2012-04-12

Quick update

Ladies, those yang aku dah email pasal SHAWL 9 (restock) tapi tak respond, aku nak bukak the offer to all tak kira yang dah book or belum book. Sebab SHAWL 10 and SHAWL 11 (belum advertise lagi) akan masuk so aku nak clearkan SHAWL 9 by tomorrow.

SHAWL 9 yang ada now :

JJ9-1 : 1pc
JJ1-5 : 2pcs
JJ1-9 : 3pcs
JJ1-3 : 2pcs

Sape nak, please email aku.

Thanks.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2012-04-11

Cantik luaran


Semalam adik aku ada letak ni kat status dia, petikan dari Wardina Saffiya's page.

Well, apa yang dkata tu betul.
Banyak dah kata-kata macam ni kita nampak, like :

"Jangan memandang rupa, yang penting hati"
"Apalah yang ada dengan kecantikkan rupa, suatu hari nanti dah tua kerepot jugak"
"Tu semua duniawi.."

Kannn????
Cakap pandaiiiiiiii la masing-masing.
Tapi hakikatnya berapa kerat sangat yang benar-benar apply-kan kata-kata kat atas?
In realiti, betul ke kita tak memandang kecantikkan?
Atau mungkin kita akan start memandang hati hanya apabila kita sedar yang kecantikkan tu sememangnya tak membawa kebahagian pada kita. But still, kita akan pilih kecantikkan dulu berbanding yang lain. Betul tak?

Just like macam orang buat marketing.
Apesal orang tak blasah je market janji jual?
Apesal mesti susah payah create packaging yang menarik, buat iklan kaw-kaw segala?

That's because yang penting adelah how they market and promote the produk.
Mesti ada style, mesti outstanding, mesti yang menarik perhatian.
Sebab memang lumrah manusia akan tertarik dengan benda yang cantik.

Dah banyak dah artikel pasal isu "cantik luaran cantik hati" ni aku baca.
Memang dah banyak kali diketengahkan isu "apelah yang ada pada kecantikkan" but sampai skarang tak habis-habis lagi isu ni orang dok bercakap. Sebab apa eh?
Aku tak rasa orang tak paham apa maksud "kecantikkan bukanlah segalanya".
Semorang faham apa maksud ayat tu tapi terimalah hakikat bahawa kita sememangnya lebih terdorong kepada yang cantik. Kalau tak, takkan la berlumba-lumba baik laki mahupun perempuan sibuk menghias diri.

Bukan la kata takde lansung tapi rasanya tak ramai yang berlumba-lumba menghias diri dengan kesantunan, kesopanan, kesusilaan berbanding dengan menghias diri dengan kecantikkan luaran (mekap, branded clothes, etc).
Adab tu memang ada.
Akhlak tu memang cantik.
Ilmu memang cukup.
Cuma belum sampai ke tahap BERLUMBA-LUMBA.

Memang kalau kita fikir-fikirkan sedih bila ramai yang menilai kecantikkan berbanding kriteria lain tapi nak buat macamankan. Kriteria-kriteria lain tu hanya akan mula dinilai bila kita dah selesai memilih kecantikkan luaran. Tanyalah mana-mana manusia, semua akan cakap "Saya suka lelaki hensem", "Saya suka awek yang cun". Tapi ada la jugak yang berlapik like "Tak kisah la kalau tak cantik sangat, janji sedap mata memandang". Ni sebenarnya nak yang cun/hensem jugak tapi kang kena sound balik ngan member "Kau tu lawa sangat ke yang sibuk nak pilih yang cantik jugak?" So untuk mengelakkan dari kena bahan terpaksa la guna ayat pelapik. Macam la aku tak tau.


Tapi "Sedap mata memandang" tu hape agak-agak?
Bukan ke cantik jugak namanya.
Mungkin tak cantik di mata orang lain, tapi cantik di mata orang yang memilih.
Tapi nak yang cantik jugak la namanya kan?

Aku rasa manusia ni ujung-ujung memang macamanapun akan pentingkan hati, adab, akhlak, ilmu, but kebanyakkan kita masih belum kuat nak "membuang" keinginan terhadap kecantikkan luaran. Tapi jangan salah faham pulak. Kecantikkan luaran pun bukannya hanya terletak pada mekap and branded clothes semata-mata. Kekemasan dan kebersihan pun satu cabang kecantikkan jugak. Walaupun tak bermekap tebal jangan lah sampai muka tu berkerak sangat. Even sekadar pakai bedak tapi kalau penampilan kita, pakaian kita kemas and bersih, kita tetap nampak cantik. Jadi pusing kot mana pun ujung-ujung kita akan patah balik kepada CANTIK LUARAN ni tadi.




Cuba tengok Waheeda ni.
Dia berniqab, tapi kenapa dia nampak cantik?
Padahal kita tak nampak pun muka dia. But ada yang menarik kita nampak pada dia.

....Sebab dia pandai menggayakan pakaian dia!

Kenapa dia nak nampak bergaya walaupun dia berniqab?
Kerana dia tau kecantikkan itu menambah keyakinan diri dan membangunkan keyakinan orang lain terhadap dia.

Daripada pengalaman aku yang ada saudara yang berniqab, aku sendiri ada tanggapan yang kurang elok terhadap orang berniqab ni sebab dia (saudara) macam asal boleh. Macam terlampau "yang penting tutup aurat", "yang penting jangan menarik perhatian lelaki"...something like that.
Tapi dia (saudara) tak sedar sikap asal boleh tu menyebabkan SEMUA tak kira laki or perempuan lansung tak tertarik dengan dia. Tak tertarik di sini bermaksud kalau boleh aku taknak dekat sebab selekeh bebenor.

Sometimes kita lupa, tutup aurat is tutup aurat.
Kebersihan/kecantikan tu satu benda lain yang kita perlu juga ambil kira.
Kerana sememangnya itu lah benda yang manusia akan nilaikan dulu. Jangan nak tipula kita nilaikan hati dan akhlak terlebih dulu. Kita ni cuma manusia. Lemah. Macamanapun kita ni tetap akan pandang luaran dulu pastu baru beransur-ansur datang minat untuk mengenali hati budi. Aku tak suruh korang pentingkan kecantikkan or bergaya berlebihan tapi kecantikkan tu juga adelah sebenarnya penting. Macamana nak jadi cantik tu pandai-pandai korang la. Masing-masing dah cerdik.

Sape kata wanita yang tak bermekap tu tak cantik.
Cantik!

Sape kata wanita yang hanya berbaju kurung kain beli semeter RM3.40 tu tak cantik?
Cantik!

Tapi wanita yang berbaju Gucci, berbeg LV, berkasut Christian Laboutin, bermekap kemas tu SELALUNYA kita akan nampak laaaaaaaaaaaaaaaagi cantik.
Gila kau tak cantik??
Cantik!

Sebab apa?
Sebab kita hanya manusia biasa yang pandangan pertama tu sememangnya lebih terarah kepada kecantikkan luaran.

Wallahualam.

2012-04-10

Question

Entry ni ada soalan tapi soalannya disimpan atas permintaan tukang tanya.
Basically soalan berkisarkan tentang hak seorang isteri ke atas ibubapanya setelah dia berkahwin.







JAWAPAN DARI KAWAN AKU UNTUK SOALAN DI ATAS :

From: *********
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tuesday, April 10, 2012 8:03 AM
Subject: Re: Fw: Ruangan Soal Jawab

Perkahwinan di bawah 5 tahun masih lagi perlu melengkapi satu sama lain dari segi perangai, sikap, sifat, the true colors pasangan akan terbuka dan ini masanya bagi kedua2 suami isteri memberi ruang sebanyaknya kepada pasangan utk mengelakkan perbalahan dalam hal remeh.

Dapatkan ruang untuk berbincang dgn cara baik dan bincanglah. Kenali masa yg paling sesuai dan kaedah yg dipelajari sejak kenal dan semenjak kawin.

Berbalik kepada soalan, yang pertama, selaku ibu bapa (mak dan bapa isteri) mereka perlu faham bahawa anak sudah pun bersuami. Janganlah senang berkecil hati kalau anak sudah jarang2 balik. Kecil hati seorang ibu walaupun tak disengajakan boleh menjadi doa yg tidak baik terhadap anak. Ini termasuk perkataan yg tidak baik terhadap anak yg dikeluarkan oleh mak bapak. Sebab tu org dulu2 kalau nak marah anak akan sebut "anak bertuah!!!". Org skarang takde.

Kalau mak bapak sendiri dah redha kita jarang2 balik maka tak adalah isu ini. Kalau mak bapa tu rindukan anak atau cucu, mereka boleh berkunjung ke rumah anak.

Tu yang pertama.

Yang kedua, sebagai isteri, mmg tak dinafikan perlu ikut kehendak suami. Lelaki mmg sah tanpa bantah ditakdirkan lebih daripada perempuan dari sisi agama dan adat.

Sejak lahir lelaki perlu aqiqah 2 kambing, perempuan 1.
Lelaki juga dapat bahagian lebih dalam pemberian pusaka faraid.
Lelaki juga dilantik wali dlm kahwin dan musafir seorang perempuan.
Hingga jatuh hukum tidak wajib haji ke atas seorang perempuan jika tiada wali lelaki yg available untuk teman mengerjakan haji*. Ini jelas.

Tapi, perempuan mahkota lelaki. Sampai keluar peribahasa "setiap lelaki berjaya, ada perempuan di belakangnya"

Bukan saja lelaki yg berjaya, lelaki gagal pun byk disebabkan perempuan.

Seorang lelaki yg sgt hebat pun, dilahirkan oleh seorang perempuan, bukan lelaki.

Sejarah merakamkan, Adam makan buah larangan di syurga, disebabkan rayuan isterinya Hawa, wallahu'alam. Allah berkehendakkan begitu, takdir begitu.

Firaun setuju membela Nabi Musa tatkala operasi membunuh bayi lelaki Bani Israel berlaku pada zaman itu hanya kerana pengaruh Asiah, isterinya.

Cukup sebagai contoh.

Maksudnya di sini, seorang perempuan boleh mempengaruhi pemikiran seorang lelaki. Kalau kena caranya. Tapi, kadang2 ada lelaki ambil kesemptan, jahat dan tidak bertanggungjwab. Yang itu, serahlah kepada Allah utk membalasnya. Kerana setiap org akan mengadapNya juga.

Bagi isteri, yg pertama, terimalah kalau kebebasan balik ke rumah mak tidak sewenang seperti waktu bujang. Bincang dengan baik.


Kalau suami asyik nak lebihkan mak dia, ikutlah.
Sbb hukum kata, mak mentua sama taraf dgn mak sendiri. Buat baik kpd mak mentua sama ganjaran buat baik dgn mak sendiri. Tapi kalau mak mentua pula jahat mcm Nyonya Mansur, pandai2lah bawa diri.

Sebab tu saya buka penulisan ini dgn cerita ttg mak bapak, bukan suami isteri kerana pengaruh ibubapa sebenarnya sangat besar dalam hubungan rumahtangga anak2.
Kalau mak bapak baik2 dan memahami, alhamdulillah. Insyallah anak (suami/isteri) akan menurut contoh yang ditunjukkan oleh makbapak.

Semoga berjaya, wallahu'alam, wassalam.



*ada 2 pendapat. Satu kata boleh, satu kata tak boleh. Tetapi, lebih kepada tak boleh.

p/s : segala soal-jawab di sini adelah hukum feqah, bukan akidah. Jadi tak payah nak sangkal-menyangkal. Hukum feqah boleh pelbagai/berbeza pendapat, terpulang pada kita untuk menyesuaikan dengan kesesuaian kita. Kalau rasa tak sesuai, dianjurkan supaya mencari pendapat lain. Tiada masalah.

Guard


Tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Sampai dah kad wedding of the year. Hahaha.
Masa Peej inbox aku tanyakan address aku dah YES!! YES!! YESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!
Tapi tu la kan, time cenggini la ada orang yang sibuk nak berarak la, berkumpul la, berduduk-duduk mengeratkan silaturrahim la, apa la..kesian orang yang buat majlis-majlis kawen macam ni. Insyallah, aku aku redah jugak. Aku dah lama tak pegi rumah orang kawen. Musti pegi! Musti!!

Ok yang ni citer lain pulak.

Pagi tadi nak ke opis baru En Wan perasan kasut dia hilang.
Kasut Nike je pun, bukan kasut riban-riban tapi ralat jugak la sebab baru beli 3 minggu lepas.
Pulak tu selama ni dia bawak masuk the kasut simpan dalam rak kasut kat dalam, tapi boleh pulak Jumaat lepas terlupa nak bawak masuk. Memang nak jadi sebab la kan. Takde rezeki nak buek camno. Ade la alasan aku ajak dia pi shopping minggu ni.

Rasanya hilang dalam weekend baru-baru ni sebab semalam kitorang sama-sama cuti.
Sabtu lepas kitorang pegi short holiday, maybe masa tu la kot hilangnya.
Yang best tu selama kawasan ni unguarded takde pula kau nak mencuri. Dah dipasang guard kemain terer lak dia mencuri. Nak tuduh orang dalam buat keje, maybe. Tapi kalau orang dalam sendiri yang mencuri, curi kasut Nike je pun, memang gila sengkek la kot orang kat sini. Keta sekor-sekor gedabak-gedabak tapi curi kasut.

Masa area Putra Avenue plan nak letak guard, aku antara yang tak berapa nak setuju.
Sebab GUARDED je, lain la kalau GATED.
Kalau gated tu sedap sikit. Ni takat pacakkan guard alahaiiii. Guard pun aku tengok layu-layu je.
Ada sorang guard tu last week time aku lalu depan dia, dia boleh rilek bersandar atas kerusi tenung henfon. Padahal ada kereta lalu ni. At least kau pandang la kereta tu ada sticker ke tak. Ni tak. Buat bangang je. Dah la bayar mahal.

Aku rasa housing area ni lagi kau pacakkan guard lagi men-welcome-kan pencerobohan dan memperbanyakkan kes curi.

Reason area ni letak guard kononnya sebab nak sekat budak-budak muda kampung sebelah yang dok lalu-lalang merempit pastu bertenet kat playground. Kita pulak yang naik segan nak bawak anak-anak kita pi playground. Dorang selamba je bertenet naik buai sama-sama la, naik jongkat-jongkit sama-sama. Yang anak-anak kita ni melopong je pandang. Pernah satu petang tu ada sekumpulan mat-mat and minah rempit lalu depan rumah aku dan macam konvoi baraan nak pegi bertakbir dari rumah ke rumah. Dah la masing-masing membakar-bakar minyak motor pastu memekak siap buat willy. Kalau tergolek la depan rumah aku memang percuma je kau dapat gelak. Ada sorang jiran depan rumah aku tengah menyapu halaman pi sound dorang "Ni apesal ni???"
Budak-budak ni boleh sound balik kat pakcik tu "Berlagak! Kau ingat rumah kau rumah besar aku takut?"
Gila kurang ajar.

Aku yang dengar pun macam alahaiiii series mat rempit punya perangai.
Nak kutuk lebih-lebih pun bangsa sendiri.
Kang kalau kita sound dia kata kita berlagak, mentang-mentang dorang duk kat kawasan kampung kita perlekeh dorang. Padahal perangai macam ungka. Spesis macam ni kalau kita nak sound pun sebenarnya buang masa je sebab dorang mana tau moral. Kang kalau kita cakap "Ni kawasan perumahan, jangan bising-bising, jangan merempit-rempit", nanti dia jawab "Aku tak buat dalam rumah kau, ni luar rumah.", "Ni tanah bapak kau ke?", and yang paling best sekali kalau dia jawab "Bumi ni bukan kau yang punya, ni hak Allah".

Pitam okk layan orang macam ni.

Tapi bukan la bermakna kes curi ni budak-budak kampung sebelah ni punya keje.
Belum tentu.
Entah-entah orang yang buat construction ke, apa ke.


Cuma yang aku tak puas hati tu, those yang bayar charge bulanan untuk upah GUARD dijanjikan dengan jagaan rumah oleh guard. Like wadehellllllllllllllllllllllll??
Masa aku tengok dorang tampak sticker kat kat gate aku, aku macam seriesly rumah aku dijaga???
Aku rasa selama ni, takde sorang pun pak guard ronda depan rumah aku.
Semuanya melepak kat main entrance tengok keta kuar masuk je.
Done.

Tapi, disebabkan penduduk Putra Avenue banyak sangat songeh macamkan kawasan perumahan kau ni kelas sangatttttttttttt maka ada yang men-request letak guard. Tapi tu la, takat letak guard. Guard pun wallahualam terlatih ke tak. Kedi-kedi je aku tengok sorang-sorang. Takat kereta lalu kau angkat tangan je wadehellll. Keta yang tak bersticker selamba je dia kasik masuk. What the???

Pada aku la, guard kawasan perumahan yang tak bergated ni selalunya malas nak buat round.
Sebab no point dowh, banyak lagi access kuar masuk, jadah apa dorang nak round check rumah?
Baik lepak kat guardpost je.
Tapi kita ni dok la bayar dorang gila mahal.
Bayar untuk dorang tahan outsiders dari kuar masuk je.
Kalau masuk kot pintu tu, keluar kot pintu yang sama takpela jugak.
Ni masuk kot pintu A, kuar kot pintu C.
Lain la kalau masuk kot pintu A, kuar pintu A jugak. Baru boleh mintak lesen memandu ke apa ke. So kalau ada kes kecurian at least kita senang nak spot sape. Ni tak. Jadi kes kecurian, nak spot sape???
Salah kan je la diri sendiri sebab cuai.

*sigh*

2012-04-04

Contest julung-julung kalinya. ......................terima kasih kepada sponsor :)

Sticky post sehingga 6 April 7pm.
Entry baru kat belah bawah.



Nak hadiah tak?
Bukan calang-calang hadiah ni.
Aku beli hadiah ni setahun tak sekali. Haha.

Tapi sebelum aku cerita pasal hadiah kenalah dulu cerita camana nak dapat hadiah tu.
Mestilah ada susah dan payahnya.


Syaratnya adelah :

1. Buat entry di blog masing-masing dimana entry itu mestilah men-review THIS BLOG

2. Di permulaan entry haruslah letak link ke blog aku dan hyperlink bertulis seperti ini : Contest Blog Green Apple.Bukan tajuk entry ye. Tapi mukadimah entry. Ala-ala org buat advertorial yang ada tulis 'This is an advertorial, please scroll...'. Macam tu la lebih kurang. But kena ada link to my blog.

3. Dalam entry korang nanti, kena letak printscreen bukti korang menfollow blog dan FB-nya iaitu di sini : http://www.facebook.com/ILuvBagIncorporation. Ini syarat penyertaan ye, takde benda ni sila lah nangis penat-penat buat review tapi kena rejek.

4. Cara letak bukti dalam entry korang adelah seperti ini :

 

Nampak tu aku bulatkan nama pen-follow dan word LIKE?


4. Dah siap entry, hantarkan link kepada order[at]iluvbagincorporation[dot]com untuk dinilai. Bukan aku nilai ye, tuan punya blog di sinun yang nilai.

5. Buat betul-betul okkkk (ini bukan syarat, tapi nasihatttttt)

6. Sebelum submit the link, semak balik adekah korang dah follow syarat-syarat di atas.



Pastu baru hantar.

Hambikk kau.
Ambik exam Add Maths pun tak gabra macam ni kan?


Ok, now baru kita cerita pasal hadiah.
Hadiahnya adelahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 

Tempat pertama 
Coach Signature Stripe Large Tote 18798
.
.
.
.
 tanjat boboi okkkk dapat Coach!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
 Tempat Kedua
Lancome Make up Set Palette
...travel exclusive items ye. xde jual kat luar..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kemain berseri la muka sesiapa yang dapek Lancome ni. Aku jugak la pakai stok-stok Guardian..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





 Tempat Ketiga
Frollic Luxe Collection Shoes. 
Prize might be in any design but must told the size


Kalau sudah faham, anda diberi masa 2 hari dari tarikh ini untuk membuat karangan yang tiada had patah perkataan dan hantarkannya ke email yang aku dah bagi kat atas tadi.

Tarikh tutup contest adelah Jumaat (6 April 2012) pukul 7pm.

Mood Jumaat

Ni sebahagian dari jawapan kepada soalan dari reader blog ni yang aku sempat tanyakan pada kawan aku tu.
Sorry lambat sikit respond sebab dia pun busy, aku pun sama.
Harap jawapan di bawah membantu.

Thanks.



Soalan 1




Soalan 2






Soalan 3
(untuk pengetahuan, jawapan ini dari seorang lelaki, jadi tiada unsur2 bias di sini)




Shawl 10

Material : Silk voile

Price : RM49/pc
Bulk purchase price : RM43/pc 
(min purchase 5pcs)

Size : 170cm x 70cm

Email me at : aveo757[at]yahoo[dot]com

Book dulu.
Insyallah sampai next week.
Kepada yang tak sempat nak place order untuk SHAWL 9, don't worry aku ada bawak masuk extra tapi dah sampai nanti baru aku update apa kaler yang ada.




Code : BWL

available


available


available


available


SOLD OUT





 Code : POM

available

SOLD OUT


 
SOLD OUT




  available



  available


SOLD OUT



 Code : BWK

SOLD OUT


 
SOLD OUT


 
SOLD OUT


 
  SOLD OUT



  SOLD OUT



  SOLD OUT



  SOLD OUT


SOLD OUT


 
SOLD OUT


Code : MW

SOLD OUT



SOLD OUT


SOLD OUT


 
SOLD OUT

Keywords


Walaupun blog aku jatuh dalam kategori kurang siuman, tapi rasanya boleh dibilang dengan sebelah tangan je berapa kali keyword merepek landing kat blog aku. Aku tak rajin check keyword-keyword ni, ada la kot setahun 3 kali. Tak tau la pulak if selama tempoh aku tak check tu rupanya berlambak keyword-keyword porno yang link ke blog aku. Selalunya kalau aku tergerak nak check mesti semuanya keyword nama aku like "blog kak di", "blog green apple", "comatose...", "blog diana ishak".....


Semalam aku check advertorial assigment so alang-alang tu aku terjah bahagian keywords.




Tu dia..
Tetek segar peginya!

Saperlah yang bertetek layu pi google petua-petua nak bagi tetek nampak ranum. Kesian pulak aku bayangkan. Tapi mintak maaflah, tuan punya blog ni takde mengamalkan apa-apa teknik nak bagi nampak segar, cukuplah sekadar sedikit terapi urutan mengikut arah pusingan jam. Eh.

Tapi kelakar kan bila ada orang search word "tetek segar".
Tak pernah terfikir ada orang combinedkan word TETEK dengan SEGAR.
Selalunya kalau tetek tu mestilah something like tetek pejal, tetek kencang,tetek melayut.
Eh tetiba ada pulak tetek segar.

Ni mesti keje budak-budak baru nak tumbuh bulu kote.
Maklumlah vocab tak berapa nak mantap lagi so asal boleh je la google janji keluar gambar tetek.
Tapi macam kes blog si Peej dulu lagi mental.
Ada orang search something like "Peej ..." lupa aku apa ayat dia tapi gila annoying.
Dia nak baca blog Peej tapi pegi search word yang menyakitkan hati.
Gila bapak saiko.
Lojik tak kau nak baca blog Minah, tapi kau type "Aminah Ibrahim hitam mulut cilaka babi".
Lojik???

Orang kan kalau ikhlas nak baca blog orang lain, dia takkan bersusah payah nak tulis panjang-panjang. They can just search words "blog Minah Ibrahim", unless kau sebenarnya ada motif lain seperti nak mencari point-point tambahan untuk tugasan "men-review". Rentikanlah weiiii aktiviti-aktiviti kurang sihat ni. Tak dapat apa pun. Dapat sakit hati je.

Masa aku mula-mula buat sales dulu tahun 2003, big boss aku ada pesan "Kita keluar jumpa customer untuk promote produk kita tapi kita tak boleh kondem produk orang lain depan customer kerana customer akan lebih mengingati produk yang kita kondem tu".

Which is sangat-sangat true.
Sebagai contoh, yang dulu kecoh pasal orang putih yang ajak bakar Quran tu.
Endingnya jadik apa?
Semakin ramai orang bukan Islam yang beli Quran semata-mata nak pastikan apa isinya yang sampaikan orang nak bakar-bakar ni.

Got it?

Ok, cerita lain pulak. Semalam masa aku nak upload gamba-gambar pasal contest tu sekali dah takleh upload gambar sebab dah melebihi limit 1G. Tak tau-menahu pulak aku blog ada limit letak gambar. So aku google camne nak tambah limit tanpa perlu buat apa-apa purchase. Al maklum la kan, orang-orang kita ni memang ciri-ciri hacker dan engineer tu dah ada sejak azali. Jadi ada la terjumpa satu blog yang ajar camne nak tambah limit tanpa perlu buat bayaran apa-apa. Tapi aku try-try tak dapat. Aku tak tau la if blogspot dah tau tektik korang maka dia dah disable segala bentuk pe-ngelat-an di kalangan bloggers. Ataupun aku yang tak pandai sebab aku ni kalau bab-bab IT memang fail.




Last-last aku beli je la sudah.
Tak mahal pun, 20G baru RM15.50.
Kalau korang rasa dalam tempoh setahun takkan banyak letak gambar dalam blog, maybe boleh guna alternatif lain. Sebab agak rugi jugak kalau beli 20G tapi letak gambar sikit. Sebab RM15.50 ni untuk setahun je. Lagi 30 hari sebelum tempoh setahun tamat, Google akan remind korang samada nak continue or stop.
Kalau korang banyak letak gambar, especially yang buat online shop, boleh la purchase 20G ni.

Oh by the way, ada yang nak join contest kat atas tapi takde blog.
Ada pulak reader yang nak join tapi dia kata blog dia baru lagi, kalau buat review takde saper nak baca.

Don't worry.
Korang tulis je review tu and nanti hantar link entry korang kepada iluvbagcorpration untuk dinilai.
Katakan lah korang menang, tuan punya blog akan umumkan pemenang dan letak link blog korang kat fanpage dia. Secara tak lansung nanti blog korang (yang menang) akan ada pembaca mencanak-canak masuk. Tup-tup nanti ada follower lagi. So, jangan risau ye anak-anak?

Later

Eh sorry ye.

Shawl "Let's Go Wild" tu tak sepatutnya keluar sekarang. Hehe.
Actually ada benda yang perlu aku keluarkan lebih awal lagi.
Kepada yang dah place order, sabar ye.
Nanti aku publishkan semula.
Lagipun Shawl MW sebenarnya price dia lain, tak sama dengan shawl BWK and SS.
Nanti aku letak balik.

Semalam, aku hanya dapat pos shawl JJ range kepada 14 address.
Sebab consignment note aku habis. Aku dah mintak sejak 2 minggu lepas, Pos Laju tak hantar-hantar lagi. Petang ni aku akan uruskan shawl yang ada. Sabar ye.

Kasik aku settlekan keje-keje pastu nanti aku bagitau apa yang sepatutnya LAGI BEST aku nak letak kat sini.

Later.

2012-04-03

Ahmad Sufi



From: azie nurul
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Sunday, April 1, 2012 3:27 PM
Subject: tabung ahmad sufi


Salam kak di...this is my first time emel kak di..tujuannya saya nak mintak bantuan kak di untuk sebarkan mengenai Tabung sumbangan untuk anak kepada kawan saya yang berada di australia.anaknya perlukan bantuan kewangan untuk kos perubatan yang mencecah rm9000 sehari..ini linknya 


https://www.facebook.com/TabungAhmadSufi

Maklumat lanjut mengenai penyakit adik sufi boleh dirujuk di page tersebut.




Cimb:Maya Syuhada bt Suhaimi
14100000462201

Maybank: Juli Yanti Lidia bt Suhaimi
152107010378

BSN: Juli Yanti Lidia bt Suhaimi
14133-41-00000395-4

Ini adalah akaun ibu saudara Ahmad Sufi.

2012-04-02

Pemalas

Sejak-menjak ada 2 bibik kat dalam rumah ni, aku dah jadi pemalas.
Atau apakah aku sememangnya harus jadi pemalas?

Actually bibik aku yang tailor tu sepatutnya tak jadi bibik dah, memang dia tailor aku.
Wahhh..tailor aku okkk. Besar pangkat kau kan?
Artis pun takde tailor sendiri dalam rumah. 

Tapi disebabkan bibik aku yang lama tu dah get used dengan profession sebagai bibik walhal selama 30 tahun jadik tailor dia tak pernah masuk dapur and kemas rumah lansung, tapi dia kata sejak jadi bibik dia enjoy mengemas rumah. Sebagai seorang majikan yang suka buat-buat busy dan agak pemalas, memang aku takde bangkang-bangkang la niat suci bibik aku tu. Kau enjoy mengemas?? Enjoy memasak?? Sila teruskan. Biarlah aku mengalah. Eh.

Tapi disebabkan bibik lama dah start fokus lebih kepada jahitan, maka aku lebihkan keje-keje kemas rumah ni pada bibik yang baru. Alhamdulillah, aku rasa dorang pun kurang sikit penat sebab sama-sama buat keje. Kalau dulu bibik lama tu kadang-kadang aku balik keje dia still membasuh itu ini, makan tengahari pun tak sempat, now pukul 2pm dia dah start menjahit. Bibik baru pun by pukul 2pm je dia dah duduk-duduk depan tv main dengan Rayyan sambil lipat baju. Kalau tak dulu bibik aku tengah-tengah malam baru nak lipat baju. Kesian pulak aku tengok.

Sejak bibik baru datang (dah seminggu), aku baru memasak 2 kali.
Pemalas tak?? Boleh celen?
Tu pun baru semalam dengan Sabtu aku masak.
Hari lain aku serahkan pada bibik.
Mula-mula tu aku taknak sentuh lansung dah keje kat rumah ni. Ape kes ada 2 bibik tapi aku sama sibuk nak setelkan rumah kan? Tapi Mak Aji dah pesan jangan pemalas sangat la kan. Kat rumah sendiri boleh la nak jadi mem. Habis kalau pegi rumah mak mertua ke, rumah ipar-duai ke, takkan nak mengangkang jugak. Esok kalau dah sedap mengangkang, terus lupa camne nak masak.

Tapi yang bestnya tu, alhamdulillah la, bibik aku yang kedua ni rupanya dulu keje tukang jahit manik and sulam! Aku sebenarnya memang carik sangat-sangat orang yang ambik upah jahit manik. Tapi sejak terkena kes akak tailor saiko tu, aku jadi was-was nak hantar baju-baju aku untuk orang jahitkan manik. Tapi aku belum gunakan lagi khidmat bibik baru ni untu jahit manik. Kang dibuatnya dia naik syok dapat menjahit manik balik, tak pasal je aku kena carik bibik baru lagi untuk replace dia. Sudahnya rumah aku ni penuh dengan bibik. Tak payah ok, tak payah!

Oh lagi satu jangan nak spekulasi.
Aku tak kerah tenaga dorang.
Gaji bibik dapat, gaji tailor pun dia dapat.
Kang ada yang spekulasi pi report nama aku kat kedutaan Indonesia pulak. Tak pasal je aku menjawab kang.

Bibik aku yang baru ni pun sebenarnya kena tipu dengan agen dia.
Agen dia cakap dia cuma perlu keje setahun je kat sini. Otak kau kan???
Pastu agen dia mintak duit ribu-riban dengan aku konon bibik ni nak hantar dulu duit ke kampung, nanti ditolak gaji dia 3 bulan. Sekali dah sampai sini bila kitorang discuss-discuss dengan dia pasal keje, pasal cuti, pasal gaji, dia baru tau dia kena keje 2 tahun and dia takde gaji 3 bulan. Agen tak hantar pun duit ke kampung. Amukan la aku kan. Bibik ni dah nangis-nangis nak balik taknak keje kalau takde gaji. Aku suruh En Wan call agen dia, pastu sound. Tapi kalau En Wan yang sound memang aku cukup tak berkenan. Dia punya sound tu macam bertanya khabar. Aku nak je pekik kat tepi tapi En Wan sigung-sigung aku suruh dok jauh. Berbulu je aku dengan agen dia. Makan duit!

Last-last kitorang proratekan gaji dia untuk 24 bulan, supaya dia takyah tungu 3 bulan untuk dapat gaji, next month dah boleh masuk gaji.
Dia pun agree.
Dia kata dia banyak hutang, dia nak datang Malaysia ni dia hutang orang kampung IDR700,000.
Gaji dia selama ni cuma IDR500,000 je. Mana nak bagi keluarga, nak makan sendiri, nak bayar hutang.
Aku bagitau dia "Bibik, di sini nanti gaji bibik sebulan sudah dekat IDR2 juta. Bulan depan boleh habis hutang".

Terperanjat dia.
Kesian aku tengok orang-orang macam ni.
Datang sini jauh-jauh niat nak bekerja, tapi belum sampai Malaysia dah kena tipu dengan agen.
Agen negara sendiri pulak tu.
Aku kalau dapat jumpa agen ni memang aku sembur habis-habis.
Melainkan muka agen ni macam muka Ahmad Dhani.
That will be another story. Nanti aku pikirkan apekah langkah-langkahnya.

Lagu

From: Aisya
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Saturday, March 31, 2012 4:06 PM
Subject: Teringin nak dengar komen Kak Di mengenai lagu Bawaku Pergi diharamkan
 

Salam..

Apa khabar Kak Di? Harap sihat la ye di samping suami dan anak2.

Sy tak tau la sama ada Kak Di pernah dengar atau tak lagu Bawaku Pergi oleh Zizan ft Kaka tu. Tapi isu mengenai lagu tu diharamkan memang hot topic sekarang ni. Diharamkan pun sebab orang kata liriknya mendorong remaja untuk lari dari rumah. Tambah pulak sekarang ni banyak pulak kes budak perempuan lari dari rumah ikut boyfriend. Bila baca kat mana2, sy terfikir plak wajar ke lagu tu diharamkan? Sebab nak elakkan isu remaja lari dari rumah menjadi-jadi? Sebab tu la sy teringin pulak nak dengar apa komen Kak Di. Bagi sy la, Kak Di ni jenis yang berfikiran rasional. (Sangat rasional dan sy sgt respect Kak Di bab tu).

Kalau orang tanya sy la kan, benda tu sebenarnya bergantung pada orang yang tafsir lirik lagu tu. Kalau dia tafsir lirik tu elok, maka elok lah. Kalau dia tafsir tak elok, jadi tak elok lah lirik lagu tu. Lagipun Allah kurniakan manusia akal untuk berfikir, bezakan yang baik dan buruk. Benda yang elok tu kita ikut lah. Buat apa nak ikut yang tak elok pulak kan. Bila dah pandang negatif kat lirik lagu tu, pencipta lirik tersebut pulak yang disalahkan (dalam kes ni Malique). Bagi sy, beliau cipta lagu bukan suka2 untuk orang lain ikut tapi ada maksud tersendiri. Sama ada respon positif atau negatif tentang lirik lagu tu bergantung pada mentaliti orang yang mentafsirnya.
Ini pendapat sy la. Tapi entah la, nak komen lebih2 tak pandai la pulak. Rasa macam benda ni kecik sebenarnya tapi dibesar-besarkan pulak. Bagi Kak Di pulak macam mana?







Masa aku dengar lagu ni kena haramkan aku tak terperanjat sangat walaupun aku pernah letak kat status pasal lagu ni. Bukanlah nak kata aku setuju sangat lagu ni diharamkan cuma lagu ni mesej dia very straight forward sebenarnya kalau korang dengar. Dengar sekali dua macam rasa pelik jadahnya lagu macam ni terang-terangan "jangan bilang mama..jangan bilang papa..kali ini kita pergi lebih jauh...tak perlu kembali..bla bla bla..".

So kalau kita nak kata ia sekadar lagu, well, memang ia sekadar lagu tapi mesej dia sangat jelas. Even aku rasa ramai yang dengar lagu ni pun boleh bajet apa yang lagu ni maksudkan. Tinggal lagi terpulang pada kita samada kita nak bersikap sporting or not.

Maybe pencipta lagu ni orangnya sporting.
Dia tulis lirik ni dengan bermaksud, this lady akan ke sempadan dengan that guy however, di sempadan nanti ada a few more frens yang akan join them. Jadi bukanlah dia pegi bercuti berdua je. Who knows kan? Bersangka baik bak kata orang.

But, we have to be fair juga dengan pihak yang mengharamkan lagu ni.
Mungkin persepsi dorang berbeza.
Tak semua boleh bersikap sporting.

Just like kes line dalam Hantu Bonceng tu yang ada Zizan cakap "setan setan" tu.
Ada orang yang merasakan, benda tu takde apa sebab dalam filem tu pun menunjukkan yang Zizan sebut "setan" dalam kedaan sedang melatah. Kita tau orang kalau tengah melatah, apa yang terlintas memang dia akan sebut even puki sendiri. Aku yang tengok part tu pun tak terfikir lansung Zizan sengaja or the penulis skrip sengaja nak bermaksud begitu until issue tu dibangkitkan. Pada kita yang berasa issue tu takde apa, akan rasa takde apa. Tetapi, kita kena hormat jugak pendirian sesetengah pihak yang tak puas hati bila Zizan sebut perkataan setan tu.


Same goes to lagu lari dengan boifren ni.
Kita (or maybe aku je) akan rasa benda ni takde apa la..sebab kita tau membezakan mana yang boleh dan tak boleh. Tapi kita kena faham ada kelompok orang yang tak reti bezakan mana yang boleh mana yang tak. Jadi sebab tu mungkin mereka ambik langkah berjaga-jaga. Mungkin atas dasar tu la lagu tu diharamkan.

Manusia ni mana sama. Alangkan bacaan Al-Quran pun sampai 7 qiraat (cara bacaan). Takkan kita sebagai manusia takleh berkompromi bila berbeza pandangan. Kita boleh ada pandangan tersendiri, tak salah. Tapi jangan sampai tak tau membezakan mana yang penting mana yang tak. Bukan maksudnya lagu ni small issue dan tak penting. Ia penting, kalau tak penting takkan sampai jadi isu kan? Cuma ada perkara yang lebih penting.


Toksah kita politikkan sangat la benda ni.
Banyak lagi benda besar kita boleh fikirkan.
Kalau dah diharamkan dah. Len kali buat yang lebih baik. Toksah pikir, move on.

Peace!

Update

Ladies and Gentleman (ada 2 gentleman),

SHAWL 9 dah habis.
Aku baru sempat check semua email and jap lagi aku akan email those yang dapat or tak dapat.

Since ada more than 15 orang yang tak dapat even sehelai (walaupun order sampai 5 helai sekaligus), today aku akan place order lagi cut off 2pm. So please sesiapa yang nak shawl 9 lagi, please email aku before 2pm.

Pi meeting jap.

2012-03-29

Readers, meh tolong budak ni nak blaja.

Ni sticky post sampai 2 April.
Kalau nak baca entry baru belah-belah bawah. Tu pun kalau ada :)



From: wilda khazis
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Thursday, March 29, 2012 1:45 PM
Subject: Nak minta bantuan akak war-warkan tentang questionnaire


Assalamualaikum kak, saya wildawati khazis, student part time mba dari unimap. 

saya perlu dapatkan 200++ respondent utk questionnaire saya ni, jadi saya harap akak boleh tolong iklankan di blog akak. Akak boleh tgk questionnairenya di link ni. saya ada letakkan cover letter sekali :)

Untuk memudahkan, akak x pyh karang apa2, just upload je gmbr2 ikut turutan a,b,c,d. gambar2 tu saya paksa diri lukis demi memujuk lebih ramai org menjawab. questionnaire ni valid instrument so x dpt saya pandai2 alter jadi pendek, jadi kepada sesiapa yg sudi jawab saya akan poskn sedikit saguhati..saya tahu bukan mudah nk habiskan questionnaire tu :)


tempoh questionnaire adalah harini sehingga 2 april (5 hari). saya cuba nasib je ni kak, kalo sempat akak letak di blog akak, alhamdulillah, kalau tak pun xpela saya pasrah. 


terima kasih kak!! :)
wildawati.