2025-10-19

No Money, No Talk?


Thread tak pernah gagal buat aku terhibur. Salah satunya post bawah ni:

Sekali baca luahan dia tu seolah-olah dunia ni penuh dengan orang materialistik. Semua kejar duit. Kerja amal pun nak caj katanya. Pastu perli pulak kononnya orang yang sama selalu preach pasal kindness, self-love and support each other. Tapi bab kerja amal, senyap. Semua nak caj.

Dik, influencer ni most menjadikan itu kerjaya, bukan hobi. Zaman aku dulu yes, most of us bloggers blogging untuk suka-suka. Masa tu zaman belum ada iklan-iklan ni semua. Now lain. Ramai kat TT and IG tu menjadikan media sosial kerjaya dorang (influencer). Bila namanya kerja, maka perlulah dibayar.

Ramai ingat jadi influencer tu kerja mudah. Tangkap gambar, tulis caption, post, settle. Jadi ramai anggap, “Ala, apa susahnya? Post sekali dua je, itu pun nak caj”

Realitinya, influencer spend masa bertahun-tahun nak build crowd. Ada consistency, ada trial & error, belajar algorithm, ada modal. Content bukan sekadar tulis je apa-apa. Gambar kena shoot, video kena edit, copywriting kena fikir. Semua tu ambil masa. 

The most important thing, trust audience tu datang daripada effort dia maintain personal branding. Sekali dia post benda yang tak kena gaya, reputasi dia boleh jatuh. So bila orang minta tolong promote free, tu bukan kerja simple semudah tekan post saja, ya. Kau sebenarnya mintak dia leverage segala usaha dia yang bertahun-tahun tu FREE. Fair ke?

Bukan ke NGO ada budget, kenapa harap influencer bagi free promo?

NGO besar sekalipun tahu pentingnya marketing. Cuba tengok UNICEF, WWF, Mercy Malaysia. Semua ada bajet khas untuk marketing, PR and awareness campaign. Dorang hire agency, buat ads, bayar media. Why? Sebab dorang tahu nak reach audience yang lebih luas needs strategi, bukan harap belas ehsan orang buat free marketing. 

You nak buat kerja amal, tapi heret orang lain bagi free service sekali? No itu salah. Aku rasa from now on NGO dah boleh start ada influencer sendiri. Dah boleh start buat post hari-hari nak create nak kumpul crowd. Lama-lama nanti ramailah follower.

Sebab bila kau nak reach audience yang lebih luas, especially guna platform orang lain, itu dah kerja profesional. Sama macam nak sewa dewan, nak cetak banner, nak buat sound system, semua tu kena bayar walau kau NGO. Takkan kat vendor sound system pun nak minta free sebab tu kerja amal?

Kindness tak sama dengan Free Service, ya. Ramai confuse benda ni. Bila orang tak nak bagi free service, dikatanya takde kinfdness. Sedangkan kindness tu ada banyak cara.

Contoh, influencer mungkin tak promote free kat feed dia, tapi dia donate sumbangan secara senyap. Ada juga yang simply share kat circle dia secara personal, without share kat main platform. Semua tu masih kindness. Kita tak boleh paksa orang tunjuk kindness dengan cara yang kita nak. Kalau kita define kindness hanya bila orang ikut permintaan kita, itu selfish namanya.

Cuba imagine situasi tu terbalik. Kau photographer. Orang ajak shoot event free, katanya “ni kerja amal sebab semua tu anak yatim”. Sanggup bear the cost? Kos masa, tenaga, kos equipment tanpa payment? 

Tak pun, kau kerja 9-5. One day bos suruh buat OT tapi takde payment sebab katanya “ni untuk company survive”. Amacam?

Bila letak dalam konteks lain, terus nampak pelik, kan? Tapi bila bab influencer, orang anggap kerja dorang remeh.

NGO kena ada strategi sustainable. Kalau everytime ada event nak bergantung pada belas ihsan orang, sampai bila nak sustain? NGO yang betul-betul berjaya ialah yang pandai urus dana, pandai allocate bajet, dan pandai pilih channel marketing. Kalau NGO sanggup bayar influencer untuk promote, event tu akan jadi besar, dan eventually lagi ramai orang yang dibantu. Pikir panjang sikit.

Actually ironi paling besar ialah bila orang preach pasal kindness, self-love, support each other, tapi bila orang lain letak boundaries, terus dilabelnya “tak ikhlas” and "no kindness". Ni lagi perangai namanya. 

Influencer yang letak caj untuk porgram amal tak bermakna dia tak baik. Dia cuma protect masa dan platform dia. Sama macam kita protect tenaga kita bila orang minta tolong something yang tak mampu kita buat.

Semua orang ada komitmen. Nak bayar sewa, nak makan, nak support keluarga. Kita tak boleh assume orang akan letak semua tu tepi semata-mata kita buat kerja amal. Jangan expect orang lain korbankan lebih dari kemampuan hanya sebab kita rasa cause kita penting. Kalau kita takde bajet nak buat promo, buat benda lain setakat yang kita mampu. 

Teringat dulu ada follower cakap "Bagus Kak Di ni, makan kat mana semua bagitahu. Si anu tu, orang tanya makan kat mana dia tak nak jawab"

Sebab dia tak nak bagi free marketing, dik. Dia tahu influence dia besar, buat apa nak bagi free marketing. Tapi dia makan situ juga, kan? Maknanya dia support bisnes orang tu. Cuma dia tak nak promote. Itu saja.

“Ingatkan bila sebut pasal cause yang baik, orang sudi tolong”

Tak, dik. Tak semestinya. 

Manusia ada kepentingan masing-masing. Ada orang tolong sebab dia memang ikhlas. Ada orang tolong sebab dia nampak benefit pada diri sendiri. Ada orang tolong sebab nak naikkan imej. Ada yang memang takkan tolong sebab dia rasa itu bukan tanggungjawab dia. 

Walaupun niat kau buat kerja amal tu bagus, tak semua orang rasa perlu terlibat. Why? Sebab support bukan datang dari cause tu baik ke tak, tapi datang dari apa motivasi dia untuk join? Kalau dia rasa ada alignment dengan value dia, atau ada ROI (walaupun bukan duit, maybe reputasi, networking, exposure), dia akan engage. Ini hakikat dunia. “Baik” je tak cukup. Kena ada strategi, positioning dan value untuk tarik support.

“Rupanya semua mula dengan duit"

Sungguh. Semua kerja kat dunia ni bermula dengan duit. Even NGOs need money to survive. That’s not greed, that’s just reality.

Kita semua boleh sembang pasal passion, pasal niat, pasal apa-apa je lah. But without money, semua benda tu stuck. NGO nak tolong orang miskin pun kena ada duit untuk beli barang asas. Masjid nak buat aktiviti pun kena ada duit untuk bil api air, sewa khemah, bayar PA system. Sekolah nak produce excellent students pun perlu duit nak buat macam-macam program kecemerlangan.

Duit tu tools. Bezanya, orang guna duit untuk apa. With money, good things can multiply. Without it, even the best intentions get stuck. Realitinya, dunia ni bergerak atas ekonomi. Even kerja amal sekalipun ada kos. Itulah sebabnya duit penting. Orang yang kata duit tak penting tu HIPOKRIT.

At the end of the day, kita kena faham yang support is not always free. And kindness doesn’t mean saying yes to everything. Sometimes real kindness is about setting boundaries, knowing your limits, and giving in ways that don’t break you. 

Kalau betul nak buat kerja amal yang impactful, kena belajar hargai kerja orang lain juga. Jangan hanya harap belas ihsan. Sebab bila kita hormat kerja orang, lebih ramai akan respect kerja kita. Belajarlah jadi adil. Adil pada diri sendiri, adil pada orang lain.