walk on wings, tread in air: You burn like a flame in my heart..:) <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


You burn like a flame in my heart..:)
2007-11-19



Sangat cun kan desktop baru aku?
Ni kejer last week. Bukan aku wat pun, aku cut and paste je. Tapi orang buta IT cam aku memang lembab sket kalau masuk bab teknologi ni semer, so nak bagi gambar ni dok bebetul pun makan masa berejam.

Amboiiiii, sajaknya korang semua jemaah gelakkan gambar aku. Suka benar la tu.
Tu kira baru gambar ala bunga-bunga dia, belum aku tunjuk yang betul lagi. Kang ada lak trajedi mati sebab tak cukup napas nak gelak.

Siap suruh aku letak gambar exbf. Soriiiiiiiiiiiiiiiiii!!
Gambar-gambar dia lama dah aku humban ke lori alam flora. Najis okkk.
Wakakaka. Keji gila aku skang.

Tapi masa aku kemas-kemas lemari aku jumpa satu album penuh ngan gambar family dia. Gambar raya ke apa ntah. Apsal buleh gambar family dia ada kat umah aku? Gambar family En Wan pun aku tak simpan okkk. Ini sangat-sangat satu kesilapannnn. Sebelum En Wan nampak, aku buang siap-siap. Kang dia tuduh aku ada skandal lak ngan si tungau tu. Pleaseeeee la.

Kenal ngan dia adelah satu kesilapan besar lam hidup aku. Kengkadang kalau datang angin badi dia, sampai berpeluh-peluh aku mimpi okkkk. Mimpi nak lari dari dia. Serious sangat horror.

Scene paling bangsat aku takleh lupa was bila aku tengah lepak-lepak kat umah kawan aku, masa tu maghrib, then bf kawan aku call suruh bawak lari aku sebab si tungau ni dah on the way ke sana ngan bawak pisau. Bukan blade ok, tapi knife. Tak ke tergugat ketenteraman sejagat aku ngan kawan-kawan yang tengah melepak tengok TV. Time tu pulak tengah tengok citer cina apa ntah, tapi best la citer tu. Macam sial ok jantan ni.

Kawan aku, Mala dengan baju tido gi start moto bawak aku lari dari rumah. Time tu kecoh gila. Punya nak cepat, sampai another kawan aku Ayu main lempar je purse ngan passport kat aku. Aku dah ada atas moto tunggu nak blah je.

Si Mala ni bawak punya la laju. Time tu aku rasa kalau eksiden then mati pun takpe. Aku lagi rela terbaring atas jalan dari mengadap muka tungau ni. Berpusing-pusing la Mala bawak aku pusing-pusing town Kuching pastu patah balik ke area Stutong, pastu benti kat airport. Sebab aku tau airport tempat paling last dia akan carik aku. Passport ada kat tangan dah ni. Kalau nak ikutkan aku leh balik KL anytime, tapi aku malas la nak create scene pulak kat umah mak aku kang. Sebab mak bapak aku memang tak tau menahu tragedi aku ngan dia ni. Tau la aku dah break tapi tak tau la dia ni dah jadik gila. Mala dah nekad hantar aku kad balai polis je buat report. Tapi macam kata kawan-kawan aku la kan, aku ni bangang. Dia dah dalam keadaan nak bunuh aku pun aku still lagi nak pikir nasib mak bapak dia kat kampung kalau anak dia kena tangkap. Bodoh gila aku. Boleh lagi nak pikir nasib orang.

Dah setengah jam lepak airport, Mala ajak aku lepak umah budak-budak laki kat Kampung Cemerlang, area kat airport tu gak la. Budak-budak jantan ni memang dah biasa ngan kitorang, satu U gak. So sebab dah biasa melepak, takde la dorang nak suspect apa-apa. Tapi agak mencurigakan jugak la sebab pi umah jantan ngan baju tido. Boleh?
Siap la pulak aku ngan Mala lepak sana tengok Cerekerama bagai. Elok je citer abis, received call dari boifren kawan aku suruh balik umah sebab si tungau ni dah pecah masuk umah budak-budak pompuan ni semata-mata nak check aku ada kat dalam ke tak.

Saiko sialllllllllllll.

Mala pujuk aku suruh ikut dia balik. Aku tak ikut kang saper lak nak hantar aku.
Sampai je depan umah kawan-kawan aku (girls), aku tengok budak-budak pompuan ni melepak kat luar, ngan ada la dalam 7-8 orang budak laki kat depan tu sama. Aku turun je dari moto, Rozie ngan Yan, pimpin aku masuk rumah. Yang lain-lain pandang je aku dengan muka cuak. Aku dah bajet ni kalau aku kena sembelih ngan si tungau ni ramai offer jadik saksi. Biar mampos dia kena jerut kat tali gantung pulak.

Aku tengok muka sekor-sekor cam muka takde efek. Blur je pandang aku. Mampos la ko nak bantai aku ke tak, tungau. Aku dah tak larat ngan benda-benda cilaka bodoh cam ni.

Dalam umah tu, kat hall, aku nampak Ijad tengah duduk kat satu sofa, Mazlan tengah berdiri tepi telifon, si tungau babi tengah dok atas kerusi sambil pegang pisau ngan baju koyak rabak. Bangang. Ko nak buat apa ngan baju koyak rabak tu bodohhh. Nak tunjuk kat aku ko boleh bertukar jap lagi jadik mambra? Taik kau la.

Pastu dia bangun tarik aku bawak pi dapur. Si Ijad ngan Mazlan ikut sekali. Dia suruh aku duduk bersila kat pintu dapur tu, pastu dia duduk depan aku. Then selamba tapir dia letak pisau atas wrist aku. Suruh aku cakap kuat-kuat aku akan balik pada dia, jadik girfren dia. Gampang okkkk. Ko dah letak pisau atas tangan aku, pastu ko suruh aku buat confession yang aku gilakan kau????? Sangat la bacul.

Masa dia letak pisau atas tangan aku tu, Ijad dah sound sikit '****, bagi aku pisau tu jap'.
Konon nak saiko tungau ni la. Time tu nak je aku terajang kote dia biar tersumbat masuk lam bontot. Si Lan dah pandang je pisau kat tangan dia ni. Risau kot-kot tengah menggila tak sedar tertoreh tangan aku.

Aku ni toksah katala, dah sampai takde airmata nak kuar dah. Serious aku dah lembik time tu. Ni kol 1am kang En Wan dah janji nak call ni. Nasib baik Yan tau kol berapa call nak masuk, so dia dah standby tepi telifon. Tengah si tungau ni cakap-cakap ngan aku kat dapur, ada incoming call. Apa ntah Yan cakap, tapi aku tau itu En Wan.

Si tungau ni kat dapur boleh lak usap-usap pipi aku cakap 'Sorry kay, **** minta maaf. Kita start balik semula ok?'
Sebijik cam mental terlepas dari Tampoi. Time ni Ijad dah dapat tarik pisau tu dah. Pastu budak-budak laki ni ajak dia balik. Boleh lak dengan mesranya pegang tangan aku ni masa dia nak kuar dari rumah. Gaya cam aku taknak lepaskan dia balik la ni. Takde kote punya orang. Babi.

Before kuar dari pintu gate tu kiss dahi aku lagi. Hek elehhhhhhhhhhh.. mesranya kita berduaaaaaaaaaaa. Dan-dan tu jugak aku rasa ambik la nyawa aku skang. Aku taknak terlibat ngan drama orang gila ni. Lepas tu aku masuk umah, aku nangis tak hingat. Si Rozie yang takde kena-mengena pun nangis sama. Dia ni pantang ada adegan sedih, airmata dia yang lebih-lebih kuar dari aku. Wakakaka.

Pastu En Wan call lagi. Aku pun tak tau apa aku cakap and whether dia paham ke bijik butir yang aku cakap ni sebab aku mengongoi-ngongoi nangis kat telipon. Yang aku ingat lagi En Wan cakap 'Di tunggu Wan balik 2 minggu je lagi, pastu kita settlekan benda ni. Jangan pegi kat dia, tunggu Wan balik.' Sedih gila bila aku ingat balik En Wan time tu. Dia ulang-ulang ayat 'Tunggu Wan ok, tunggu Wan'.

Hari-hari dia call just nak make sure aku ok. And aku beruntung sangat dapat kawan-kawan yang sengal gila tapi sanggup cover aku. Mala tukang sign attendance aku sebab lagi 2 minggu nak balik KL tu aku memang on-off gi class sebab takde mood and taknak terserempak ngan si tungau ni. Kalau aku nak balik ambik baju pun Mala akan tunggu aku dalam bilik and peratikan kalau kelibat tungau ni ada kat area hostel aku. Macam kes perogol bersiri la pulak.

Yang kat rumah tu like, Yan, Rozie, Apeng gilir-gilir take turn jaga aku. Taknak biarkan aku sensorang kat umah takut si tungau babi ni tetiba terpacul je kat rumah tu. Jangan tak caya, si gila ni pernah malam-malam matikan enjin moto dari jauh pastu parking senyap-senyap kat luar rumah budak-budak ni. Then dia jalan senyap-senyap merayap tepi tingkap intai aku tengah wat apa. Budak-budak ni sampai fobia kalau nampak kelibat dia ni. Apa taknya, tengah-tengah semua melepak terkangkang-kangkang depan TV tetiba perasan kelibat orang berdiri tegak je tepi tingkap dok perati kitorang. Ko tak jerit macam nak gila?

Apeng pulak kalau gi class, akan ambikkan semua surat-surat aku. And from that day onwards, En Wan hantar surat kat aku guna nama lain. Sebab pernah satu kes, surat-surat aku semua hilang. Saper lagi nak curik surat aku? Aku bukannya Siti Nurhaliza, si banghal tu la punya keje. Surat aku pun nak ambik. Padahal aku dah takde kena-mengena ngan dia dah pun.

Ok la, takleh citer panjang-panjang, kang darah aku naik balik. Ini just a bit portion of the whole mess, malas cerita yang lain-lain. Banyak benar malapetaka yang jadik kat aku selama aku couple ngan dia. Sebenarnya benda ni lama dah orang lain nampak and hint kat aku, tapi aku macam kekasih sejati la, kena tipu depan-depan mata pun still otak aku leh kata benda tu tak betul, tak terjadik. Dah kena sepak terajang semua baru nak sedar.

Dah dah. En Wan dah balik. Aku nak masak.

posted by aveo757 @ 5:16 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER