2017-04-21

Mak bapak tak sokong



Mak bapak aku sangat harapkan anak-anak dorang keje ngan kerajaan.
Sebab dorang pun sama-sama keje kerajaan of cos ada bias sikit kat situ.
Aku bukan tak suka keje kerajaan, in fact aku pernah keje kerajaan.
Tapi mak bapak aku ni suka kalau anak-anak dia keje pensyarah atau cikgu je.
Dorang punya reason - orang perempuan bagus keje kerajaan sebab senang kalau nak bersalin. Aku pun tak tau apa kaitannya, macamlah aku nak beranak tetiap tahun kan. Kalau bapak aku pulak suka aku jadi cikgu sebab dia kata cikgu keje setengah hari, petang dah rest kat rumah. Dia refer cikgu dulu-dulu la kot. Sekarang jangan harap. Jiran sebelah rumah aku cikgu gak tapi aku tengok kul 3-4pm baru sampai rumah.

Aku tak salahkan mak bapak aku bila dia prefer aku keje kerajaan - lecturer atau cikgu.
Bapak aku dulu cikgu, environment dia dikelilingi dengan cikgu. Tapi dia guru biasa je bukan pengetua. Of cos jawatan paling hebat kat skolah adalah Penolong Kanan atau Pengetua. Sebab tu dia berharap aku jadi cikgu, mudah-mudahan aku dapat jawat jawatan tu bila dah tua esok.

Mak aku pulak keje kat UKM. Tapi dia kerani, bukan pensyarah. Kat universiti, jawatan paling hebat of cos pensyarah. Dah tentulah dia nak anak dia jadi pensyarah sebab dalam dunia dia, itulah jawatan paling hebat.

Sama lah macam yang kerja nurse, of cos dia nak anak dia jadi doktor sebab dalam dunia kerja dia, doktor yang paling hebat.
Yang keje kat legal firm mesti nak anak dia jadi lawyer.
Yang keje kat bank mesti nak anak dia jadi akauntan.

Tu biasa la tu.
So, aku tak salahkan mak bapak aku bila dorang beria nak aku jadi cikgu or pensyarah.
Masalahnya, aku memang tak minat nak mengajar, nak buat macamana.

Memang susah nak convincekan mak bapak aku yang aku nak kerja swasta.
Actually aku tak pernah pun argue apa-apa tentang keje kerajaan or swasta sebab aku pun tak pernah plan nak keje swasta. Aku cuma tak pernah plan nak jadi pensyarah or cikgu je. So, kalau dioffer keje kat IPTS sekalipun aku takkan pergi sebab aku tak minat. Jadi, isu keje kerajaan and swasta ni tak pernah timbul.

Cuma nasib aku baik sikit sebab lepas setahun grad, aku kawen.
Bila kawen, aku kena ikutlah mana laki aku pegi.
Bila En Wan ajak pindah, maka aku pun kena pindah.
Bila dah pindah tu memang merdeka la jawabnya kan. Kahkahkah.
Dorang nak cucuk-cucuk aku keje kat UKM tu pun dah tak jalan sebab aku dah keluar dari rumah.
Cuma selama setahun lebih selepas grad tu memang agak hazab la nak menjawab soalan yang sama tetiap hari. Dalam tempoh tu aku duduk ngan dorang lagi. Boleh katakan hari-hari tanya soalan yang sama.

Mak aku sangat beria nak suruh aku keje gak kat UKM.
Habis semua jabatan dia suruh aku pi interview, tak kisahlah mana-mana asalkan aku masuk UKM.
Aku bukan apa, mak aku tu kira otai kat UKM. Nombor pekerja dia 556 kot. Orang yang ke 556 di UKM. Pioneer UKM. So by the time aku habis grad, dia dah kenal ramai orang dalam tu. In fact masa aku apply blaja kat UKM tu, time perkenalkan diri, Dekan tu dengar nama aku terus menyahut "Oh, ini anak Kak Dahlia, kan?".
Ya ampunnnnnnn. Dekan pun kenal mak aku. Ini kalau aku monteng lecture ni, konfem mak aku punya pekik harus terbelah bumi UKM tu.

Tu belum lagi masa aku masuk pejabat nak submit credit hours, satu pejabat tu "Oh, anak Kak Dahlia kan? Besar dahhhh. Dulu kecik je ikut mak dia datang opis".
Hah kauuuu. Dari aku pakai pampers lagi dia dah kenal.
Ko bleh imagine betapa aku kena kontrol ayu everytime masuk UKM sebab spy mak aku ramai?

Kalau aku nak keje kat UKM memang senang dapat. In fact konfem dapat aku rasa.
Kalau nak jadi tutor or pensyarah pun dah boleh dapat. Kabel mak aku boleh tahan besar kat situ dulu. Mak aku uruskan lecturer so ramai lecturer baik ngan dia. Tapi the thing is bukan aku tak suka UKM, tapi aku rasa cukup-cukuplah kot dari kecik aku masuk UKM, bior la dah besar ni aku carik tempat lain pulak.

Tu belum lagi time skolah.
Masa aku skolah, bapak aku dah jadi Pegawai Disiplin and Kaunseling kat Jabatan Pendidikan Selangor.
Satu sekolah kat Selangor kenal bapak aku.
Kalau skolah tu ada masalah displin memang ada la muka bapak aku sampai kat situ.
Masa aku kawen, jemputan bapak yang paling ramai. Yang datang di kalangan cikgu-cikgu disiplin satu Selangor jugak.

Masa aku kat sekolah menengah, Form 4 and 5, aku conduct training untuk pengawas.
So selalu la skip kelas sebab nak uruskan banyak benda.
Pengawas lain yang terlibat sampai kena marah dengan cikgu sebab tak masuk kelas.
Aku, siap cikgu HEP keluarkan surat khas membenarkan aku skip kelas atas sebab nak uruskan kem pengawas okeh? Besar tak pangkat aku dalam tu?
Everytime aku masuk pejabat, mesti cikgu-cikgu Penolong Kanan, HEP and akak-akak kerani dalam tu "Ini anak En Ishak JPS ni....".
Aku sengih je la. Terpaksa la kontrol kan. Bapak pegawai Disiplin oiii. Anak kena lah disiplin sikit dalam skolah. Dalam skolah je la. Kahkahkah.

Masa aku bagitau aku keje sales, mak aku macam tak berapa berkenan.
"Keje apa jual-jual barang ni. Kan elok kalau kau keje kat UKM hari tu".
Aku diam je la, malas nak argue. Takyah argue dah masa tu sebab aku dah tak duduk ngan dorang. Layan kan ajelah dorang bising 1-2 jam, lepas tu aku balik la rumah aku.

Masa aku bagitau aku nak buat bisnes lagiiiiii la dorang macam cuak je.
"Boleh ke kau bisnes ni? Keturunan kita takde yang bisnes-bisnes. Bisnes ni takde jaminan tau. Ada bisnes ada gaji, takde bisnes takde gaji".
Macam-macam la diorang cakap. Again, layan kan aje.
Bila bisnes aku ok "Moyang kau dulu orang berdagang. Ada jugak cicit dia yang mengikut"
Eh, tetiba ada pulakkk keturunan buat bisnes, hari tu kata takde.
Hmm..layankan ajelahhh.

Jangan kecik atilah kalau mak bapak tak sokong apa yang kita nak buat.
Bukan dorang tak suka, tapi dorang sayang kat kita sebenarnya. Taknak kita susah.
Dorang dah lalui pengalaman yang sama jadi dorang bagi buah pikiran berdasarkan pengalaman sendiri. Tapi, kalau kita nak cuba haluan lain, kita kena prove kan kat dorang pilihan kita berbaloi.
Kita kena tunjuk kat dorang apa yang kita pilih ni boleh bagi kita makan, boleh bagi kita mampu sara anak-anak - cukup.
Mak bapak kita ni bukan nak tengok kita jadi kaya raya sangat. Dia cuma taknak tengok kita susah je.

Masa aku bukak first booth GreenAard kat Kraftangan tahun 2015, selang setengah jam mak aku whatsapp "Ramai orang singgah booth ke?"

Aku macam alahaiii mak aku ni.
Kalau aku cakap adalah 4-5 orang, mesti dia frust.
Mesti dia kata "Kan mama dah cakap, bisnes ni tak menjamin!".

So aku explain kat dia.
Aku join booth pertama kali ni bukan nak harap terus-terus orang ramai serbu sampai booth aku roboh. Tujuan join booth ni nak create awareness that we are doing real bisnes. Bukan hanya berselindung di balik online je. Kita nak pacakkan brand kita biar orang notice oh brand ni wujud.
Barulah dia faham.

Biasa la orang tua kan.
Apa yang kita buat ni dia tak pernah buat, tak pernah lalui. Jadi, kita kena explain baik-baik biar faham. Mak bapak ni dia akan restu apa jugak anak-anak dia buat kalau dia nampak kita bersungguh dan kita memang buat. Sama la macam mak mertua aku. Masa En Wan bagitau dia nak berenti keje, Allah susah betul hati dia. "Bakpe la nak benti. Dah jadi enjinier, dah jadi menejar (manager). Dah sape nak bayar rumoh nanti?". Bila En Wan explain, baru dia faham.

Mak-mak kita ni semua taknak kita susah hidup melarat je. Biar tak kaya, tapi jangan sampai sedih sangat hidup tu. Itu je.







PHEW!!!! Akhirnya sampai jugak ke last day.
Kalau yang nak join contest ni, sempat lagi. Klik gambar.