2012-11-01

Isu


Hari ni aku terpaksa kenselkan appointment sebab Redza sakit mata.
So aku kena ada kat rumah untuk menjaga dia dari dekat dengan Rayyan. Dua-dua ni takleh berada serentak dalam satu masa yang sama tanpa pengawasan aku. Boleh tertanggal kain batik bibik nak handle dua-dua orang ni. So now, am working from home.

Tadi jenguk jap kat bilik tailor. Hantar duit gaji.
Dah banyak rupanya baju dia siapkan. Alhamdulillah. Kalau this week tailor no. 2 lulus exam kemahiran memotong and menjahit yang akan di-conduct oleh aku (padahal aku jahit butang pun gigil ada hati nak test orang), insyallah next week ada new tailor. Kalau lulus la, kalau tak, kita test lagi dan lagi sampai lulus. Kau mampu nak jumpa examiner cam aku? Fail berkali-kali pun dibenarkan repeat.

Sembang-sembang ngan tailor.


Tailor : Madam, tadi anak saya talipon. Besan saya skarang ni diisu kerana ada masalah komunikasi.

Aku : Huh??? Isu apa?

Tailor : Ngak tau. Saya kurang periksa. 

Aku : Habis tu sekarang macamana?

Tailor : Itu lah anak saya talipon katanya mau minjam duit sedikit. Mertuanya ada musibah.

Aku : Masalah komunikasi macamana tu bik? Kes tipu ke?

Tailor : Loh! Tipu apa?

Aku : Tadi bibik kata ada masalah komunikasi tu? 

Tailor : Besan saya dihospital. Diisu. Masalah jantung, buang pinggang...


Pause kejap.

Di ICU!
Masalah KOMPLIKASI!

Bukan komunikasi bikkkkkkkkkkk.
Arghhhh! Tensi.