Hari ni first day period. Amazingly aku lansung tak moody.
Semalam dah la tido kol 3am bertenet ngan Ah Beng kat YM. Tapi aku boleh bangun awal dengan cerianya siap mengemas rumah, buat breakfast walaupun En Wan memang sah tak breakfast sebab dia keje today. Siap la pulak aku habiskan keje opis. Boleh benti kejap main LEGO ngan Redza.
Tapi dari pagi aku tak mandi santak ke tengahari sampai En Wan balik aku still dok serbah serbih ngan baju kaftan. Selalunya cuti-cuti camni aku mandi ngan Redza tapi sebab aku pakai 'pampers', so camne la pulak nak mandi ngan dia. Jawabnya aku kena tunggu En Wan balik, selagi laki aku tak balik maka mana aku pegi Redza ikut, kalau boleh macam nak termasuk lam bontot aku sekali.
Tengahari takyah masak sebab ada open house. Rumah kawan laki aku masa kat Jepun. Kawan baik dia, sampai aku rasa cam kembar tapi tak sama kulit. Zana, aku rasa ko dapat agak saper kawan Wan ni...:)
Yang aku nak cerita is aku bengang ngan bini kawan En Wan ni. Dari mula aku jumpa lagi aku rasa cam semacam je pompuan ni, tapi malas la nak mengata kan, kang laki aku sentap pulak aku mengata bini kawan baik dia. Diam je la.
Kawan En Wan ni, buat open house today. And dia memang call En Wan suruh datang. Call berkali-kali. Dah dia beria-ia menjemput, harusla datang kan. Sampai je depan pintu umah dia, aku ni berondoh randah la dengan beg Redza, beg aku lagi, pastu kepit hamper baby lagi (dia baru dapat first baby), belum pun masuk dalam rumah dia, aku dengar bini dia tanya 'Eh, ni dah datang dulu kan?'. Aku cam takde la nak pikir apa, anggap soklan biasa je. Aku dengar kawan En Wan reply 'Itu datang lain, ini datang raya.'
Lain macam je reply dia kan?
Memang kitorang penah gi umah dia dulu but that was like setahun lebih dah. Masa dia baru-baru kawen. Ok la, takpe. Laki aku pun tak cakap apa, siap masuk rumah dah. Aku kat blakang ni tengah nak bukak sandal. Si bini ni boleh tanya aku 'Nak datang raya ke?'
?????????????????????????????
Memang banyak tu la question mark yang ada lam kepala aku time tu. Haa?? Apa punya soklan pompuan ni bagi? Ke laki aku memandai-mandai datang tak dijemput? Tapi aku nampak sms kawan dia ajak datang siap bagi direction lagi.
Aku cam terpause kejap. Selalunya memang aku jarang terpause camni. Mulut aku laju je nak membalas soklan orang. Tapi aku cam tak semena-mena jadik bangang masa dia tanya. Malu pun ada. Aku jawab 'Tak la, saje jalan-jalan'. Tetiba aku terasa jawapan aku cam sarcastic pulak. Ah, mampus la. Aku pun terus masuk lam rumah dia.
Sepanjang kat dalam tu, sket pun dia tak borak ngan kitorang. Wat hal sendirik. Macam ala-ala invisible la aku ni. En Wan takde hal, borak ngan kawan dia. Aku la yang macam sekadar di pinggiran terpacakkkkkkk dok atas kerusi. Dah takde saper nak borak ngan aku, keje aku makan je la. Kejap-kejap aku tambah walaupun sebenarnya takde benda aku nak ambik sebab dia wat macaroni je. Seb baik kawan En Wan tu aku memang kenal sejak dia kat Jepun lagi, so takde hal sangat la aku nak menyampuk sesekali.
Dalam keta time balik aku senyap je. Pastu En Wan bukak mulut 'Apesal ngan wife T tu ha? Macam sakit hati je'.
Ingatkan tak perasan. Tapi aku malas nak drag the conversation sebab aku sakit perut.
Tapi aku tertanya-tanya gak, apsal pompuan tu tanya aku camtu tadi?
Okeyyyyyyyyyyyyyyyy!!!
Sessi mengeji diri sendiri.
Tadi aku kemas lemari. Then aku terjumpa a series of gambar-gambar pengembangan dan penguncupan selama aku hidup 30 tahun. Sori la aku belum lulus 100% bab menscan gambar. Janji nampak. Pepandai la korang adjust kepala.
Saper kata aku tak penah gemuk? Yesserrrr..ini masa aku 54kg, year 1995. Dengan gemuknya, dengan berlengasnya kulit muka, dengan hitamnya (skang pun hitam lagi tapi takde la melekit camni) dan tidak lupa kepada spek itu. Tengok peha beb..macam bunting keladi. Tak dapat la nak tengok aku pakai baju sendat-sendat time ni, perut aku berlipat tiga okk. Seres tak tipu.
Time ni aku memang tak reti melawa. Cam segan la kan sebab otak aku yang sangat bergeliga ni mengatakan bahawa melawa adelah untuk orang yang kurus dan putih. Kalau kau gemuk dan hitam kau takyah berangan la nak melawa. Kau make over seploh tahun pun muka kau camtu gak. Baik duit nak beli make up tu kau beli makanan je. Makan lagi, makan lagi, makan makan makan.
Orang yang pertama ajar aku berhias is Rozie. Aku sebilik ngan dia, aku tengok asal nak bersiap je dia mesti letak krim dulu kat muka pastu baru letak bedak. Pastu asik la pakai krim kat tangan ngan kaki. Aku tanya 'Apsal letak krim kat muka?'
'Ye la, letak dulu, baru muka tak kering bila sapu bedak'
Ohhh, kena letak krim rupanya. Patutla muka aku berkerak semacam. Dan krim pertama aku tenyeh kat muka is Oil of Ulan (skang Olay la). Sampai skang krim muka aku adelah sangat pelbagai. Apa pun tak kisah, janji krim. Tapi tak jumpa la aku nak bersidai kat kaunter SKII (pandang Rozie) ke, Clarins ke, Clinique ke beli krim. Kejap aku pakai Olay, kejap Loreal, kejap Ponds. Tima kasih kepada kulit hitamku yang tak banyak masalah kerana menyelamatkan duit aku dari keluar banyak nak wat maintenance.
Kurus tak??? Makan ati okkkk ex-bf aku tengok aku transform jadik plank. Tu yang gila talak tu. Huahuahuhauahuah. Time ni piawai dia is tulang kat bahu tu. Memasing compare each other nyer tulang saper lagi tertonjol. Saper yang tulang lagi nampak, kira paling kurus la. Bodo. Saper yang start game ni? Menyusahkan aku je tahan lapar. Masa ni berat aku 42kg.
Kenapa aku leh kurus? Sebab aku tensi ada budak dok jadikkan aku benchmark. 'I dengan Diana saper lagi gemuk?' Taik la okkk.
Ni gambar aku kuar ngan En Wan masa cuti sem, carik barang hantaran untuk bertunang. Ye, saya sangat gedik ok, baru 2nd year dah gatal nak bertunang. Everytime aku tengok orang kawen kat hall ke, hotel ke, aku mesti tanya En Wan, 'Abang, kita kawen kat tengah jalan je kan. Tak dapat rasa nak kawen kat hotel'.
'Ye la, sebab nak selamatkan awak dari si gila tu, sampai tak sempat nak kumpul duit. Kawen kat tepi jalan je la'.
Tapi baju ni aku leh pakai lagi, cuma kecik sikit (salahkan baju). Tapi kalau pakai baju ni, time duduk tu kena sedut perut sket la. Sluar memang out dah. Perut aku dah naik okkk so does my bontot.
Nak lagi kurus?? Hambik kauuu. Ni bukan kurus lagi, ni dah tahap lansinggggggg. Gambar masa aku umur 11 tahun. Holiday kat Langkawi. See muka aku. Berkerak kan? Mak aku memang saje je taknak anak dia blaja pakai krim ke apa ke, sanggup dia tengok muka aku melekit camtu. Aku sendiri tak sanggup tengok gambar ni. Tapi takpe, untuk bahan kajian umum, aku dengan relanya menyumbangkan gamba ni untuk tontonan semua.
Ini gambo Jumaat baru-baru ni. Dah tembam balik muka aku. 48kg. Aku tunduk sketttt je lagi konfem nampak double chin. Perut?? Dah bukan double lagiiiiiii. Malas citer ahh.