2007-11-28

Rambut sudah kontot






Perhatian kepada kengkawan yang dok bertanya aku ada jumpa ke tak pompuan nama Wan Freeda Natasha. Tu dia.

Aku kat Harrod's melepak setengah hari, abis semua magz Her World aku belasah. Tup tup aku cam terperasan gamba minah ni. Ada kat sini rupanya pompuan ni. Dia ni antara fav idol aku la dulu-dulu zaman skool. Pandai nak mampos, 10A SPM. Pastu further kat MIT. Masa skolah rendah dulu aku antara yang tak akan ketinggalan dijemput untuk pi birthday party dia. Sampai birthday party adik dia pun aku belasah datang gak. Bukan aku kenal pun adik dia tu. Tapi kakak dia aku kenal. Dan sangat terkenal. Masa aku kat TKC, asal lepas exam je, kat hall mesti dorang announce saper dapat no. 1, no. 2 and all. Orang yang kena sebut tu harus la datang depan sebab orang nak tengok. Padahal by the time ko form 2 (at least) orang dah kenal dah muka ko. Takyah datang depan, sebut nama pun dah boleh imagine muka. Tapi saje la cikgu cikgi nak kasik diorang glemer depan junior nak lak freshies. Seingat aku la, kakak dia manjang je kena gi depan. Pandai gila. Siap dapat anugerah pelajar terbaik Negeri Sembilan.

Aku pun penah gak kena panggil ke depan. Tapi kena sound la sebab ponteng prep. Pastu tak bangun sahur. Pe benda ntah, tak bangun sahur pun nak canang satu skolah. Pastu kena panggil lagi bulan depannya sebab cubaan nak fly. Bodo gila.

Memang budak ni aku kagum yang hamat. Tu pasal nickname chat aku dulu FREEDA. So, pada yang mencarik terutama dak Alfian, Tasya now kat P&G. Dia masuk mags ni pun sebab Olay dapat anugerah Reader's Digest Competition. Best mosturiser ke apa ntah. Tengok gaya memang macam dah kawen. Betul la kot dia dah kawen, and since semorang tak dijemput ke kawen dia, betul la agaknya dia kawen kat US.



Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Aku dah potong rambut okkkkkk. Hahahahha.
Minggu ni dari Isnin sampai la ke Jumaat ni aku cuti. Aktiviti di rumah adelah pelbagai, dari mengemas, membasuh, menghias, melipat, menggosok, memasak dan membongkang. Tapi semuanya aku lom buat dengan full swing sebab Isnin lepas dari kol 10am sampai 6.30pm aku tersadai kat Harrod's buat rambut.

Sabtu lepas lam keta on the way to Midvalley En Wan tanya 'Apa plan cuti? Taknak wat rambut?'

Apa la punya soklan.
Aku ingatkan tahun 2007 ni dah bakal catat sejarah aku tak masuk salun lansung. Rupanya dia nampak jugak rambut aku yang dah cam langsuir mabuk ni. Malas la nak hint rambut aku dah panjang gila, ko ada mata ko nampak la kan. Agaknya dia pun lemas, asal tido rapat sikit je, rambut aku mesti masuk lubang hidung dia.

'Isnin ni pegi la salun, abang dah masukkan duit lam card'.

Sungguh aku tak tolak dah.
Aku sendiri serabut ngan rambut yang dah cecah bontot ni. Nak mandi wajib sangat laaaaaaaaaaaaa seksa!!

Tapi tak nampak la kerer rambut aku lam gambar ni.
Tapi ke'rebonding'annya jelas dan nyata kan?

Ok, ramai nau yang tanya mana satu tungau.
Korang ni, kang aku cakap bahasa Urdu kang, ngan aku aku sekali tak paham pulak.
Aku dah kata kan hari tu, ko teka pun aku takkan bagitau punyaaaaaaaaaaaaaaa.
Cenggini la. Orang yang saiko ni, rupa dia tak macam saiko. So, itu sajalah jawapan dari aku.

Aku dah malas nak baca balik entry pasal tungau ni. Menyakitkan jiwa raga. Tak pasal je hari yang aku galak menulis pasal dia tu, malam tu aku mimpi dia datang beraya rumah aku. Siap bagi salam lagi. Tapi aku tak jawab, aku nyorok tepi tayar keta. Aku pun tak tau apesal aku bleh terselit tepi tayar.

Kira kalau aku terbayangkan balik apa dia wat kat aku, konfem malam tu aku akan mimpi dia. Seriesssssssssss, ngeri!

Ok, takleh hapdet banyak-banyak. Walaupun aku cuti, tapi aku sangat la banyak keje nak wat. dah la Isnin sehari suntuk kat salun, semalam ex boss aku lepak umah aku sampai kol 6pm, mengumpat la apa lagi. Pastu ni aku nak siap-siap nak lepak PWTC pulak, for BioMalaysia. Aku bawak kamera sekali, kot-kot jumpa Dr Mus ke, leh la aku gedik kat dia.

Gatal.