2017-05-03

Tolong diri sendiri dulu


Lepas aku naikkan entry semalam, baru aku tau boleh tahan ramai reader blog ni yang berbisnes. Mencecet-cecet email masuk tanya macam-macam. Macamkan lah aku ni pakar. Korang kan kalau nak tanya lebih mendalam pi tanya mentor kewangan, mentor kekayaan, jutawan-jutawan yang berpengalaman. Aku baru 10 tahun pengalaman. .

Aku tak dapat nak reply semua lah kot. Aku share whatsapp reader ni je lah. Sebab ringkas.



Thank you to this reader yang share apa yang dia lalui dalam bisnes.
This is what I mean in my previous post.
Of cos semua orang proud bila monthly sales ratus ribu, tapi bukan itu yang kita nak cari. Kita nak cari profit.
Total sales tak membawa maksud apa-apa kalau ROI rendah sampai nak bayar gaji sendiri pun takde. What's the point berbisnes kalau gaji sendiri pun takde. Kita bukan bukan kerja kebajikan kat sini. We are doing bisnes.

Part paling susah nak buat adalah buang pekerja.
So, sebelum ambik pekerja kena pikir banyak kali perlu ke tak perlu ke tak perlu ke tak.
Jangan cuak kalau tengok orang lain ada ramai pekerja, kita kerja sorang-sorang.
Dia ada reason dia, kita pun ada reason kita.
Belum tentu yang pekerja ramai tu gempak sangat.
Dan jangan ingat bisnes yang takde staff lansung tu sengkek sangat.
Aku pernah run bisnes sorang-sorang. Memang kenyang! Hahahaha.

Majikan lama aku dulu, sikit-sikit bukak anak syarikat. Padahal ada anak syarikat yang cuma ada 2 orang pekerja je. Apa objektif pun aku tak tau. Bangga gila kat lobby letak carta organisasi ada mother company and 5 anak syarikat. Dalam setiap syarikat ada division pastu ada sub division lagi, padahal setiap sub division ada 2 orang je. Itupun dia nak bagi title Manager and Executive kat 2 orang dalam sub division tu. Cam poyo nau aku tengok.  Kemain lagi 5 anak syarikat tapi total sales setahun 13 juta je.

Majikan aku yang terakhir ada 5 orang je sales.
Setiap sales cover satu Malaysia. Takde pembahagian area.

Tak ramai staff majikan aku dulu, tapi sikit dia tak heran competitor dia pekerja ramai gila.
Dia punya concern hanyalah profit.
Aku keje 9 bulan je kat situ. Sempat buat 3 juta. Dan margin untuk 3 juta tu 55%.
55% = 1.65 juta, hanya untuk margin.
Margin aku tu je dah boleh bayar gaji 9 orang pekerja for how many years? Kira sendiri.
Tu belum lagi margin kawan-kawan aku yang lain.
Tahun yang aku left tu budak-budak ni dapat 7 months bonus.
Berbaloi la setiap Isnin kena maki time meeting kalau dapat bonus 7 bulan.

Majikan aku dulu lagi selamba takde staff yang tolong buat keje bungkus-bungkus.
Setiap sales pack barang sendiri untuk pos kat customer.
Tertonggeng masing-masing buat packing sendiri, pastu tolak troli hantar sendiri barang-barang kat customer. Tu yang aku hangin je tu kalau lift tetiba rosak. Jenuh aku nak junjung barang 9kg atas bahu. Ko just imagine aku junjung kotak atas bahu sambil pakai skirt belah and heels naik tingkat 4? Memang sado betis aku wei. Takde pulak yang nak tolong aku angkut kotak tu. Boleh pulak "Hai..berat ke?". Klaka la tu agaknya, Aku libas kotak ni kat kau karang satu sen tak guna.

Aku penah kena tolak troli naik bukit. Takde la bukit sangat, tapi tanah tinggi jugak la kat Fakuti Medic UPM tu. Ya ampunn, aku dah la pakai heels, pakai skirt pendek, kena tolak troli berat lak tu. Menggigil-gigil heels aku. Muka aku tolak troli dah macam muka tengah meneran. Tapi dalam masa yang sama kena senyum sebab orang lalu-lalang kat tepi. Ko leh imagine tak betapa huru-haranya aku nak maintain tolak troli dengan muka meneran yang tengah senyum? Cuba try buat muka meneran tengah senyum. Mungkin sebab tu lah takde orang offer nak tolong sebab dorang konfius tengok muka aku agaknya. Ni muka nak bertukar jadi saka ke hape agaknya dia kata.

Aku tau ada yang ambil ramai pekerja salah satunya sebab nak buka peluang pekerjaan. Kesian, budak tu takde keje. Kesian, dia nak pakai duit. Kesian, dia nak cari duit lebih.
Niat tu murni tapi cara tu kurang tepat.
Jangan buat keputusan atas dasar simpati, nanti kita yang susah.
Sebelum kita kesiankan orang, kesiankan diri sendiri dulu.
Jangan sibuk nak suap makanan kat mulut orang tapi mulut sendiri melopong.
Kita pun ada tanggungan juga, ada hutang nak dibayar, ada keperluan nak dilunaskan.
Kalau dah sibuk memikir nak bagi peluang kat orang, dah tu kita punya hal sape nak tolong jaga?
Kalau kita ambil dia keje sebab nak tolong, just offer dia kontrak ikut projek je.
Tapi kalau dia ada kepakaran yang kita nak, ok yang tu kita hire.



Klik gambar untuk beli Kurta Khalifa Vol 4.