2017-06-17

Kerek nau




Ni entry lanjutan dari drama semalam.

Yang pujuk-pujuk aku reveal siapa nama artis tu - sorry. Aku takkan reveal.
Bukannya aku ada masalah dengan artis tu pun, tapi manager dia.

Then ada sorang reader bagitau dia pernah deal dengan a couple of manager artis - perangai pun lebih kurang sama macam experience aku semalam.
So, aku pressume ini penyakit biasa dalam golongan manager artis kot. Mungkin tak semua manager dapat penyakit ni tapi ini adalah penyakit biasa dalam golongan dorang ni. Antara boleh berjangkit dengan tak je.

Aku tak sure samada ini yang dikatakan kekwat atau just plain stupid tak boleh nak fikir lojik.
It is something that can be expected by a sound mind kot.
When you hire someone to do a job, job tu bukan saja mesti disiapkan tapi juga mesti memuaskan hati pemberi tugas.
Benda ni benda basic. Kalau bos kau bagi task, of cos bos kau bukan sekadar nak kau siapkan tapi mesti siapkan dengan bagus. Mana ada bos yang bagi kau task pastu "Kau buat je lah, asalkan siap".
Alangkan anak-anak buah aku kat ofis ni pun, kalau submit task kat aku, aku tak puas hati, aku suruh dia buat balik.

So bila this manager cakap artis dia hanya ambik job dan buat, tapi 'no such thing' as kena buat balik kalau aku tak puas hati - aku tak sure ini memang cara kerja semua artis atau dia je yang sorang keje macam ni. Ni mesti dulu time blaja set-set buat assignment asalkan siap. Berapa marks dapat takde hal, janji keje dah buat.

Aku tak faham celah mana request aku tu dia tak boleh hadam.
Kau letak harga, aku setuju. Tapi bila aku bagi arahan, kau taknak ikut.
Aku rasa dia ni confuse kot atau belum berkemampuan untuk berfikir aras tinggi. Ni kalau cara-cara exam KBAT, soklan pertama lagi dah salah.

Aku rasa dia confuse mana satu bos.
Dia masih rasa artis dia adalah bos dia.
Like helloooooo, bila client bagi kau job, maknanya artis kau dah no longer your bos.
The client yang jadi bos kau dan juga bos artis kau now.
So, kau kena ikut cakap client.
Aku tak faham camana dia berfikir.
Aku nak bagi kau job, duit aku kau nak, tapi aku kena ikut arahan kau. Wah, senang buat duit nampak? Manager dia ni budak wechat ke aper?
Ini kalau jadi staff bos lama aku dulu, boleh tersiat kulit dia ni hari-hari kena campak sales report kat muka.

Nak cakap pasal iklan-iklan ni, alah jangan nak temberang aku lah macam aku ni noob sangat.
Zaman IG ni baru berapa tahun kebelakangan ni je.
Sebelum ada review-review kat IG, bloggers dah lama dah buat keje review-review ni sampai nak muntah buat review.
Semua bloggers yang pernah buat paid review tau sebelum artikel dipublished, draft kena hantar kepada client dulu. Kalau ada ammendments, kena ammend. Kalau approved, baru publish.
Kadang tu kena datang preview la, briefing la, ntah macam-macam tok nenek lagi kena buat sebelum kena buat artikel.
Konsepnya, you take it, or you leave it. Jangan banyak songeh dengan client. Client adalah orang yang ada duit. They can always look for somebody else kalau kau taknak. Jangan nak kerek.

Manusia kalau ada duit sikit, ada keje besar sikit, ada nama sikit, mesti nak kerek.
Selalunya yang ada nama tak berapa nak kerek. Yang dapat tempias je pulak yang over. Dah kenapa kau?

Tetiba aku macam boleh relate kejadian semalam dengan pengalaman-pengalaman yang lain.
Boleh jadi manager tadi pandang rendah kot kat aku.
Sebab aku perkenalkan diri as wakil GreenAard.
GreenAard, what?
Kalau aku cakap aku wakil dari Avon ke, Amway ke, Ariani ke, maybe aku dapat all his/her attention.

It's ok.
It's just a matter of time.
Dan mungkin ini juga peringatan Tuhan untuk aku supaya aku beringat jangan jadi macam tu.

Aku ingat lagi masa ex-co-Founder Ephyra (now Founder Kree) datang rumah aku untuk aku try Ephyra dan promote kat blog. Masa tu dia kata Ephyra dah in the market sebulan dua kot tapi nak dapat jual sekotak seminggu pun susah sangat. Masa tu aku tak kenal dia, let alone kena Ephyra, and Miza (Founder) pun aku tak kenal. Yang buatkan aku willing to tolong sebab Reni sampai datang ke rumah aku. Just imagine, client kau nak bagi kau job, patut kau yang jumpa dia, tapi dia yang jumpa kau. Masa tu dia tanya berapa caj, aku taknak ambik. Sebab aku pun tak tau if Ephyra ni serasi dengan aku ke tak so aku kata takyah la, biar aku try je dulu. Another reason aku willing to buat sebab masa tu dia datang dengan reader nama Afiq (designer Afiq.M). Afiq yang suggest nama aku kat Reni. Terharu aku tau, blog aku banyak cerita merepek je kot tapi ada jugak orang petik nama aku untuk buat iklan.

Hari yang aku publish entry Ephyra tu, Reni call bagitau first time Ephyra dapat order 15 kotak sehari. 15 kotak je pun tapi it means a world to them. Sebab before ni sekotak seminggu pun jenuh katanya. Aku sebagai 'endorser' rasa lega bila client puas hati dengan hasil kerja and impaknya alhamdulillah bagus. Of cos itu hanya 1% je my part. Lagi 99% lagi hasil keje team Ephyra sendiri and the produk pun bagus. Now dah jadi big player now. Ada duta lagi. Aku tumpang happy aku pernah jadi a part of their journey walau hanya 1%.

Bila orang bagi task, tak kisah la siapa orang tu, ada nama ke tak. Bila kau dah setuju nak buat, maka buat betul-betul. Tuhan akan datangkan berkat dalam hidup.
Jangan ambik job seronok sendiri, tapi apa impaknya pada bisnes orang tu kau tak ambik peduli.
Ingat, rezeki kita ni Tuhan yang pegang. Dan tak semua rezeki tu datang dalam bentuk cash.
Dia boleh bagi banyak. Dia boleh bagi sikit.
Tapi yang perit bila Dia bagi banyak tapi Dia tak bagi berkat dalam rezeki tu.





Just nice testimoni ni sampai tatkala aku tengah buat promo Father's Day.
Kebetulan dia belikan untuk bapak dia.
Promo Nutrijuice masih lagi on sempena Father's Day.
Refresh page ni dan isi form untuk beli.
Thank you.