2017-09-18

Kenapa tak happy?




Sejenis kegigihan hari ni update blog dari henfon. Sebab laptop belum ada berita lagi masih bernyawa atau padam terus. Agak sembab jugak duduk rumah hari ni. Kalau aku sorang je kat rumah memang dah lama aku buat gotong-royong. Tapi mak mertua ada sekali. Memang tak dapat la aku nak 'berkemas'. Nanti apa yang aku buang semua dia kutip balik. Sabtu lepas balik dari wedding aku buang baju kurung yang aku pakai sebab tertetas kat hujung baju. Alih-alih malam semalam aku nampak baju tu kat bakul baju belum berlipat. Mak aku cakap dia tengok kat bakul sampah aku ada baju, dia ambik, basuh and nak simpan bagi orang. Ya ampunnnn, baju tu dah tetas kot. Tu yang aku sangap menguap lepak kat rumah ni. Aku plan nak 'kemas' bilik Redza. Tapi nanti mak mertua aku standby kat tepi ngan plastik pulak nak kutip barang yang aku buang 😂😂. 

Jadi, marilah kita reply email reader yang bersusun dalam mailbox. Email kat atas ni baru je masuk semalam. Patut aku reply yang lama-lama dulu tapi topik ni best pulak aku nak respond. Kebetulan Jumaat lepas aku baru je bersembang hal ni dengan En Wan (aku ada share kat FB status). Kitorang sembang tentang halatuju Redza. En Wan kata perlu untuk kita identify apa yang Redza minat sebab budak-budak selalunya tak nampak apa yang dorang minat. They tend to ikut majoriti. Kawan-kawan minat engineering, dia pun follow. Kawan-kawan minat jadi doktor, dia pun follow. Padahal itu bukan apa yang dia suka. 

"Macamana Kak Di tau apa yang Kak Di nak dalam hidup?"

Aku lama dah tau apa yang aku nak. Aku nak jadi lawyer. Ini sebenarnya yang aku nak. En Wan sendiri kata karakter aku sesuai jadi lawyer (dia tak tau pun sebenarnya aku memang nak jadi lawyer). Tapi macam yang aku cakap, masa kita bersekolah, kita tend to ikut majoriti. Nak pulak masa tu mak bapak aku encouraged aku untuk jadi lain (career). Lepas SPM, apply UPU. Masa tu UiTM takde dalam UPU sebab masih ITM. Jadi, ia bukan satu pilihan utama. Of cos la nak masuk U kan. Tak tau nak apply apa kat UPU. Nak apply UIA aku terbayang-bayang aku kena pakai tudung kat sana - reject. Taknak. Jadi aku applylah mana-mana pun janji masuk U konsepnya. Tapi aku apply jugak ITM. Masa isi borang, aku letak Law sebagai pilihan pertama. Bila surat jawapan sampai, GAGAL. Eh apesal lak gagal ni? Aku punya syarat untuk masuk sini lebih dari layak kot. Pastu nampak kat kad tu Pilihan Pertama : Akaun. Pilihan Kedua : Banking. Rupanya Pak Aji gi tukar aku punya pilihan dari Law ke Akaun. Memang sah tak berjaya la. Mujur gak tak dapat, kalau tak, nescaya sem pertama lagi dah kena kick. Maths and akaun bodoh kot 😂😂.

Masa kat UNIMAS, CGPA aku tahun kedua 3.45. Tak tinggi sangat tapi aku sorang je Malay yang dapat 3 pointer. Yang lain Chinese sapu. Aku ingat lagi dengan CGPA ni aku confius nak ambik course apa tahun berikutnya (final year). Orang kata baik ambik Chemistry. Sebab orang bijak-bijak je ambik Chemistry. Deal with numbers and formula katakan. Tapi aku lebih suka nak ambik Biotek. Cuma tu lah, Biotek waktu tu belum glemer lagi. Aku sendiri tak nampak apa kerja yang aku nak buat dengan Biotek selain duduk kat lab. So aku gi jumpa Dekan, Prof Azib Salleh. Of cos Dekan sokong sangat aku ambik Biotek sebab dia orang Biotek (later dia yang jadi supervisor aku). Pastu aku try tanya Timbalan Dekan pulak Prof Hamsawi Sani. Dia orang tissue culture jadi dia sokong aku ambik Biotek. Aku cakap takleh jadi ni. Aku kena tanya orang yang neutral. Bukan background Biotek atau Kimia. Last-last aku gi jumpa Ketua Faculti Sains. Tak ingat nama dia, tapi pompuan. Dia tarik aku ke sudut yang tak ramai orang pastu dia cakap "Pointer you mintak apa-apa course boleh lepas. Sebab tu you confuse. Kalau pointer you rendah you tau dah nak ambik course apa sebab course lain sah tak boleh masuk dah. Tapi I suggest you ambik Biotek.. I banyak join seminar and meetings in and out (of Malaysia). Biotek is growing."

Walaupun waktu tu course Kimia nampak lagi umphhh sebab nampak bijak-bijak sikit, I don't care! Setakat nak nampak bijak tapi sebenarnya tak berapa bijak, pointer 3.0 pun tak pernah lepas, tak payah. Aku taknak mintak pendapat mak bapak aku masa ni. Aku takut dorang influence aku macam-macam lagi. Aku taknak salah langkah. So aku masuk Biotek sebab aku suka. Orang tak berapa nak pandang course aku, like I care?

Dengan course yang aku suka ni lah aku berjaya convert loan MARA ke scholarship. Aman hidup takyah bayar hutang pelajaran. Ni baru betul happy.

Kesimpulannya kat sini, buat apa yang kita suka. Bukan sebab orang lain suka atau sebab majoriti suka. Paling loser sekali adalah bila kita buat sebab nak dapat praise, admiration dan pandangan tinggi dari orang lain. Kau takkan rasa content kalau buat benda sebab orang lain.

Aku rasa kenapa kebanyakkan orang susah rasa bahagia ataupun tak pernah rasa cukup/puas adalah sebab dia follow trend sangat. Sekarang kan zaman FB and IG. Gamba-gamba yang orang lain share dijadikan satu benchmark. Orang A kaya. Dia pakai kereta ni, rumah dia macam ni, dia gi melancong kat sini, anak dia skolah tadika kat sini, anak dia punya birthday party macam ni, dia selalu makan kat sini, bla bla bla bla.
Dan kita usaha untuk capai benchmark tu.
Tup-tup jumpa FB/IG Orang B pulak yang lifestyle lagi hebat dari Orang A. Kita follow pulak cara B.
Rasa content?
Konfem tak. Seriously, TAKKAN PUAS!

Nak happy, kenapa mesti ikut orang?
Orang tu buat apa yang dia buat, sebab dia suka.
Belum tentu lagi kita akan happy bila kita ikut apa yang orang tu buat.
Kita sendiri yang tau apa benda yang buatkan kita happy, so kenapa mesti tengok orang lain dulu?
Nak justify apa?
Tak kisahlah kalau perkara yang buatkan kita happy tu sekadar cuti balik kampung.

Ada orang, dia segan bila dia takde life yang extraordinary macam majoriti.
Majoriti hujung tahun bercuti luar negara, dia hanya balik kampung makan durian.
Nak rasa rendah diri apanya?
Hamba Allah tu cuti overseas sebab mungkin dia takde kampung nak bercuti.
Dia hari-hari makan stobery sebab dia tak makan durian.
Dia celebrate besday anak dia kat restoran sebab dia taknak kecahkan rumah. Boleh jadi juga rumah dia kecik tak muat nak masuk ramai orang.
Dia hari-hari minum petang kat cafe sebab kat area rumah dia takde orang jual goreng pisang.
Alahaiiii...jangan ruin our happiness dengan membandingkan life sendiri dengan life orang lain.
Bila kita asik nak follow trend, kita jadi letih. Duit habis banyak tapi hati tak jugak senang. Rugi tau tak. Hidup kalau konfem sampai 100 tahun takpe gak. Ini nak cecah 60 pun semput rasanya. Sudah-sudah la cari bahagia dengan ikut gaya orang. Buat cara sendiri sudah.

Nak tau apa yang kita suka, nak tau apa yang kita nak, nak tahu hala tuju kita - kita kena tanya diri sendiri apa yang buatkan kita happy. Itu je.
Malang sungguh manusia yang seek happiness dari material dan approval dari orang lain.
You won't feel content. I swear.


Sent from my iPhone