabila ahli agama lepas satu, satu diambil, dan yang tinggal siapa? Akulah yang salah sorang masih tinggal tu. Ahli jahil.

Berita tentang mati bagi banyak pengajaran dan buatkan kita fikir semula makna hidup.
Berita kematian boleh buatkan kita beringat untuk mengawal alur kehidupan agar tak lari menyimpang.
Sebab, orang yang benar-benar mengingat kematian, akan mengurangkan kenikmatan yang sedang dirasakannya, sekaligus mencegahnya untuk bercita-cita mendapatkannya di masa yang akan datang serta membuatkannya menghindari dari mengangankannya, walaupun dia mampu mencapainya.

Kadang-kadang aku terasa setiap berita kematian yang aku dengar tu sebagai warning untuk aku.
Especially bila hari tu aku sangat bersemangat untuk urusan dunia, tup tup dapat berita ada orang yang aku kenal mati.
Atau tiba-tiba dapat berita tentang kematian yang bagi kesan sangat dalam hati.
Sometimes aku terdetik jugak apesal everytime aku too excited dengan urusan dunia, tetiba dapat berita tentang mati.
Macam satu peringatan supaya aku pendekkan sikit angan-angan aku.
Macamana ntah nak explain, tapi beberapa kali dah aku rasa macam ni.

Betullah orang kata, mati adalah nasihat yang paling baik.
Satu nasihat untuk kita sedar yang satu hari akan tiba giliran kita pulak.
Cuma tak tau bila dan bagaimana.
Budak-budak tahfiz yang meninggal ni adalah bukti bahawa mati tu tak tunggu tua, tak tunggu sakit.
Tu sebenarnya cara Tuhan bagi warning pada kita yang masih hidup.
Bukan sekadar berkongsi rasa sedih tapi mesti belajar untuk cari hikmah disebaliknya.
Bahkan, kalau kita tengok berita tentang orang jumpa baby mati dibuang kat tong sampah, atau janin dibuang dalam tandas - semua tu 'warning' bahawa yang belum sempat hirup udara pun boleh mati.
Tak payah tunggu tua pun.

Semoga kita semua belajar dari hakikat sebuah kematian dengan baik dan siapkan bekal untuk turn kita nanti.