walk on wings, tread in air: Biskut timbang kati itu <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Biskut timbang kati itu
2014-04-18


Restoran ni kat jalan masuk ke Putra Heights dari arah Puchong. Nampak dari tepi jalan.
Dulu masa Putra Heights masih lagi kategori tempat jin bertendang dengan satu hapah pun takde, sini je la port aku nak makan kalau malas nak masak. Nak masuk USJ memang tak la. Nak sampaikan ke Taipan tu, kalau kat tangan aku ada burger, boleh selesai 3 bijik burger, tapi Taipan tak sampai-sampai jugak.

Sejak 2 hari lepas aku teringin sangat nak makan kat sini balik. Nak makan sirloin steak dia.
Sirloin steak dia takde la best macam Mr Food tu, tapi boleh la. Takde la bangsat sangat rasa dia.
Gravy dia boleh dikatakan best. Cuma biasa la steak-setak murah ni kan, daging pun takde la besar sangat, coleslaw pun asal ada je, but still boleh telan lagi.




Dan selalunya, kalau datang makan sini, aku akan order otak-otak sekali.
Actually aku tak tau camana sebenarnya rasa otak-otak yang best.
So far yang aku makan rasa lebih kurang je, agaknya memang camtu kot rasa dia.
First time aku makan otak-otak masa kat kampung, lamaaaaaaaaaaaaaaa dah dulu. Arwah nenek Tampin aku yang buat. Tu la first time aku rasa. Memang best. Best gila!

Tapi bila the second time aku try otak-otak (tak ingat bila, tapi bukan nenek aku yang buat), aku pelik.
Rupa dia lain and rasa pun lain.
Yang arwah nenek aku buat tu boleh rasa ikan sangat-sangatnya. And kaler dia tak menyala macam ni. But bila dah banyak kali aku rasa otak-otak, semuanya macam ni - merah menyala and isi dia padat macam sosej. So aku terfikir balik, yang arwah nenek aku buat tu otak-otak ke botok-botok?
Sebab botok-botok memang nampak isi ikan kan?
Hmm..maybe yang aku makan tu botok-botok kot. Aku yang salah dengar. Aku kan pekak-pekak sikit dulu.




Akan tetapi...............kuciwa.
Dah lama tak datang sini, sirloin steak dia dah tak sedap. Boleh aku kategorikan sebagai tak sedap lansung. Brader yang buat steak dulu pun dah takde, tukar orang baru.
Gravy dia sebijik macam kuah kicap burger brader tepi jalan.
Kan kalau kau makan burder, brader tu akan renjis kicap kan? Ok, this gravy adelah that kicap.
Aku memang nampak brader steak ni tuang kicap burger tu untuk jadikan gravy.
Takde lansung rasa black pepper.
Daging dia pun bukan daging sirloin.
Daging dia macam daging kau beli kat pasar malam, yang dah siap dikerat-kerat. Nipis sangat lak tu.

Steak En Wan senonoh sikit.
Steak aku daif, dengan takde sosnya, takde mayo. Aku yang mintak macam tu sebab aku tak suka ada sos. Sosej dia pun out. En Wan pun kelat-kelat je muka nak telan. Tapi laki aku ni walau kurang sedap sekalipun dia gagahkan jugak telan walaupun terbuntang-buntang bijik mata dia aku tengok. Aku sempat makan 2-3 suap je, seriesly takleh sambung dah sebab kuah tu kicap sangat-sangatnya.

Please makcik...kembalikan lah brader yang lama tu.

Lepas makan, gi Giant belikan Redza makanan nak bawak ke skolah esok (hari ni).
Cikgu kelas dia organize birthday party untuk students yang lahir dari bulan Jan - April.
Semua student ada tugasan, sape yang kena bawak makanan, sape yang kena bawak minuman.
Redza kena bawak makanan.

Dulu masa aku skolah rendah, aku cukup takut bila cikgu mintak bawak makanan sorang sikit for party at school. Sebab penyudahnya, takde sape makan bekal yang aku bawak. Mana taknya, dari Darjah 1 sampai ke Darjah 6, asal kena bawak makanan je, bapak aku takde lain, balik-balik biskut waffle yang kertas balut dia kaler merah tu. Ko bayangkan la dari tahun 1984 sampai ke 1989, punyalah banyak biskut baru muncul, dia nak jugak aku bawak biskut pembalut merah tu. Ye lah, aku paham, cikgu pun tak bagi syarat suruh bawak apa kan, janji makanan. Kot ye pun biskut tu murah nau, takkkan la sampai tetiap tahun biskut tu jugak-jugak.

Aku tak segan bawak biskut yang sama tetiap tahun. Tak segan lansung bawak makanan murah.
Cuma bila makanan aku tu takde sape sentuh, terasa sedih.
Rasa miskin nau diri. Terasa kesian sangat kat makbapak aku, dia beli, tapi takde sape nak makan.
Sape la yang nak pandang biskut murah dah kalau kawan-kawan lain bawak segala tok nenek kek, mee goreng, cikedis sedap-sedap, brownies. Kawan-kawan kelas aku ramai anak-anak orang kaya, mak bapak pensyarah dokter. Ada yang selamba bawak biskut coklat Mark n Spenser. Pehhh. Dapat rasa sekeping biskut tu rasa nak nanges makan. Sebab sedap sangat. Makan pun pelan-pelan je, jeling member sebelah siapa makan lagi slow. Takut habis dulu.

Yang aku ingat, masa Darjah 6 (1989), ada majlis perpisahan Cikgu Khaidir (cikgu kelas).
Budak-budak ni pakat nak buat farewell time kelas BM.
Yang anak-anak orang kaya semua dah cop "Aku bawak kek, aku bawak Sarsi, aku bawak kukis, aku bawak cokelat...bla bla bla". Aku diam je. Bukan taknak offer, tapi kalau kau takat bawak biskut wafer timbang kati tu rentikanlah niat nak offer diri ya. Yang offer diri ni kita bagi je la kat set-set yang bawak makanan outstanding sikit. Kau yang golongan bukan ada-ada ni nak bawak apa takyah beria nak bagitau orang.

Balik dari sekolah, jenuh pikir nak bawak apa, nak bawak apa.
Aku dah taknak bawak biskut yang sama tetiap tahun. Kemon la, takkan tak upgrade kot. Paling tak pun bawak la biskut lain kan. Tapi, aku mana ada duit nak beli. Kalau mintak makbapak belikan takkan nak demand. Kau dah la takde duit, lagi mau demand mintak macam-macam. Last-last aku pinjam duit Ima RM20. Kedana gila aku RM20 pun takde. Ima ni jenis sayang duit punya orang. Dia kalau dapat duit, memang dia simpan. Aku pulak pantang ada duit kat tangan. Seminggu aku belanja Kak Kiah (maid) makan ABC. Terasa macam orang ada-ada je dapat makan ABC hari-hari. Siap mintak jagung lebih.

Pendekkan cerita, setelah negotiate ngan Ima, Ima setuju bagi aku pinjam RM20.
Maka, berkayuh la kami dua beradik gi kedai kek kat Fasa 1. Tahun 80an Bandar Baru Bangi takde kedai sangat. Ada sebijik je kedai kek dulu. Rasa nak nangis dapat belikan cikgu kek. Bangga gila weh. Selama ni muka aku asik la bawak biskut, tahun tu aku bawak kek. Aku ingat lagi kek tu warna putih, bunga-bunga biru. RM20 je kek dulu-dulu. Sengaja aku beli kek yang pelik sikit sebab aku syak mesti orang lain bawak kek cekelat je.

Dah beli, pastu takkan nak bawak balik simpan kat rumah kan. Nak mampos kena menjawab ngan Mak Aji??
Tapi aku dah pikir dah semua siap-siap. Strategi mesti mau ada.
Aku park kek ni kat rumah member. Rumah dia memang laluan aku nak pi skolah pun, so takde masalah sangat besoknya nak collect kek. Walaupun, segalanya berjalan dengan teratur, tapi hati tetap gelabah nak abiskan semalaman tu. Rasa lambat nau siang. Takut je kalau Mak Aji tau aku beli kek mahal untuk party. Dulu RM20 tu kira mahal dah untuk klorga aku. Mak bapak aku cikgu ngan kerani je, RM20 tu rasanya sama nilai ngan duit pasar waktu tu.

Esoknya, Cikgu Khaidir potong 3 bijik kek sekali. Salah satunya kek aku.
And kek aku dapat perhatian sebab kaler biru! Gila bangga. Tak sedar diri berhutang. Kah Kah Kah.
For the first time, makanan yang aku bawak licin!
Kau boleh rasa tak apa yang aku rasa time tu?
Selama ni orang tak pandang makanan yang aku bawak. But on that day, berebut-rebut orang nak rasa. Rasa puas gila. Macam satu kejayaan besar dapat mengupgradekan diri. Semua sebab kek tu kaler biru. Strategi berjaya. Hahaha.

Petang tu, Mak Aji masuk je pintu rumah "Diana, mana kau dapat duit belikan cikgu kau kek?"
TAHIKKKKK!!!
Mana mak aku tau ni???

Aku lupa yang mak aku tu antara otai UKM.
Just imagine, nombor pekerja dia 506. Orang yang 506 bekerja di UKM. Tak ke otai namanya? Dan pulak kebanyakkan kawan-kawan aku, mak bapaknya mesti keje kat UKM, tak kisah la as pensyarah, kerani, technician, driver. Kebanyakkannya memang mengenal each other. Ntah sape la agaknya bagitau makbapak dia "anak makcik Dahlia tu bawak kek, mak!".
.....Dan tersebarlah berita itu.
Berita tu takde la pelik sangat. Tapi menjadi satu kepelikkan bila seorang kerani boleh belikan anak dia kek RM20 untuk dibawak pegi skolah for majlis makan-makan. Klorga aku tak kaya, so aku boleh imagine kepelikkan tu.

Long story cut short, berdesing telinga aku sampai ke malam Mak Aji bebel.
Penyudahnya, seminggu aku takde duit belanja pi skolah.

Semalam, masa nak belikan Redza makanan, aku try carik biskut tu. Tak jumpa.
Nak je aku trick anak aku dengan biskut tu, see dia nak tak bawak.
Tapi tak sampai hati pulak.
Budak-budak zaman skarang lagi advance.
Aku belikan dia Disney Swiss Roll 8 kotak. Cukup untuk satu kelas makan.
Tadi tanya dia, kawan-kawan bawak apa.
Dia jawab "Kawan Redza ada bawak mushroom soup, cupcakes, donut Big Apple....Redza punya makanan yang paling orang tak makan sangat".

Aku senyum je.
Nampaknya, Redza dah lalui pengalaman aku dulu.
Good for him.
Cuma zaman dia swiss roll Disney pun orang tak pandang dah.



posted by aveo757 @ 7:36 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER