walk on wings, tread in air: Cantik luaran <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Cantik luaran
2012-04-11

Semalam adik aku ada letak ni kat status dia, petikan dari Wardina Saffiya's page.

Well, apa yang dkata tu betul.
Banyak dah kata-kata macam ni kita nampak, like :

"Jangan memandang rupa, yang penting hati"
"Apalah yang ada dengan kecantikkan rupa, suatu hari nanti dah tua kerepot jugak"
"Tu semua duniawi.."

Kannn????
Cakap pandaiiiiiiii la masing-masing.
Tapi hakikatnya berapa kerat sangat yang benar-benar apply-kan kata-kata kat atas?
In realiti, betul ke kita tak memandang kecantikkan?
Atau mungkin kita akan start memandang hati hanya apabila kita sedar yang kecantikkan tu sememangnya tak membawa kebahagian pada kita. But still, kita akan pilih kecantikkan dulu berbanding yang lain. Betul tak?

Just like macam orang buat marketing.
Apesal orang tak blasah je market janji jual?
Apesal mesti susah payah create packaging yang menarik, buat iklan kaw-kaw segala?

That's because yang penting adelah how they market and promote the produk.
Mesti ada style, mesti outstanding, mesti yang menarik perhatian.
Sebab memang lumrah manusia akan tertarik dengan benda yang cantik.

Dah banyak dah artikel pasal isu "cantik luaran cantik hati" ni aku baca.
Memang dah banyak kali diketengahkan isu "apelah yang ada pada kecantikkan" but sampai skarang tak habis-habis lagi isu ni orang dok bercakap. Sebab apa eh?
Aku tak rasa orang tak paham apa maksud "kecantikkan bukanlah segalanya".
Semorang faham apa maksud ayat tu tapi terimalah hakikat bahawa kita sememangnya lebih terdorong kepada yang cantik. Kalau tak, takkan la berlumba-lumba baik laki mahupun perempuan sibuk menghias diri.

Bukan la kata takde lansung tapi rasanya tak ramai yang berlumba-lumba menghias diri dengan kesantunan, kesopanan, kesusilaan berbanding dengan menghias diri dengan kecantikkan luaran (mekap, branded clothes, etc).
Adab tu memang ada.
Akhlak tu memang cantik.
Ilmu memang cukup.
Cuma belum sampai ke tahap BERLUMBA-LUMBA.

Memang kalau kita fikir-fikirkan sedih bila ramai yang menilai kecantikkan berbanding kriteria lain tapi nak buat macamankan. Kriteria-kriteria lain tu hanya akan mula dinilai bila kita dah selesai memilih kecantikkan luaran. Tanyalah mana-mana manusia, semua akan cakap "Saya suka lelaki hensem", "Saya suka awek yang cun". Tapi ada la jugak yang berlapik like "Tak kisah la kalau tak cantik sangat, janji sedap mata memandang". Ni sebenarnya nak yang cun/hensem jugak tapi kang kena sound balik ngan member "Kau tu lawa sangat ke yang sibuk nak pilih yang cantik jugak?" So untuk mengelakkan dari kena bahan terpaksa la guna ayat pelapik. Macam la aku tak tau.


Tapi "Sedap mata memandang" tu hape agak-agak?
Bukan ke cantik jugak namanya.
Mungkin tak cantik di mata orang lain, tapi cantik di mata orang yang memilih.
Tapi nak yang cantik jugak la namanya kan?

Aku rasa manusia ni ujung-ujung memang macamanapun akan pentingkan hati, adab, akhlak, ilmu, but kebanyakkan kita masih belum kuat nak "membuang" keinginan terhadap kecantikkan luaran. Tapi jangan salah faham pulak. Kecantikkan luaran pun bukannya hanya terletak pada mekap and branded clothes semata-mata. Kekemasan dan kebersihan pun satu cabang kecantikkan jugak. Walaupun tak bermekap tebal jangan lah sampai muka tu berkerak sangat. Even sekadar pakai bedak tapi kalau penampilan kita, pakaian kita kemas and bersih, kita tetap nampak cantik. Jadi pusing kot mana pun ujung-ujung kita akan patah balik kepada CANTIK LUARAN ni tadi.




Cuba tengok Waheeda ni.
Dia berniqab, tapi kenapa dia nampak cantik?
Padahal kita tak nampak pun muka dia. But ada yang menarik kita nampak pada dia.

....Sebab dia pandai menggayakan pakaian dia!

Kenapa dia nak nampak bergaya walaupun dia berniqab?
Kerana dia tau kecantikkan itu menambah keyakinan diri dan membangunkan keyakinan orang lain terhadap dia.

Daripada pengalaman aku yang ada saudara yang berniqab, aku sendiri ada tanggapan yang kurang elok terhadap orang berniqab ni sebab dia (saudara) macam asal boleh. Macam terlampau "yang penting tutup aurat", "yang penting jangan menarik perhatian lelaki"...something like that.
Tapi dia (saudara) tak sedar sikap asal boleh tu menyebabkan SEMUA tak kira laki or perempuan lansung tak tertarik dengan dia. Tak tertarik di sini bermaksud kalau boleh aku taknak dekat sebab selekeh bebenor.

Sometimes kita lupa, tutup aurat is tutup aurat.
Kebersihan/kecantikan tu satu benda lain yang kita perlu juga ambil kira.
Kerana sememangnya itu lah benda yang manusia akan nilaikan dulu. Jangan nak tipula kita nilaikan hati dan akhlak terlebih dulu. Kita ni cuma manusia. Lemah. Macamanapun kita ni tetap akan pandang luaran dulu pastu baru beransur-ansur datang minat untuk mengenali hati budi. Aku tak suruh korang pentingkan kecantikkan or bergaya berlebihan tapi kecantikkan tu juga adelah sebenarnya penting. Macamana nak jadi cantik tu pandai-pandai korang la. Masing-masing dah cerdik.

Sape kata wanita yang tak bermekap tu tak cantik.
Cantik!

Sape kata wanita yang hanya berbaju kurung kain beli semeter RM3.40 tu tak cantik?
Cantik!

Tapi wanita yang berbaju Gucci, berbeg LV, berkasut Christian Laboutin, bermekap kemas tu SELALUNYA kita akan nampak laaaaaaaaaaaaaaaagi cantik.
Gila kau tak cantik??
Cantik!

Sebab apa?
Sebab kita hanya manusia biasa yang pandangan pertama tu sememangnya lebih terarah kepada kecantikkan luaran.

Wallahualam.
posted by aveo757 @ 12:30 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER