2025-10-20

Laluan untuk orang berduit


Hari tu aku baca satu post kat FB. Tajuk post tu LALUAN SHORTCUT KE UNI.

Penulis tu kata cara dia didik anak-anak adalah kena hafal Quran 6 tahun, pastu ambil IGCSE. Both anak lelakinya age 19 and 21 dah final year di UK. Semasa anak-anak ambil IGCSE. Penulis pesan pada anak-anaknya tak perlu all A's, janji 6 credit. Dah cukup untuk entry ke uni. Yang penting masa kerja, all out insyaAllah boleh maju. Kalau malas, keluar Havard pun belum tentu boleh excell. Katanya.

Aku baca post tu nampak ceritanya smooth. Hafal Quran, pastu sambung IGCSE. Ok cun dah. Sepadanlah dengan tajuknya LALUAN SHORTCUT KE UNI. Memang shortcut sungguh. Tapi bila sampai kat part "Tak perlu all A’s, janji 6 credit cukup untuk entry uni”, kat situ aku ter-stop. Mula-mula dah nampak cantik dah sharing dari seorang parent. Bila part "Tak perlu all A’s, janji 6 credit", aku dah rasa this is misleading already kalau orang yang tak faham konteks.

Ayat tu betul, tapi hanya betul untuk golongan tertentu sahaja. Ini bukan universal truth. Tak boleh apply cara ni kat semua orang, apatah lagi keluarga marhaen. Golongan marhaen yang anak bersekolah kerajaan, follow jelah sistem mainstream. Sebab bila bercakap pasal “shortcut ke uni”, kita kena jelas. Shortcut yang dia cakap ni bukan free ride. Shortcut dia datang dengan kos, dan kos tu tak murah.

Ada dua dunia berbeza bila kita sembang pasal laluan education ni. Satu dunia mainstream marhaen. Bersekolah dari sekolah rendah sampai menengah, ambil UPSR dulu (zaman dululah), pastu PT3 (sebelum kena mansuh), dan last sekali SPM. Ini laluan normal. Semua orang ikut laluan ni kecuali kau ada pilihan lain. Laluan ni memang direka untuk rakyat sebab semua mampu kerana ada subsidi kerajaan. Yuran sekolah tak tinggi, buku teks ada skim pinjaman, exam bayar sikit je.

Dunia kedua ialah dunia yang berduit. Kat sini ada flexibility. Tak payah SPM pun boleh sebab ada IGCSE, ada homeschooling, ada private international school, ada A-Level, IB, macam-macam. Bila kau ada duit, kau boleh pilih jalan yang lain. Ini kelebihannya. Kau boleh bypass sistem conventional. Kau boleh skip SPM, ambil terus IGCSE. Kau boleh repeat banyak kali kalau tak score. Takde masalah, janji duit ada. Tak perlu pandai sangat setakat nak lulus IGCSE kalau belajar pakai duit sendiri. Tapi kalau aim untuk scholarship, IGCSE tetap kena score.

Aku bukan apa. Risau. Sebab kalau yang baca post tu adalah those yang mudah salah faham, memang naya Pak Karim. Dorang akan ingat “Ohh rupanya senang je nak masuk Uni, tak payah SPM pun takpe, janji ambil IGCSE, dapat 6 credit masuk je”.

Padahal realitinya, IGCSE tu sendiri tak murah. Satu subjek exam fee pun boleh cecah ratus-ratus ringgit. Kalau ambil 6-8 subjek, dah berapa? Itu belum kira tuition fees, kelas tambahan, buku teks, buku latihan. Tu kalau kau nak score lah, kalau taknak score maybe takyah beli buku. Kalau masuk private international school, setahun boleh cecah puluh ribu.

Kalau kata private candidate buat homeschooling, ok kos mungkin turun sikit. Tapi turun pun, tetap tak murah. Anak duduk rumah, belajar sendiri, siapa nak guide? Kalau mak ayah tu high educated, bolehlah tolong ajar. Kalau mak bapak sendiri pun belajar tak tinggi mana, camana nak guide core subjek like Add Maths, Maths, English, Fizik, Kimia, Bio semua? Akhirnya tetap kena hantar kelas tambahan. Dan kelas tambahan IGCSE ni bukan macam kelas tuisyen SPM RM50 sejam, ya. Yang ni RM100 sejam pun ada.

“Tak perlu all A’s, janji 6 credit”.

Ayat ni memang betul. Sebab C pun memang diterima masuk uni. Cuma, kalau nak kejarkan scholarship memang tak dapeklah dengan result all credit. Private uni tak kisah sangat result IGCSE kau macam mana. Dia orang business. Kau bayar, kau dapat tempat. Straight A ke, semua C ke, as long as cukup entry requirement, boleh masuk. Itu memang standard dalam banyak private uni. Masuk uni tu senang je kalau berduit. Tapi survive, grad dengan bagus, itu cerita lain.

Ayat “tak perlu all A’s” tu perlu penjelasan tambahan sebab kalau tak, that could give false hope to budak-budak malas. Dorang akan ingat, “Oh bestnya, tak payah struggle study, tak payah all out”

Masuk dengan credit sahaja tapi nak apply scholarship, that is out of the question. Scholarship bukan tengok cukup syarat semata, tapi tengok siapa paling outstanding. Kat sinilah those yang ada both IGCSE dan SPM ada kelebihan. Sebab kau ada 2 sijil serentak. Apetah lagi kalau dapat straight A in IGCSE. Biasanya ada kelebihan semasa interview untuk scholarship. Jadi kalau betul-betul target scholarship, ayat “tak perlu all As” tu tak boleh apply kat kau.

Ceritanya sekarang kalau kau ada duit, kau boleh “beli pintu ke uni”. Kau boleh bayar uni private, kau boleh hantar anak ke overseas uni ambil degree. Tapi kalau kau takde duit tapi nak dapat tajaan, satu-satunya jalan ialah excel dalam SPM, apply scholar. Itu realiti marhaen.

Sistem conventional (sekolah kerajaan, SPM) memang direka untuk semua orang, especially orang biasa. Subsidi banyak, kos rendah, akses sama rata. Semua orang ada peluang kalau rajin. Tapi bila bercakap pasal laluan alternatif macam IGCSE, homeschooling, private uni, kita kena sedar itu bukan laluan semua orang. Itu laluan orang yang ada kemampuan kewangan.

Umpama kau naik flight. Dari KL ke Penang. Marhaen naik bas ekspres RM40. Ikut highway, lambat sikit tapi sampai. Orang ada duit naik flight RM200, sejam dah sampai. Dua-dua sampai Penang, tapi laluan lain-lain. Orang yang naik flight cakap, “Senang je nak pergi Penang, sejam dah sampai.” Itu betul untuk dia, tapi kalau dia cakap kat orang tak berduit yang nak naik bas, itu misleading. Sebab orang tu tak mampu beli tiket flight. Sama jugak dengan pendidikan. Kalau kau ada duit, shortcut tu memang wujud. Tapi kalau kau takde duit, jangan mimpi. Tetap kena ikut laluan mainstream.

Aku bukan nak kata post asal tu salah. Dia tak salah. Cuma cara ditulis tu bahaya kalau orang yang membaca tak faham maksud tersirat. Shortcut ke uni memang ada, tapi itu shortcut untuk orang berduit. Tak perlu all A’s, janji 6 credit pun betul, tapi itu hanya cukup untuk masuk, bukan untuk apply scholar. Kalau kau nak free ride, kau kena excel.

Post tu tajuknya sepatutnya diubah. Bukan LALUAN SHORTCUT KE UNI, tapi LALUAN SHORTCUT ORANG BERDUIT.