2007-11-02
Kenapa aku marah?
Kompeni lama aku dulu dah macam Menara Pisa. Condonggg je. Tapi dia punya condong terlebih sket. Banyak citer dah aku dengar pasal kompeni ni sejak akhir-akhir ni.
Lima orang budak baru-baru ni resign, (driver lori, IT exec, sales coordinator, 2 manager) dalam bulan yang sama. Kalau ikut lojik akal, mana ada orang nak resign hujung tahun? Selalunya kalau nak resign pun tunggu la bonus dapat dulu. Tapi memandangkan kompeni tu sangatla berpuaka, so ramai yang sanggup tak dapat bonus. Ntah ye ntah tidak dapat.
KES 1 Yang manager ni dua-dua director of sister company. Melibatkan 2 sister company la ni. So, bila salah sorang director dah bla, kena la carik pengganti. Si Finance Exec yang maha bodo lagi lembap ni boleh usulkan idea yang sangat aku tak terpikir akan kuar dari someone yang so-called professional.
Finance ni pi bagitau manager-manager ni tadi yang dia belum dapat nama untuk jadik pengganti diorang as a new director.
So??
Dia boleh bagi cadangan, 'Ok, after you leave the company end of this month, do you mind to come at least once a week to just sign blank cheque? No need to come to work, just sign je. Kita blum dapat pengganti la'
JUST SIGN??
Ko ingat sign diorang tu free?
Tengah-tengah desperate macam ni la signature dorang tu serta-merta jadik mahal. Kalau aku, aku mintak sekali sign RM1000.
Bodohnya Finance Manager ni.
Takde bangangnya manager ni nak free-free letak nama sebagai director tapi just nak sign cheque. Sok-sok, kompeni kena sue, diorang masuk jail.
KES 2 Lima-lima orang ni punya paycheque kena hold. Reason, sebab handover tak complete. Bodohnya manusia yang berjawatan HR ni. Dorang ni semua resign hujung bulan lepas. So kalau notis sebulan pun maknanya dorang still ada kat kompeni ni sampai hujung bulan ni. Takkan la ko nak pegang cheque dorang sampai hujung bulan baru bagi. Dorang ada anak bini nak bagi makan, ada bill nak bayor, lain la kalau ko nak bayarkan. Takut sgt dorang ni lari lepas dapat cheque. Tu la dia, sebab dulu dia penah buat kat kompeni lama, tu yang saiko ingatkan semua orang macam dia. Kalau dorang lari pun memang patut, macam la ko pun betul sangat. Politik je lebih.
Yang kesian, budak lori tu. Dengan dia punya paycheque kena hold. Ko nak suruh budak ni handover mende? Handover lori? Ke nak suruh dia isi minyak lori kasik penuh baru ko release dia? Dah sah-sah memang lori kena park kat opis sebelum kol 5pm everyday. Handover mende pun aku tak tau. Aku tanya budak ni 'Ko dah handover keje ko ke?'
'Handover tu apa?'
Haaa..bagusss.
KES 3
Dulu COO aku pompuan. Dia keje kat kompeni ni berbelas tahun, dari jawatan marketing exec sampai le ke COO. Kalau nak ikutkan bisnes ni dia yang run. Hari tu aku lunch ngan dia.
Aku : Bila last day?
PP : I last day 31st Dec.
Aku : Lambatnya. Kata dah bukak kompeni sendiri. Kluar aje la terus.
PP : Dia sibuk nak suruh i jadik advisor.
Aku : And you nak tolong advice laaa? What did you get then?
PP : Ntah, I dah malas. Profit i pun sukati la dia nak bagi ke tak.
Aku : Kenapa lak taknak mintak profit?
PP : You imagine, last year my team alone buat 6.5M, itu team i je, belum team u and others. My profit sharing is 10%, you kira berapa sepatutnya i dapat.
Aku : Gila banyakkkkkkk.
PP : But he claimed that, after tolak itu ini the profit is only 168K.
Boleh pakai ke??
Kompeni yang bercapacity 90 orang, buat profit setahun 168K. Itu bukan profit namanya bodohhh. Itu namanya loss. 10% out of 168K, berapa sen sangat? Dari ada profit sharing baik makan komisyen cam budak-budak sales. Bulan-bulan paling bangsat pun RM1K dapat.
PP : Sukatila berapa dia nak bagi, i ambik. Yang lebih tu i haramkan.
Aku : You ingat orang macam dia tau ke hukum halal haram?
PP : I swear I akan kenakan dia cukup-cukup.
Aku : You're not alone. I pun nak kenakan dia kaw kaw.
KES 4 Kompeni aku ni bukak satu branch kat south, so they sent 2 personnel kat sana. These 2 people memang ada power kat opis. Aku pun tak tau pesal dia hantar diorang kat south. So, the initial plan was, kengkonon as a reward ke atas their outstanding performance, company grant them satu opportunity to run their own bisnes, tapi still adhere to the rules kat HQ. Ok la. Tahniah la kat dorang. Good for them. Tapi bila CEO gi US, COO cilaka ni pi ammend agreement.
Ok, baca bebetul ek.
1. HQ hantar you pegi south. You dapat satu building baru. So utk sewa / beli building ni, HQ loan you certain amount of money, interest sama macam bank. Fine, bisnes tu eventually dapat kat 2 orang ni gak kan, so takpela.
2. For start, HQ akan pump in money say 10K monthly. Duit ni just untuk sustain sementara nak bernafas sendiri. Money is not free, kena bayar balik. Takpe, mana ada orang buat bisnes tak berhutang kan.
3. Tapi south office hanya boleh jual barang to certain-certain customer. Ada limitation. Kalau mega projek like Iskandar Region tu harus pass kat HQ. Bodo kan? Ko bukak cawangan south untuk concentrate on sales belah selatan, tapi mega-mega projek pulang balik kat ko, abis yang 2 orang ni buat projek taik-taik? Tapi hujung tahun figure harus cecah 2M. Mana nak cekau? Jual bulu kau boleh la. Itupun kalau laku.
4. Memandangkan south office tu 'bisnes' 2 personnel ni, maka diorang dah takleh dapat distributor price dah. Contohnya kalau dulu keje kat HQ, kita jual Taq DNA = RM280.00. Tapi bila dah pindah south, harga enduser jadik RM330.00. Ok, takpelah walaupun hati dah mendidih ni. Bisnes is about relationship. Kalau customer service kita bagus, harga mahal camne pun customer beli gak.
4. Dah nama pun 'opportunity untuk run bisnes sendiri'. Tapi management untuk south office still HQ yang kontrol. Segala profit HQ yang akan tentukan.
So, managment dia control, profit dia kontrol, customer dia kontrol, price dia kontrol, tapi building kita bayar. Cakap kat aku apa favornya kat 2 personnel ni tadi?
Kalau dah semua ko nak kontrol, takdela namanya 'opportunity to run own bisnes'. Kira sama la macam apa yang aku buat dulu, keje untuk ko. Kalau camtu, baik building tu ko istiharkan ko punya, kira ko transfer je 2 budak ni ke south. Tak pun, ko panggil balik 2 budak ni biar dia concentrate sales for southern region dari HQ. Takde masalah kan?
Masalahnyaaaaaaa...ko sebenarnya memang nak kuarkan 2 makhluk ni dari kompeni. Nak bagi 2 orang ni stress. Ko hantar jauh-jauh, pastu semua ko kontrol, bila tak jejak 2M sales figure, ko ketuk diorang cukup-cukup sampai diorang resign. Nak terminate tak boleh la pulak kannn. Bersoal jawab la pulak ngan pejabat buruh nanti.
And telahan aku selama ni betul. Nak jadikan cerita, dalam 2 bulan ni diorang baru buat 80K. Mana la nak cecah 2M sampai Sept tahun depan? So, COO cilaka ni bagi satu statement 'Kalau i close south office, you nak masuk HQ balik tak? Tapi kalau masuk HQ, your tittle dah lain tau'.
Dah ko yang hantar dia ke sana, kenapa ko mesti nak tanya 'you nak masuk HQ balik ke tak?'. Ko yang nak tutup, of course la secara tak lansung dia akan masuk balik HQ. Tapi nampak sangat la itu bukan satu 'offer'. Itu namanya kiasan, 'tittle ko dah turun kalau ko masuk balik HQ, so sila la resign'.
BUKITTTTTTTT!!!!
Maka terjawab la kenapa aku bengang semalam.
Kesian tengok nasib diorang yang masih ada kat kompeni tu.
Aku mintak sangat kat Tuhan permudahkan urusan aku. Aku nak proofkan kat COO cilaka ni aku boleh berjaya tanpa duduk celah ketiak ipar duai macam dia.
Aku harap dia berkesempatan untuk tengok kejayaan aku menjatuhkan dia.
(Apa punya doa daa...)
Nak tau apa aku tulis kat internal mail before aku blah?
----- Original Message -----
From: Diana Ishak
To: ******************
Sent: ***** 2007 9:43 AM
Subject: Goodbye
Hi everyone,
I think its already a tradition to leave words here before leaving. Anyway thanks everyone here. I did "enjoy" working in the group but due to some reasons I have to leave. Keep working, keep busy, keep the pace and play the head. Let others to catch you. Hope you guys enjoy what you are doing now.
People always leave anyway. I'm sorry if I caused any trouble to all of you. For those who have my phone number, do not hesitate to give me a call shud you need help :). I'm always around just not in this building anymore!
And lastly thanks to HR for making me realise that I can be better than staying here. :)
Anything is better than here.
-D-