2011-09-29

Sorry, Aku nak merempan.

Hari apa ntah that day aku mengamuk-mengamuk kat Twitter pasal BSN lembab.
On that day aku gi lunch kat satu restoran ni.

Budak tudung biru pause kejap.

Budak tudung biru pause lagi. 

Akak baju bunga-bunga dah buat efek berbulu.


Tengok citer Indon okkkkkk.

Aku tak tau la macamana akak kat depan ni boleh bersabar.
Pasahal terang-terang akak tu tertonggok kat depan dia tunggu dia bungkuskan sup, dia boleh selamba pause pause kejap sebab nak melayan citer Indon. En Wan tengok pun geleng-geleng kepala. Yang aku heran kan, akak tu boleh diammmmm je. Padahal kawan dia kat belakang dah singgung-singgung dia suruh bagi hint, tapi akak tu diam je. Tapi muka akak tu bersabar dalam dendam la. Muka berbulu gila. Cuma dia senyap. Kalau aku memang dah lama budak ni aku sound.

Masa kitorang order nasi ayam pun sama gak.
Padahal ayam semua dah terbentang, tinggal kitorang pilih je.
Sos and kicap kitorang tuang sendiri.
Kawan dia sendukkan nasik.
Budak tudung biru ni tugas dia cuma jaga sup je.
Punnnnnnnnnnnn lembab nak mamps.

Apa la perasaan orang-orang macam ni eh.
Dah tau dah kau ni bekerja makan gaji.
Anytime je boleh kena kick, lagiiiiiiiiii nak buat sial.

Same goes to BSN.
Hari tu aku ada urusan kat BSN dengan En Wan.
Masa tu lunch hour.
Bank bukak.
Tapi kaunter satu.
Manusia melambak.

Motif kau bukak bank waktu lunch hour tapi kaunter cuma ada satu?

Nak bagi penderaan mental kat customer???

Kalau rasa-rasa tak cukup orang nak jaga kaunter, tak payah la berangan nak beroperasi time lunch hour. Sabit nak buat syarat je buat apa. Yang kena maki kat blog pun kau jugak nanti.

Dah la satu kaunter je bukak.
Yang staff-staff lain aku tengok ada je 2-3 orang kat blakang tu, kau buat apa?
Kalau kau tak bekerja time lunch hour tu blah je la.
Ni tak, boleh la pulak layan bersembang dengan budak kat kaunter tu.

Masa aku ambik nombor tu 3013.
Aku punya nombor 3015.

Sejam tunggu!

By the time giliran aku sampai, dah pukul 2pm.
Masa nu baru lah ada tambahan 2 lagi kaunter.
Punnnnnnnnnnnnnnn lembab nak mamps.

Ada satu brader kaunter tu lagi cibai.
Kau dah settlekan akaun customer kau sudah la kan.
Ni tak, boleh la pulak pause jap layan bersembang ketawa terbahak-bahak.
Aku tau la kau mesra dengan pelanggan, tapi agak-agak la.
Pandang-pandang la kat belakang ni berapa ramai lagi bersusun nak jumpa kau.

Dah ramai dah komplen pasal BSN and Bank Rakyat, lembab nak mati.
Aku tak rasa prosedur dia yang lembab.
Aku rasa staff tu yang lembab.
Ntah apa yang slow sangat ntah.

Sorry la kalau ada yang terasa ye.
Tapi aku sebagai customer ada hak nak bagitau apa yang aku tak puas hati.

Kalau orang cakap pekerja kerajaan and semi-kerajaan keje meleseh-leseh kau marah.
Tapi aku percaya tak semua macam ni.
Sebahagian je.
Tapi selalunya kerana sebahagian ni la memburukkan reputasi semi and full gov servant.

Ni bukan apa ni, sebab dia tau bank tu macamanapun takkan lingkup kan, sah-sah gaji kerajaan kebanyakkannya (ke semua?) masuk bank tu, so boleh la buat keje meleweh.
Takde apa nak risau.
Mesti bank tak lingkup punya.

Jangannnnnnnnnnn.
Esok-esok tetiba Najib buat gila announce semua bank si-swasta-kan, baru melompat sekor-sekor. Masa tu baru masing-masing menggelabah nak tunjuk rajin.

Aku tak pernah jumpa bank yang tak mesra pelanggan macam ni.
Be it Maybank, CIMB, Public Bank, Bank Islam, semua mesra.
Masuk-masuk bank je mesti ada salah sorang staff yang greet.
Pastu tanya ada urusan apa.

"Duduk dulu ye..maaf pegawai belum masuk lagi, boleh saya ambikkan cik air?" (this is the best service aku pernah experience at CIMB).

Yang BSN ni hari tu, pegawai dia ada je kat meja depan.
Dia menceceh punya la lama dengan pelanggan.
Bukannya dia tak nampak kita berjujuk kat blakang tengah berdiri nak ambik nombor.
Mesin nombor atas meja dia.
Bila kita nak tekan sendiri "Eh, encik nak berurusan apa?".
Eh? Nampak pulak kau ngan aku ye?
Ingat tadi buta tak nampak aku dah 5 minit berdiri depan kau.
Dah la tak senyum, tak apa.
Bajet PEGAWAI.
Besar sangat ke pangkat kau ada meja sendiri kat depan ni???

Pelissssssssssssssssssssssss!

Hari tu aku berbulu gak ngan Najib bila dia serahkan MAS kat Tony handle.
Tapi bila berdepan dengan bank-bank semi gov ni buat aku rasa memang patut pun Najib bagi kat Tony. Sometimes, KITA ni dah terlampau lama duduk selesa sampai rasa 'Alaaaa....takde hal la. We are safe'.

Dah lama sangat duduk selesa kan?
Tak pernah rasa disaingi kan?
Terlampau lama sangat pegang tongkat bak kata Tun Det.

Sesekali tendang je tongkat tu biar tertangkup.