2017-07-20

Suami letak password kat henfon.


Ada reader ni tanya apa nak buat kalau tiba-tiba suami tukar password kat henfon. Selama ni ok je tetiba tukar password. Nak tanya suami terasa takut pulak. Nanti nampak sangat selalu skodeng henfon dia. Tapi hati tu tak tenteram pikir apa agaknya yang suami cuba sorokkan.

"Pendapat Kak Di camne?"

Haaaaa gitew.
Aku kan, bab-bab kisah laki bini ni aku cuak je nak masuk campur.
Nak bagi pendapat pun tak berani.
Dan selalunya aku ambik jalan tengah, cerita pasal benda lain. Tapi kalau kau pandai read between the lines, kau paham lah kot apa yang aku nak sampaikan.

Aku rasa aku antara isteri paling 'sedih' atas muka bumi ni.
Password IG, email and FB laki sendiri aku tak tau.
Wallet dia aku tak bukak.
Password online banking pun aku tak tau.
Nombor pin dia pun tak tau.
Henfon dia aku tak pernah check. Gambar dalam henfon dia pun aku tak penah nak try tengok.

Tapiiiiiiiiiiiiiiii...

✔ Password FB, IG and email aku dia tau.

✔ In fact aku punya phone lagi satu, dia yang pegang. Laptop dia pakai adalah asalnya laptop aku. FB aku pulak tak pernah sign out, jadi dia boleh bukak FB aku di laptop dia dan henfon aku yang dia pegang tu. Sebab tulah kalau orang PM aku, kadang-kadang aku tak tau, sebab dia dah baca dulu jadi kat henfon aku dah tak nampak notification. Kadang-kadang dah 2 minggu baru aku perasan ada orang PM.

✔ Kad ATM, kad kredit aku, bukan saja dia tau pin, malah dia pegang terus ðŸ˜‚😂.

✔ Purse aku dia boleh check bila-bila masa sebab memang dia tukang buang segala resit-resit kat dalam tu.

✔ Henfon aku ada password, tapi dia tau password.


Sebenarnya, lagi stress kalau kita tau apa yang partner kita buat.
Tau sikit-sikit tu ok lah. Tapi kalau semua benda kita nak ambik tau, sebenarnya kita yang mengundang penyakit.

Takdir kita ni macam ais tau.
Kita genggamlah ais tu kuat mana pun, dia akan cair dan air akan meleleh keluar ikut celah-celah jari.
Kita tak boleh nak kawal.
Macam tulah dengan takdir, tak boleh kawal.

Sentiasa nak siasat 24 jam apa pasangan kita buat, nak ambik tau segala password akaun media sosial, password henfon, password segala tok nenek perkara - untuk apa?
Untuk jaga diri dia?
Atau untuk sedapkan hati sendiri?

Kita rasa bila kita dapat kawal gerak-geri pasangan maka kita berjaya prevent perkara-perkara yang tak patut jadi. Tapi sebenarnya kita sedang serabutkan fikiran kita dan jauhkan hati dari rasa tenang.
Hati kita jadi tak tenang, hati pasangan pun tak tenang.

Pernah dulu ada reader yang cerita pasal kes dia dengan suami. Suami kantoi curang.
Lepas tu suami minta maaf. Dia kata dia susah nak maafkan.
Dia cakap dia maafkan tapi sebenarnya sejak hari tu dia dok spy apa je yang suami dia buat.
Henfon suami dia kelebet, email suami dia hack, sampaikan dia penah ambik EL semata-mata nak check betul tak suami dia pi opis.
Dia rasa dia tengah cuba nak kawal situasi tapi last-last bercerai jugak budak tu.
Kan penat je kau stress sorang-sorang skodeng apa laki buat last-last habis macam tu jugak.

Rasulullah saw dah pesan, hati kita ni Allah yang pegang.
Hati kita sendiri berbolak balik, lagikan pulak hati orang.
Alangkan hati kita sendiri kita payah nak kawal, kejap ikhlas, kejap dengki. Ada hati sibuk nak kawal hati orang.

Kadang-kadang apa yang terjadi sebenarnya kita yang mulakan. Kita yang cari penyakit.

Contoh, kita skodeng si anu punya FB dan kita nampak dia tulis status macam ada hawa-hawa perli kita. Lepas tu kita sakit hati.

Siapa yang mulakan sebenarnya?
Dah elok-elok tak tau jadi tau.
Kau yang sibuk pi kelebet FB orang tu, lepas tu sentap.

Ramai je yang macam ni.

Haters.
Tak suka katanya , tapi pi kelebet juga IG orang tu hari-hari without fail, sanggup buat fake IG semata-mata nak skodeng aktiviti orang di sinun. Lepas tu sakit hati.

Isteri pertama.
Sakit hati laki kawen dua.
Tapi hari-hari pi skodeng apa laki dia buat dengan bini kedua. Pegi mana, shopping apa, makan kat mana. Pastu balik rumah mengongoi nangis tumbuk bantal "Sampai hati abang! Sampai hati abang!"

Berniaga.
Sibuk pi kelebet apa pesaing buat. Maju ke dia? Dah bungkus ke dia?
Sekali pesaing kaut juta-juta sales.
Pastu kau terus stress, kemurungan, bunuh diri.

Syarat nak hati tenang bukan dengan cara kawal kedaaan.
Bukan dengan cara ambik tau semua benda demi nak sedapkan hati sendiri.
Tu bukan caranya.
Formula hati tenang adalah kurang-kurangkan menyibuk hal orang!
Kalau dah tau orang tu boleh buatkan kita rasa tak selesa dan sakit hati, maka jauhkanlah diri. Jangan ambik tau. Yang kau sibuk nak intai dia dah kenapa kau?

Aku ada baca quote from Saidina Ali, dia kata "Aku sudah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup dan yang paling pahit ialah berharap kepada manusia".

Aku sendiri pernah rasa macamana sakitnya hati bila kita berharap pada orang lain untuk jaga hati kita. Ya Allah memang sakit! Apetah lagi bila berkaitan dengan pasangan. Tak heran lah kalau ada yang gila bila putus cinta. Sebab dia letak pengharapan pada pasangan sangat tinggi. Hakikatnya kita tak boleh kawal sesiapa. Nak lagi zaman semuanya di hujung jari ni. Apa je yang tak boleh?

Kalau kau geram sangat tak jumpa password suami pastu kau rendamkan henfon dia dalam mesin basuh, rasa-rasa esok dia tak boleh beli henfon lain?

Kalau kau hack password FB dia, kau yakin itu je akaun FB yang dia ada?

Kalau kau follow dia ke tempat keje just nak pastikan dia benar-benar ke opis, ko rasa kat dalam opis tu dia tak boleh main mata ngan orang lain?

Kadang-kadang kita orang pompuan ni pun ada penyakit juga.
Penyakit suka trigger sesuatu yang tak ada.
Padahal benda tu tak wujud pun tapi bila kita terlampau berimaginasi yang bukan-bukan, lama-lama apa yang kita dok pikir tu jadi.

Contoh, dah tau kerja suami banyak berurusan dengan orang, tapi isteri saja buat tak paham.
Nak jeles tak tentu pasal. Nampak laki berbual dengan pompuan lain, mula lah nak jeles membabi buta. Babi betul.

Bila suami balik, perli-perli "Best ke dapat sembang ngan customer pompuan?"
"Seronok keje kan? Ramai customer pompuan"
"Patut la seronok sangat keje situ, ada peluang bersidai ngan pompuan".

Sekali dua, suami suka lah. Terasa diri disayangi bila isteri jeles-jeles manja gitu.
Tapi kalau dah kerap sangat kau ada-ada kan benda yang tak ada, lama-lama dia fedap.
Bila dia fedap, masa tu lah dia betul-betul cari peluang nak bersidai ngan pompuan.
Sedar tak sedar pompuan tu jadi tempat suami luahkan perasaan stress. Lama-lama dorang rapat.
Masa tu baru kau tau tindakan kau acah-acah jeles tu yang akhirnya merapatkan laki kau dengan perempuan tu. Kau yang bukak jalan sebenarnya.

Pompuan memang kuat jeles. Aku pompuan aku tau lah.
Especially kalau melibatkan lelaki/suami. Terasa macam lelaki/suami tu lah segala-galanya.
Kalau boleh taknak hilang, nak punyakan sorang. Sanggup kerat-mengerat kalau melibatkan suami.

Dah lah.
Buat sakit hati je nak jaga nak kawal orang. Baik jaga diri sendiri.
Letakkan sepenuh kepercayaan kat Allah. Jangan seksa diri sendiri dengan kelakuan orang lain. Kita ada hak untuk hidup tenang.





JULY SPECIAL BERMULA HARI INI SAMPAI 31 JULY 
(atau kalau beg habis dulu, kira habislah).

Beli mana-mana produk GreenAard berjumlah RM150 akan dapat satu free PU LEATHER BAG. Warna boleh pilih sendiri. Pembelian sah kat whatsapp je - 0127728976. 

Tapi pembelian sah kat whatsapp je - 0127728976 tau.
Beg ada 100 keping.