2014-04-14

Sports Day


Semalam hari sukan Rayyan. Buat kat Puchong tapi aku lupa apa nama tempat dia.
Tapi bukan sukan macam sukan-sukan yang biasa. Ni lebih kepada test skill je. Ada a few game yang kau boleh pilih untuk participate, completekan around 6 games, lepas habis game dapatkan cop, then submit the card to cikgu yang bertugas, and collect hadiah (kalau dapat).

Aku ingatkan macam sukan skolah Redza dulu (CEC).
Masa dapat sms dari Genius Aulad tentang sports day, aku terfikir gak bila masa dorang ni train anak aku bersukan. Rupanya mak bapak akan terlibat sama dalam semua game. Nak-nak lagi macam anak aku tu kan. Kalau aktiviti yang takde undang-undang, like susun kotak Ephyra atas tangga, ok yang ni memang anak aku boleh menang. Tapi kalau aktiviti yang ada rules ni memang payah sikit la. Dia ni takde undang-undang punya worang.


Genius Aulad Putra Heights gabung dengan Genius Aulad Bandar Kinrara.
Tapi PH tak ramai macam Kinrara. Budak-budak Kinrara ramai gila. Time registration pun dah nampak betapa ramainya student dorang.



Kitorang sampai quite awal, sampai tak sempat nak pi breakfast.
En Wan gila excited anak dia nak bersukan.


Genius Aulad encouraged parents untuk sedekah food and barang-barang masak untuk dorang salurkan pada charity homes. Alhamdulillah, parents memang bagi support. Ni sedekah dari parents PH, half dorang dah angkut masuk dalam van. Aku kan first time join sukan so memang takde idea lansung sedekah apa yang dorang expect. Tak terfikir lansung boleh sedekah beras, minyak masak semua. Aku just belikan biskut-biskut je. Bila nampak banyak beras and minyak masak, ok so next time dah tau apa bentuk barang boleh bagi.



Time nak hantar Rayyan ke cikgu ni punyalah hazab!!
Rayyan ni tak macam Redza. Redza walaupun dia takut-takut tapi dia jenis push the limit punya orang. Dalam tak berani tu dia try jugak. Macam Rayyan ni memang jenis tak berani and taknak cuba. Dia memang alergik kalau kelompok ramai macam ni. Kat rumah kan balik-balik muka nenek dia, bibik dia, makbapak...tu je pusing-pusing muka yang sama.

Puas pujuk, nangis sepanjang-panjang masa! "Atik malu! Atik malu!"
Ntah hapa yang dia malu. Perasan nau orang peratikan dia.
Aku ni bukannya penyabar sangat pun. Kang ada yang kena lepuk kat tengah-tengah tu.
Last-last aku tinggalkan je. En Wan perati je dari tepi. Aku terus blah duduk dalam dewan. Rayyan ni takleh nampak muka aku mulala dia mencebik melalak beria-ia. Padahal airmata tak keluar pun.


Aku kagum dengan cikgu-cikgu and team-team GA time sukan ni.
Camana la dorang boleh buat budak-budak ni ikut arahan.
Aku ni semua kekdah aku dah try - cakap suara lembut, cakap suara high-pitch, rasuah eskrim matcool, buat-buat merajuk - TAK JALAN.
Memang aku respek cikgu-cikgu tadika.
Sebab dorang didik anak dari zero. Rayyan now dah boleh baca sikit.



Bila kitorang tinggalkan, eh tau pulak kau bawak diri kan.
Pandai pulak kau senyap.

Semua age 4 yrs old Genius Aulad PH jadi Zorro.
Sekali cikgu kelas dorang bertugas jaga age 6 yrs old pulak.
Melalak macam nak rak si Rayyan. Sebab dia tak biasa dengan cikgu lain.


Last-last cikgu kelas dia tarik dia masuk grup age 6, terus transform ke pirate.
Aku rasa gaya ni lebih sajak kat dia.


Parade dah nak mula.


Ntah bila masa dari topi pirate tetiba tukar ke ala-ala gypsi.
Yang pastinya, orang lain jalan pegang tangan member.
Anak aku dapat iringan khas, cikgu feveret dia yang pegang tangan. Kau mampu?


 
 En Wan kata 3 orang ni kategori special kes.
Semua age 4 tapi masuk grup age 6.
Ni mesti set-set yang nak cikgu Azwa jugak, taknak cikgu lain.


Kebanyakkannya memang bapak-bapak yang main sekali ngan anak.
Mak-mak tukang snap gamba dari luar pagar. Termasuklah aku.


Game pertama dia, susun letter Alif Ba Ta.
Aku tak tau la anak aku yang main atau bapak dia yang main.
dari jauh nampak macam bapak dia yang beria.
Maklumlah, dulu kat kampung tak masuk tadika, Terus-terus masuk Darjah 1. Ni kira qada' la ni.



Sape yang main sebenarnya. Cuba teka.


Jumpa 3 orang reader kat sana, semuanya team Bandar Kinrara. Yang lagi 2 aku tak teringat pulak nama. Sorry ya. Yang ni Gee. Padahal dia tengah mengandung, tapi perut tak nampak pun.



Padahal tadi kemain lagi dia main-main ngan bapak dia, dia nampak kelibat aku snap gamba dari jauh, dan-dan tu melalak. Auta!



Main game uji minda susun puzzle. Ni kat booth cikgu feveret dia, sebab tu dia senyap.
Tak tau la aku si Rayyan ni boleh berubah jadi berani ke tak.
Tak payah nak pemalu sangat ye nak. Risau je aku kang ko jadi lain.