walk on wings, tread in air: Bapak saya dah lama pakai tektik ni <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Bapak saya dah lama pakai tektik ni
2014-04-20


Semalam time Hi-Tea, sorang reader tanya "Apesal ngan tangan ni?"

Nilah namanya nikmat.
Nikmat menjadi ibu kepada seorang Panglima!!

Ntah apa yang dia bergasak ngan abang dia masa kat Osaka hari tu, tau-tau libasan tu terkena kat tangan aku. Berdarah. Tapi takyah jahit. Ni kira dah semakin baik. Masa awal-awal hari tu, lagi buruk, timbul parut dia. Slowly dah nak ok. Ni peluang sebenarnya untuk aku jadikan diri sendiri testimoni untuk Ephyra. Sabor ye...tunggu lagi 3-4 minggu kita lihat kesannya macamana.




En Wan cakap sayur ni selalunya orang makan dengan Sake.
Sape tau kenapa mesti ddengan Sake?
Boleh hilangkan mabuk ke apa?




Tadi pagi gi Mid Valley, melayan kehendak pakwe aku ni nak jalan-jalan.
Ntah hape dia carik pun aku tak tau, ujung-ujung dia tak bawak balik apa-apa, aku yang lebih.


 Babe-babe sekalian....new design Xixili dah sampai.
Memang cantik just like dalam gamba ni. 
Set Ariba ni datang dalam 2 jenis panties - string and boxer.
Tapi available dari cup C-G only.
Dipersilakan serang.


Yang dapat goodies bang aku untuk Hi-Tea semalam, lupa nak bagitau macaroni ni lebih sedap kalau panaskan semula and makan ngan sos cili.



Tadi kat Mid Valley, masa En Wan masuk pharmacy sebelah Burger King ni, aku tunggu kat luar.
Pastu ada sorang budak lelaki maybe umur 7-8 tahun tarik tangan ayah dia ajak masuk Burger King.
Ayah dia jawab "Tak boleh masuk sini. Ni bukan tempat makan. Ni tempat orang carik keje. Cuba baca apa dia tulis tu - WALK IN INTERVIEW. Tempat carik keje."

Dan budak tu akhirnya terjenguk-jenguk dalam restoran nak pastikan betul ke ni bukan tempat makan.

Senyum je aku dengar bapak dia cakap macam tu.
Nak je aku cakap "Takyah nak kencing bangg...bapak saya dah lama pakai tektik ni".

Memang tu la pun tektik Pak Aji time kitorang kecik-kecik dulu.
Pak Aji sentiasa ada alasan kenapa kitorang takleh masuk kedai tu, kenapa takleh makan kat kedai ni, kenapa takleh bercuti kat hotel tu, kenapa takleh beli baju ni...always ada alasan.
Being a child, kat sape lagi kita nak percaya kalau tak kat makbapak kan.
Apa yang makbapak cakap semua aku percaya bulat-bulat.
Aku rasa informasi dari makbapak la yang paling selamat untuk aku dengar. 
Maka hidup la aku dengan alasan-alasan aku tu until some of the alasan tu dah menjadi satu benda yang aku percaya sampai ke tua.

Contohnya cacing dalam perut.
Sampai aku dah masuk U, aku masih lagi percaya yang dalam perut semua orang ada cacing.
Tinggal lagi cacing tu beranak ngan tak beranak je. Dan cara untuk taknak bagi cacing tu beranak adelah jangan makan ikan banyak sangat. Ok yang ni 'petua' Mak Aji.

Masa kitorang kecik-kecik, Mak Aji tak kasik kitorang makan banyak ikan. Ikan selar kuning yang besar tapak tangan Redza tu sorang makan satu je. Jangan lebih. Sebab makan ikan banyak nanti cacing dalam perut bertambah. Kalau cacing banyak, lama-lama dia keluar kat mulut.
Pehhhhhh.
Terus rasa taknak makan lansung!

Rupanya, tu lah alasan Mak Aji supaya kitorang adik-beradik tak meratah ikan.
Barang dapur kena jimat-jimat tapi anak jenis kuat mentekedarah. Nak suruh benti makan tak sampai hati, jadi create la alasan. Seb baik anak-anak bangsa yang tak banyak soal. Kalau aku buat tektik yang sama kat Redza, mau sampai pagi besok aku tak abis lagi menjawab soklan dia.
Kenapa dalam perut ada cacing, Ma?
Kenapa kita tak makan ubat cacing, Ma?
Kenapa cacing suka makan ikan, Ma?
Kenapa cacing tak makan sotong?
Lebam aku nak menjawab.

Lagi satu, kepala ikan, kepala udang.
Dari kecik aku disogok dengan "Takleh makan kepala ikan, kepala udang. Nanti otak lembab!"
Aku percaya.
But at the same time, aku terpikir.
Dah kalau kepala ikan takleh makan, kenapa orang masak ikan dengan kepala-kepalanya sekali?
Kenapa tak disiangkan kepala tu siap-siap?

Kalau betul kepala udang takleh makan, kenapa everytime aku siang udang, mesti Mak Aji pesan untuk siang half je, lagi half jangan buang kepala?

Until la bila aku dah besar sikit, muncul resepi kari kepala ikan.
Aku cam pelik. Why nak makan kepala ikan??

Benda tu macam jadi konflik dalam kepala otak aku.
But again, aku tak bangkang. Aku iyekan aje apa makbapak aku cakap.
Bila dah habis blaja, aku berjinak-jinak makan kepala ikan goreng.
Pehhhh. Patut la tak bagi makan. Sedap nak mampus okeh. Krup krap krup krap.
Skarang, kalau makan ikan goreng, betul-betul tulang je aku tinggalkan.
Kepala, isi, ngan ekor-ekor sekali aku bedal.
Nak lagi kalau beli ikan besar-besar. Benda pertama yang aku makan adelah mata ikan!
Sampai berebut-rebut ngan Ima.


Mata ikan merah
Ada tak orang jual mata ikan je?
 

Lagi satu, conditioner.
Dari kecik sampai Form 5, shampoo aku adelah Baby Johnson.
Dah masuk U, baru aku blaja tukar ke Rejoice and Dove. Tu pun sebab kena gelak ngan roommate aku. Kalau roommate aku buat dek, jamin sampai la ni aku dok tenyeh shampoo Baby Johson lagi.

Dan aku tak penah pakai conditioner sampai aku matrik.
Penah nampak kat bilik air Mak Aji conditioner, tapi tak penah guna sebab Mak Aji kata conditioner ni shampoo orang tua. Bagus mak bapak aku, sentiasa ada jawapan untuk sebarang kemuskilan. Dan mereka beruntung sebab dapat anak bendul macam aku yang tak banyak tanya. Main telan je apa orang sumbat.


Comel sangat lah dah umur 17 tahun still mak aku pakaikan lagi shampoo kuning ni. 
Cemana la tak kena bahan ngan member. Buah di dada dah masak ranum still lagi nak pakai shampoo baby. Alahai comel nya kauuuuuu.



posted by aveo757 @ 6:57 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER