2011-09-26

Open house penutup

Jumaat lepas, tengah-tengah busy men-fotostat tender document, HP aku berbunyi tapi aku buat dek je sebab malas nak masuk bilik semata-mata nak angkat telifon. Lagipun masa tu dah 5.30pm. Ofis hour dah habis ye, aku malas nak layan.

Sekal tengok En Wan call.
Ni mesti nak sound suruh balik awal sebab nak gi tengok movie ni. Jumaat la katakan.
Aku pun return call.
Aikk?? Suara lelaki lain.

'Kak, saya ni kawan Abang Wan. Abang Wan ada kat hospital ni, dokter tahan nak masuk air'.

Berterbangan dokumen tender aku ke angkasa raya.

Takde tunggu-tunggu dah, zasssssssssssssssss balik rumah.
Siap-siap semua, terus gi SALAM Medical Centre.

Hasilnya ini..

En Wan dijumpai tersandar (tak rebah lagi, boleh lagi...) kat dinding toilet dengan muka separuh stim. Rupanya lepas solat Jumaat dia dah rasa macam nak rebah tapi dia kontrol lagi. Ada hati nak masuk meeting kul 3pm. Last-last terkejang kat toilet. Seb baik ada kawan yang budiman paksa dia gi hospital. Aku tau sangat la laki aku ni, nama dia nak pegi hospital dengan kerelaan sendiri tu memang takde la. Imaginasi over. Belum apa-apa dia terbayang jarum dulu. Since kawan dia paksa jugak, maka dengan macho yang terpaksa di buat-buat, melangkah longlai ke hospital.

Dr check blood pressure ok.
Tapi masuk air sebotol.
Pastu tengok dia takde perubahan, kena ambik darah sikit.

En Wan ni, aku rasa sama je la dengan kebanyakkan lelaki.
Bagi la lelaki ni handle apa pun task, handle machine besar ke, berenang di lautan api ke, semua pass.

Kau tunjukkan jarum peniti je cukup lah.
Tak payah jarum besar-besar.
Konfem lembik!

Laki aku cenggini la orangnya.

Siap merayu-rayu kat aku 'Di, abang taknak duduk ward. Abang taknakkkkkk'
Ala comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Aku siku kang.


Yang kau merengek kat aku apehal kan.
Pergi la cakap sendiri ngan dokter.
Taknak okkkkk.
Suruh aku yang cakapkan.
Geram gila.
Baik-baik aku nak simpati, terus naik angin.

Masa nak cabutkan tiub drip tu lagi la.
Dia punya memek muka tu tahan sakit tu macam nak teran anak. Genggam tangan aku gila kuat.
Stress aku tengok.
Ni kang, kau tak apa-apa, aku yang dapat high blood tengok kau camni.

Dokter kata darah ada jangkitan kuman sikit, so nak tahan kat ward untuk monitor sebab masa tu dia still mabuk-mabuk lagi.
Tapi lepas aku slow talk ngan dokter, dokter benarkan balik, dengan syarat kalau esok tak hilang lagi mabuk, kena masuk ward.

Sampai rumah dia nak rebah lagi.
Ah sudah!
Dah siapa pula nak memapah dia ni kalau rebah.
Yang ada kat rumah ni semua tua-tua. Aku je la kot yang kena diharapkan.
Masa dia naik tangga nak ke bilik nasib baik aku follow, sikitttttttttttttttt lagi nak menjunam.

Malam tu memang best la kan, jaga orang tua sakit.
Dia punya merengek mengalahkan jaga baby kembar empat!

'Di, picit kepala abang, Di'


'Di, nak muntah, Di'


'Di, lapar Di. Bawak naik roti sekeping boleh?'


'Di, kaki tak selesa. Tolong urut, Di'

Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kiut sangat kan?
Seb baik la mak kau ada kat rumah ni samakan.
Mak pun siap pesan 'Diana kalau nak bagi mak jaga abang, ketuk pintu bilik mak ye?'

Ish mak aku ni.
Saje nak nge-test nge-test aku tau.
Aku suruh anak dia tido terus bilik dia kangggggggg.


Lelaki ni kalau kau nak tengok penyakit mengada-ngada dia, memang time sakit la.
Takpe...takpe...kumpul pahala Diana.
Kau ingat pahala kau banyak sangat?????

Esok pagi..

Aku : Sihat dah?


En Wan : Dah.


Aku : Hari ni duduk rumah je la eh? Makan ubat dulu. Dah sihat betul baru keluar. Kereta biar tinggal kat opis. Abang kalau dah sampai opis, mesti nak singgah buat keje punya, so jangan ambik keta. Monday, Di hantar abang gi keje.


En Wan : Tapi malam ni abang nak gi stadium, tengok Tganu lawan.

Kan???????!!!


Now dah sihat.
Alhamdulillah.

Balik la malam tiap-tiap hari ye, bang?
Nak sambung keje terus sampai 2 hari tak balik-balik pun bolehhhhhhhhhhh.
Pastu kalau sakit, suruh bos kau yang jaga.

Disebabkan dah sihat, maka aku hayak dia pi open house member aku.
Mula-mula gi open house Cik Epal.
First time aku sampai kat Bandar Puncak Alam.
Tak dapat nak borak panjang, sebab dia pun ramai tetamu, and aku pulak nak berkejar ke Kajang pulak.

Tak boleh tahan bila mak dia cakap 'Ohhh, ni yang glemer tu eh?'

Eh makcikkkk. Yang glemer tu Cik Epal.
Bukan Green Apple.
Green Apple ni poyo je.

Ok, aku sebenarnya lagi pendek.
Sebab  masa ni aku pakai heels 3 inch.



Open house rumah Nazri.
Takde dalam gamba. 
Tapi mamat ni antara penyelamat dari aku terus dibelasah oleh ex-boifren. So aku mesti kena datang rumah dia. Tanda terima kasih berpanjangan. 
Walaupun open house rumah ku, aku tak jemput. Kahhhhhhhhhhh!

Yang baju biru duduk kat tengah-tengah jalan masuk ke rumah orang tu is the most relaxxxxxxxxxxx mamat in the world. Kau cakap la dalam keadaan cemas macamana pun, respond dia memula mesti senyum, pastu baru bertindak.

Oh yes, aku pernah dating tengok movie dengan dia time matrik.
Auwwwww. 
Terasa diri hot bila dipelawa tengok movie.
Maklumlah, muka tak berapa nak gojes. Ada lelaki ajak dating gila kau nak tolak?????


Yang ni senario biasa.
Masing-masing dah jumpa partner in crime, so suami-suami pandai-pandai la bawak diri ye.
Jangan lupa tengok-tengokkan anak sekali.


Yang belah kanan tu ada memori indah dengan aku.
Memori takde keje nak buat lepas habis present tesis.
Kitorang compare kaler nipple masing-masing. 

'Eh, kau punya kaler pink la!'

'Apesal kau punya coklat?'