2012-04-10

Guard


Tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Sampai dah kad wedding of the year. Hahaha.
Masa Peej inbox aku tanyakan address aku dah YES!! YES!! YESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!
Tapi tu la kan, time cenggini la ada orang yang sibuk nak berarak la, berkumpul la, berduduk-duduk mengeratkan silaturrahim la, apa la..kesian orang yang buat majlis-majlis kawen macam ni. Insyallah, aku aku redah jugak. Aku dah lama tak pegi rumah orang kawen. Musti pegi! Musti!!

Ok yang ni citer lain pulak.

Pagi tadi nak ke opis baru En Wan perasan kasut dia hilang.
Kasut Nike je pun, bukan kasut riban-riban tapi ralat jugak la sebab baru beli 3 minggu lepas.
Pulak tu selama ni dia bawak masuk the kasut simpan dalam rak kasut kat dalam, tapi boleh pulak Jumaat lepas terlupa nak bawak masuk. Memang nak jadi sebab la kan. Takde rezeki nak buek camno. Ade la alasan aku ajak dia pi shopping minggu ni.

Rasanya hilang dalam weekend baru-baru ni sebab semalam kitorang sama-sama cuti.
Sabtu lepas kitorang pegi short holiday, maybe masa tu la kot hilangnya.
Yang best tu selama kawasan ni unguarded takde pula kau nak mencuri. Dah dipasang guard kemain terer lak dia mencuri. Nak tuduh orang dalam buat keje, maybe. Tapi kalau orang dalam sendiri yang mencuri, curi kasut Nike je pun, memang gila sengkek la kot orang kat sini. Keta sekor-sekor gedabak-gedabak tapi curi kasut.

Masa area Putra Avenue plan nak letak guard, aku antara yang tak berapa nak setuju.
Sebab GUARDED je, lain la kalau GATED.
Kalau gated tu sedap sikit. Ni takat pacakkan guard alahaiiii. Guard pun aku tengok layu-layu je.
Ada sorang guard tu last week time aku lalu depan dia, dia boleh rilek bersandar atas kerusi tenung henfon. Padahal ada kereta lalu ni. At least kau pandang la kereta tu ada sticker ke tak. Ni tak. Buat bangang je. Dah la bayar mahal.

Aku rasa housing area ni lagi kau pacakkan guard lagi men-welcome-kan pencerobohan dan memperbanyakkan kes curi.

Reason area ni letak guard kononnya sebab nak sekat budak-budak muda kampung sebelah yang dok lalu-lalang merempit pastu bertenet kat playground. Kita pulak yang naik segan nak bawak anak-anak kita pi playground. Dorang selamba je bertenet naik buai sama-sama la, naik jongkat-jongkit sama-sama. Yang anak-anak kita ni melopong je pandang. Pernah satu petang tu ada sekumpulan mat-mat and minah rempit lalu depan rumah aku dan macam konvoi baraan nak pegi bertakbir dari rumah ke rumah. Dah la masing-masing membakar-bakar minyak motor pastu memekak siap buat willy. Kalau tergolek la depan rumah aku memang percuma je kau dapat gelak. Ada sorang jiran depan rumah aku tengah menyapu halaman pi sound dorang "Ni apesal ni???"
Budak-budak ni boleh sound balik kat pakcik tu "Berlagak! Kau ingat rumah kau rumah besar aku takut?"
Gila kurang ajar.

Aku yang dengar pun macam alahaiiii series mat rempit punya perangai.
Nak kutuk lebih-lebih pun bangsa sendiri.
Kang kalau kita sound dia kata kita berlagak, mentang-mentang dorang duk kat kawasan kampung kita perlekeh dorang. Padahal perangai macam ungka. Spesis macam ni kalau kita nak sound pun sebenarnya buang masa je sebab dorang mana tau moral. Kang kalau kita cakap "Ni kawasan perumahan, jangan bising-bising, jangan merempit-rempit", nanti dia jawab "Aku tak buat dalam rumah kau, ni luar rumah.", "Ni tanah bapak kau ke?", and yang paling best sekali kalau dia jawab "Bumi ni bukan kau yang punya, ni hak Allah".

Pitam okk layan orang macam ni.

Tapi bukan la bermakna kes curi ni budak-budak kampung sebelah ni punya keje.
Belum tentu.
Entah-entah orang yang buat construction ke, apa ke.


Cuma yang aku tak puas hati tu, those yang bayar charge bulanan untuk upah GUARD dijanjikan dengan jagaan rumah oleh guard. Like wadehellllllllllllllllllllllll??
Masa aku tengok dorang tampak sticker kat kat gate aku, aku macam seriesly rumah aku dijaga???
Aku rasa selama ni, takde sorang pun pak guard ronda depan rumah aku.
Semuanya melepak kat main entrance tengok keta kuar masuk je.
Done.

Tapi, disebabkan penduduk Putra Avenue banyak sangat songeh macamkan kawasan perumahan kau ni kelas sangatttttttttttt maka ada yang men-request letak guard. Tapi tu la, takat letak guard. Guard pun wallahualam terlatih ke tak. Kedi-kedi je aku tengok sorang-sorang. Takat kereta lalu kau angkat tangan je wadehellll. Keta yang tak bersticker selamba je dia kasik masuk. What the???

Pada aku la, guard kawasan perumahan yang tak bergated ni selalunya malas nak buat round.
Sebab no point dowh, banyak lagi access kuar masuk, jadah apa dorang nak round check rumah?
Baik lepak kat guardpost je.
Tapi kita ni dok la bayar dorang gila mahal.
Bayar untuk dorang tahan outsiders dari kuar masuk je.
Kalau masuk kot pintu tu, keluar kot pintu yang sama takpela jugak.
Ni masuk kot pintu A, kuar kot pintu C.
Lain la kalau masuk kot pintu A, kuar pintu A jugak. Baru boleh mintak lesen memandu ke apa ke. So kalau ada kes kecurian at least kita senang nak spot sape. Ni tak. Jadi kes kecurian, nak spot sape???
Salah kan je la diri sendiri sebab cuai.

*sigh*