2017-06-19

Thank you KL Raya Fest 2017


3pm.

Bersiaran dari bilik tido kerana baru bangun tido.
En Wan masih lagi terbongkang tak sedarkan diri.
Tapi tido siang takkan sama macam tido malam.
Bangun tido tetap rasa lemau.
Malam ni nak kena tido awal jugak supaya boleh recharge balik tenaga yang hilang.

Alhamdulillah, 3 hari 3 malam team Fleur by Mrs Him berkampung kat PWTC sempena KL Raya Fest 2017. Ini tahun pertama join raya fest di PWTC. Tahun lepas kitorang ambik JB. Tahun lepas ambik JB sebab tahun lepas turn raya Bangi. Jadi takpelah bulan puasa berjalan jauh sikit. Tahun ni turn balik Tganu, jadi taknak ambik job yang jauh-jauh. Dekat-dekat je sudey.

KL Raya Fest, 72 jam non-stop.
Setup bermula pada Khamis pagi.
Tapi masa ni En Wan and the geng pi setup.
Aku stay kat ofis buat keje macam biasa.
Lepas terawikh, aku ngan En Wan pegi ke PWTC lagi sebab aku nak tengok booth sendiri camne gayanya.

72 jam, 2 shift.
Shift pertama 8am-8pm (2 orang).
Shift kedua 8pm-8am (2 orang)
Sorang lagi masuk in between 2 shift tu 1pm-1am.
En Wan and aku tak termasuk dalam shift. Tapi kitorang datang jugak cuma tak berada sepenuhnya kat situ.

Aku risau je budak-budak ni lemau menjaga booth especially bulan-bulan puasa.
Tapi rupanya tak jugak. Budak-budak ni orang muda, tenaga pun muda.
Yang tua kitorang je. Lepak 4 jam dah rasa nak demam.
En Wan pagi semalam dah demam sampai hari ni. Tu yang terbongkang tu.

Hari pertama siang tu crowd ada tapi takde lah ramai sangat macam kat Ipoh hari tu menderu-deru.
Tapi aku bagitau dorang, baru Jumaat. Orang masih keje, tunggu la malam karang tengok.
Sekali betul. Malam tu macam lipas kudung masing-masing. Yang jaga shift malam cakap dari 12 sampai 4 pagi dia tak dapat nak duduk lansung sebab crown ramai gila masuk booth. Kesian pulak aku dengar. Tapi dorang kata seronok so takpelah.

Malam kedua (Sabtu) aku datang pukul 11 malam sampai 4 pagi.
Plannya nak stay sampai 12 lebih je.
Sekali ramai pulak reader aku yang merayap malam-malam. Crowd memang ramai tak sampai hati aku nak biarkan budak-budak ni tunggang langgang handle. So, aku join jadi promoter.
Ada satu lelaki tu dia nak belikan kebaya untuk wife dia.
Last-last dia rembat kebaya, shawl ngan kurta sekali 2 helai untuk diri sendiri.

"Ok, ni semua nak ya? Saya letak kat kaunter, encik gi kaunter bayar. Depan tu bos kami".

Pastu masa nak balik dia cakap kat aku "Baguslah awak ni. Saya mula nak beli sehelai je, dah jadi macam-macam beli ni. Pandai bos awak pilih staff"

"Tima kasih..", aku angguk.

Nak je aku cakap "...Sebenarnya saya ada saka...".

Malam tu masa balik, aku ngan En Wan benti sahur kat kedai.
Time tu En Wan kata "Esok ada 1 hari lagi. Tak tau la nak jual apa dah. Kebaya awak tinggal size XL je. Size kecik semua habis. Orang besar-besar mana nak pakai kebaya nanti nampak perut. Kurung awak pulak tinggal size kecik je. Size besar semua habis. Orang slim mana nak pakai kurung, semua nak tunjuk pinggang".

Pastu aku cakap "Takpelah, syukur. Dah habis banyak dah tu. Toksah pikir sangat. Ada rezeki, ada. Mana tau esok yang datang semua fit size yang tinggal? Lagipun syukur budak-budak yang jaga booth semua jenis hunger untuk dapatkan sales. Kita tak perlu ada kat booth all the time. Itu pun rezeki gak tu. Rezeki takyah penat".

Barulah En Wan cool sikit.

Sekali esoknya semua baju Fleur by Mrs Him (women) sold out!
Masa tu aku baru bangun tido, 4.50 pagi, budak-budak kat booth hantar gambar ni :



Aku pernah imagine baju aku akan habis semua kat PWTC ni, tapi tak sangka la betul-betul jadi kenyataan. Bila jadi kenyataan, aku yang menggigil pagi-pagi.

Hukum lojik manusia memang akan kalah dengan hukum Tuhan.
Kita dok ingatkan "takkan la orang badan besar nak pakai kebaya. Takkan lah orang kurus nak pakai kurung longgar". Itu kata kita, tapi kalau Tuhan gerakkan hati orang pi beli, maka orang akan beli jugak.

Budak-budak aku akat the last 3 pieces sampai berebut 2 orang kakak.
Dua-dua pun nak 2 helai.
Budak-budak aku cakap, padahal kat rail dah nak kosong, tapi ada orang datang bertanya lagi pasal baju tu.
Agaknya dia tengok kawan-kawan dia beli kot tu yang dia cari.

Tapi tu lah, orang lain dok beli baju aku, yang aku sendiri takde baju raya tahun ni.
Malas nau rasa nak beli baju raya. Pakai tudung raya je lah.

Selama kat sana aku booked apartment kat Condo Regalia.
Nak book hotel rasa leceh. Sebab nanti budak-budak ni nak kena cari makanan sendiri.
Kitorang booked Regalia. Cantik! Fully furnished.
Lauk je aku orderkan siap-siap from @frozenlauk.
Aku orderkan budak-budak ni gulai tempoyak ikan patin, daging dendeng, ayam masa kicap, rendang kerang and sambak bilis tempe (percubaan untuk menjawakan mereka). Aku bekalkan beras siap-siap. Dah, korang masaklah sendiri.

Thank you kat readers yang datang jumpa aku kat sana.
Ada sorang tu "Sempoinya (read : selekeh) Kak Di ni. Tak pakai mekap pun jaga booth".
Apa dia ingat orang-orang yang datang booth ni semua nak tengok muka aku? Takde makna ya dik. Dorang datang nak tengok baju raya ya. Takde masa nak hadap muka aku.

Alhamdulillah rasa lega akhirnya habis dah tour Mood Republik kitorang tahun ni.
Tunggu KL YES hujung tahun nanti pulak.
Lepas ni boleh santai-santai start design baju untuk next year pulak.



Shawl Desa Pagi ni ramai yang mencari kat booth hari tu tapi habis dah
Fret not, shawl ni dah sampai petang tadi kat opis.
Esok aku upload. Design yang sama tapi kali ni aku pakai material yang berbeza, jauh lebih lembut dan jatuh bila dipakai. Esok aku up-kan new shawl yang sampai. 

Makeup Remover with free beg kosmetik akan berakhir esok 11.59 malam.
Masih sempat kalau nak. Sebab Sabtu lepas En Wan dah tambah beg kosmetik.
.
.
.
.
.
.
.


Aku compilekan some gambar customer.
Ada yang malu-malu nak ambik, ada yang di henfon En Wan blom sempat transfer.
Yang dalam phone aku pun tak transfer lagi, fenattt.

Terima kasih.