2012-04-10

Question

Entry ni ada soalan tapi soalannya disimpan atas permintaan tukang tanya.
Basically soalan berkisarkan tentang hak seorang isteri ke atas ibubapanya setelah dia berkahwin.







JAWAPAN DARI KAWAN AKU UNTUK SOALAN DI ATAS :

From: *********
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tuesday, April 10, 2012 8:03 AM
Subject: Re: Fw: Ruangan Soal Jawab

Perkahwinan di bawah 5 tahun masih lagi perlu melengkapi satu sama lain dari segi perangai, sikap, sifat, the true colors pasangan akan terbuka dan ini masanya bagi kedua2 suami isteri memberi ruang sebanyaknya kepada pasangan utk mengelakkan perbalahan dalam hal remeh.

Dapatkan ruang untuk berbincang dgn cara baik dan bincanglah. Kenali masa yg paling sesuai dan kaedah yg dipelajari sejak kenal dan semenjak kawin.

Berbalik kepada soalan, yang pertama, selaku ibu bapa (mak dan bapa isteri) mereka perlu faham bahawa anak sudah pun bersuami. Janganlah senang berkecil hati kalau anak sudah jarang2 balik. Kecil hati seorang ibu walaupun tak disengajakan boleh menjadi doa yg tidak baik terhadap anak. Ini termasuk perkataan yg tidak baik terhadap anak yg dikeluarkan oleh mak bapak. Sebab tu org dulu2 kalau nak marah anak akan sebut "anak bertuah!!!". Org skarang takde.

Kalau mak bapak sendiri dah redha kita jarang2 balik maka tak adalah isu ini. Kalau mak bapa tu rindukan anak atau cucu, mereka boleh berkunjung ke rumah anak.

Tu yang pertama.

Yang kedua, sebagai isteri, mmg tak dinafikan perlu ikut kehendak suami. Lelaki mmg sah tanpa bantah ditakdirkan lebih daripada perempuan dari sisi agama dan adat.

Sejak lahir lelaki perlu aqiqah 2 kambing, perempuan 1.
Lelaki juga dapat bahagian lebih dalam pemberian pusaka faraid.
Lelaki juga dilantik wali dlm kahwin dan musafir seorang perempuan.
Hingga jatuh hukum tidak wajib haji ke atas seorang perempuan jika tiada wali lelaki yg available untuk teman mengerjakan haji*. Ini jelas.

Tapi, perempuan mahkota lelaki. Sampai keluar peribahasa "setiap lelaki berjaya, ada perempuan di belakangnya"

Bukan saja lelaki yg berjaya, lelaki gagal pun byk disebabkan perempuan.

Seorang lelaki yg sgt hebat pun, dilahirkan oleh seorang perempuan, bukan lelaki.

Sejarah merakamkan, Adam makan buah larangan di syurga, disebabkan rayuan isterinya Hawa, wallahu'alam. Allah berkehendakkan begitu, takdir begitu.

Firaun setuju membela Nabi Musa tatkala operasi membunuh bayi lelaki Bani Israel berlaku pada zaman itu hanya kerana pengaruh Asiah, isterinya.

Cukup sebagai contoh.

Maksudnya di sini, seorang perempuan boleh mempengaruhi pemikiran seorang lelaki. Kalau kena caranya. Tapi, kadang2 ada lelaki ambil kesemptan, jahat dan tidak bertanggungjwab. Yang itu, serahlah kepada Allah utk membalasnya. Kerana setiap org akan mengadapNya juga.

Bagi isteri, yg pertama, terimalah kalau kebebasan balik ke rumah mak tidak sewenang seperti waktu bujang. Bincang dengan baik.


Kalau suami asyik nak lebihkan mak dia, ikutlah.
Sbb hukum kata, mak mentua sama taraf dgn mak sendiri. Buat baik kpd mak mentua sama ganjaran buat baik dgn mak sendiri. Tapi kalau mak mentua pula jahat mcm Nyonya Mansur, pandai2lah bawa diri.

Sebab tu saya buka penulisan ini dgn cerita ttg mak bapak, bukan suami isteri kerana pengaruh ibubapa sebenarnya sangat besar dalam hubungan rumahtangga anak2.
Kalau mak bapak baik2 dan memahami, alhamdulillah. Insyallah anak (suami/isteri) akan menurut contoh yang ditunjukkan oleh makbapak.

Semoga berjaya, wallahu'alam, wassalam.



*ada 2 pendapat. Satu kata boleh, satu kata tak boleh. Tetapi, lebih kepada tak boleh.

p/s : segala soal-jawab di sini adelah hukum feqah, bukan akidah. Jadi tak payah nak sangkal-menyangkal. Hukum feqah boleh pelbagai/berbeza pendapat, terpulang pada kita untuk menyesuaikan dengan kesesuaian kita. Kalau rasa tak sesuai, dianjurkan supaya mencari pendapat lain. Tiada masalah.