walk on wings, tread in air: Kalau nak buat baik <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Kalau nak buat baik
2014-04-16


Semalam aku up status ni kat FB.
Pastu pagi ni dapat satu email. Tapi email tu aku tak dapat tepek kat sini atas permintaan reader tu. Dia kata satu jabatan baca blog aku jadi dia taknak ada yang terasa hati. Ok fine. Tak kisah.

Email tu sebenarnya luahan perasaan macam-macam kes berlaku kat pejabat, melibatkan kawan-kawan. Dipendekkan cerita, dia cakap :

1. Dia dah kering hati nak buat baik dengan orang sebab ujung-ujung orang pijak kepala.
2. Dia now belajar untuk jadi kedekut disebabkan ada member berhutang tak bayar-bayar.

And dia ada tanya aku gak, lepas beberapa kali terkena, takkan aku masih lagi senang hati bagi pinjam duit kat orang.

Memang ada betulnya.
Dari segi lojik akal manusia, kalau kau dah terkena berkali-kali, memang wajar la kalau nak berhati-hati. Tapi macam kes aku ni, kebanyakkannya pinjam sekali and senyapkan diri. Bukannya pinjam berkali-kali.

Takpe kalau status aku tu tak relevan dengan semua orang. Bukannya aku mintak orang ikut pun.
Status tu just prinsip yang aku dah gunapakai, and alhamdulillah, nampaknya selesa especially bila kita masuk dalam kelompok baru. Takkan nak harap orang buat baik ngan kita. Dah nama kita yang masuk tempat orang.

Bab duit and harta tu terpulang la.
Kalau rasa nak bagi, bagi.
Kalau rasa balik-balik muka ni jugak yang mintak pinjam tapi bayar tak penah, then jangan bagi.
Memang nanti akan ada kelompok manusia yang takde kena-mengena cakap "duit banyak tapi nak bagi pinjam RM100 kat member kedekut"..."shopping beli tudung ratus-ratus mampu, apa salahnya halalkan je duit yang dia bagi pinjam kat si anu tu.."
Nak yang lagi best "Duit kau tu pun Allah yang bagi!"

Ok set-set ni memang akan wujud.
Memang dorang takde kena mengena dalam ini gambar tapi aku rasa kewujudan dorang adakalanya perlu supaya boleh mengingatkan kita yang kita tak perlu jadi like them. Aku pun kadang-kadang tak pasti kenapa acara nasik tambah ni selalu ada. Kadang-kadang si anu tu dah senyap, tapi dorang ni pulak yang "istiqamah" bagi nasik tambah. Sebulan tak abis lagi cerita.

Fitrah manusia akan lebih cenderung untuk simpati kat mereka yang lebih memerlukan.
"Orang tu gi keje turun naik bas, rumah sewa flat buruk je, laki keje kilang, pi opis bawak bekal" - kesian tak dengar? Kesian.

Sebab tu bila jadi kes pinjam-meminjam ni orang yang takde kena-mengena akan lebih mudah simpati kat pihak yang meminjam. Tak ramai yang simpati kat pihak yang bagi pinjam. Takde sape pernah terfikir ntah berapa banyak dia dah bagi pinjam. Sebab bila sampai ke bab sedekah, derma, bantuan kewangan, kita akan point kepada orang yang 'ada' dengan alasan orang tu lebih memiliki jadi dia patut lebih memberi. Lebih dari mampu katanya!
Kalaupun orang tu mampu, apa hak kita nak question kenapa dia taknak bagi pinjam duit.
Kenapa kita perlu tunggu orang lain start.
Why not kita je yang hulur?

"Eh, aku pun sama gak macam dia tak mampu. Aku lagi la laki tak keje mengangkang je kat rumah".
Ok good. Then senyap, boleh?

Notice tak, orang yang senang akan semakin senang.
Sebab bukan je Tuhan limpahkan lagi rezeki kat dia atas sebab dia rajin memberi, tapi dia tapau sekali pahala nasik tambah tadi.
2 in 1 gitu.

To this reader, jangan buang masa layan set-set macam ni.
Tak perlu respond to them, buat je la keje ko macam biasa.
Apa sangat pun yang dorang boleh buat, habis kuat pun mengata.
Kalau rasa nak mintak hutang kau balik, mintaklah. Memang hutang perlu dibayar pun.
Kalau rasa taknak bagi pinjam lagi, sukati. Kalau kita ada alasan kukuh kenapa kita tawar hati untuk bantu, biarlah orang nak kata kita kedekut ke, tak perihatin ke. Tapi kalau rasa nak bagi pinjam buat kali kedua, nasihat aku, biarlah kita bagi pinjam nilai yang kita mampu hilang. Kalau rasa mampu hilang RM500, bagi RM500. Apa nak jadi pastu, biar Tuhan yang uruskan.

Kita buat baik kat orang bukan dengan harapan supaya orang pun buat baik kat kita.
Kita buat baik sebab silaturrahim tu perlu dijaga.
Kalau tak dipihak dia, biarlah kita jaga dipihak kita.



posted by aveo757 @ 7:40 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER