Sejak-menjak ada 2 bibik kat dalam rumah ni, aku dah jadi pemalas.
Atau apakah aku sememangnya harus jadi pemalas?
Actually bibik aku yang tailor tu sepatutnya tak jadi bibik dah, memang dia tailor aku.
Wahhh..tailor aku okkk. Besar pangkat kau kan?
Artis pun takde tailor sendiri dalam rumah.
Tapi disebabkan bibik aku yang lama tu dah get used dengan profession sebagai bibik walhal selama 30 tahun jadik tailor dia tak pernah masuk dapur and kemas rumah lansung, tapi dia kata sejak jadi bibik dia enjoy mengemas rumah. Sebagai seorang majikan yang suka buat-buat busy dan agak pemalas, memang aku takde bangkang-bangkang la niat suci bibik aku tu. Kau enjoy mengemas?? Enjoy memasak?? Sila teruskan. Biarlah aku mengalah. Eh.
Tapi disebabkan bibik lama dah start fokus lebih kepada jahitan, maka aku lebihkan keje-keje kemas rumah ni pada bibik yang baru. Alhamdulillah, aku rasa dorang pun kurang sikit penat sebab sama-sama buat keje. Kalau dulu bibik lama tu kadang-kadang aku balik keje dia still membasuh itu ini, makan tengahari pun tak sempat, now pukul 2pm dia dah start menjahit. Bibik baru pun by pukul 2pm je dia dah duduk-duduk depan tv main dengan Rayyan sambil lipat baju. Kalau tak dulu bibik aku tengah-tengah malam baru nak lipat baju. Kesian pulak aku tengok.
Sejak bibik baru datang (dah seminggu), aku baru memasak 2 kali.
Pemalas tak?? Boleh celen?
Tu pun baru semalam dengan Sabtu aku masak.
Hari lain aku serahkan pada bibik.
Mula-mula tu aku taknak sentuh lansung dah keje kat rumah ni. Ape kes ada 2 bibik tapi aku sama sibuk nak setelkan rumah kan? Tapi Mak Aji dah pesan jangan pemalas sangat la kan. Kat rumah sendiri boleh la nak jadi mem. Habis kalau pegi rumah mak mertua ke, rumah ipar-duai ke, takkan nak mengangkang jugak. Esok kalau dah sedap mengangkang, terus lupa camne nak masak.
Tapi yang bestnya tu, alhamdulillah la, bibik aku yang kedua ni rupanya dulu keje tukang jahit manik and sulam! Aku sebenarnya memang carik sangat-sangat orang yang ambik upah jahit manik. Tapi sejak terkena kes akak tailor saiko tu, aku jadi was-was nak hantar baju-baju aku untuk orang jahitkan manik. Tapi aku belum gunakan lagi khidmat bibik baru ni untu jahit manik. Kang dibuatnya dia naik syok dapat menjahit manik balik, tak pasal je aku kena carik bibik baru lagi untuk replace dia. Sudahnya rumah aku ni penuh dengan bibik. Tak payah ok, tak payah!
Oh lagi satu jangan nak spekulasi.
Aku tak kerah tenaga dorang.
Gaji bibik dapat, gaji tailor pun dia dapat.
Kang ada yang spekulasi pi report nama aku kat kedutaan Indonesia pulak. Tak pasal je aku menjawab kang.
Bibik aku yang baru ni pun sebenarnya kena tipu dengan agen dia.
Agen dia cakap dia cuma perlu keje setahun je kat sini. Otak kau kan???
Pastu agen dia mintak duit ribu-riban dengan aku konon bibik ni nak hantar dulu duit ke kampung, nanti ditolak gaji dia 3 bulan. Sekali dah sampai sini bila kitorang discuss-discuss dengan dia pasal keje, pasal cuti, pasal gaji, dia baru tau dia kena keje 2 tahun and dia takde gaji 3 bulan. Agen tak hantar pun duit ke kampung. Amukan la aku kan. Bibik ni dah nangis-nangis nak balik taknak keje kalau takde gaji. Aku suruh En Wan call agen dia, pastu sound. Tapi kalau En Wan yang sound memang aku cukup tak berkenan. Dia punya sound tu macam bertanya khabar. Aku nak je pekik kat tepi tapi En Wan sigung-sigung aku suruh dok jauh. Berbulu je aku dengan agen dia. Makan duit!
Last-last kitorang proratekan gaji dia untuk 24 bulan, supaya dia takyah tungu 3 bulan untuk dapat gaji, next month dah boleh masuk gaji.
Dia pun agree.
Dia kata dia banyak hutang, dia nak datang Malaysia ni dia hutang orang kampung IDR700,000.
Gaji dia selama ni cuma IDR500,000 je. Mana nak bagi keluarga, nak makan sendiri, nak bayar hutang.
Aku bagitau dia "Bibik, di sini nanti gaji bibik sebulan sudah dekat IDR2 juta. Bulan depan boleh habis hutang".
Terperanjat dia.
Kesian aku tengok orang-orang macam ni.
Datang sini jauh-jauh niat nak bekerja, tapi belum sampai Malaysia dah kena tipu dengan agen.
Agen negara sendiri pulak tu.
Aku kalau dapat jumpa agen ni memang aku sembur habis-habis.
Melainkan muka agen ni macam muka Ahmad Dhani.
That will be another story. Nanti aku pikirkan apekah langkah-langkahnya.