walk on wings, tread in air: Memenuhi permintaan Starstar. Pueh ati? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Memenuhi permintaan Starstar. Pueh ati?
2007-11-14

Dak starstar nak benor tengok gambar aku ngan En Wan before kawen. Mintak mahap la ye. Aku kenal ngan En Wan thru chatroom. Masa tu dia kat Japan, aku kat Sarawak. So mana le ada gamba sangat. Nama pun long distance relationship. Kalau gambar aku sorang, dia sorang, tu banyak la sebab dulu kitorang asik le hantar surat. Padahal ada email, tapi malas la pulak nak pi beratur book PC kat library, so aku suruh dia tulis surat je. Everytime hantar surat, hantar gamba sekali.

Aku kenal dia pun kebetulan je kot, masa tu balik sem break. Rumah aku baru pasang internet. So, aku ajar la adik aku main ALAMAK. Memula ajar dia camne nak hantar mesej kat orang, so aku pilih la nama-nama yang ada kat situ. Timbul la pulak nama 'kimutaku' hari tu. So aku mesej la budak ni. Hai, hoi, kat mana, buat apa. Lebih kurang la, janji adik aku paham camne nak chat. Pastu aku takde la nak continue chat ngan kimutaku ni.

Minggu berganti minggu...eceh ceh echhhh.
Lagi sekali aku balik sem break, aku nampak kimutaku ni kat ALAMAK. So aku tegur 'Kenal lagi tak? Saya la, freeda (nick aku)'.

'Kenal'.

Pastu chatting la kitorang. Ntah hapa benda yang aku kelentong dia pun aku dah lupa. Tapi yang pastinya aku kenakan dia cukup-cukup la sebab ada satu budak nama MEEN, tau-tau je mesej aku tanya pasal kimutaku. Aik? Cam tau-tau je pulak. Budak ni kata jangan percaya ngan kimutaku ni, dia ni boye, kaki pompuan. Hek elehhh, minah ni. Yang ko menggelepar apehal? Bukan balak aku punnnnnnnnn. So, aku bajet minah ni satu kolej ngan kimutaku ni kot, tu yang hangin nampak kimutaku dok chatting ngan aku. Bodowww. Dan sebab budak ni cakap yang kimutaku ni boye, aku takde la nama nak buat baik kan, kalau chatting tu kalau tak memaki bukan chatting ngan aku namanya.

Bla bla bla blaaaaa boringgggggggggggggggg.

Pastu kitorang email-email pulak sebab aku dah cam malas nak masuk chat. Mak bonda kat rumah tu membebel bil dia naik kalau aku balik. Berkiranya Mak Ajiiiiiiiii. Aku gunting wayar telipon tu kang. Baru dia bil telipon tak datang-datang dah pastu.



Ni antara email terawal yang aku dapat from him. Ohhhh, semua email aku simpan lagi okkkkk. Hahahah sengalll. Kan aku dah cakap, dia memang panggil aku BANGLA okkkk. And aku still simpan surat-surat ni semua.


Dalam banyak-banyak kad yang dia penah hantar kat aku, aku paling suka kad raya yang dia buat ni. En Wan kalau hantar kad mesti yang dia buat sendiri. Sangat tak cantik, tapi aku suka jugak. Ngehngeh.





Pastu sessi hantar gamba. Gambar first yang aku hantar kat dia. Tapi gambar lama gila. 
Bukan gambar baru pun :


Ni gambar baru lepas mandi. Muka fresh, rambut basah. Gambar kat kampung nenek aku kat Tampin. 

Pastu gambar first dari dia :

Masa ni belum kapel lagi. Baru bermusuh-musuhan. Aku dapat je gambar dia ni terus aku kutuk kaw-kaw punya. 'Berlagak nak tunjuk keta', 'keta pinjam', 'ni la cara kau tekel awek kan?', 'badan keding' bla bla bla. Rupanya keta tu memang keta dia. Pastu aku nak cover malu aku mintak gambar dia lagi sebab tak aci la, aku bagi gambar close up, dia bagi gambar jauh.


Dia up gambar kedua :

Ohhhh. Mesti mata kau tak lawa kan sebab tu kau cover ngan sunglass. Tak aci. Bak lagi satu gambar close up punya. 


Then dia hantar gambar ni :



Ini baru aciiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Memang betul, mata kau sangat la sepet. Tapi aku memang suka laki mata sepet. Tapi ko putih, at least putih la dari aku kan. So, takde de aku nak berangan ko jadik balak aku. Rejecttttttt!! Tapi, before reject...aku terpandang sesuatu. Nampak tak frame kecik blakang tu? Tu gambar aku okkkk. Pesal dia letak gambar aku ha??? Huahuahauhauahauahauahuahauh. Lepas tu aku tak tau nak kutuk apa dah.

Bla bla bla bla.

After 9 months email-email hantar surat semer, pastu baru jumpa. Dia balik cuti winter and aku balik cuti krismas. Dah la aku yang kena fetch dia kat komuter. Pak Aji ngan Mak Aji mesti nak ikutttt je mana aku pegi. Nak ikut sangat, ha meh. Kelasss okk En Wan, first time jumpa bawakkan aku kepok lekor. Mana nak dapat boipreng cenggini hoih?? Kekal dengan imej anak Ganu. Hahhahah. Tapi dia tak la bawak tu je. Untuk aku dia belikan purse Junko Koshino kaler black yang bertahan hanya seminggu je. Sebab minggu depannya aku balik Sarawak, exbf aku yang saiko gila, dengki aku dah ada balak baru, boleh dia pi curik purse aku pastu buat muka selenga. Padahal kengkawan aku dah kata memang dia yang curik. Mampos ah kau. Malas aku layan.

Aku jumpa En Wan hari yang pertama tu setengah hari je sebab masa tu bulan pose. Pastu esoknya dia datang lagi fetch aku kuar pi KL. Pi Sunway Lagoon okkk bulan-bulan pose. Sangat jahil lagi buta hati aku masa tu. Bulan-bulan pose mandi bersama. Tapi takde gambar. Sori. Bukan taknak letak, tapi memang takde gambar.

Lusanya aku dah balik Sarawak, dia balik Tganu.
Pastu next weeknya dia datang Sarawak before balik ke Japan. Masa dia datang ni, sempat la bergambar tapi sebab jalan berdua, so balik-balik dia snap aku, aku snap dia. Sehari je dia lepak, esoknya dia balik KL then terus balik Japan. Lepas tu kitorang sambung jiwang-jiwang kat surat and email.

Lapan bulan lepas tu, bulan lapan, dia balik Malaysia, untuk bertunang. Terer kan? Chat 9 bulan, pastu jumpa untuk 4 hari, pastu tak jumpa balik for 8 months, then balik lagi sekali terus bertunang. Gelupur sialllll.

Kalau nak ikutkan takyah tunang pun takpe, tapi disebabkan saya mempunyai seorang exbf, F yang gila. Memula gatal nak break ngan aku sebab awek lama dia yang bernama L (Rozie, aku rasa Ijad tau kan nama pompuan ni) nak balik kat dia. Pastu awek lama gi balik kat exbf yang baru balik dari England, baru gelabah nak carik aku balik. Taik la.

 

Gambar bertunang aku carik tak jumpa. Tapi gambar before bertunang ada. Gambar ni kitorang snap 2 hari before bertunang. Kat umah aku time ni. En Wan balik untuk bertunang bukan reti nak balik Tganu. Turun dari plane, terus lepak umah aku 4 hari. Hari kelima tu mak aku kerah dia suruh balik sebab lusa nak bertunang. Sampai kena hambat baru ingat nak balik.

Lepas bertunang esoknya dia ikut aku balik Sarawak. Kengkonon menghantar la ni. Dia lepak sana 3 hari kot pastu terus balik KL then balik Japan. Sambungggggg balik jiwang lam surat. Tapi kali ni dia tinggalkan aku setahun lapan bulan tak balik-balik okkk. Derita aku kat sini. Bil tepon tu toksah cakap la. Beribu-ribu. Tapi bukan bil aku, bil dia.

Setahun 8 bulan dia 'lepaskan' aku kat dok kat Malaysia yang kiri kanan orang melayu bersepah-sepah. Aku jumpa ramai gila balak melayu hari-hari okkk. Bukan la nak kata balak-balak ni minat kat aku, tapi aku yang minat kat dorang. Wakakkakakaka. Setakat pandang, senyum dah la kan.

Lepas setahun lebih tu dia balik, back for good. Aku ingat lagi tarikh dia sampai 27 Mac 2001. Dia balik Tganu seminggu, lepas tu dia terus melepak umah aku sampai la kitorang nikah 4 Mei 2001. Memula dia nak sewa umah kat Shah Alam sebab dia dah start keje 4 April, tapi mak aku cam baik la pulak kan. Dia takut aku pulak yang tak reti-reti nak balik umah dok melencong ke Shah Alam je pulak. So, En Wan tinggal kat umah aku. Cepat gila proses dari aku kenal dia sampai la ke kawen. 3 kali balik Mesia, balik yang pertama kenal muka, balik yang kedua, tunang, balik yang ketiga kawen. Hahahha.

Memang suntuk nak prepare kawen ni. Aku pun tak tau apesal aku ngan En Wan nak cepat sangat kawen. Tapi one reason yang aku menyebabkan kitorang kawen awal was because si saiko tu buat gila nak kat aku balik, siap ugut mak bapak aku lagi. Sakit otak.



Ni gambar En Wan, 3 hari before nikah, dia still lagi kat umah aku tak nak balik. Ni kira malam last sebelum esoknya makcik-makcik and nenek aku halau dia dari rumah. Ada ke nak menikah dia boleh nak dok situ gak. Inai ni pun mak aku yang tenyehkan. Lusa nak nikah, hari ni aku leh ada kat Genting lagi attend meeting. Nenek aku dah bising, apa la nak kawen gi tempat tinggi-tinggi. Aku pun tak tau apa kaitannya. Tapi aku tadah telinga je la.

Akhirnya....(layan je la gambar. Aku malas nak cerita. Sebab cerita ini sangat-sangat basi!!) 


Bapak aku yang nikahkan.



Nenek aku



Ni masa malam nikah. En Wan kan kalau bergambar payah betul nak senyum. Ni kawen kau okkkk. Sengih la skett. Macam kena kawen paksa!! Benci aku.
Lepas nikah dia takleh tido umah aku lagi, kena tunggu esoknya lepas bersanding. So, dia dok umah aunty dia kat Ampang. Malam tu aku ngan Apeng (pengapit yang diterbangkan khas dari Pangkor) tido sebilik. Apa punya adat ntah aku tak tau. Adat tu cakap lepas nikah, pengapit je yang boleh tido ngan pengantin pompuan. So malam tu Apeng sangat la hangin ngan aku sebab dia takleh tido kerna aku bergayut ngan En Wan sampai kol 3 pagi. Time bergayut tu boleh lagi discuss esok bawak duit lebih untuk 'tol', pastu bawak sekali VCD yang kita beli that day tak sempat nak tengok, nasik minyak tadi sedap ke tak?, penat la berinai salin sampai 7 baju. Ntah hapa-hapa. Macam tak leh tunggu besok nak bercerita.



Aku kawen tak panggil photographer. Tak percaya?? Tapi kisah ini benar-benar berlaku. Sebab semua nak buat cepat, pastu first kenduri kawen pulak tu, macam-macam tak settle. Hari nak menikah tu baru terperasan takde saper nak ambikkan gambar. Dan hasilnya gambar kawen aku macam tuttttttt. Saper sempat, ambik. Seb baik uncle aku ada kamera yang kira okk la sket, so dia yang snap. Tapi sebab tukang snap tu takdela pro mana, gamba pun yang ado-ado je. Janji ada kenangan. Yang atas ni gambar bersanding kat umah aku.

Masa hari bersanding ni lagi la En Wan buat perangai. Dah sampai kat surau blakang umah, boleh call aku tanya camne nak ikat sampin. Tak reti nak wat bunga-bunga ni. Hangin aku okkk. Suruh wat fitting taknak. Semua aku yang buatkan. Aku la pilih baju, aku la collect kad kawen kat Kompleks Pertama ngan Zana (hihi), aku la yang ambikkan baju melayu ko segala. Grrrrrrrrrrrrr. Dok lagi Jepun.

Berangkut la pulak mak andam dari rumah ke surau semata-mata nak pakaikan dia sampin. Aku ni dah mendidih-didih kat umah. Sanding sepatutnya kol 1.30pm, kol 2.45pm baru nak sampai. Aku ni lapar okk. Nak makan kang nak kena makeup balik. Tapi time makan aku pulak cam gedik-gedik taknak makan, nak jaga makeup. Aku tengok dua-dua pengapit aku sket punya tala makanan. Yang aku ngan En Wan boleh lak sambung bertekak kat meja makan tu apesal lambat, orang dah berpeluh pakai songket dari kol 11, perut lapar bla bla bla. Tapi gaduh slow-slow la.

 

Ni kat umah En Wan, lepas 2 minggunya. Pengapit En Wan tu dak Abang yang aku cerita tu. Pengapit aku pulak adik aku, Ima . Dia nak jadik pengapit semata-mata nak makan kat meja pengantin. Boleh?
Kat Tganu pun satu hal. Diorang tak penah buat majlis kawen before this, semuanya nikah je tak sanding, so ni first time la ada majlis bersanding kat umah tu. Paginya, aku la yang potong daun nak wat bunga rampai untuk renjis kat diri sendiri, pastu En Wan boleh la pulak kol 11am pi kedai beli kacang peas nak tabur atas nasik minyak pengantin nak makan nanti padahal kol 1.00pm nak berarak dah ni. Pastu aku ingat dia nak get ready dah, rupanya pi singgah car wash pulak sebab nak guna keta dia untuk angkut diri sendiri nak pi bersanding jap lagi. Letih okkk. Sesaper yang nak kawen, tolong la plan lebih awal. Kang jadik cam aku ngan En Wan. Kecoh.

Tu je la cerita.
Penat type.

Hoih.
Nak tengok gambar lagi best tak??? Hambik nih.
















Gila Jonh Lennon rupa aku ni bebbbbb. Tapi John Lennon versi Zimbabwe la. Ni masa aku wakil Malaysia ke Jepun jadik Junior Ambassador umur 12 tahun. Gaya takmo kalah, silang kaki. Spek mesti tebal, imej budak bijak. Aku pikir-pikir balik agaknya kakak-kakak kat TKC dulu ragging aku sebab tension takleh stadi kot tengok muka aku sangat stylo, jenis yang tak mungkin dapat dijumpai di mana-mana. Yang sebelah kiri tu wakil Perlis. Tup tup aku jumpa dia balik sesama masuk UNIMAS.


Gambar ngan laki Rozie, Ijad. Aku rasa Ijad pun segan nak bergamba ngan aku time ni. Kang orang kata awek dia pulak. Heart attack mak dia kang kalau terjumpa gamba ni.


posted by aveo757 @ 10:31 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER