2014-04-21

Ephyra : Promo RM180


Tetiba masuk email dari reader tanya betul ke Ephyra ada promo RM180/kotak.

YES.

Tapi promo hanya akan bermula on 28 April 2014 ni. So, sesape yang nak order Ephyra sekotak dengan harga RM180, tunggulah on 28 April nanti. 
Promo RM180 ni akan tetap dapat mini mp3 player, don't worry. Tapi kalau rerasa nak bayar skarang sebab takut mp3 habis, silakan. But aku akan pos Isnin depan untuk ikut syarat promo. 

Yang order 3 kotak, bila-bila pun boleh bayar dan akan dipos segera. Jangan takut, mini mp3 tu aku bawak 500pcs. Masih ada lagi 218pcs. Sompek nak tunggu hujung bulan kot. 
Yang mintak simpankan mp3 sebab nak bayar installment also no worries. Aku dah asingkan siap-siap. 

Ok, nak sambung drive.

Bye. 

2014-04-20

Cup


En Wan : Banyak ke beli bra tadi?

Aku : 3 pasang. Sekali ngan panties. Cantik sangat.

En Wan : Hmmmm...

Aku : Kena pesan kat bibik esok jangan basuh guna mesin.

En Wan : Hmmmm *angguk kepala*

Aku : Suka sangat sebab panties dia ada 2-3 pilihan. Nak boxer boleh, nak biasa boleh, nak thong boleh.

En Wan : Hmmm...

Aku : Rupanya kan bang, beli bra mahal-mahal ni, sales dorang suruh kita fitting. Siap ukur lagi breast kita size apa. Yang bra ni (sambil tunjuk bra) baru sampai. Cup kecik-kecik takde. Dia memang start dari C sampai G je.

En Wan : Hmmmm.... *sambil baca Motor Trader. Toleh pun tak*

Aku : Pelik kan bang? Di rasa cup CD dah cukup besar dah. Ada jugak bra cup G. Gila bapak besar. Dah macam bontot letak kat dada pulak. Ntah sape la yang beli cup G.

En Wan : Hantu tetek.

Ok fine.
Tu maknanya nak suruh aku benti bercakap la tu.
Nampaknya topik bra dah tak mendatangkan keseronokan untuk dibincangkan bagi lelaki umur menghampiri 40an. Mungkin lepas ni kita sembang pasal enjin kereta je lah.



Bapak saya dah lama pakai tektik ni



Semalam time Hi-Tea, sorang reader tanya "Apesal ngan tangan ni?"

Nilah namanya nikmat.
Nikmat menjadi ibu kepada seorang Panglima!!

Ntah apa yang dia bergasak ngan abang dia masa kat Osaka hari tu, tau-tau libasan tu terkena kat tangan aku. Berdarah. Tapi takyah jahit. Ni kira dah semakin baik. Masa awal-awal hari tu, lagi buruk, timbul parut dia. Slowly dah nak ok. Ni peluang sebenarnya untuk aku jadikan diri sendiri testimoni untuk Ephyra. Sabor ye...tunggu lagi 3-4 minggu kita lihat kesannya macamana.




En Wan cakap sayur ni selalunya orang makan dengan Sake.
Sape tau kenapa mesti ddengan Sake?
Boleh hilangkan mabuk ke apa?




Tadi pagi gi Mid Valley, melayan kehendak pakwe aku ni nak jalan-jalan.
Ntah hape dia carik pun aku tak tau, ujung-ujung dia tak bawak balik apa-apa, aku yang lebih.


 Babe-babe sekalian....new design Xixili dah sampai.
Memang cantik just like dalam gamba ni. 
Set Ariba ni datang dalam 2 jenis panties - string and boxer.
Tapi available dari cup C-G only.
Dipersilakan serang.


Yang dapat goodies bang aku untuk Hi-Tea semalam, lupa nak bagitau macaroni ni lebih sedap kalau panaskan semula and makan ngan sos cili.



Tadi kat Mid Valley, masa En Wan masuk pharmacy sebelah Burger King ni, aku tunggu kat luar.
Pastu ada sorang budak lelaki maybe umur 7-8 tahun tarik tangan ayah dia ajak masuk Burger King.
Ayah dia jawab "Tak boleh masuk sini. Ni bukan tempat makan. Ni tempat orang carik keje. Cuba baca apa dia tulis tu - WALK IN INTERVIEW. Tempat carik keje."

Dan budak tu akhirnya terjenguk-jenguk dalam restoran nak pastikan betul ke ni bukan tempat makan.

Senyum je aku dengar bapak dia cakap macam tu.
Nak je aku cakap "Takyah nak kencing bangg...bapak saya dah lama pakai tektik ni".

Memang tu la pun tektik Pak Aji time kitorang kecik-kecik dulu.
Pak Aji sentiasa ada alasan kenapa kitorang takleh masuk kedai tu, kenapa takleh makan kat kedai ni, kenapa takleh bercuti kat hotel tu, kenapa takleh beli baju ni...always ada alasan.
Being a child, kat sape lagi kita nak percaya kalau tak kat makbapak kan.
Apa yang makbapak cakap semua aku percaya bulat-bulat.
Aku rasa informasi dari makbapak la yang paling selamat untuk aku dengar. 
Maka hidup la aku dengan alasan-alasan aku tu until some of the alasan tu dah menjadi satu benda yang aku percaya sampai ke tua.

Contohnya cacing dalam perut.
Sampai aku dah masuk U, aku masih lagi percaya yang dalam perut semua orang ada cacing.
Tinggal lagi cacing tu beranak ngan tak beranak je. Dan cara untuk taknak bagi cacing tu beranak adelah jangan makan ikan banyak sangat. Ok yang ni 'petua' Mak Aji.

Masa kitorang kecik-kecik, Mak Aji tak kasik kitorang makan banyak ikan. Ikan selar kuning yang besar tapak tangan Redza tu sorang makan satu je. Jangan lebih. Sebab makan ikan banyak nanti cacing dalam perut bertambah. Kalau cacing banyak, lama-lama dia keluar kat mulut.
Pehhhhhh.
Terus rasa taknak makan lansung!

Rupanya, tu lah alasan Mak Aji supaya kitorang adik-beradik tak meratah ikan.
Barang dapur kena jimat-jimat tapi anak jenis kuat mentekedarah. Nak suruh benti makan tak sampai hati, jadi create la alasan. Seb baik anak-anak bangsa yang tak banyak soal. Kalau aku buat tektik yang sama kat Redza, mau sampai pagi besok aku tak abis lagi menjawab soklan dia.
Kenapa dalam perut ada cacing, Ma?
Kenapa kita tak makan ubat cacing, Ma?
Kenapa cacing suka makan ikan, Ma?
Kenapa cacing tak makan sotong?
Lebam aku nak menjawab.

Lagi satu, kepala ikan, kepala udang.
Dari kecik aku disogok dengan "Takleh makan kepala ikan, kepala udang. Nanti otak lembab!"
Aku percaya.
But at the same time, aku terpikir.
Dah kalau kepala ikan takleh makan, kenapa orang masak ikan dengan kepala-kepalanya sekali?
Kenapa tak disiangkan kepala tu siap-siap?

Kalau betul kepala udang takleh makan, kenapa everytime aku siang udang, mesti Mak Aji pesan untuk siang half je, lagi half jangan buang kepala?

Until la bila aku dah besar sikit, muncul resepi kari kepala ikan.
Aku cam pelik. Why nak makan kepala ikan??

Benda tu macam jadi konflik dalam kepala otak aku.
But again, aku tak bangkang. Aku iyekan aje apa makbapak aku cakap.
Bila dah habis blaja, aku berjinak-jinak makan kepala ikan goreng.
Pehhhh. Patut la tak bagi makan. Sedap nak mampus okeh. Krup krap krup krap.
Skarang, kalau makan ikan goreng, betul-betul tulang je aku tinggalkan.
Kepala, isi, ngan ekor-ekor sekali aku bedal.
Nak lagi kalau beli ikan besar-besar. Benda pertama yang aku makan adelah mata ikan!
Sampai berebut-rebut ngan Ima.


Mata ikan merah
Ada tak orang jual mata ikan je?
 

Lagi satu, conditioner.
Dari kecik sampai Form 5, shampoo aku adelah Baby Johnson.
Dah masuk U, baru aku blaja tukar ke Rejoice and Dove. Tu pun sebab kena gelak ngan roommate aku. Kalau roommate aku buat dek, jamin sampai la ni aku dok tenyeh shampoo Baby Johson lagi.

Dan aku tak penah pakai conditioner sampai aku matrik.
Penah nampak kat bilik air Mak Aji conditioner, tapi tak penah guna sebab Mak Aji kata conditioner ni shampoo orang tua. Bagus mak bapak aku, sentiasa ada jawapan untuk sebarang kemuskilan. Dan mereka beruntung sebab dapat anak bendul macam aku yang tak banyak tanya. Main telan je apa orang sumbat.


Comel sangat lah dah umur 17 tahun still mak aku pakaikan lagi shampoo kuning ni. 
Cemana la tak kena bahan ngan member. Buah di dada dah masak ranum still lagi nak pakai shampoo baby. Alahai comel nya kauuuuuu.



2014-04-18

Biskut timbang kati itu



Restoran ni kat jalan masuk ke Putra Heights dari arah Puchong. Nampak dari tepi jalan.
Dulu masa Putra Heights masih lagi kategori tempat jin bertendang dengan satu hapah pun takde, sini je la port aku nak makan kalau malas nak masak. Nak masuk USJ memang tak la. Nak sampaikan ke Taipan tu, kalau kat tangan aku ada burger, boleh selesai 3 bijik burger, tapi Taipan tak sampai-sampai jugak.

Sejak 2 hari lepas aku teringin sangat nak makan kat sini balik. Nak makan sirloin steak dia.
Sirloin steak dia takde la best macam Mr Food tu, tapi boleh la. Takde la bangsat sangat rasa dia.
Gravy dia boleh dikatakan best. Cuma biasa la steak-setak murah ni kan, daging pun takde la besar sangat, coleslaw pun asal ada je, but still boleh telan lagi.




Dan selalunya, kalau datang makan sini, aku akan order otak-otak sekali.
Actually aku tak tau camana sebenarnya rasa otak-otak yang best.
So far yang aku makan rasa lebih kurang je, agaknya memang camtu kot rasa dia.
First time aku makan otak-otak masa kat kampung, lamaaaaaaaaaaaaaaa dah dulu. Arwah nenek Tampin aku yang buat. Tu la first time aku rasa. Memang best. Best gila!

Tapi bila the second time aku try otak-otak (tak ingat bila, tapi bukan nenek aku yang buat), aku pelik.
Rupa dia lain and rasa pun lain.
Yang arwah nenek aku buat tu boleh rasa ikan sangat-sangatnya. And kaler dia tak menyala macam ni. But bila dah banyak kali aku rasa otak-otak, semuanya macam ni - merah menyala and isi dia padat macam sosej. So aku terfikir balik, yang arwah nenek aku buat tu otak-otak ke botok-botok?
Sebab botok-botok memang nampak isi ikan kan?
Hmm..maybe yang aku makan tu botok-botok kot. Aku yang salah dengar. Aku kan pekak-pekak sikit dulu.




Akan tetapi...............kuciwa.
Dah lama tak datang sini, sirloin steak dia dah tak sedap. Boleh aku kategorikan sebagai tak sedap lansung. Brader yang buat steak dulu pun dah takde, tukar orang baru.
Gravy dia sebijik macam kuah kicap burger brader tepi jalan.
Kan kalau kau makan burder, brader tu akan renjis kicap kan? Ok, this gravy adelah that kicap.
Aku memang nampak brader steak ni tuang kicap burger tu untuk jadikan gravy.
Takde lansung rasa black pepper.
Daging dia pun bukan daging sirloin.
Daging dia macam daging kau beli kat pasar malam, yang dah siap dikerat-kerat. Nipis sangat lak tu.

Steak En Wan senonoh sikit.
Steak aku daif, dengan takde sosnya, takde mayo. Aku yang mintak macam tu sebab aku tak suka ada sos. Sosej dia pun out. En Wan pun kelat-kelat je muka nak telan. Tapi laki aku ni walau kurang sedap sekalipun dia gagahkan jugak telan walaupun terbuntang-buntang bijik mata dia aku tengok. Aku sempat makan 2-3 suap je, seriesly takleh sambung dah sebab kuah tu kicap sangat-sangatnya.

Please makcik...kembalikan lah brader yang lama tu.

Lepas makan, gi Giant belikan Redza makanan nak bawak ke skolah esok (hari ni).
Cikgu kelas dia organize birthday party untuk students yang lahir dari bulan Jan - April.
Semua student ada tugasan, sape yang kena bawak makanan, sape yang kena bawak minuman.
Redza kena bawak makanan.

Dulu masa aku skolah rendah, aku cukup takut bila cikgu mintak bawak makanan sorang sikit for party at school. Sebab penyudahnya, takde sape makan bekal yang aku bawak. Mana taknya, dari Darjah 1 sampai ke Darjah 6, asal kena bawak makanan je, bapak aku takde lain, balik-balik biskut waffle yang kertas balut dia kaler merah tu. Ko bayangkan la dari tahun 1984 sampai ke 1989, punyalah banyak biskut baru muncul, dia nak jugak aku bawak biskut pembalut merah tu. Ye lah, aku paham, cikgu pun tak bagi syarat suruh bawak apa kan, janji makanan. Kot ye pun biskut tu murah nau, takkkan la sampai tetiap tahun biskut tu jugak-jugak.

Aku tak segan bawak biskut yang sama tetiap tahun. Tak segan lansung bawak makanan murah.
Cuma bila makanan aku tu takde sape sentuh, terasa sedih.
Rasa miskin nau diri. Terasa kesian sangat kat makbapak aku, dia beli, tapi takde sape nak makan.
Sape la yang nak pandang biskut murah dah kalau kawan-kawan lain bawak segala tok nenek kek, mee goreng, cikedis sedap-sedap, brownies. Kawan-kawan kelas aku ramai anak-anak orang kaya, mak bapak pensyarah dokter. Ada yang selamba bawak biskut coklat Mark n Spenser. Pehhh. Dapat rasa sekeping biskut tu rasa nak nanges makan. Sebab sedap sangat. Makan pun pelan-pelan je, jeling member sebelah siapa makan lagi slow. Takut habis dulu.

Yang aku ingat, masa Darjah 6 (1989), ada majlis perpisahan Cikgu Khaidir (cikgu kelas).
Budak-budak ni pakat nak buat farewell time kelas BM.
Yang anak-anak orang kaya semua dah cop "Aku bawak kek, aku bawak Sarsi, aku bawak kukis, aku bawak cokelat...bla bla bla". Aku diam je. Bukan taknak offer, tapi kalau kau takat bawak biskut wafer timbang kati tu rentikanlah niat nak offer diri ya. Yang offer diri ni kita bagi je la kat set-set yang bawak makanan outstanding sikit. Kau yang golongan bukan ada-ada ni nak bawak apa takyah beria nak bagitau orang.

Balik dari sekolah, jenuh pikir nak bawak apa, nak bawak apa.
Aku dah taknak bawak biskut yang sama tetiap tahun. Kemon la, takkan tak upgrade kot. Paling tak pun bawak la biskut lain kan. Tapi, aku mana ada duit nak beli. Kalau mintak makbapak belikan takkan nak demand. Kau dah la takde duit, lagi mau demand mintak macam-macam. Last-last aku pinjam duit Ima RM20. Kedana gila aku RM20 pun takde. Ima ni jenis sayang duit punya orang. Dia kalau dapat duit, memang dia simpan. Aku pulak pantang ada duit kat tangan. Seminggu aku belanja Kak Kiah (maid) makan ABC. Terasa macam orang ada-ada je dapat makan ABC hari-hari. Siap mintak jagung lebih.

Pendekkan cerita, setelah negotiate ngan Ima, Ima setuju bagi aku pinjam RM20.
Maka, berkayuh la kami dua beradik gi kedai kek kat Fasa 1. Tahun 80an Bandar Baru Bangi takde kedai sangat. Ada sebijik je kedai kek dulu. Rasa nak nangis dapat belikan cikgu kek. Bangga gila weh. Selama ni muka aku asik la bawak biskut, tahun tu aku bawak kek. Aku ingat lagi kek tu warna putih, bunga-bunga biru. RM20 je kek dulu-dulu. Sengaja aku beli kek yang pelik sikit sebab aku syak mesti orang lain bawak kek cekelat je.

Dah beli, pastu takkan nak bawak balik simpan kat rumah kan. Nak mampos kena menjawab ngan Mak Aji??
Tapi aku dah pikir dah semua siap-siap. Strategi mesti mau ada.
Aku park kek ni kat rumah member. Rumah dia memang laluan aku nak pi skolah pun, so takde masalah sangat besoknya nak collect kek. Walaupun, segalanya berjalan dengan teratur, tapi hati tetap gelabah nak abiskan semalaman tu. Rasa lambat nau siang. Takut je kalau Mak Aji tau aku beli kek mahal untuk party. Dulu RM20 tu kira mahal dah untuk klorga aku. Mak bapak aku cikgu ngan kerani je, RM20 tu rasanya sama nilai ngan duit pasar waktu tu.

Esoknya, Cikgu Khaidir potong 3 bijik kek sekali. Salah satunya kek aku.
And kek aku dapat perhatian sebab kaler biru! Gila bangga. Tak sedar diri berhutang. Kah Kah Kah.
For the first time, makanan yang aku bawak licin!
Kau boleh rasa tak apa yang aku rasa time tu?
Selama ni orang tak pandang makanan yang aku bawak. But on that day, berebut-rebut orang nak rasa. Rasa puas gila. Macam satu kejayaan besar dapat mengupgradekan diri. Semua sebab kek tu kaler biru. Strategi berjaya. Hahaha.

Petang tu, Mak Aji masuk je pintu rumah "Diana, mana kau dapat duit belikan cikgu kau kek?"
TAHIKKKKK!!!
Mana mak aku tau ni???

Aku lupa yang mak aku tu antara otai UKM.
Just imagine, nombor pekerja dia 506. Orang yang 506 bekerja di UKM. Tak ke otai namanya? Dan pulak kebanyakkan kawan-kawan aku, mak bapaknya mesti keje kat UKM, tak kisah la as pensyarah, kerani, technician, driver. Kebanyakkannya memang mengenal each other. Ntah sape la agaknya bagitau makbapak dia "anak makcik Dahlia tu bawak kek, mak!".
.....Dan tersebarlah berita itu.
Berita tu takde la pelik sangat. Tapi menjadi satu kepelikkan bila seorang kerani boleh belikan anak dia kek RM20 untuk dibawak pegi skolah for majlis makan-makan. Klorga aku tak kaya, so aku boleh imagine kepelikkan tu.

Long story cut short, berdesing telinga aku sampai ke malam Mak Aji bebel.
Penyudahnya, seminggu aku takde duit belanja pi skolah.

Semalam, masa nak belikan Redza makanan, aku try carik biskut tu. Tak jumpa.
Nak je aku trick anak aku dengan biskut tu, see dia nak tak bawak.
Tapi tak sampai hati pulak.
Budak-budak zaman skarang lagi advance.
Aku belikan dia Disney Swiss Roll 8 kotak. Cukup untuk satu kelas makan.
Tadi tanya dia, kawan-kawan bawak apa.
Dia jawab "Kawan Redza ada bawak mushroom soup, cupcakes, donut Big Apple....Redza punya makanan yang paling orang tak makan sangat".

Aku senyum je.
Nampaknya, Redza dah lalui pengalaman aku dulu.
Good for him.
Cuma zaman dia swiss roll Disney pun orang tak pandang dah.



2014-04-17

Ephyra : Testimoni : Test..test..testtt.


Hi-Tea on this 19th, pada yang dah confirmkan kehadiran and dah terima reply dari aku, please remember, hi-tea starts at 3.15pm. Be there tepat pada waktu sebab restoran tu dah di-booked khas untuk this event, harap kita dapat gunakan masa yang ada tu sebaik-baiknya untuk makan, bergamba, dan bersembang dengan DUTA EPHYRA. DUTA EPHYRA dah confirmkan kehadiran, jadi pastikan kamera anda bateri full ya. Ambik la gamba sampai lebam.

Address :  Little White Cafe, Jalan Medan Pb 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Nama-nama anda semua aku dah hantar pada HQ, jadi sampai sana nanti, sila register ya. Check if nama korang ada ke tak. Insyallah, ada. 


Pemenang Testimoni Ephyra yang ke 8




Tadi check database, sekali nampak rupanya this lady ada place new order and today ada delivery to her. Kalau aku tau awal tadi, boleh selitkan sekali sekotak lagi Ephyra as a gift. Esok kita pos your hadiah ya. Please check your email later.


Pemenang Testimoni Ephyra yang ke 9





Testimoni yang ni aku seriau sikit baca, nak-nak lagi tang "mak pun ada email Kak Di tanya pasal Ephyra".
Ya ampunnnn, mesti aunty ni tersedak-sedak istighfar baca blog aku. Mahap ye aunty.


Pemenang-pemenang kali ni, sila check email korang ya.

And to the rest, kalau rasa nak bagi testimoni and menang satu kotak Ephyra + gift + diskaun for future purchase, rajin-rajinkan diri hantar testimoni bergamba ke : health[at]xzizbiotech[dot]com



2014-04-16

Kalau nak buat baik



Semalam aku up status ni kat FB.
Pastu pagi ni dapat satu email. Tapi email tu aku tak dapat tepek kat sini atas permintaan reader tu. Dia kata satu jabatan baca blog aku jadi dia taknak ada yang terasa hati. Ok fine. Tak kisah.

Email tu sebenarnya luahan perasaan macam-macam kes berlaku kat pejabat, melibatkan kawan-kawan. Dipendekkan cerita, dia cakap :

1. Dia dah kering hati nak buat baik dengan orang sebab ujung-ujung orang pijak kepala.
2. Dia now belajar untuk jadi kedekut disebabkan ada member berhutang tak bayar-bayar.

And dia ada tanya aku gak, lepas beberapa kali terkena, takkan aku masih lagi senang hati bagi pinjam duit kat orang.

Memang ada betulnya.
Dari segi lojik akal manusia, kalau kau dah terkena berkali-kali, memang wajar la kalau nak berhati-hati. Tapi macam kes aku ni, kebanyakkannya pinjam sekali and senyapkan diri. Bukannya pinjam berkali-kali.

Takpe kalau status aku tu tak relevan dengan semua orang. Bukannya aku mintak orang ikut pun.
Status tu just prinsip yang aku dah gunapakai, and alhamdulillah, nampaknya selesa especially bila kita masuk dalam kelompok baru. Takkan nak harap orang buat baik ngan kita. Dah nama kita yang masuk tempat orang.

Bab duit and harta tu terpulang la.
Kalau rasa nak bagi, bagi.
Kalau rasa balik-balik muka ni jugak yang mintak pinjam tapi bayar tak penah, then jangan bagi.
Memang nanti akan ada kelompok manusia yang takde kena-mengena cakap "duit banyak tapi nak bagi pinjam RM100 kat member kedekut"..."shopping beli tudung ratus-ratus mampu, apa salahnya halalkan je duit yang dia bagi pinjam kat si anu tu.."
Nak yang lagi best "Duit kau tu pun Allah yang bagi!"

Ok set-set ni memang akan wujud.
Memang dorang takde kena mengena dalam ini gambar tapi aku rasa kewujudan dorang adakalanya perlu supaya boleh mengingatkan kita yang kita tak perlu jadi like them. Aku pun kadang-kadang tak pasti kenapa acara nasik tambah ni selalu ada. Kadang-kadang si anu tu dah senyap, tapi dorang ni pulak yang "istiqamah" bagi nasik tambah. Sebulan tak abis lagi cerita.

Fitrah manusia akan lebih cenderung untuk simpati kat mereka yang lebih memerlukan.
"Orang tu gi keje turun naik bas, rumah sewa flat buruk je, laki keje kilang, pi opis bawak bekal" - kesian tak dengar? Kesian.

Sebab tu bila jadi kes pinjam-meminjam ni orang yang takde kena-mengena akan lebih mudah simpati kat pihak yang meminjam. Tak ramai yang simpati kat pihak yang bagi pinjam. Takde sape pernah terfikir ntah berapa banyak dia dah bagi pinjam. Sebab bila sampai ke bab sedekah, derma, bantuan kewangan, kita akan point kepada orang yang 'ada' dengan alasan orang tu lebih memiliki jadi dia patut lebih memberi. Lebih dari mampu katanya!
Kalaupun orang tu mampu, apa hak kita nak question kenapa dia taknak bagi pinjam duit.
Kenapa kita perlu tunggu orang lain start.
Why not kita je yang hulur?

"Eh, aku pun sama gak macam dia tak mampu. Aku lagi la laki tak keje mengangkang je kat rumah".
Ok good. Then senyap, boleh?

Notice tak, orang yang senang akan semakin senang.
Sebab bukan je Tuhan limpahkan lagi rezeki kat dia atas sebab dia rajin memberi, tapi dia tapau sekali pahala nasik tambah tadi.
2 in 1 gitu.

To this reader, jangan buang masa layan set-set macam ni.
Tak perlu respond to them, buat je la keje ko macam biasa.
Apa sangat pun yang dorang boleh buat, habis kuat pun mengata.
Kalau rasa nak mintak hutang kau balik, mintaklah. Memang hutang perlu dibayar pun.
Kalau rasa taknak bagi pinjam lagi, sukati. Kalau kita ada alasan kukuh kenapa kita tawar hati untuk bantu, biarlah orang nak kata kita kedekut ke, tak perihatin ke. Tapi kalau rasa nak bagi pinjam buat kali kedua, nasihat aku, biarlah kita bagi pinjam nilai yang kita mampu hilang. Kalau rasa mampu hilang RM500, bagi RM500. Apa nak jadi pastu, biar Tuhan yang uruskan.

Kita buat baik kat orang bukan dengan harapan supaya orang pun buat baik kat kita.
Kita buat baik sebab silaturrahim tu perlu dijaga.
Kalau tak dipihak dia, biarlah kita jaga dipihak kita.



No Fee


Takleh update panjang-panjang. Guwe banyak keje.
Memandangkan aku terima banyak email tanya "Berapa fee nak join Hi-Tea?", tak larat reply sorang-sorang....jawapannya TAKDE FEE. Kalau ada fee dah lama aku tepek kat entry.

Sorry, semalam takde delivery Ephyra sebab aku kat Perak.
Hari ni ada tapi cuma yang dah terima tracking number je. Yang belum terima, esok insyallah. Sorry, memang tak sempat sesangatnya. Yang kata nak collect kat rumah, boleh ambik kat bibik, macam biasa, cuma aku takde hari ni and esok. Jumaat ada.

Ada isu sebenarnya yang aku nak tulis kat blog, tapi tunggu masa bertenang-tenang sikit.

Ok tu je for today.



2014-04-14

Ephyra : Promo and Hi-Tea


Entry ni akan menamatkan promo Hadiah Misteri Ephyra.
Actually, antara hadiah misteri Ephyra yang lepas adelah mini mp3 player.
Ini antara hadiah yang paling hawtttt sekali sebab ada yang repeat order every week dengan letak remarks "Kak Di, kalau hadiah misteri tu saya dapat mp3 player lagi, kali ni nak kaler lain ya. Hari tu dapat silver".

Wah wah wahhhhhh.
Kemain manja-manja lagik budak-budak ni kan. Siap request nak kaler apa bagai.
Ok start from today, semua pembelian 1 dan 3 kotak akan dapat gift ini :



Takleh request spesifik kaler!! *jegilkankan bijik mata*
Ni memang aku kena bagitau siap-siap, sebab aku tak cukup masa nak kira stok kaler. Melainkan kalau kau dah dapat kaler green and next week nak request kaler selain green, itu boleh.
Those yang terima tracking number hari ni, semuanya aku convert ke hadiah ni, hanya pembelian 1 dan 3 kotak saja.

Silakan isi form :


Name:
Email Address:
I would to buy (free postage) Ephyra for Peninsular, 1 box (30 sachets) + shaker + mini mp3 player, RM197
Ephyra for Sabah/Sarawak, 1 box (30 sachets) + shaker + mini mp3 player, RM207
Ohsem Deal for Peninsular, 3 box (90 sachets) + mini mp3 player, RM500
Best Buy Deal for Sabah/Sarawak, 3 box (90 sachets) + mini mp3 player, RM530
Quantity
Delivery address
Contact number
Remarks




Insyallah, akan ada gathering session untuk blog reader Green Apple yang consume Ephyra. Majlis ni akan dihadiri oleh pihak Ephyra jugak. Seriesly, ni bukan majlis formal. Ini adelah majlis untuk kenal-kenal and lepak-lepak dengan reader blog ni yang also pengguna loyal Ephyra. Just majlis santai, kita chit chat and makan-makan. Jangan risau, tiada parti buih mahupun tarian tiang di sini.

Details event :

Date : 19 April 2014
Time : 3.30 – 6pm.
Venue : Little White Café, Bandar Baru Bangi. *invitation untuk seorang*
Dress code : Belasah
Gift : Goodie bags dari pihak Ephyra dan aku.

Jom kita lepak-lepak malam minggu dengan mentekedarah sedap-sedap.
Sambil-sambil makan, make new frens, selfie-selfie, ambik video, bla bla bla.
Sesiapa pengguna Ephyra yang juga pembaca blog ni yang interested to join the Hi-Tea, please email :

health[at]xzizbiotech[dot]com. 
Subject 'HI-TEA"




Sports Day


Semalam hari sukan Rayyan. Buat kat Puchong tapi aku lupa apa nama tempat dia.
Tapi bukan sukan macam sukan-sukan yang biasa. Ni lebih kepada test skill je. Ada a few game yang kau boleh pilih untuk participate, completekan around 6 games, lepas habis game dapatkan cop, then submit the card to cikgu yang bertugas, and collect hadiah (kalau dapat).

Aku ingatkan macam sukan skolah Redza dulu (CEC).
Masa dapat sms dari Genius Aulad tentang sports day, aku terfikir gak bila masa dorang ni train anak aku bersukan. Rupanya mak bapak akan terlibat sama dalam semua game. Nak-nak lagi macam anak aku tu kan. Kalau aktiviti yang takde undang-undang, like susun kotak Ephyra atas tangga, ok yang ni memang anak aku boleh menang. Tapi kalau aktiviti yang ada rules ni memang payah sikit la. Dia ni takde undang-undang punya worang.


Genius Aulad Putra Heights gabung dengan Genius Aulad Bandar Kinrara.
Tapi PH tak ramai macam Kinrara. Budak-budak Kinrara ramai gila. Time registration pun dah nampak betapa ramainya student dorang.



Kitorang sampai quite awal, sampai tak sempat nak pi breakfast.
En Wan gila excited anak dia nak bersukan.


Genius Aulad encouraged parents untuk sedekah food and barang-barang masak untuk dorang salurkan pada charity homes. Alhamdulillah, parents memang bagi support. Ni sedekah dari parents PH, half dorang dah angkut masuk dalam van. Aku kan first time join sukan so memang takde idea lansung sedekah apa yang dorang expect. Tak terfikir lansung boleh sedekah beras, minyak masak semua. Aku just belikan biskut-biskut je. Bila nampak banyak beras and minyak masak, ok so next time dah tau apa bentuk barang boleh bagi.



Time nak hantar Rayyan ke cikgu ni punyalah hazab!!
Rayyan ni tak macam Redza. Redza walaupun dia takut-takut tapi dia jenis push the limit punya orang. Dalam tak berani tu dia try jugak. Macam Rayyan ni memang jenis tak berani and taknak cuba. Dia memang alergik kalau kelompok ramai macam ni. Kat rumah kan balik-balik muka nenek dia, bibik dia, makbapak...tu je pusing-pusing muka yang sama.

Puas pujuk, nangis sepanjang-panjang masa! "Atik malu! Atik malu!"
Ntah hapa yang dia malu. Perasan nau orang peratikan dia.
Aku ni bukannya penyabar sangat pun. Kang ada yang kena lepuk kat tengah-tengah tu.
Last-last aku tinggalkan je. En Wan perati je dari tepi. Aku terus blah duduk dalam dewan. Rayyan ni takleh nampak muka aku mulala dia mencebik melalak beria-ia. Padahal airmata tak keluar pun.


Aku kagum dengan cikgu-cikgu and team-team GA time sukan ni.
Camana la dorang boleh buat budak-budak ni ikut arahan.
Aku ni semua kekdah aku dah try - cakap suara lembut, cakap suara high-pitch, rasuah eskrim matcool, buat-buat merajuk - TAK JALAN.
Memang aku respek cikgu-cikgu tadika.
Sebab dorang didik anak dari zero. Rayyan now dah boleh baca sikit.



Bila kitorang tinggalkan, eh tau pulak kau bawak diri kan.
Pandai pulak kau senyap.

Semua age 4 yrs old Genius Aulad PH jadi Zorro.
Sekali cikgu kelas dorang bertugas jaga age 6 yrs old pulak.
Melalak macam nak rak si Rayyan. Sebab dia tak biasa dengan cikgu lain.


Last-last cikgu kelas dia tarik dia masuk grup age 6, terus transform ke pirate.
Aku rasa gaya ni lebih sajak kat dia.


Parade dah nak mula.


Ntah bila masa dari topi pirate tetiba tukar ke ala-ala gypsi.
Yang pastinya, orang lain jalan pegang tangan member.
Anak aku dapat iringan khas, cikgu feveret dia yang pegang tangan. Kau mampu?


 
 En Wan kata 3 orang ni kategori special kes.
Semua age 4 tapi masuk grup age 6.
Ni mesti set-set yang nak cikgu Azwa jugak, taknak cikgu lain.


Kebanyakkannya memang bapak-bapak yang main sekali ngan anak.
Mak-mak tukang snap gamba dari luar pagar. Termasuklah aku.


Game pertama dia, susun letter Alif Ba Ta.
Aku tak tau la anak aku yang main atau bapak dia yang main.
dari jauh nampak macam bapak dia yang beria.
Maklumlah, dulu kat kampung tak masuk tadika, Terus-terus masuk Darjah 1. Ni kira qada' la ni.



Sape yang main sebenarnya. Cuba teka.


Jumpa 3 orang reader kat sana, semuanya team Bandar Kinrara. Yang lagi 2 aku tak teringat pulak nama. Sorry ya. Yang ni Gee. Padahal dia tengah mengandung, tapi perut tak nampak pun.



Padahal tadi kemain lagi dia main-main ngan bapak dia, dia nampak kelibat aku snap gamba dari jauh, dan-dan tu melalak. Auta!



Main game uji minda susun puzzle. Ni kat booth cikgu feveret dia, sebab tu dia senyap.
Tak tau la aku si Rayyan ni boleh berubah jadi berani ke tak.
Tak payah nak pemalu sangat ye nak. Risau je aku kang ko jadi lain.



2014-04-13

Resepi


Sabtu, ada jemputan kahwin dari reader blog, Dr Zahirah (Ira) di Wisma PKPS Shah Alam.
Cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa wedding dia.
Dengan pengantin-pengantinnya sekali cantik.
Nape la kawen aku dulu tak macam ni *dia start dahhh...*


Meng-mix and match-kan mermaid skirt JULIET dengan baju yang aku beli kat kedai Prof Muhaya Modest Culture.


Gojes gila pelamin ni.
Pakkal yang kawen tu bukan sedara-mara aku.
Kalau tak, dah penuh entry ni dengan muka aku pose sorang-sorang atas pelamin.


Sambil makan, sambil layan video pengantin.


Sambil makan, sambil selfie.
Kamera 360 dilupa jangan.


Ni je la gamba makanan yang sempat snap.
Ralit tengok video pengantin sampai dah licin pinggan baru aku teringat nak snap.
Snap ABC je la.


 
 Meja pengangtin dalam kedudukan opposite dari pelamin.
Memang macam RAJA sehari!


Ni je la gamba pengantin yang aku dapat snap dari jauh.
Nak datang dekat segan, kacau pengantin tengah makan.
Lagipun meja atas stage. Ai ni stage fright.


Tak lama pun kitorang kat dalam.
Tak dapat salam pengantin pun sebab kedudukan pengantin atas pentas, aku takut nak naik jumpa.
Photobooth ni kat jalan masuk ke dewan.
Lupa nak ambik kad untuk tepek kat blog kot-kot la ada yang nak pakai khidmat photo booth ni.


Memandangkan tak sempat jumpa pengantin, jadi acara tulis autograph ni wajib letak.


Door gift.

Thank you Ira, sebab jemput akak and En Wan.
Congratulations!



Macam biasa, kalau weekend je, aku ngan En Wan busy mikir kat mana nak dinner.
Aku plan nak makan kat Absolute Thai je, kat mall Main Place baru bukak USJ21.
En Wan kejap nak makan satey la, nak makan sushi la. Dok bolak-balik mikir mana nak dinner last-last dah Maghrib sorang pun tak decide lagi nak makan kat mana. En Wan pun macam tak rasa nak makan Thai food sebab baru je hari tu makan seafood kat farewell Lenny.

Last-last En Wan request nak makan daging masak merah.
Dah alang-alang nak masak daging masak merah, baik aku terus buat nasik merah.
Check freezer, ok daging ada, telur ada, timun ada. Set.


 
Mula-mula sekali kena rebus daging.
Takyah letak minyak sikit ke apa ke, just air and daging. Rebus sampai 3/4 empuk je sebab sat lagi kita nak masak balik daging ni.



Bahan-bahan :

1 biji bawang besar
2-3 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
Halia sikit, agak-agak dalam panjang ibu jari. (belasah la jari tangan ke kaki)
2 sudu besar serbuk kari daging.

Dulu, aku akan blend segala tok nenek bawang and cili kering siap-siap.
Tapi sejak ada new bibik ni, aku tak blend pun. Sebab bibik aku cakap takyah, biar pakai yang fresh setiap kali masak. Nak masak baru blend. Sukati kau lah.


Blend bawang and halia tadi.
 

 
Tumis bahan blend tadi sekali harung masukkan kayu-kayan (bunga cengkih, bunga lawang, etc)


 Dah naik bau bahan tumis tadi, masukkan daging.
Daging kena tos.
Air rebusan daging jangan buang.
 

 Lepas godek-godek daging lebih kurang, baru masukkan air rebusan tadi. Pastu masukkan tomato puree dalam 3 sudu besar. Masukkan tomato biji sekali (buah tomato). Tapi dah hari Sabtu, fridge aku dah nak kosong, tomato pun dah takde, jadi kuah aku bogel. 
Masukkan garam.

 
 Lepas kacau kuah tadi lebih kurang biar tomato puree sebati, ambik 3-4 senduk dari kuah tadi and masukkan dalam rice cooker yang dah dibasuh berasnya.
 

Siap.
Daging merah ni memang tak berkuah sangat. Kering.
Tapi kalau nak ada kuah sikit, jangan masak sampai kering sangat.
Tuan besar rumah ni memang tak makan bawang goreng, kalau aku tabur atas nasik, dia ilang selera. Nasik kena bersih katanya. Sukati. Lagi senang keje aku.

Selamat mencuba!


p/s : Customer Ephyra, get ready, esok aku akan naikkan new promo. Gift baru dan TERHAD.