2025-10-21

GreenAard: Betulkan skin barrier dulu baru pakai Cleansing Gel GreenAard


Customer ni nak cuba Cleansing Gel. Dia kata muka dah menggelupas lama. Dah cuba macam-macam produk tapi takde kesan. Aku mintak dia apply vaseline dulu. Kalau tak ok, baru try Cleansing Gel.

Masalah kulit menggelupas ni kadang-kadang disebabkan skin barrier saja, bukan kritikal sangat. Takyah la spend sampai RM65. Skin barrier ni kena treat dulu baru masalah lain boleh settle. Kita tak boleh ikut logik “kalau produk tu orang kata bagus, semua masalah settle". Realitinya, kulit kita ni kompleks, dan setiap kulit ada historynya, faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi keadaan tu.

Dari sudut etika, aku rasa tanggungjawab aku bukan sekadar jual produk. Kalau aku suggest dia pakai Cleansing Gel tanpa reason yang jelas, that’s not how a founder with proper ethics would do it. Kita bukan sekadar nak close sale. Aku percaya dalam skincare, real results only come when the treatment matches your skin’s needs.

Dari sudut sains kulit, ongoing facial peeling biasanya ada banyak punca. Selalunya sebab skin barrier dah rosak. Yang ni aku sendiri experienced masa kat Melbourne hari tu. Aku ada tunjuk gambar muka  bengkak. Itu gambar je. Kau tak rasa lagi kulit aku masa tu. Menggerutu okeh! Dengan pedihnya lagi. Puncanya, aku cuci muka pakai shower gel. Maybe shower gel tu a bit harsh for kulit muka, esoknya terus mengelupas muka aku. Dah la kat sana sejuk, lagilah bertambah kering kulit tu. Bila kering, kulit jadi sensitif. Tu yang naik merah-merah and bengkak. Tak memasal kena pakai face mask.

Skin barrier ni lapisan luar kulit that works like a shield. Bila barrier ni lemah, kulit cepat hilang kelembapan, jadi akan prone to irritation dan senang menggelupas. Actually ni bukan masalah kulit yang sebenar. Maksud aku ini bukan masalah sel kulit tapi lebih kepada skin barrier tu yang hilang fungsi. 

Kalau kau terus pakai Cleansing Gel dalam keadaan skin barrier rosak, yang mana fungsi Cleansing Gel untuk bersihkan kotoran, excess oil and prepare kulit untuk step skincare seterusnya, kau akan buat kulit lebih terdedah pada irritation. Umpama ada luka besar kat tangan, lepas tu kau gosok dengan scrub kuat-kuat. Bukannya makin sembuh, tapi luka tu makin pedih dan makin lambat baik. So logiknya, sebelum aku suggest customer guna Cleansing Gel GreenAard, better suggest dia betulkan skin barrier dulu.

That's why aku suggest dia sapu Vaseline. Dari perspektif sains, Vaseline ni (petroleum jelly) adalah occlusive agent. It creates a protective layer on the skin. This layer helps lock in moisture jadi air tak hilang. Dalam tempoh tu kulit ada masa untuk repair sendiri. So kalau guna dulu Vaseline, kulit ada masa untuk pulih, the barrier layer becomes stronger dan risiko nak jadi radang tu berkurang. Bila skin barrier dah ok, barulah boleh try Cleansing Gel.

Dalam bisnes skincare, aku selalu pegang prinsip ni - JANGAN PAKSA PRODUK KITA BOLEH SELESAIKAN SEMUA MASALAH. 

Produk kita dibuat dengan standard tertentu, tak mungkin boleh cover semua masalah. TAK MUNGKIN. Tak semua masalah kulit sesuai untuk setiap produk. Kalau aku suruh customer pakai Cleansing Gel sekarang, without analysis or consideration, that’s more about sales interest than customer interest. Misi GreenAard is to make sure customers get real results that are safe and suited to their skin condition. Itu lebih penting daripada sales semata.

Those yang ada atau prone kepada masalah kulit, please practice minimalist skincare. Kadang-kadang orang salah faham. Orang ingat makin banyak pakai skincare, makin bagus kulit. Orang pakai serum, dia pun nak. Orang pakai dark spot corrector, dia pun pakai. Orang pakai hydrator, dia pun pakai. Orang pakai repair cream, dia pun pakai. Pastu kulit dia meragam. 

Kenot. Tak semua yang orang pakai, kau sesuai pakai sama. Pastu bila kulit meradang, kau salahkan produk. Padahal orang lain pakai ok je.

Sebenarnya, kulit yang bermasalah atau sensitif, especially dengan barrier rosak, all you need is treatment yang simple dan slow-slow. Pakai basic skincare je dah cukup. Lagi-lagi kalau kulit tengah rosak, jangan rush. Bagi masa kulit restore dulu, baru introduce produk baru. Skin barrier repair ni ambil masa, biasanya a few days to a few weeks. Kalau kau rush, kulit akan jadi makin teruk.

Another reason aku mintak that customer try Vaseline is for cost-benefit juga. Kalau setakat skin barrier problem, pakai je la yang murah macam Vaseline tu. Cleansing Gel ni kita formulasikan untuk skin problem yang lebih kompleks macam ekzema and acne. Bila skin barrier dah ok, baru beli Cleansing Gel, ok?

Ini prinsip asas in dermatologi sebenarnya. Untuk kulit kering yang menggelupas, barrier repair adalah first step. Walaupun Cleansing Gel GreenAard tak harsh and sesuai untuk kulit baby, tapi bila kau ada masalah dengan skin barrier, fokus pertama kena treat dulu skin barrier. Kalau terus pakai cleanser, walaupun yang paling gentle, there’s still a cleansing process that reduces some of the skin’s natural oils. Sedangkan masa ni, kulit perlukan minyak tu untuk lock in moisture for repairing. 

Jadi, strategi paling logik ialah bagi kulit rest dengan Vaseline. Vaseline ni macam plaster yang stabilkan dulu keadaan kulit sebelum masuk ke rutin normal. Once skin barrier dah cantik, baru masuk step cleansing dengan clenaser. Selagi skin barrier tak ok, JANGAN CUCI MUKA DENGAN SEBARANG CLEANSER.

By the way, 10th Anniversary GreenAard dah tamat semalam. Terima kasih semua! Cuma, GC Plus kita masih buka harga anniversary iaitu RM78 (harga asal RM90) sebab new stok akan sampai esok. Jadi, hari ni and esok masih valid beli GC Plus harga RM78.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2025-10-20

Laluan untuk orang berduit


Hari tu aku baca satu post kat FB. Tajuk post tu LALUAN SHORTCUT KE UNI.

Penulis tu kata cara dia didik anak-anak adalah kena hafal Quran 6 tahun, pastu ambil IGCSE. Both anak lelakinya age 19 and 21 dah final year di UK. Semasa anak-anak ambil IGCSE. Penulis pesan pada anak-anaknya tak perlu all A's, janji 6 credit. Dah cukup untuk entry ke uni. Yang penting masa kerja, all out insyaAllah boleh maju. Kalau malas, keluar Havard pun belum tentu boleh excell. Katanya.

Aku baca post tu nampak ceritanya smooth. Hafal Quran, pastu sambung IGCSE. Ok cun dah. Sepadanlah dengan tajuknya LALUAN SHORTCUT KE UNI. Memang shortcut sungguh. Tapi bila sampai kat part "Tak perlu all A’s, janji 6 credit cukup untuk entry uni”, kat situ aku ter-stop. Mula-mula dah nampak cantik dah sharing dari seorang parent. Bila part "Tak perlu all A’s, janji 6 credit", aku dah rasa this is misleading already kalau orang yang tak faham konteks.

Ayat tu betul, tapi hanya betul untuk golongan tertentu sahaja. Ini bukan universal truth. Tak boleh apply cara ni kat semua orang, apatah lagi keluarga marhaen. Golongan marhaen yang anak bersekolah kerajaan, follow jelah sistem mainstream. Sebab bila bercakap pasal “shortcut ke uni”, kita kena jelas. Shortcut yang dia cakap ni bukan free ride. Shortcut dia datang dengan kos, dan kos tu tak murah.

Ada dua dunia berbeza bila kita sembang pasal laluan education ni. Satu dunia mainstream marhaen. Bersekolah dari sekolah rendah sampai menengah, ambil UPSR dulu (zaman dululah), pastu PT3 (sebelum kena mansuh), dan last sekali SPM. Ini laluan normal. Semua orang ikut laluan ni kecuali kau ada pilihan lain. Laluan ni memang direka untuk rakyat sebab semua mampu kerana ada subsidi kerajaan. Yuran sekolah tak tinggi, buku teks ada skim pinjaman, exam bayar sikit je.

Dunia kedua ialah dunia yang berduit. Kat sini ada flexibility. Tak payah SPM pun boleh sebab ada IGCSE, ada homeschooling, ada private international school, ada A-Level, IB, macam-macam. Bila kau ada duit, kau boleh pilih jalan yang lain. Ini kelebihannya. Kau boleh bypass sistem conventional. Kau boleh skip SPM, ambil terus IGCSE. Kau boleh repeat banyak kali kalau tak score. Takde masalah, janji duit ada. Tak perlu pandai sangat setakat nak lulus IGCSE kalau belajar pakai duit sendiri. Tapi kalau aim untuk scholarship, IGCSE tetap kena score.

Aku bukan apa. Risau. Sebab kalau yang baca post tu adalah those yang mudah salah faham, memang naya Pak Karim. Dorang akan ingat “Ohh rupanya senang je nak masuk Uni, tak payah SPM pun takpe, janji ambil IGCSE, dapat 6 credit masuk je”.

Padahal realitinya, IGCSE tu sendiri tak murah. Satu subjek exam fee pun boleh cecah ratus-ratus ringgit. Kalau ambil 6-8 subjek, dah berapa? Itu belum kira tuition fees, kelas tambahan, buku teks, buku latihan. Tu kalau kau nak score lah, kalau taknak score maybe takyah beli buku. Kalau masuk private international school, setahun boleh cecah puluh ribu.

Kalau kata private candidate buat homeschooling, ok kos mungkin turun sikit. Tapi turun pun, tetap tak murah. Anak duduk rumah, belajar sendiri, siapa nak guide? Kalau mak ayah tu high educated, bolehlah tolong ajar. Kalau mak bapak sendiri pun belajar tak tinggi mana, camana nak guide core subjek like Add Maths, Maths, English, Fizik, Kimia, Bio semua? Akhirnya tetap kena hantar kelas tambahan. Dan kelas tambahan IGCSE ni bukan macam kelas tuisyen SPM RM50 sejam, ya. Yang ni RM100 sejam pun ada.

“Tak perlu all A’s, janji 6 credit”.

Ayat ni memang betul. Sebab C pun memang diterima masuk uni. Cuma, kalau nak kejarkan scholarship memang tak dapeklah dengan result all credit. Private uni tak kisah sangat result IGCSE kau macam mana. Dia orang business. Kau bayar, kau dapat tempat. Straight A ke, semua C ke, as long as cukup entry requirement, boleh masuk. Itu memang standard dalam banyak private uni. Masuk uni tu senang je kalau berduit. Tapi survive, grad dengan bagus, itu cerita lain.

Ayat “tak perlu all A’s” tu perlu penjelasan tambahan sebab kalau tak, that could give false hope to budak-budak malas. Dorang akan ingat, “Oh bestnya, tak payah struggle study, tak payah all out”

Masuk dengan credit sahaja tapi nak apply scholarship, that is out of the question. Scholarship bukan tengok cukup syarat semata, tapi tengok siapa paling outstanding. Kat sinilah those yang ada both IGCSE dan SPM ada kelebihan. Sebab kau ada 2 sijil serentak. Apetah lagi kalau dapat straight A in IGCSE. Biasanya ada kelebihan semasa interview untuk scholarship. Jadi kalau betul-betul target scholarship, ayat “tak perlu all As” tu tak boleh apply kat kau.

Ceritanya sekarang kalau kau ada duit, kau boleh “beli pintu ke uni”. Kau boleh bayar uni private, kau boleh hantar anak ke overseas uni ambil degree. Tapi kalau kau takde duit tapi nak dapat tajaan, satu-satunya jalan ialah excel dalam SPM, apply scholar. Itu realiti marhaen.

Sistem conventional (sekolah kerajaan, SPM) memang direka untuk semua orang, especially orang biasa. Subsidi banyak, kos rendah, akses sama rata. Semua orang ada peluang kalau rajin. Tapi bila bercakap pasal laluan alternatif macam IGCSE, homeschooling, private uni, kita kena sedar itu bukan laluan semua orang. Itu laluan orang yang ada kemampuan kewangan.

Umpama kau naik flight. Dari KL ke Penang. Marhaen naik bas ekspres RM40. Ikut highway, lambat sikit tapi sampai. Orang ada duit naik flight RM200, sejam dah sampai. Dua-dua sampai Penang, tapi laluan lain-lain. Orang yang naik flight cakap, “Senang je nak pergi Penang, sejam dah sampai.” Itu betul untuk dia, tapi kalau dia cakap kat orang tak berduit yang nak naik bas, itu misleading. Sebab orang tu tak mampu beli tiket flight. Sama jugak dengan pendidikan. Kalau kau ada duit, shortcut tu memang wujud. Tapi kalau kau takde duit, jangan mimpi. Tetap kena ikut laluan mainstream.

Aku bukan nak kata post asal tu salah. Dia tak salah. Cuma cara ditulis tu bahaya kalau orang yang membaca tak faham maksud tersirat. Shortcut ke uni memang ada, tapi itu shortcut untuk orang berduit. Tak perlu all A’s, janji 6 credit pun betul, tapi itu hanya cukup untuk masuk, bukan untuk apply scholar. Kalau kau nak free ride, kau kena excel.

Post tu tajuknya sepatutnya diubah. Bukan LALUAN SHORTCUT KE UNI, tapi LALUAN SHORTCUT ORANG BERDUIT.


2025-10-19

No Money, No Talk?


Thread tak pernah gagal buat aku terhibur. Salah satunya post bawah ni:

Sekali baca luahan dia tu seolah-olah dunia ni penuh dengan orang materialistik. Semua kejar duit. Kerja amal pun nak caj katanya. Pastu perli pulak kononnya orang yang sama selalu preach pasal kindness, self-love and support each other. Tapi bab kerja amal, senyap. Semua nak caj.

Dik, influencer ni most menjadikan itu kerjaya, bukan hobi. Zaman aku dulu yes, most of us bloggers blogging untuk suka-suka. Masa tu zaman belum ada iklan-iklan ni semua. Now lain. Ramai kat TT and IG tu menjadikan media sosial kerjaya dorang (influencer). Bila namanya kerja, maka perlulah dibayar.

Ramai ingat jadi influencer tu kerja mudah. Tangkap gambar, tulis caption, post, settle. Jadi ramai anggap, “Ala, apa susahnya? Post sekali dua je, itu pun nak caj”

Realitinya, influencer spend masa bertahun-tahun nak build crowd. Ada consistency, ada trial & error, belajar algorithm, ada modal. Content bukan sekadar tulis je apa-apa. Gambar kena shoot, video kena edit, copywriting kena fikir. Semua tu ambil masa. 

The most important thing, trust audience tu datang daripada effort dia maintain personal branding. Sekali dia post benda yang tak kena gaya, reputasi dia boleh jatuh. So bila orang minta tolong promote free, tu bukan kerja simple semudah tekan post saja, ya. Kau sebenarnya mintak dia leverage segala usaha dia yang bertahun-tahun tu FREE. Fair ke?

Bukan ke NGO ada budget, kenapa harap influencer bagi free promo?

NGO besar sekalipun tahu pentingnya marketing. Cuba tengok UNICEF, WWF, Mercy Malaysia. Semua ada bajet khas untuk marketing, PR and awareness campaign. Dorang hire agency, buat ads, bayar media. Why? Sebab dorang tahu nak reach audience yang lebih luas needs strategi, bukan harap belas ehsan orang buat free marketing. 

You nak buat kerja amal, tapi heret orang lain bagi free service sekali? No itu salah. Aku rasa from now on NGO dah boleh start ada influencer sendiri. Dah boleh start buat post hari-hari nak create nak kumpul crowd. Lama-lama nanti ramailah follower.

Sebab bila kau nak reach audience yang lebih luas, especially guna platform orang lain, itu dah kerja profesional. Sama macam nak sewa dewan, nak cetak banner, nak buat sound system, semua tu kena bayar walau kau NGO. Takkan kat vendor sound system pun nak minta free sebab tu kerja amal?

Kindness tak sama dengan Free Service, ya. Ramai confuse benda ni. Bila orang tak nak bagi free service, dikatanya takde kinfdness. Sedangkan kindness tu ada banyak cara.

Contoh, influencer mungkin tak promote free kat feed dia, tapi dia donate sumbangan secara senyap. Ada juga yang simply share kat circle dia secara personal, without share kat main platform. Semua tu masih kindness. Kita tak boleh paksa orang tunjuk kindness dengan cara yang kita nak. Kalau kita define kindness hanya bila orang ikut permintaan kita, itu selfish namanya.

Cuba imagine situasi tu terbalik. Kau photographer. Orang ajak shoot event free, katanya “ni kerja amal sebab semua tu anak yatim”. Sanggup bear the cost? Kos masa, tenaga, kos equipment tanpa payment? 

Tak pun, kau kerja 9-5. One day bos suruh buat OT tapi takde payment sebab katanya “ni untuk company survive”. Amacam?

Bila letak dalam konteks lain, terus nampak pelik, kan? Tapi bila bab influencer, orang anggap kerja dorang remeh.

NGO kena ada strategi sustainable. Kalau everytime ada event nak bergantung pada belas ihsan orang, sampai bila nak sustain? NGO yang betul-betul berjaya ialah yang pandai urus dana, pandai allocate bajet, dan pandai pilih channel marketing. Kalau NGO sanggup bayar influencer untuk promote, event tu akan jadi besar, dan eventually lagi ramai orang yang dibantu. Pikir panjang sikit.

Actually ironi paling besar ialah bila orang preach pasal kindness, self-love, support each other, tapi bila orang lain letak boundaries, terus dilabelnya “tak ikhlas” and "no kindness". Ni lagi perangai namanya. 

Influencer yang letak caj untuk porgram amal tak bermakna dia tak baik. Dia cuma protect masa dan platform dia. Sama macam kita protect tenaga kita bila orang minta tolong something yang tak mampu kita buat.

Semua orang ada komitmen. Nak bayar sewa, nak makan, nak support keluarga. Kita tak boleh assume orang akan letak semua tu tepi semata-mata kita buat kerja amal. Jangan expect orang lain korbankan lebih dari kemampuan hanya sebab kita rasa cause kita penting. Kalau kita takde bajet nak buat promo, buat benda lain setakat yang kita mampu. 

Teringat dulu ada follower cakap "Bagus Kak Di ni, makan kat mana semua bagitahu. Si anu tu, orang tanya makan kat mana dia tak nak jawab"

Sebab dia tak nak bagi free marketing, dik. Dia tahu influence dia besar, buat apa nak bagi free marketing. Tapi dia makan situ juga, kan? Maknanya dia support bisnes orang tu. Cuma dia tak nak promote. Itu saja.

“Ingatkan bila sebut pasal cause yang baik, orang sudi tolong”

Tak, dik. Tak semestinya. 

Manusia ada kepentingan masing-masing. Ada orang tolong sebab dia memang ikhlas. Ada orang tolong sebab dia nampak benefit pada diri sendiri. Ada orang tolong sebab nak naikkan imej. Ada yang memang takkan tolong sebab dia rasa itu bukan tanggungjawab dia. 

Walaupun niat kau buat kerja amal tu bagus, tak semua orang rasa perlu terlibat. Why? Sebab support bukan datang dari cause tu baik ke tak, tapi datang dari apa motivasi dia untuk join? Kalau dia rasa ada alignment dengan value dia, atau ada ROI (walaupun bukan duit, maybe reputasi, networking, exposure), dia akan engage. Ini hakikat dunia. “Baik” je tak cukup. Kena ada strategi, positioning dan value untuk tarik support.

“Rupanya semua mula dengan duit"

Sungguh. Semua kerja kat dunia ni bermula dengan duit. Even NGOs need money to survive. That’s not greed, that’s just reality.

Kita semua boleh sembang pasal passion, pasal niat, pasal apa-apa je lah. But without money, semua benda tu stuck. NGO nak tolong orang miskin pun kena ada duit untuk beli barang asas. Masjid nak buat aktiviti pun kena ada duit untuk bil api air, sewa khemah, bayar PA system. Sekolah nak produce excellent students pun perlu duit nak buat macam-macam program kecemerlangan.

Duit tu tools. Bezanya, orang guna duit untuk apa. With money, good things can multiply. Without it, even the best intentions get stuck. Realitinya, dunia ni bergerak atas ekonomi. Even kerja amal sekalipun ada kos. Itulah sebabnya duit penting. Orang yang kata duit tak penting tu HIPOKRIT.

At the end of the day, kita kena faham yang support is not always free. And kindness doesn’t mean saying yes to everything. Sometimes real kindness is about setting boundaries, knowing your limits, and giving in ways that don’t break you. 

Kalau betul nak buat kerja amal yang impactful, kena belajar hargai kerja orang lain juga. Jangan hanya harap belas ihsan. Sebab bila kita hormat kerja orang, lebih ramai akan respect kerja kita. Belajarlah jadi adil. Adil pada diri sendiri, adil pada orang lain.


2025-10-18

GreenAard: Kenapa Makeup Remover jadi cair?


Semalam staff aku dapat soalan ni dari pengguna Makeup Remover. Dia tanya kenapa batch kali ni macam cair?

Ok very good question. Sebab memang ada penjelasan saintifik kenapa batch Makeup Remover GreenAard kadang-kadang berbuih tebal, kadang-kadang cair. Bear with me, sebab aku perlu jelaskan dulu dari segi bahan-bahannya. Baru boleh faham nanti kenapa dia tebal kenapa dia cair.

Ada 4 bahan UTAMA dalam Makeup Remover GreenAard.

(1) Sodium lauroyl glutamate. Ini namanya surfaktan. Diekstrak dari coconut oil dan fermented sugar.

(2) Isopropyl myristate. Ini campuran alkohol sintetik dengan minyak kelapa. Bahan ni kandungan minyaknya tinggi. Fungsinya untuk larutkan waterproof makeup.

(3) Polysorbate 20. Ini ekstrak dari minyak kelapa dan jagung. Ini pun sejenis surfaktan yang buatkan mekap senang dibilas.

(4) Glycerin, Aloevera and a few ekstrak tumbuhan lain. Ini semua kategori pelembap.

Ok now baru senang aku nak explain kenapa kadang buih tebal, kadang cair.

Yang pertama, berdasarkan prinsip formulasi, konsistensi produk BOLEH berubah dari batch ke batch. Maksudnya, formula sama, tapi semestinya tekstur akan dapat yang sama untuk semua batch. Why?

Kerana, yang keduanya, surfaktan. Surfaktan adalah penyebab utama buih. Kalau bahan-bahan yang digunakan untuk membuat surfaktan itu berbeza kandungannya, maka surfaktan yang terhasil juga berbeza dan mempengaruhi ketebalan buih.

Contoh, surfaktan yang kita guna dalam Makeup Remover adalah dari minyak kelapa + alkohol sintetik. Kandungan minyak semula jadi boleh berubah ikut musim, asal tanaman, cara proses. Jadi walaupun formula sama, surfaktan yang terhasil tak seragam 100%. That's why maybe batch yang lepas kau dapat buih tebal, batch baru ni dapat yang cair. Efisiensi tak berubah. Jangan risau. Ini adalah normal dan tak bermakna kualiti produk turun. Cuma variasi natural dalam bahan mentah saja.

Umpama beras. Sama-sama beras, tapi kalau datang dari bendang lain, ada yang lebih berkanji, ada yang kurang, ada yang kontot, ada yang panjang. Bila masak dengan resepi sama (air sama, periuk sama), nasi tetap akan ada beza. Kadang lembut, kadang keras, kadang lebih melekat. Itu analoginya.

Sometimes kalau surfaktan yang kita dapat dari supplier (raw material) jenis yang bagus, buih akan lebih tebal. Kalau blendnya lebih berat kepada air, dia akan jadi cair atau buih tak tebal.

Lagi satu kalau raw material tu ada banyak minyak atau pelembap, buih cepat hilang sebab minyak and bahan pelembap pecahkan gelembung. Jadi produk cair lebih cepat.

Masa bila baru produk tu "something wrong"?
Bila warna berubah and ada bau tengik atau berasid. Selagi dua ni takde, it is still ok untuk digunakan.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2025-10-17

Mitos "Customer is always right" adalah SAMPAH!


Ada satu ayat yang ramai tak sanggup nak sebut terang-terangan iaitu, “Tak semua customer berbaloi untuk disimpan”.

Sounds harsh? Yes, it is. But that’s the reality of business lebih-lebih lagi kalau kau seorang agen takaful, agen property, atau mana-mana INDUSTRI SERVIS.

Mitos “customer is always right” ni dah boleh pegi campak ke gaung. Ayat ni cliche sangat. Kalau nak jadikan slogan service excellence, boleh. But if you take it as an absolute principle, kau akan jadi hamba kepada client.

Hakikatnya customer boleh salah. Customer boleh menyusahkan. Kos masa yang kau spend melayan customer macam ni lebih besar daripada value yang dorang bawak. Dan selalunya dorang ni adalah kelompok yang perasan beli banyak.

Dalam mana-mana bisnes, client/customer yang banyak buat karenah adalah yang perasan beli banyak. Yang benar-benar beli banyak dan konsisten selalunya paling senang nak handle. Aku pun tak tahu kenapa pattern ni wujud.

Bila terlampau ikut mitos “customer always right,” sebenarnya kita bagi ruang untuk dorang jadi biadap. Dorang rasa mentang-mentang dorang bayar, dorang boleh buat apa je sebab kita (sales person) akan tunduk. Akhirnya kau kena pijak kepala. Yang kelakar tu ada customer yang ugut-ugut konon tak nak proceed beli kalau kita tak penuhi apa dia mintak. Kalau dapat kat aku, memang aku tinggalkan je. Dia ingat dia sorang ke customer aku? Daripada kejarkan sales kau tapi kepala aku serabut, baik aku tinggalkan je. Kurang-kurang kepala aku tak serabut.

Masa yang kita bazirkan melayan karenah sorang customer yang perasan macam ni sebenarnya boleh digunakan untuk cari 10 new customer. Tapi aku faham some sales person can’t afford nak buang customer sebab maybe itu je customer yang dia ada. Perangai hauk pun dia hadap. Tapi bisnes kau luas, atau client kau ramai, buang je la sorang yang serabutkan kepala ni. Tak rugi pun. Aku kalau bab buang orang ni memang handal. Kawan yang berkawan berbelas tahun pun aku buang kalau menyemakkan otak, lagikan stranger.

Sumpah aku cakap. Kau kalau buat bisnes nak puaskan hati semua orang, akhirnya takkan puaskan hati sesiapa. So takyahlah beria nak menjaga client sampai to an extend menghambakan diri.

Customer yang betul-betul faham your value, dia takkan mintak benda mengarut. Dia bayar on time, dia hormat masa kau, dia tahu apa yang dia dapat. Itu kategori customer yang berbaloi dijaga sampai lunyai pun takpe.

Tapi customer yang cerewet, yang bodoh sombong, yang demand tak masuk akal, kalau kau terus juga nak jilat sampai licin, bukan kau je penat, bisnes pun boleh melingkup. Jangan habiskan masa dan tenaga pada orang yang salah. Dalam bisnes, kena belajar satu benda - say NO. Sebab tak semua customer layak jadi customer kau.

Especially in servicing industri. Kalau client tu jenis banyak nau cengkadak, tinggalkan je. Suruh dia terminate polisi. Suruh dia ambil kat orang lain. Orang macam ni dia ingat semua agen akan melayan karenah dia A-Z. Biarkan dia. Hilangkan serabut kau, pass dia kat orang lain. Percayalah cakap aku, jenis cerewet tak masuk akal ni takkan settle kat mana-mana pun. Trust me. Aku dah banyak tengok customer macam ni. Dan aku paling suka bila tak lama lepas tu dia datang balik kat aku nak buat-buat bertanya. Hahahahah. Memang taklahhhh aku nak layan. Dah 2 minggu nanti baru aku reply. Bukan balas dendam. Tapi aku memang taknak sales dari kau.

Dalam bisnes ada satu konsep penting iaitu opportunity cost. Maksudnya, bila kita pilih something, kita kena lepaskan peluang lain.

Contoh. Aku pakai contoh agen takaful.

Masa 2 jam melayan karenah client cerewet banyak cengkadak yang caruman pun asyik kena remind, berbanding dengan 2 jam buat appointment with new prospek yang serius nak sign polisi RM350 sebulan. Mana lebih berbaloi?

Dah tentu new prospek. Sebab itu kebanyakan agen-agen otak tak ambil small cases. Malah tak ramai agen otak ambil kes medical card. Dorang fokus kat hibah and investment je sebab orang yang ambil hibah and investment selalunya orang berduit.

Agen-agen otai macam ni tak close case everyday. Dorang akan educate, lepak sama, kadang-kadang main main sport sama-sama….lama dorang follow. Bila close terus RM5-6K sebulan. Agen-agen otai like this dah taknak melayan karenah client. Sebab tu dorang tak nak jual medical card. Hassle.

Ini harsh fact - custoemer tak semuanya ada value yang sama. Ada yang jenis hargai servis, hormat sales person dan jarang menyusahkan. Ada yang asyik mintak diskaun. Dah ada diskaun nak diskaun lagi. Bila kita kata untuk dapatkan free gift kena meet requirement, dia marah kenapa nak kena ada requirement pulak. Beli sikit takleh dapat free gift ke? Terus taknak beli. Ah lantak. Jenis ni biarkan dia pergi. Beli pun bukannya banyak, cengkadak je lebih. So biarkan.

Siapa pernah baca buku 80/20 Rule?

Dalam bisnes, ada hukum tak rasmi tapi benar iaitu prinsip 80/20.

20% customer menyumbang 80% hasil.
80% customer menyumbang 20% hasil tapi ambil 80% energy.

Sales person yang bijak akan fokus kepada 20% klien berkualiti yang bagi pulangan besar. Sales yang buta fakta akan cuba jaga semua customer sampai burn out, sampai tak sempat berkembang.

“Oh memilih customer. Mentang-mentang kita beli sikit…”

Ok. Ini ayat tipikal dari orang yang tak faham logik bisnes.

Look. Seorang salesperson ada 24 jam sehari. Kalau semua customer dilayan sama rata tanpa kira value yang customer bawak, akhirnya masa untuk customer lain yang lebih berpotensi habis dibagi pada customer yang tak konsisten. Itu bukan adil, itu bodoh namanya.

Takde siapa kata small customer tak penting. Semua tetap dihormati dan dilayan ikut standard. Tapi dari segi fokus dan energy, logiknya kena salurkan kepada customer yang bawa impak lebih besar pada bisnes. Itu bukan pilih kasih, itu namanya strategi.

Kalau semua nak dilayan sama rata tanpa kira ROI (return on investment), baik kau bukak badan amal, bukan bisnes. In business, survival depends on our ability to manage limited resources for the maximum outcome.

Ramai key customer yang konsisten lebih mudah diurus sebab dorang tahu value. Yang selalu cerewet, demand pelik-pelik, culas bayar, MOSTLY dari kategori yang bagi low ROI. So kau nak ke habiskan tenaga pada group ni semata-mata nak jaga “imej adil”?

Pernah dengar istilah “Murah, tapi bising”?
Inilah jenis yang bayar paling rendah tapi komplen paling banyak.

Contoh kalau dalam takaful ini adalah jenis client yang caruman tak tak sampai RM300 sebulan, tapi every month lambat bayar. Bila polisinya dah lapse, salahkan agen. Bila claim tak lepas sebab tak ikut syarat polisi, dia marah agen. Bila dapat GL kena reject, dia salahkan agen. Padahal terang-terang GL kalau kena reject adalah sebab REPORT DARI DOCTOR. Takde kena-mengena dengan agen. Pastu bila agen explain, jenis bodoh sombong taknak dengar. 

Bos En Wan pernah tanya aku tak nak je jadi agen. Tak payahlah. Aku kalau hadap jenis client macam ni memang masaklah. Aku susunnnnnnn dari A to Z karenah dia pastu aku viralkan. Sebelum aku naik hantu, baik aku kerja diam-diam je kat GreenAard tu.

Lagi satu, some customer dia buat sales people ni macam PA dia.

“Nanti kalau ada promosi baru ingatkan saya tau”

“Kalau point saya dah boleh redeem, bagitahu”


Kak, kita ada telegram, kita ada FB, kita ada IG. Bila suruh follow taknak. Database kita kalau 20 orang customer je bolehlah kita text sorang-sorang. Tapi database kita 20K customer, kak. Meleceh nak text sorang-sorang bagitau baki point. Kan kita dah ajar cara nak semak point. Try semak sendiri. Kalau tak tahu, AWAK YANG KENA WHATSAPP KITA. Nanti kita semakkan.

Nasihat aku kepada sesiapa yang involve in servicing industry, “Let Go” dengan bijak.

Kalau ada customer atau client yang memang tak berbaloi dijaga, alihkan servis ke HQ. Bagi nombor customer service. Tapj percayalah cakap aku, customer-client yang memekak macam bagus ni takkan call customer service punya. Sebab kalau dia betul-betul di pihak yang betul, dia can go directly tanpa disuruh. Tap tak, kan? Sebab dia tahu dia salah. Dia cuma spin-spin fakta je seba nak jadikan kau punching bag dia. Yang memekak ni selalunya berani dengan kau je. Dengan atasan tak berani sebab orang atasan tak main emosi. Dia main facts. Kalau facts kata kau salah, salahlah. Benda ni yang dia takut nak terima.

Dalam apa-apa bisnes, soalan utama yang mesti selalu sales tanya is “Apa pulangan untuk setiap tenaga yang aku laburkan?”

Tak semestinya duit. Tenaga yang paling penting. Kalau kau habiskan 10 jam sebulan layan customer yang spend RM100 sebulan, pulangannya = RM100.

Tapi kalau kau habiskan 10 jam sebulan bina relationship dengan prospek korporat, pulangannya boleh jadi RM10K sebulan.

Bezanya langit dengan bumi. Dan itulah sebabnya dalam bisnes, kau kena pandai kira ROI masa sendiri. Sebab tu orang kata MASA ITU EMAS.

Kadang-kadang kegagalan seorang sales person bukan sebab tak pandai closing, tapi terlalu banyak buang masa dengan customer yang tak berbaloi.


2025-10-16

Hibah: Isu balu yang dicabar hak hibahnya

Apa jenis manusialah sanggup buat macam ni kat menantu sendiri? Bak kata P Ramlee “Kenapalah kau dijadikan manusia. Bukan elok kau dijadikan haiwan?”

Allah Kassimmmmm. Mak mintak mahap Kassimmmmm.

Balu ni dah lah hilang suami. Sebelum suami meninggal pun arwah dah sakit bertahun-tahun. Ni suami dah meninggal, dia kena hadap pulak perangai keluarga mertua yang kebulor hibah orang.

Aku ada juga terbaca komen “Mesti dulu perangai menantu tu buat mertua pendam lama. Kalau tak, takkanlah dendam kesumat macam ni sekali”

Ya, hal dalam kain kita orang luar tak tahu. Tetapi, ini soal hibah. Yang kau nak bangkang habis-habisan ni adalah AKTA HIBAH yang dah diluluskan dalam parlimen lama dah. Apa kaitannya? Kalau benci menantu sekalipun perlu ke sampai akta pun kau nak fight? Tak menang fight duit, now kau nak fight Akta pulak. Macam kemaruk sangat pulak gayanya.

Pelik bila anak meninggal, bukannya fikir cara nak tenangkan hati si menantu. Paling tak pun pikirlah nasib cucu-cucu. Itu waris kuat tu. Tapi tak. Dia mikir nak rebut duit orang. Yang sedih tu hibah takaful tu jelas sah, sah dalam undang-undang, dah ada dalam akta. Benda ni benda yang tak boleh dapat kat kau pun. Benda kalau memang takkan dapat kat kau, nak cabar buat apa? Nak argue untuk apa?

But still keluarga mertua nak seret balu ke sana ke mari, dari mahkamah sivil ke mahkamah syariah, semata-mata nak nafikan hak hibah.

Benda ni aku nak explain panjang, sebab ramai follower mintak aku enlighten isu ni. Patutnya aku jadi agen.

Ramai masih confuse antara faraid dan hibah. Jadi bila wujud mertua tamak macam ni, dorang guna hujah agama untuk manipulate walhal undang-undang negara dah jelas. Akta IFSA 2013 bukan benda main-main. Dibahaskan di parlimen. Diluluskan oleh dewan rakyat. Dan dah digunapakai oleh seluruh industri takaful kat Malaysia. Kalau nak cabar, pergi cabar parlimen. Jangan buli seorang someone yang tengah berperang dengan hidup. Otak ada, pikir. Jangan letak kat bontot.

Aku nak explain asas dulu.

Hibah takaful ialah HADIAH dari pemberi kepada penerima (beneficiary) yang dibuat semasa hidup. Bila pemberi mati, hibah akan terus jadi hak MUTLAK penerima. Ini BUKAN HARTA PUSAKA. Itu point paling penting. Bermaksud kau takkan boleh dapat walaupun 1 sen!

Kenapa bukan pusaka? Sebab akad hibah ialah akad pemberian semasa hidup, cuma pelaksanaannya berlaku selepas kematian. Kau cakap awal-awal, “Aku nak bagi duit hibah takaful ni kepada isteri”. Bila kau mati, syarikat takaful terus serah duit tu kepada penerima. Duit hibah tu TAK PERNAH WUJUD pun semasa si mati masih hidup. Duit hibah tu hanya WUJUD selepas di mati dah takde. By right, duit hibah tu adalah syarikat punya, diberikan kepada waris seperti yang diamanahkan. Tak perlu masuk kiraan faraid.

AKTA IFSA 2013 dah peruntukkan benda ni. Semua syarikat takaful ikut guideline ni. Jadi bila that mertua cabar hibah takaful, dorang sebenarnya bukan cabar menantu tu tapi cabar sistem kewangan yang dah digubal secara rasmi. Ini bukan semalam wujud this akta, ya. Lama dah.

Aku betul-betul kenot hadam perangai keluarga mertua dia. First, dorang cabar hibah takaful yang balu tu BAYAR SENDIRI selama dua tahun selepas suami sakit. Fikir logiklah bodoh. Si suami sakit 2 tahun tak kerja takde pendapatan, siapa yang sambung bayar hibah tu? Saka kau sambung bayar?

Dah tentu-tentulah bini dia. Dia korbankan duit sendiri semata-mata nak sambung caruman supaya polisi hibah terus aktif. Bila suami mati, memang patutlah jadi hak dia. Kau dah la polisi tu sah-sah takde nama kau kat dalam, tak menyumbang bayar pulak tu, tapi nak tuntut. Takde ke sesiapa yang boleh bagi pencerahan kat dorang keluarga mertua ni? Takkan sekeluarga benak kot?

Lepas tu cabar kat mahkamah sivil. Bila tak nampak macam ada jalan, try pulak fight kat mahkamah syariah. Alasannya, nak “faraidkan” duit hibah tu.

Deyyyyy!!!! Kalau nak faraid, faraidkanlah harta pusaka yang lain. Tanah, rumah, aset suami yang memang pusaka. Tapi tu lah. Itupun dorang dah kebas rupanya. Siap tukar nama masa arwah tengah tenat. Sumpah zalim. Tak cukup dengan faraid, nak rampas pulak duit hibah. Set-set ni memang tak pernah tengok cerita Tok Adi eh? Kurang-kurang pun bacalah Mastika. Biar tahu sikit apa nasibnya makan harta orang ni.

Lagi menyakitkan hati aku bab palsukan surat cerai. OMG serious la ada keluarga mertua macam ni? Saiko gila!

Kononnya arwah suami ceraikan isteri talak tiga. Ambil cop jari arwah yang tengah sakit, mungkin masa tu tak sedarkan diri, untuk jadikan “bukti”. Astaghfirullah, sampai macam tu sekali. Setan pun gostan tengok dorang ni. Punyalah gigih effortnya semata-mata nak pastikan si isteri hilang hak, hilang pencen suami, hilang bahagian faraid. Ni kalau zaman Mona Fendi dulu, kau dia kerat dulu.

Pastu larikan si arwah suami masa tengah sakit tenat, guna alasan nak berubat. Isteri langsung tak dibenarkan jumpa. Aku takleh imagine mental torture yang si isteri lalui sepanjang tu. Nasib baik JAWI campur tangan. Kalau tak, jauh lagi dorang boleh pergi tu. Seriously, psycho.

Bayangkan suami dah takde, anak-anak kecik lagi. Satu demi satu perangai mertua nak kena hadap. Nak strike off arahan pembatalan hibah takaful. Nak saman mertua sebab tak bagi faraid. Nak cabar tindakan tukar nama harta. Nak transfer file harta sepencarian. Semua ni nak duit. Nak upah lawyer, nak bayar filing, nak ulang-alik ke court. Semua tu makan kos. Sedangkan balu ni bukan berduit.

Aku rasa ini bukan masalah undang-undang. Ini PERANGAI. Undang-undang dah jelas, still orang nak ambil kesempatan. Just like artikel tu tulis, syarikat takaful dah settlekan semua yang perlu. Hibah pun dah diserahkan. Completed. Tapi keluarga mertua nak jugak buat teruk. Dalam kes ni syarikat takaful takleh masuk campur sebab ini dah kes peribadi. Memang si balu kena hadap sendiri.

Sebenarnya dari segi asas, balu ni dah berada di pihak yang betul. Hibah takaful memang SAH. Masalahnya, bila ada yang mencabar walaupun dia tahu dia takkan menang. Bila dah fileskan kes, nak tak nak mahkamah kena dengar je lah. And proses ni makan tahun. Aku syak keluarga mertua ni macam ada intention lain. Tak mungkinlah lawyer dorang tak explain pasal ni. Takkanlah kawan-kawan dorang takde yang nasihatkan pasal hibah. Something is wrong kat sini.

Logik tak kalau aku kata sebenarnya bukan pasal hibah sangat. I don’t think duit hibah tu yang dorang nakkan. Maybe ada benda yang dorang sakit hati sangat kat menantu dan hibah takaful hanya tools saja?

Aku rasa kerajaan kena ada mekanisme khas untuk protect penerima hibah daripada jadi mangsa macam ni. Walaupun tahu dah kau fight macamana pun takkan menang punya but at least kita nak kerajaan buat satu akta hibah lansung tak boleh dicabar. Serabutlah kalau kena hadap kes macam ni.

Sesiapa yang argue hibah bukan saja zalim, tapi bodoh dah kemaruk. Kadang-kadang laluan ke neraka tu dah boleh nampak dari kita kat dunia lagi. Bila harta yang jelas hak orang pun nak direbut, itu tandanya kau tengah gali path to hell.

Kelakar bila orang yang konon nak tegakkan hukum faraid sanggup palsukan surat cerai, larikan suami masa sakit and kebas harta masa arwah masih hidup. Macam tak masuk. Kalau betul nak ikut faraid, ikutlah betul-betul. Kenapa tanah, rumah, aset lain tak difaraidkan? Kenapa semua tukar nama masa arwah masih hidup? Tapi bila bab hibah, baru nak bising kena faraid. Hipokrit.

Kes ni jadi pengajaran benaunya. Pertama, kalau kau ambil hibah takaful, pastikan penerima hibah tahu hak dorang. Jangan takut. Hibah SAH.

Kedua, semua dokumen hibah dokumen lengkap. Sentiasa follow up dengan agen. Maksudnya pastikan relationship dengan agen tu warm supaya kau tahu keberadaan agen di mana.

Ketiga, sebagai manusia, RENTIKANLAH perangai rebut harta ni. BURUK!!! Hormatlah harta orang, harta anak yatim. Buatlah hibah so that esok kau tak kebuloq nak duit hibah orang lain.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)    


2025-10-15

GreenAard: Boleh ke berat turun 2.3kg dalam seminggu lepas ambil GC Plus?


Ok atas ni, aku tumpang seronok feedback dari customer ni. Cuma nak cakap, aku tak jaga henfon admin. Bukan aku yang reply whatsapp. Hehe. Tapi isokay, feedback sangat dihargai.

Kalau susah nak baca testimoni sebelah tadi, basically this customer ceritanya berat asal 92kg. Lepas seminggu ambil GC Plus turun jadi 89.7kg. Itu 2.3kg loss dalam masa 7 hari. Kalau dilihat secara logik, konfem ramai akan kata ini scam. Sebab takkan lah lemak hilang secepat tu? Bukan ke nak buang lemak sangat susah? Atau sebenarnya yang turun tu bukan lemak, tapi air?

Isokay, aku explain satu-satu.

The short answer is YES, you can actually drop 2–3kg a week in the early phase. Tapi jangan anggap semuanya lemak yang hilang. It’s usually a mix of a few factors.

1kg lemak bersamaan 7700 kalori tenaga. Jadi kalau betul customer ni hilang 2.3kg lemak (lemak only), bermakna badan dah bakar lebih kurang 17,710 kalori dalam seminggu. Bahagi 7 hari, around 2530 kalori sehari. Angka ni SUSAH nak achieve without extreme physical activity + diet sangat-sangat ketat. Atlet pun payah nak burn kalori sampai 17K seminggu. Bermakna, MUSTAHIL 2.3kg loss itu adalah lemak semata. Bukan 100% lemak yang hilang.

Badan kita simpan glikogen (simpanan gula) dalam otot & hati. Glikogen terbentuk bila kita makan karbohidrat (nasi, roti, kuih, makanan manis). Gula dari makanan ni semua akan bertukar jadi glukosa dalam darah. Kalau tak digunakan terus, lebihan glukosa akan disimpan dalam bentuk glikogen di hati & otot. Bila glikogen storage penuh, lebihan glukosa akan diconvert menjadi lemak.

Bahan aktif dalam GC Plus bagi signal cepat kenyang. Bila kau rasa kenyang, otomatik kau makan portion yang lebih small. In other words, karbohidrat yang masuk berkurang. Contoh lepas makan GC Plus, kau tak makan apa-apa sebab tak rasa lapar sangat. Kau maintain tak makan sampai lunch. Normally, bila darah dah clear dari glukosa makanan, badan akan ambil tenaga dari glikogen untuk maintain gula darah. Dalam bahasa mudahnya, bila ambil GC Plus, selera terkawal. Nak sampai ke waktu lunch tu, badan akan bergantung pada simpanan glikogen instead of asyik dapat glukosa baru.

Dan setiap 1 gram glikogen simpan 3-4g air sekali. Bermakna, bila simpanan glikogen digunakan oleh badan, air akan ikut keluar dari badan. Hasilnya, berat cepat turun pada minggu pertama. Contohnya kalau badan lepaskan 500 gram glikogen, air yang keluar boleh up to 1.5-2kg. Total jadi 2-2.5kg berat hilang tanpa lemak terbakar sepenuhnya. Maka, apa yang customer tu cakap berat badannya loss 2.3kg seminggu dengan GC Plus adalah VALID DARI SEGI SAINS. Bermakna GC PLUS BUKAN PRODUK SCAM. Apa yang berlaku ketika kau ambil GC Plus adalah selari dengan logik sains.

Haa, kau ada jumpa founder weight loss produk sangkal testimoni positif dari customer macam ni? Hahahaha. Takde, kan?

Bukan apa, aku perlu explain supaya orang tak salah faham dan tak nak orang kata GC Plus bagi misleading idea tentang weight loss. Nanti bila orang lain ada slow progress dikatanya testimoni aku tipu. Penting untuk korang faham macamana GC Plus dan badan kita bertindakbalas dengan diet.

Fungsi utama GC Plus ialah merangsang pengeluaran serotonin supaya selera makan & craving dapat dikawal. Jadi tanpa sedar, portion nasi jadi lebih kecil walaupun masih makan 2 kali sehari. Dan korang dapati korang dah kurang mengunyah jajan-jajan sampingan like kuih, snek, and benda-benda yang tinggi kalori). Bila kalori masuk berkurang, badan akan mula pakai simpanan tenaga (glikogen).

Benda ni nampak kecik tapi besar kesannya. Contohnya kalau dah biasa makan 2500 kcal sehari, lepas ambil GC Plus maybe tanpa sedar pengambilan kalori kau jadi 1800 kcal sehari only. Itu dah deficit 700 kcal sehari. Seminggu dah defisit 4900 kcal. That is around 0.6kg lemak hilang. Jangan underestimate loss 0.6kg lemak, ya. Itu bersamaan 4900 kcal. Tahu 4900 kcal ni bersamaan apa? Itu bersamaan jogging 9 jam non-stop!

Sebab tu aku cakap BERSENAM takkan buat kau kurus. Bersenam adalah untuk sihat. Because jogging 9 jam non-stop pun bersamaan loss 0.6kg lemak sahaja. Berapa ramai yang boleh konsisten jogging 9 jam non-stop? Takde pun. Jadi, bila ambil GC Plus, perlu konsisten dan BERSABAR dengan progressnya.

0.6kg lemak tu pun bukan sekadar nombor. Itu adalah ruang dalam badan yang berkurang. Lemak ni sifatnya menggeleber. Jadi dia ambil lebih banyak ruang dalam badan berbanding otot. Walaupun hilang "cuma 0.6kg", baju tetap rasa longgar. Dan organ-organ badan pun lebih lega especially kalau visceral fat (lemak organ) mula berkurang. Risiko nak dapat penyakit pun turun.

Basic idea dia gini.

1kg lemak kalau dicairkan, lebih kurang volume 900-950 ml (macam sebotol air mineral). Jadi 0.6kg lemak bersamaan lebih kurang 540–570 ml volume. Ini dah macam volume botol Montigo aku (530ml). Bayangkan lemak cair dari badan kau hilang sebanyak sebotol Montigo Ace 530 ml tu?

Dari segi inci (waistline), average every 4-5kg lemak yang hilang bersamaan 1 inci pinggang berkurang (bergantung pada tempat lemak disimpan). Jadi kalau 0.6kg lemak hilang, it might not exactly translate to a full inch, tapi boleh jadi 0.1-0.2 inci (1 inci = 2.54 cm).

Mesti ada yang kata "Alah, sikitnya berkurang"

Sebab itulah ambil GC Plus ni kena KONSISTEN. Kalau kau berjogging 9 jam non-stop pun tetap turunnya 0.6kg lemak je. Kalau konsisten, selepas 5-6 minggu (3-4kg lemak), boleh nampak 1-2 inci susut pada waistline.

Kepada yang frust berat turun lambat, jangan risau. Walaupun berat turun sikit, shape boleh berubah ketara sebab visceral fat dah kurang melekat pada organ dalaman. Pinggang akan rasa longgar lebih cepat.

Tahniah pada customer tadi. Teruskan dengan GC Plus sampai you dapat berat normal. Kepada yang nak GC Plus, grab masa tengah sale anniversary ni. Sebotol cuma RM78 saja (jimat RM12). Kalau beli 3 botol lagi murah, jadi RM74 sebotol + free gift sekali.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2025-10-14

Feminism ni ideologi bodoh yang dibuat oleh lelaki untuk kutip cukai lebih dan indoktrin anak-anak.



Tengok video ni. Ada orang mintak aku respond pada video ni sebenarnya. Baru ada masa nak buat post.

Pelik juga aku dengan segala teori konspirasi dia ni. Siap kata feminism ni ideologi bodoh yang dibuat oleh lelaki untuk kutip cukai lebih dan indoktrin anak-anak. Serius weh, complicatednya. Sebab benda ni bukan small issue. Ini isu hak manusia. Realiti hidup. Logik ekonomi.

Agama selalu disalahgunakan untuk justify mentaliti pemalas dan chauvinist. Aku tak sokong idea “perempuan kena duduk dapur je” dan aku juga tak sokong idea feminism tu konspirasi lelaki. Dua-dua ni merepek!

Kepada yang si perempuan tu, kau kalau tak nak kerja, berhenti jelah. Takde siapa paksa kau kerja pun. Masalahnya kau yang rasa insecure kalau tak kerja, kan? Maka kau persoalkan since when perempuan perlu bekerja.

Ini pilihan masing-masing. Kau tak nak kerja, berhenti. Simple. Jangan buat teruk sangat sampai nak drag down orang lain sekali. Kalau rasa kerja tu menyiksakan, go cari cara lain untuk hidup. Ramai je pilih jadi full-time housewife, jadi business owner, jadi freelancer. Semua tu valid. Tapi jangan influence orang lain ikut insecurity kau.

Orang yang pilih nak kerja, dia ada sebab sendiri. Dia nak financial independence, nak ada kepuasan diri, nak achieve something. Bila dah buat decision nak berkerja, then own it. Jangan memekak.

Yang si lelaki, kalau rasa perempuan tak perlu berkerja, nak bini duduk rumah, kalau rasa nafkah yang kau bagi dah buatkan wife happy, dan kalau mampu tanggung semua benda - rumah, kereta, anak sekolah, pampers, bil elektrik, minyak, groceries, loan, medical check-up, emergency fund, mak ayah sakit, mak ayah mertua punya duit belanja, duit isteri nak shopping, takaful/insurans - alhamdulillah, bagus. Tapi jangan anggap semua orang sama macam.

Tak semua orang ada suami kaya. Tak semua lelaki berduit banyak. Zaman sekarang bergaji RM8K dengan wife tak kerja pun tak mewah mana hidup, ya Tak semua orang ada luxury boleh duduk rumah takyah fikir pasal duit. Perempuan berkerja bukan nak bersaing dengan lelaki, tapi sebab nak survive, nak bantu keluarga, nak rasa secure, nak bina masa depan sendiri. If all women just stayed home, then what happens to those who end up divorced? Yang suami mati, yang suami lari? Nak tunggu sedekah orang ramai? Eh pelase jangan buat logik gila.

Zaman dulu maybe oklah, satu income cukup. Now kos hidup melambung. Barang dapur makin naik harga, anak sekolah rendah pun dah macam bayar yuran universiti. Satu gaji nak cover semua? At least kalau perempuan berkerja, bab dia dah settle. Dia boleh bagi mak bapak dia duit, dia boleh beli barang-barang kehendak sendiri tak payah menyusahkan suami. Dan kalau dia nak spend lebih kat anak-anak dan expenses rumah pun tak kacau duit suami.

Macam aku, the reason aku handle bab makan adalah kerana aku nak membeli ikut kehendak tekak aku. Contoh, shampoo. Kalau En Wan beli, dia akan beli apa saja shampoo tak kisah brand apa. Beras dia akan beli apa saja brand beras. Aku takkan demand sebab dia pakai duit dia. Dia menjalankan tanggungjawab. Tapi kalau aku nak berlebih-lebih, contohnya nak macaroni brand Barilla, brand lain taknak. Nak frozen pizza. Nak Hiagen Dasz. Nak Greek yogurt. Semua ni dah bukan tanggungjawab suami lagi. Ini bukan keperluan. Ini kehendak. Bab kehendak ni yang isteri-isteri patut ada duit sendiri untuk beli. Melainkan laki kau kaya.

Zaman sekarang ni makan simple-simple pun dah ratus-ratus sebulan. Belum dengan pampers anak, susu formula, belanja sekolah, loan kereta, loan rumah and commitment lain. Kalau ada dua income, at least beban tu lebih ringan. Lagi pun, siapa yang kata perempuan kerja tak boleh urus anak? Ramai je perempuan manage to juggle both. Tak perfect, tapi boleh. Kunci dia ialah partnership, bukan suruh perempuan jadi hamba dapur semata.

Kerja bukan tentang duit semata-mata. For some women, working gives them space to use their talent, education, and full potential. Ingat perempuan belajar bertahun-tahun, ambil degree, master, PhD, semata-mata nak apply skill tu kat dapur je? No, aku bukan hina suri rumah, but it’s such a waste if half the world’s workforce is forced to just stay home. Ekonomi negara pun jatuh kalau semua perempuan stop kerja. Ingat hospital boleh jalan ke kalau semua nurse perempuan balik rumah? Ingat sekolah boleh jalan ke kalau semua cikgu perempuan berhenti? Ingat industri boleh bergerak kalau separuh tenaga kerja ghaib? Kamonlah.

Some people hanya kerana dia boleh lambakkan duit kat bini so that bini takyah kerja, dia keluarkan segala teori konspirasi pelik-pelik konon wanita memang tak perlu bekerja. Padahal nak justify ego sendiri. Realitinya, bukan semua perempuan ada suami yang mampu tanggung. Bukan semua perempuan nak hidup bergantung. Agama tak pernah kata perempuan wajib duduk rumah. Agama cuma pesan jaga maruah, aurat, batas pergaulan. Itu asasnya. Kalau dia berkerja, tapi masih patuh syariat, takde salahnya. Ramai tokoh wanita zaman Rasulullah saw berniaga, berjihad, menuntut ilmu. Janganlah guna agama as alasan nak kurung perempuan dalam rumah. Janganlah twist ayat semata-mata nak rasa diri lebih alpha.

Aku tak faham bab feminism kononnya projek lelaki untuk kutip cukai dan indoktrin anak. Dah macam dengar teori konspirasi makcik bawang.

Ya, memang betul bila lebih ramai orang bekerja, kerajaan dapat lebih banyak cukai. Itu basic ekonomi. Tapi nak kata gerakan feminism purely sebab cukai? Habis, kalau kerajaan nak duit cukai, kenapa tak suruh je semua orang lelaki kerja 2-3 job sekaligus?

Feminism movement lahir bukan sebab kerajaan nak duit. Feminism lahir sebab wanita dulu diperlakukan macam second class citizen. Nak sekolah tak boleh, nak mengundi tak boleh, nak kerja kena sekat, harta semua letak nama suami. Perempuan basically takde suara. Maka feminism datang untuk bagi perempuan peluang equal. Equal bukan bermaksud sama rata 100% semua benda, tapi equal hak sebagai manusia.

Kalau bukan kerana movement feminism ni, sampai sekarang maybe perempuan masih tak boleh masuk universiti, tak boleh jadi doktor, lawyer, engineer. Kalau tak ada movement tu, maybe sampai sekarang gaji perempuan jauh lebih rendah daripada lelaki untuk kerja yang sama. Benda ni lahir daripada perjuangan wanita sendiri yang bosan kena tindas. Memang ada lelaki yang support, tapi tak logik kata lelaki mastermind semua ni semata-mata untuk cukai. Itu conspiracy theory merepek meraban.

"Bila perempuan berkerja, anak-anak dijaga kerajaan (sekolah), jadi senang kerajaan nak indoktrin apa dia nak"

Bro, education bukan semata-mata indoktrin. Education is what gives kids a chance, knowledge, and a way out of poverty. Stay rumah jaga anak belum tentu menjadikan anak tu pandai kalau turun-temurun maknya duduk rumah je tak tengok dunia luar. Anak perlukan pendidikan formal.

Dan part paling aku tak suka bila orang suka campur bab agama untuk justify narrow mindset.

"Dalam Quran lelaki bekerja, perempuan duduk rumah”

Yes, dalam Islam lelaki wajib sediakan nafkah. Tapi Islam tak pernah larang perempuan bekerja. Siti Khadijah isteri nabi sendiri seorang successful entrepreneur yang lebih kaya daripada Rasulullah saw. Ada sahabiyah yang jadi doktor, jadi businesswomen, yang join perang pun ada. Cuma syaratnya kerja tu kena halal, jaga maruah, tak abaikan tanggungjawab utama. Itu je. Jadi bila orang guna agama untuk paksa perempuan duduk rumah, aku rasa itu manipulation.

Bab dia kata perempuan pura-pura happy je kerja, padahal sebenarnya penat kena marah bos, kena maki.

Bos mana yang maki tak tentu arah kalau takde sebab? Kalau marah, mesti ada sebab. Bukan masalah kerja tu sendiri. Lelaki pun ramai yang stress kena marah dek bos, so nak suruh lelaki duduk rumah? Hakikatnya, lebih ramai wanita betul-betul happy kerja sebab ada duit sendiri, ada freedom, ada social circle, ada kepuasan bila capai sesuatu. Yang tak happy tu tak seramai yang happy, bro. Kalau kau hanya nampak yang “pura-pura happy”, maknanya kau tak pernah jumpa wanita yang betul-betul bangga dengan achievement dia. Jangan sebab mentaliti yang sempit, pukul rata semua orang.

Kalau tak suka kerja, that's your problem. Rasa kerja tu menyusahkan, memenatkan, sila duduk rumah je. Itu pilihan peribadi. Tapi jangan spin “semua perempuan kena macam tu”. Jangan insecure bila nampak perempuan lain berjaya, lepas tu kau cari alasan untuk justify kemalasan kau. Kalau sesiapa yakin tempat perempuan hanya di dapur, kawenlah dengan orang yang setuju. Jangan paksa seluruh dunia ikut. Sebab wanita berhak pilih. Nak kerja boleh, nak duduk rumah pun boleh.


2025-10-13

HR suruh doktor bagi MC 2 hari. Kelakarnya!


Ada sorang doktor kat Thread cakap patient bagi bad review kat klinik dia, alasannya sebab doktor hanya bagi 1 hari MC sedangkan HR tempat dia request the patient minta 2 hari MC.

Kahkahkahkahkah. Gelak aku baca. Since when HR menggalakkan pekerja MC? First time aku dengar.

Inilah dia reason aku tulis hari tu kenapa cuti AL, EL dan MC perlu ada bukti dan reason. Kalau cerita pasal MC ni, memang hot topik kat mana-mana tempat kerja. Ramai yang suka buat drama sebenarnya. Kononnya HR suruh mintak MC 2 hari, kononnya doktor kedekut tak nak bagi MC panjang, kononnya bos tak prihatin pekerja sakit. Semua dia salahkan orang. Logik ke HR suka staff cuti lama-lama?

Baru hidup ke apa orang yang kata HR suruh mintak MC 2 hari? Adoi dik, tak agak-agak nak menggoreng. Sila cuba lagi, ya.

Dik, HR mana ada masa nak suruh staff minta MC panjang-panjang? Percayalah HR tak suka kau sakit berlama-lama. HR tu function dia nak pastikan company jalan ikut undang-undang buruh, nak pastikan benefit pekerja diproses ikut guideline. Dia tak kuasa nak jadi geng MC club.

Sebenarnya, dari pengalaman aku sendiri as pekerja dan majikan, pekerja yang perform jarang sangat ambik MC. JARANG. Aku rasa ada kaitan dengan law of attraction. Orang yang betul-betul fokus nak capai target, mindset dia automatik tolak benda-benda yang boleh buat dia slow down. Badan dia pun somehow jadi lebih immune sebab dia tak bagi ruang untuk fikir pasal sakit.

Bukan maksudnya dorang ni kebal, tapi energy dia banyak disalur pada benda produktif. Kalau demam sikit pun, dorang lawan. Kalau pening sikit, dorang masih try deliver. Sebab mentaliti dia “kerja kena settle, I’m responsible for it”. Pekerja jenis ni bukan hanya jarang MC, cuti pun dorang guna bila betul-betul perlu. Sebab dalam kepala dorang, cuti tu bukan diambil untuk larikan diri dari kerja, tapi rehat untuk recharge. Itu beza mindset orang macam ni.

Orang yang kerap ambil MC ni dalam kepala dia dah set, “alah tak larat la… badan rasa nak demam...badan sengal-sengal". Manjang je rasa nak demam. Macamana kau asyik tak rasa badan tu nak demam kalau kau sendiri hakikatnya malas berkerja? That's why minda kau hantar signal kat badan untuk rasa sakit. Law of attraction ni, apa yang kau selalu fikir, itu yang kau tarik. Kalau tiap kali bangun pagi fikir nak sakit, nak MC, memang confirm kau sakit.

Bila selalu MC, lama-lama otak akan associate kerja dengan penat, stress and sakit. Lama-lama nanti setiap kali kau kerja, badan auto react macam tu. Down lagi, down lagi. Jangan seronok-seronok sangat dapat cuti sakit. Benda tak ada kau paksa untuk ada kan. Badan kalau dah terbiasa dipaksa menjadi sakit, lama-lama penyakit yang kau tak terpikir pun boleh dapat. Sebab otak dan badan ni ada connection. Bila kita ulang-ulang “aku sakit, aku letih, aku tak larat” padahal sebenarnya tak seteruk mana, badan kita terima arahan tu sebagai realiti. Sistem imun lama-lama jadi lemah, hormon jadi kacau, and eventually betul-betul datang penyakit yang kau cipta sendiri.

Mind over matter tu bukan sembang kosong, ya. Ada banyak kajian sains tunjuk bila someone selalu fikir dia sakit, badan dia mula respon as if dia memang sakit. Imagine setiap bulan seronok MC, padahal tak sakit mana, lama-lama badan jadi percaya normal kalau setiap bulan jatuh sakit. Dari malas jadi letih, dari letih jadi sakit betul-betul. Nak sangat, kan?

Orang yang jarang sakit ni bukan sebab dorang tak mudah dapat sakit, tapi sebab dorang rasa tanggungjawab tu besar. Contohlah, orang sales yang tiap-tiap bulan hit target, dorang tahu sehari MC tu boleh hilang potensi nak hit RM3-4K sales. So apa dorang buat? Telan ubat, tido awal, esok bangun selalunya dah ok.

Mintak mahap lah aku cakap ni. Kalau kena bangun everyday pukul 4.30 pagi tahajud ramai yang kata susah. Cuba kalau flight kau pukul 6 pagi, konfem 3 pagi kau dah bangun. Tak payah dikejut-kejut pun bangun sendiri. Mata tu tercelik segar-bugar. Itulah power law of attraction. 

Bila ada urgency, ada BIG WHY, badan tu ringan je nak bangun. Siap berdoa janganlah demam takut nanti tak lepas naik flight. Konsep ni sama macam kerja dan MC. Kalau kau set dalam kepala “kerja aku penting, aku nak sihat, aku nak perform,” badan akan adjust ikut mindset tu. Tapi kalau everytime kerja kau set kepala “penat, malas, sakit”, besar harapan badan kau akan senang dapat sakit.

Itulah beza antara kerja sebagai sekadar “kerja” dengan kerja sebagai career. Bila kita dah anggap kerja kita sebagai career, kita ada rasa ownership, ada rasa bangga bila kerja siap dengan baik. Tapi kalau Ratu MC, lain ceritanya. Muka dia pun doktor dah kenal. Tiap-tiap bulan mesti MC. Doktor pun tahu dah skrip dia. Tak sakit perut, migrain. Tak migrain, gastrik. Tak gastrik, sakit tekak rasa nak demam. Semua benda nak jadikan alasan MC. Bila tengok KPI, hancur. Sekali dua bolehlah bagi benefit of the doubt. Tapi kalau every month ada je drama MC kau, memang sah attitude problem.

Orang macam ni lah yang selalunya marah EL kena tunjuk surat, MC kena tunjuk surat. Dorang ni la sebenarnya punca sistem jadi ketat. Dorang ni la punca kau rasa boss kau toksik. Kalau dorang ni takde, boss kau mesti ok punya. Kalau semua orang jujur, majikan takkan sampai tahap nak mintak dokumen segala. Tapi bila ada stok-stok yang suka ambik kesempatan, terpaksa la company tighten the rules. Yang jujur pun kadang-kadang terpalit sama.

Terlalu ramai yang suka monteng. Aku kan kalau nak comparekan dengan kerja aku dulu, nanti orang kata "Kau tak kerja macam aku memanglah. Stress." Kalau stress, RESIGN JE LAH! Takde siapa paksa kau stay. 

Menyampah aku orang yang 24/7 meratib stress, penat, stress, penat. Tapi kau tak resign-resign juga. Kadang-kadang bukan kerja tu yang teruk sangat pun. Attitude kau je problem. Kalau betul kerja tu terlalu berat sampai kau jadi sakit jiwa, sakit badan, tak boleh nak cope, RESIGN. Cari kerja lain yang sesuai dengan tahap mental dan fizikal kau. Simple.

Takde siapa yang suka kerja. Semua orang suka cuti. Tapi kita tetap buat juga sebab kita ada komitmen dan ada cita-cita nak fulfill. Jadi nak tak nak, buat juga. Buat dengan sungguh-sungguh. Takyah nak merentan. Rasa kenot gi, RESIGN. Jangan meratib macam kau terpaling sengsara kat opis. Kejap-kejap cuti, kejap-kejap MC. Semak!

Kalau nak bandingkan antara orang yang betul-betul sakit dengan orang yang buat alasan sakit, lagi ramai yang buat alasan. Itu realiti yang HR nampak everyday. Sebab tu HR insist nak tengok MC. Bukan sebab HR jahat. Tapi HR kena protect company daripada rugi masa, rugi duit, rugi productivity. Bayangkan, kalau satu department ada 10 orang, tiba-tiba 3 orang MC. Berjemaah pulak dia serentak. Projek boleh sangkut, colleague kena cover kerja kau. Pastu nak mintak MC 2 hari pulak tu.

Sebenarnya, staff yang selalu tipu MC ni tak sedar satu benda. Bila pattern kau kerap ambil leave, kau susah nak naik. Bos tengok pattern, HR tengok rekod. Kau cakaplah kerja semua siap pun, majikan menilai performance KESELURUHAN termasuk pattern kau bercuti. Ni ala-ala sistem merit UPU. Perform in akademik macamana pun, kalau bab lain ada kekurangannya, takkan menjanjikan kau tempat. Samalah macam kenaikan pangkat di tempat kerja.

Sebab tu jangan pandang ringan benda kecik macam cuti. MC, EL, AL - semua ni direkod. Ingat HR simpan rekod tu buat apa? Buat koleksi? No. Dorang guna untuk baca trend. Kalau every month MC, tiap tahun cuti habis licin tak pernah ada balance, itu signal. Signal yang kau ni unreliable. 

Majikan tengok benda ni bukan sebab kejam tak bagi cuti, tapi sebab reliability tu lebih penting daripada sekadar siapkan kerja. Kalau kau ada pattern kerap ambil pelbagai jenis leave bermakna 50-50 je chances kau ada di office. Bos takkan berani nak letak orang macam ni pegang big post and handle big project.

Orang yang pandai jaga attendance, jaga disiplin, jaga consistency, dan perform, itu yang bos nampak reliable. Sebab bos bukan cari orang yang cuma boleh siapkan kerja, tapi orang yang boleh ditrust. Trust tu datang dari rekod.

Maybe pekerja akan rasa this is slavery. Sukatilah aku nak habiskan cuti.

Ya, betul cuti tu hak pekerja. Tapi hak tu datang sekali dengan tanggungjawab. Sama macam driving licence. Lesen tu hak kau bila dah lulus test. Tapi kalau kau drive macam pelesit, jangan pelik bila kena saman. Hak tanpa tanggungjawab adalah MASALAH.

Bos tak marah kau cuti. Bos marah kalau pattern cuti kau bagi signal yang kau ni jenis tak boleh diharap. You can be the smartest person in the department, tapi kalau kau selalu "hilang", percaya cakap aku, kau tetap kalah dengan staf yang mungkin biasa-biasa tapi reliable. Nanti bila ada peluang naik pangkat, nama kau tercicir. Orang yang perform, orang yang jarang MC, orang yang nampak commitment, itulah yang akan dapat kepercayaan company. Dekat dunia kerja ni, trust tu sangat mahal.

Setahu aku, doktor akan bagi 1 hari MC dulu. Kalau esok masih tak sihat, kau datang balik mintak doktor check semula boleh ke dapat 1 more off day. Kadang aku pelik, hari ni Ahad, tapi dah send siap-siap MC untuk esok. Memang MC sekarang ni doktor bagi untuk esok hari ke? Bukan ke patutnya kalau Ahad tu kau demam, rehatlah dulu. If next day tak sihat, baru pergi klinik nanti doktor keluarkan MC untuk that day. Patutnya macam ni, kan?

Mentaliti asyik nak cuti ni takkan ke mana. Orang yang berjaya susah nak cuti lama-lama. Bukan sebab dorang rajin nau, tapi entahlah, dari observation aku, most of them memang macam ni. Jarang tengok orang perform demand MC lebih-lebih.


2025-10-12

GreenAard: Meal replacement bukan semua sama.


Kalau bercakap pasal meal replacement, ramai ingat "Meal replacement tu macam diet shake. Minum je, terus kenyang. Nanti berat turun”.

SALAH.

Meal replacement bukan semua sama. Ada yang memang sekadar campuran bahan-bahan with gula. Ada yang dengan balanced nutrition. Ada yang sabit nak memenuhi keperluan badan je. Memandangkan orang tanya apa beza Maaltyd dengan meal replacement lain, aku explain Maaltyd. Aku tak nak explain pasal yang lain-lain sebab aku tak tahu apa yang lain pada yang lain-lain tu. Kena tengok apa objektif meal replacement yang lain-lain tu dulu. Maaltyd aku tahu objektifnya apa, jadi aku explain Maaltyd only.

Banyak meal replacement lain guna karbohidrat ringkas macam gula putih atau maltodextrin. Especially meal replacement yang memberi tenaga. Jenis ni memang cepat bagi tenaga, tapi cepat jugak buat kau rasa lapar balik. Maaltyd pun ada karbohidrat tapi kita guna karbohidrat kompleks macam flaxseed, psyllium husk and seeds lain.

Karbohidrat kompleks ni ambil masa lebih lama nak cerna, jadi tenaga dilepaskan perlahan-lahan. Hasilnya? Kau akan rasa kenyang lebih lama sebab gula dalam darah stabil dan takde sugar crash. Badan kita sebenarnya tak perlukan sugar spike yang cepat. Kalau nak jaga berat badan atau sekat selera makan, karbohidrat yang tenaganya dilepaskan perlahan-lahan lebih efektif. Maaltyd takes this approach.

Dalam Maaltyd masih ada protein tapi kita guna protein from plant source. Protein penting untuk kurangkan rasa lapar. Banyak meal replacement in the market guna protein soya atau whey isolate as main ingredient. It works well, but sometimes it lacks enough fiber untuk kenyang sepenuhnya. Maaltyd guna combination protein dari white kidney beans. It’s more than just protein. 

White kidney beans ada serat dan fitonutrien. Protein bila bergabung dengan serat akan bagi rasa kenyang lebih lama. Kalau protein je tinggi tapi serat tak banyak, kau akan cepat kenyang dan cepat lapar balik. So kombinasi dalam Maaltyd bagi steady fullness.

Dalam Maaltyd ada lemak? Of cos ada. Meal replacement lain pun ada lemak. Tapi, lemak dalam meal replacement pun berbeza-beza. Banyak produk guna lemak trans atau minyak hidrogenasi. Tapi Maaltyd fokus pada lemak dari flaxseed tu sendiri. Maknanya takde lemak yang betul-betul lemak. Lemak flaxseed ni boost hormon kenyang. Secara ringkas dalam Maaltyd:

Takde gula (jadi takde blood sugar spike yang boleh cepatkan rasa lapar)

+

Lemak flaxseed yang boost hormon kenyang

+

Kombinasi serat & protein yang bagi rasa kenyang lebih lama

Kelebihan Maaltyd yang orang overlook (atau tak pernah sedar pun!) ialah seratnya tinggi. Nampak je 10 gram. Tapi 10 g tu kandungan serat is high. Serat ni penting so that blood sugar tak naik mendadak. At the same time serat buatkan perut rasa kenyang lebih lama (sebab serat yang kita guna semuanya akan bertukar jadi gel bila masuk dalam perut).

Banyak meal replacement lain rendah serat sebab nak bagi rasa smooth bila blend. Maaltyd kalau minum boleh terasa serdak-serdaknya, betul tak? Kadang serdak nampak berkumpul kat bawah shaker. Itulah reason kenapa rasa kenyang lebih lama. That serdak pastikan ditelan! Serdak tu nanti masuk perut akan jadi gel yang memenuhi ruang perut so that ada rasa fullness. Dan yang best, siapa makan Maaltyd, mesti takde masalah sembelit lagi. Ini konfem!

Maaltyd takde gula, ya. Kita pakai stevia. Sebab apa taknak letak gula? Sebab kita nak maintain kalori yang rendah. Kalori Maaltyd 1 sachet cuma 45 kalori je. So malau kau skip breakfast, maknanya kau dah jimat kalori. Kalori nasi lemak ayam rempah kurang-kurang 600 kalori. Tapi kalau kau skip breakfast dan gantikan dengan Maaltyd, breakfast kau cuma 45 kalori je. Silap-silap tahan sampai pukul 2-3 pm.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2025-10-11

Kenapa majikan nak mintak MC kalau kami sakit?


Sebagai majikan, aku faham. Kadang-kadang baca orang kata “Kenapa majikan nak mintak MC kalau kami sakit? Kenapa nak tanya kenapa ambil Annual Leave (AL)? Kenapa mesti hantar supporting document setiap kali kami Emergency Leave (EL)? Asalkan performance kami tak drop, tak sepatutnya majikan tanya apa-apa.”

As majikan, aku rasa logik dorang macam ni - Kalau hasil kerja masih ok, kenapa majikan nak kacau urusan peribadi atau kesihatan dorang. 

Betul kan? Itu maksudnya, kan?

Ok, dari sudut seorang majikan, aku nak explain kenapa HR perlu dokumen-dokumen ni semua setiap kali korang cuti. Bukan untuk menyusahkan pekerja. It’s really about keeping things fair and making sure the company runs smoothly. Ini bukan soal tak percaya. It’s about honesty and making sure everyone is protected.

Pertama sekali, tentang MC. Aku tahu ramai pekerja rasa MC ni cuma formaliti je. Pekerja kata kalau sakit, memang layak MC. Yes, betul. MC memang hak semua orang. Tapi kalau sorang boleh ambil MC tanpa dokumen, siapa nak pastikan dia betul-betul sakit? Tak boleh la main cakap, “Terpulanglah kalau dorang menipu. Allah tahu. Gaji tak berkat”. 

Look, antara dia dengan Allah, itu urusan dia. Tapi now antara dia dengan company kita kena settlekan di sini. Sebab bila dia ambil MC tanpa dokumen, company takde bukti sahih untuk proses gaji, replacement kerja, atau pengurusan staf lain. Kita cuma nak protect sistem dan adil untuk semua staf. Kalau biarkan je, nanti jadi precedent. Semua pun boleh claim sakit tanpa bukti. Jadi prosedur ni penting supaya urusan kerja berjalan lancar.

Majikan atau HR bukan nak meragui kejujuran staf. Kita cuma nak ada rekod sahih. Bayangkan kalau ada sorang pekerja ambil MC tanpa dokumen, pastu pekerja lain ikut trend ni sebab rasa tak adil kalau prosedur ni tak konsisten. Apa jadi? We could end up in a situation where leave and MC get taken advantage of. Sihat ke work culture macam ni?

MCs are also important for legal protection. Kalau pekerja hilang gaji (upah) atau ada masalah kesihatan yang serius, dokumen MC tu membantu mengesahkan hak dorang. It also keeps the company safe from false claims. Kau jangan bercakap dari perspektif kau as permanent employee saja. Kena fikir company yang ada pekerja contract bergaji hari. Gaji dibayar ikut hari, ikut jam. Sebab itu dokumen-dokumen ni penting untuk direkodkan. So, it’s not about trust issues. It’s about protecting everyone’s rights and responsibilities.

Setiap cuti ada sebabnya dan perlu direkodkan. Macam Emergency Leave (EL) dan Annual Leave (AL). Banyak company request to fill up reason bercuti, kan?

“Kenapa nak tanya reason ambil cuti?”

Company aku tak practice reason bercuti. Aku cuma takkan approve kalau serentak ramai bercuti je. Reason bercuti memang aku tak mintak isi dalam form. Tapi as majikan aku faham kenapa some majikan perlu tahu reason. 

Contohnya EL. Kalau sorang pekerja ambil EL, sedangkan maybe that day ada task yang sangat penting perlu dihantar, atau client penting menunggu jawapan, atau ada projek yang perlukan kehadiran dia, atau sebarang task penting dalam team. Pastu esoknya dia datang ofis melenggang tak bawak supporting dokumen yang menyokong kenapa dia EMERGENCY semalam. Logik ke?

As if semua orang buat keputusan sendiri tanpa rekod, tanpa coordination, tanpa communication. Satu pekerja hilang tanpa reason boleh kacau workflow satu team, boleh delay projek, dan bagi kesan kepada client. Kalau takde dokumen, macam mana kita nak tahu ini betul-betul emergency atau cuma alasan? Without any proof, it’s all just talk and that can get messy if something goes wrong.

Teringat masa aku kat uni. Aku terpaksa skip 1 test microbiology sebab balik KL, ada emergency. Punyalah emergencynya, sampai aku tak sempat nak tulis surat. Seorang Diana yang bodoh meletakkan kepercayaan kepada ex-bf yang bingai untuk buatkan surat and pass pada Pejabat Am fakulti. Dia tak buat!! Bila balik, aku jumpa lecturer nak mintak sit for that test. Lecturer kata "Surat pun takde. Apa yang emergencynya?"

Barulah aku tahu rupanya dia tak buat pun surat tu. Terpaksa aku copy tiket flight and buat surat. Aku lupa apa emergencynya, tapi flight tiket tu strong point yang buatkan aku dapat sit test tu. Macam sial perangai. Benci aku bila ingat-ingat balik. 

My point is, benda ni sebelum aku bekerja lagi dah dipraktikkan untuk bagi bukti emergency leave. Kalau kau benar-benar emergecy, why nak takut dan berdalih? Tunjukkan je lah bukti. Yang banyak dalih ni benaunya ada masalah perangai. Memang suka monteng betul tak?

Kalau kita ignore this, lama-lama akan jadi budaya ambil cuti bila suka, tak perlu report kenapa cuti, tak perlu dokumen, asalkan kerja ok. Sounds bagus secara teori, tapi dalam praktikal? Company boleh huru-hara!

AL works the same way. AL memang hak pekerja, tapi tanpa reason, the chances of it being misused are higher. Kalau reasonnya “cuma nak berehat”, tetap tulis. Tulis je NAK BEREHAT KAT RUMAH. Sebab majikan boleh susun semula jadual atau minta staf lain cover. Tanpa reason, majikan langsung tak tahu kenapa staf ambil cuti. 

Today, staff aku cuti (dia dah apply last week), adik dia first day masuk kerja. Jadi dia nak uruskan. I am ok with that. Approvekan je. Dalam form cuti memang tak mintak reason tapi masa dia apply tu aku tanya terus, cuti kenapa tu? As long as tahu why supaya hari dia cuti tu semua orang tak tercangak-bangak.

Maybe tak ramai tahu pasal ni. Even reason cuma “nak berehat”, ia tetap rekod rasmi. Contohnya, kalau ada audit HR, kena semak cuti staf, atau kena buat report tahunan tentang penggunaan cuti. Kalau ada masalah dalam team atau projek, majikan boleh rujuk rekod cuti beserta reason untuk nilai trend cuti pekerja tu. Misalnya, kalau dia ambil cuti (AL/EL/MC) terlalu kerap atau dekat dengan tarikh-tarikh penting projek, ni semua penting untuk penilaian.

Performance memang penting. But performance alone doesn’t tell the full story when it comes to discipline and responsibility. Imagine sorang pekerja yang kerjanya ok, tapi always missing in action without reason, without document. Sekali-sekala maybe kita boleh pejamkan mata je. But over time, this can mess with team planning and put extra stress on other teammates. Performance nampak stabil in short term, tapi tak datang kerja tanpa rekod adalah risiko yang majikan kena manage sebelum jadi masalah besar.

Bagi aku, minta MC, mintak dokumen EL, dan reson bercuti, ini standard profesional. Most company pratice rekod cuti. Takde yang pelik dan perlu diargue. Kalau ada yang kata, “Asalkan kerja siap, suka hati nak off bila-bila je,” honestly aku rasa itu mindset selfish. Kerja siap hari ni tak bermakna semua ok. Delays caused by others, disruption team, atau masalah jadual kerja akan hidden cost yang besar.

Jangan cakap ini birokrasi. Takde birokasinya. Ini cara untuk protect both pekerja dan majikan. Pekerja ada hak bila sakit atau ada emergency, majikan ada bukti dan rekod untuk elak masalah undang-undang atau salah faham. Kalau takde sistem ni, semua orang cuma bergantung pada verbal semata-mata. Esok lusa jadi apa-apa hal, payah. 

Pekerja yang deliver kerja tapi ignore prosedur cuti sebenarnya tak professional. Dorang inilah yang ada masalah attitude yang in long-term lebih berisiko buat organisasi terganggu.


2025-10-10

GreenAard: Berat penimbang tak turun, inch loss pinggang pun takde selepas ambil GC Plus. Kenapa ya?


Ok masa untuk menjawab soalan. Ada 3 soalan.

1. GC Plus tu kalau try to conceieve ok ke kalau nak teruskan ambil?
2. Kalau PCOS ok ke ambil GC Plus?
3. Berat penimbang tak turun, inch loss pinggang pun takde selepas ambil GC Plus. Kenapa ya?

Soalan pertama: Kalau sedang try to conceive boleh ambil GC Plus?

Jawapan jujur aku - YES, kalau TTC (mencuba pregnant), overall, it is still worth considering taking GC Plus. Tapi bila dah pregnant atau menyusukan baby pada 6 bulan pertama, please stop dulu GC Plus. Logiknya apa? Sebab time pregnant and menyusu, keutamaan ialah keselamatan baby. Walaupun GC Plus berasaskan tumbuhan, pause kejap.

Fasa awal kehamilan adalah fasa kritikal. Dalam 12 minggu pertama, baby tengah bina organ. Masa ni sel-sel sangat sensitif pada perubahan hormon, enzim, blood sugar, and some active ingredients dalam tumbuhan dan herba. So even though GC Plus is natural-based, kita ambil “better safe than sorry” approach.

Lagipun, GC Plus ni untuk weight loss, untuk kurangkan simpanan lemak dan untuk kurangkan selera makan. Bila pregnant, tujuan dah berubah. Ibu needs to eat enough to support the baby’s growth. Kalau selera terlalu terkawal atau kalori defisit berlaku, baby ada risiko tak dapat nutrien secukupnya.

So, kenapa TTC berbeza daripada pregnant?

TTC bermaksud BELUM PREGNANT. At this stage, doctors focus on stabilizing weight, blood sugar, and hormon-hormon since all of these affect ovulation and the cycle. GC Plus ada kombinasi untuk bantu kawal selera makan, kurangkan pembentukan lemak, dan stabilkan gula darah. That's why semasa TTC masih boleh continue GC Plus. Takde masalah.

Kalau TTC tanpa isu kesuburan, GC Plus can be considered as a support tool. At least until you are confirmed pregnant. Bila positif pregnant, stop. Kalau kau TTC dan ambil ubat kesuburan/hormon (macam Clomid, Letrozole), please refer doktor sebelum combine. Sebab metabolisme ubat dan suplemen boleh bagi respons berbeza.

Soalan kedua: Kalau PCOS ok ke ambil GC Plus?

PCOS ni penyakit hormonal yang kompleks. Ramai PCOS patient ada insulin resistance, period cycle tak teratur, dan senang naik berat walaupun makan biasa-biasa. Secara sainsnya bila insulin resistance tinggi, gula darah senang spike. Jadi, orang-orang yang ada PCOS mudah craving makanan manis dan karbohidrat. 

Kat sinilah peranan GC Plus. Sebab dalam GC Plus ada HCA + EGCG + fitokimia yang boleh slowkan pencernaan karbohidrat dan bagi rasa kenyang. Bila tak banyak makan, gula darah jadi lebih stabil, insulin menurun dan hormon lapar pun berkurang.

So ok ke GC Plus ni untuk patient PCOS ambik?

Yes, it makes sense to try. Sebab GC Plus punya role as mengawal selera dan menstabilkan gula darah seiring dengan strategi PCOS. Tapi expectation kena realistik. Disebabkan PCOS ni adalah penyakit hormon yang kompleks, kesan GC Plus ke atas someone with PCOS usually slower than pengguna tanpa PCOS. You might just need a longer timeframe. Kalau kau ada PCOS atau insulin resistance, target kena ubah. Jangan buat target 2 minggu turun 4 kg, tapi 3 bulan turun 5 kg. Small but real.

Soalan ketiga: Berat kat penimbang tak turun, tapi berak lancar. Kenapa?

Untuk soalan ni, jawapannya jarang pada satu punca. Usually gabungan beberapa punca. Selalunya aku akan tanya "Makan apa?" Dan jawapan yang selalu dapat "Biasa-biasa je". The issue here is, biasa-biasa tu yang macamana?

GC Plus akan block formation new fat setiap kali kita makan karbohidrat. Bermakna, dia flush out karbohidrat dari badan. Itu sebab aku cakap siapa makan nasi atau makanan bertepung selepas ambil GC Plus, standbylah kerap ke tandas. In other words, makin banyak kau makan karbohidrat, makin kerap kau ke tandas. So bila someone kata dia kerap berak-berak tapi berat tak turun, kat situ je aku dah tahu you take a lot of carbs dalam diet sebab itulah berat tak turun.

Sebab, bila karbohidrat banyak, bermakna gula (glukosa) tinggi. Bila glukosa tinggi bermakna insulin tinggi. Insulin bila tinggi, dia akan kumpulkan lemak di perut dan pinggang. Kalau sentiasa tinggi karbohidrat dalam badan, bermakna lemak makin lama makin meninggi. 

Dan kena ingat, badan kita ni once gula banyak dalam badan, dia lebih prefer guna gula as tenaga berbanding lemak. Jadi, lemak yang sedia ada dalam badan stay tak menyusut. Tu pasal penimbang tak berganjak, inchloss pun takde.

Bukan makna kata tak boleh ambil karbohidrat lansung, tapi bila kerap sangat berak-berak sampai berbulan-bulan, itu tanda you are taking too much karbohidrat. And sebab itulah berat statik. Bila badan asyik disumbat dengan karbohidrat, proses pembakaran lemak jadi slow. 

Yes GC Plus bantu block sebahagian karbohidrat daripada diserap. Tapi kalau makan karbohidrat berlebihan, effect dia jadi macam lawan arus. Macam kayuh basikal laju-laju, tapi brek tangan tarik separuh. Memang boleh bergerak, tapi perlahan gila.

1–3 minggu pertama, penimbang berat boleh berubah-ubah. Sebab perubahan air dalam badan berlaku. Lagi-lagi kalau baru kurangkan karbohidrat. Glikogen akan mula berkurang, menjadikan air turun. Ada juga kes terbalik, tiba-tiba air tertahan. Why? Sebab stress, sebab kurang tidur, sebab garam tinggi. 

Weight loss ni kena tenang-tenang. Sebab kalau stress, kortisol akan meningkat. Bila kortisol meningkat, lemak berkumpul. Tido lambat pun boleh buat kortisol bertambah.

Serotonin dan hormon lapar (ghrelin/leptin) sangat sensitif pada kurang tidur. GC Plus memang help you to boost serotonin, tapi kalau kau tidur 4-5 jam saja sehari and stress tinggi, sistem lapar-kenyang jadi haywire dan kau akan develop craving.

Sometimes yang pergi gym hari-hari pun beratnya tak turun. Why? Sebab dia exercise pun stress. Stress sebab terlampau fokus nak aim sekian-sekian berat pada tempoh singkat. Dalam tak sedar, dia develop stress. Badan release kortisol. Berat tak turun.

Sesiapa yang pi gym tapi stress berat tak turun tu Johnny Huang pesan - exercise is not about intensity but consistency. 

Senaman ni bukan untuk kurus, tapi untuk jaga sistem dalaman. Kau takkan kurus dengan bersenam. Kurus mesti dengan diet. Ramai orang salah faham, ingat kalau nak kurus kena pergi gym, kena jogging satu jam sehari, kena buat HIIT sampai semput. Lepas tu bila tengok jarum penimbang tak gerak, frust, "Penat-penat workout tak turun pun berat”. Padahal dari awal lagi konsep tu silap.

Senaman tak pernah dicipta untuk turunkan berat. Senaman fungsi utama dia adalah untuk buat otot kuat, lancarkan peredaran darah, kuatkan jantung, perbaiki hormon, stabilkan gula, dan bagi badan lebih energy. Itu semua benda yang tak nampak kat penimbang, tapi nampak pada stamina kita.

Nak turunkan berat? Itu kerja makanan. Apa yang kita suap hari-hari, itu yang tentukan sama ada berat turun atau naik. Senaman cuma sidekick yang bagi support. Contohnya bila jaga makan, berat turun lebih stabil bila ada senaman sebab otot kita maintain. Kalau tak bersenam langsung, risiko berat turun tu ada, tapi otot menyusut. Akhirnya badan jadi kurus yang lembik.

GC Plus boleh bantu tingkatkan muscle mass (jisim otot). Bunyi macam pelik kan? Sebab orang selalu ingat produk slimming ni kerjanya bakar lemak je. Tak, itu produk orang lain. Produk GreenAard lain.

GC Plus mainly works by stabilkan insulin response. Bila kita makan karbohidrat, gula darah naik, insulin pun naik. Masalahnya bila insulin tinggi all the time, badan akan simpan lemak. Otot pulak susah nak berkembang sebab hormon kita sibuk dengan proses simpanan lemak. Bila GC Plus kawal selera makan dan kawal craving karbohidrat, automatik gula darah jadi lebih stabil. Insulin tak spike. Situasi ni bagi ruang untuk badan guna protein dengan lebih efektif untuk bina otot.

Kalau badan kita sentiasa lapar dan craving, kita cenderung makan lagi dan lagi. Tapi bila GC Plus reduce appetite, badan takde panic mode. Jadi, protein yang kita makan lebih terjaga untuk repair dan bina otot.

GC Plus juga tinggi fiber. Fiber bukan saja untuk lawas, tapi dia bantu maintain gut microbiome. Bila usus sihat, penyerapan protein jadi lebih baik. Otot perlukan protein tu untuk repair. Bila protein lebih terserap, muscle mass lebih senang bertambah. Bila muscle mass meningkat, badan jadi lebih efisien bakar kalori walaupun tengah rehat (Resting Metabolic Rate naik). Jadi sebenarnya GC Plus indirectly encourage muscle mass supaya kita boleh maintain berat lebih stabil, tak senang naik balik bila berhenti makan GC Plus nanti.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.   


2025-10-09

Kalau stay in that relationship 51% lebih baik, then aku stay. Tapi kalau 51% lebih buruk, walaupun 1% saja bezanya, aku akan angkat kaki jalan.


Sedih baca cerita sorang follower ni. Tetiba rasa bersalah pulak share pasal aku merempan dengan En Wan bawak kat hotel Chowkit tu. Itu sebenarnya cerita lama, tahun 2020. Kebetulan ada follower minta aku carikan balik post tu sebab dia nak stay area sana. Maybe dia nakkan pengalaman endurance yang sama. Hahaha. Ok,tak kelakar.

Berbalik pada yang aku sedih ni. This follower baca post tu and dia pun berceritalah kisah rumahtangga. Aku taknak cerita apa yang dia bagitahu. Aku nak share satu soalan dia yang buatkan aku pun terpikir sama. 

Dia tanya "Apa rasanya bila dapat merajuk and marah-marah macam tu tapi suami akak layankan je? Saya lansung tak pernah dapat merajuk. Marah lansung tak pernah. Kalau saya merajuk diam, dia pun diam sampai berhari-hari. Jenis tak nak kalah. Saya letih macam ni".

Mula-mula aku gelak. Tapi bila dia cerita panjang, lama-lama aku rasa kesian. Aku rasa dia betul-betul memaksudkan bila kata "Letih". 

True. Sakitnya hidup dengan someone yang tak reti bertolak-ansur dan memanjakan. Aku pun ada hari-harinya beralah juga. Dan En Wan pun kalau dia rasa "lawak" dia extreme sangat macam staycation yang penuh pancaroba tu, dia dengan sendirinya mengalah dan biarkan aku lepaskan geram sepuas hati.

Sabar setiap masa ni sangat meletihkan, tau. Tu pasal those yang terlampau memendam marah dan sakit hati, akhirnya cenderung jadi bitter dengan banyak hal. Dengan colleague, dengan jiran, dengan ipar duai, dengan stranger kat online. Semua benda dia sakit hati. Because dia tak happy dengan dirinya sendiri, dan tak happy at home. Suami adalah wife's safety nest. Kalau suami tak mendamaikan jiwa, sorry I cannot.

Rumah tangga ni bukan sekadar hidup bersama, tapi kena ada space untuk dua-dua jadi diri sendiri. Bila penat, bila terasa hati, bila emosi tak stabil, kena ada tempat untuk landing. Dan ideally, tempat tu adalah spouse kita sendiri. 

Kalau sama-sama keras kepala, then who’s gonna be the one to calm things down? Kalau dua-dua sibuk nak menang, in the end, it’s the relationship that loses. Sebab dalam rumah tangga, menang tu bukan siapa paling hebat argue atau siapa paling last minta maaf. Menang tu bila dua-dua masih boleh berpeluk lepas gaduh. Masih boleh rasa tenang walaupun tengah tak sependapat.

Aku pelik jenis suami yang nak menang dengan bini isteri. Kau tak cukup-cukup ke compete kat ofis yang kat rumah pun kau nak bercompete dengan bini?Jenis mati-mati pun tak nak kalah. Nak menangkan ego kau sampai tak pikir hati bini. Itu kira menang ke? Apa je pointnya? Esok bila bini dah mati rasa, kau pun takkan tenang. 

Orang yang asyik nak menang ni sebenarnya tak sedar dialah punca segala masalah. Ntah hape trauma hidup dia masa kecil dulu yang sampai lansung tak nak beralah. Mintak mahap aku cakap, ya. Siapa kawen dengan lelaki macam ni, kau bukan dapat suami. Kau dapat sparring partner. Hari-hari mental sparring.

En Wan garang. Aku pulak keras hati. Redza and Rayyan lagi seram dengan En Wan berbanding aku, walaupun aku yang paling bertempik-tempik dengan dorang masa kecik dulu. Kalau En Wan marah, mulut dia bising. Pung pang pung pang. Aku pulak kalau marah, senyap. Diamkan diri je. Itu kalau aku marahkan sesutu. Tapi kalau aku marah sebab kau buat salah, siaplah macam machine gun aku tabur.

En Wan kalau marah, aku biarkan je dia bising. Sebab aku dah biasa dengar Mak Aji bising marah-marah. Jenis ni kalau marah dia memang kena lepaskan. So aku diam. Tapi untuk someone yang sentiasa bercakap and gelak non-stop macam aku, once aku senyap, suasana tu jadi sangat akward, ya. En Wan mula-mula akan senyap sama, dia tahu aku tengah marah dia. Tapi selalunya tak berlama-lama. Sebab dia rengsa bini dia jadi penyenyap. Nanti dia pujuk. Takdelah pujuk bagi bunga ke apa ke.

"Jom, makan Ikea"

Terus settle. Kahkahkah. Dia always tahu nak pancing aku dengan good food.

Melainkan salah dia, memang aku akan bising. Contohnya macam staycation Chowkit. Dia pun tahu dia salah jadi dia tak merentan bila kena marah dengan aku.

Bagi aku, bergaduh dalam rumahtangga dia biasa. Marah tu biasa. Merajuk tu biasa. Kita perlu diberi ruang untuk rasa emosi-emosi ni. Tak normal untuk suami sentiasa nak menang dan isteri sentiasa kena sabar. Kalau setiap kali ada konflik, suami nak menang sokmo walaupun dia salah, itu namanya dictatorship.

Bergaduh sesekali tu sebenarnya healthy, asalkan tahu cara nak settle. Dia macam exercise. Bila ada tarik-tolak, kita sama-sama belajar kenal perangai masing-masing, belajar adjust expectation, belajar tengok dari perspektif berbeza. Yang penting, ada fasa cool down. Lepas keluar semua api angin badan, ada orang peluk, ada orang ajak makan, ada orang ajak tengok movie. Kau tak rasa best ke lepas bergaduh kembali ber-huhahuha macam ni? Peliklah suami yang enjoy menang bertekak. Dah sunat ke belum ni?

That follower penyabar orangnya. Kalau aku, kenot. Aku tak boleh hidup bersama orang yang tak boleh dengar pendapat, tak boleh terima teguran, tak reti nak memujuk, nak menang 24/7, takde timbang-rasa. Jangan mintak nasihat rumah tangga dari aku. Sebab nasihat aku selalunya jahat di mata orang. 

Aku jenis yang rela lepaskan semua asalkan hati and pikiran aku tenang. I can start all over again. Start fresh. Nak suruh aku stay dalam relationship yang buatkan hati badan kepala aku serabut, never. Aku angkat kaki, jalan. Just like apa aku buat dengan si anu dulu. Walau takde sokongan majoriti, aku buat. Walaupun terpaksa bergerak solo, aku buat. Janji aku bebas dan happy.

So apa-apa pun, it's your relationship. You decide apa you nak. Kalau aku, if stay in that relationship 51% lebih baik, then aku stay. Tapi kalau 51% lebih buruk, walaupun 1% saja bezanya, aku angkat kaki jalan. Takde dah nak kenang-kenang budi baik atau segala memori bersama. Pegi mampos.