2011-07-13

Cool off session...





Eh thx for the offer yer.. tolong promo skit boleh? adik aku baru buat opening last week dekat Bandar Tun Hussien Onn. Insyallah this week official opening.. sian gak minggu nie adik beradik aku tak dpt nak turun Kl sbb sumer dah balik negeri masing- masing. So ini jer salah satu cara untuk aku tunjukan support aku pada dier.


Ko nampak tu wahai adik???
Kakak mu telah men-support, jadi bersegeralah menghantar tutti frutti delivery kepada beliau. Tapi sebelum hantar ke Penang tu, singgah la dulu kat Putra Heights. Eh.

Kalo ko plan nak singgah kedai nie bgtau yer.. kompom ader special price untuk ko!
Wahhh..ko pulak yang memandai konfem kan eh?

To all, apa yang ditunggu lagi.
Bila lagi nak merasa Tutti Frutti at discount rate?
Standard price mahal gila okkk. Sampai RM20-30 secawan. Tak tertelan kau. Rasa nak kemam je sampai besok pagi.

Offer ini limited ye :


Tutti Frutti Frozen Yogurt
Now open at Bandar Tun Hussien Onn, Cheras
20% discount for 1 week! Promotion valid until July 17, 2011

It's an offer that cannot be missed :)





p/s : BTW, Obey share kat aku link ni. Dia kata kat sini ada list blog-blog yang bakal digodam. Kalau digodam maknanya entry-entry ko tetiba je hilang. Aku pun tak tau apa masalah penggodam ni. Boleh check sini : http://www.gengblogger.com/apollo.txt

Roti paung





On the way balik dari KT aku tweet gamba aku melahap roti paung dalam kereta.
Pastu sorang-sorang followers tanya apakah menatangnya roti paung tu.

Tu kat atas tu dah ada orang buat bisnes roti paung. Online lagi!
Aku pun tak tau sape yang punya bisnes ni, aku nampak kat FB so aku letak je la kat sini so that korang leh order.

Kalau kat Manir, dia jual RM2 sebuku.
Kalau aku yang beli tak mainlah sebuku kan. Sebuku tu baru aku merasa je. Belum makan lagi. Habis makan, mesti nak kena tambah. Tu semua kena kira.
Isnin lepas aku beli 5 buku. Aku sorang je makan 2 buku, dalam keta je dah selesai.

Actually roti ni ala-ala roti kentang kat Tesco tu.
Tapi roti paung ni macam trademark Tganu la.
Kalau pergi Tganu tapi ko tak makan roti paung, tu maknanya ko belum sampai KT lagi ye.

Roti paung ni dalam dia ada planta.
Bukan butter ye. Tetapi planta (marjerin).
Tapi kalau aku makan, selalunya aku buang yang part marjerin tu sebab tak sedap la pulak tekak aku makan. Aku makan part roti kosong tu je. Tu pun lajuuuuu je aku menyumbat.

Mak aku kata skarang, roti paung ni dah dievolusikan kepada roti paung kaya and roti paung kacang merah. Tapi aku tak pernah jumpa lagi. Yang belum pernah rasa roti paung, baik tryyang ori punya dulu. Memang tak rugi. Sedap. Nak pulak kalau makan panas-panas. Hari tu aku beli yang kaw-kaw keluar dari oven. Nak pegang pun melompat.
(actually mana-mana roti pun kalau fresh from the oven memang sedap and lembut), tapi bagi aku roti paung ni extra lembut. Maybe sebab dia buatan orang kampung, so bahan-bahan yangdia pakai tu tak banyak yang merepek. Yang basic-basic je. Sok-sok kalau dah macam-macam dia masukkan mesti dah jadi macam bun biasa kat bakery.

Aku pulak jenis yang tak suka beli makanan yang 'di-upgrade'.
Bukan apa, kengkadang makanan yang dorang upgrade ni yang ntah apa-apa. Merepek je aku tengok. Macam asal boleh nampak lain sikit. Padahal pusing-pusing itu jugak. Kadang-kadang lagi teruk rasa dia lagi ada.

Contoh kalau kuih raya kan.
Baru-baru ni aku makan sample blueberry tart.
Gila tak sedap!
Kuih-kuih tradisi ni kalau boleh toksah la korang nak ubah suai. Penat je korang menggentel inti tart tu, ujung-ujung tart nenas jugak orang beli.

Semperit pun sama.
Dah elok-elok dah semperit tu sedap gila, kau nak jugak letak choclate rice atas dia, tabur manik-manik gula tu la pulak. Dah satu keje pulak aku nak cabut sebijik-sebijik manik tu letak tepi.


**Selingan**
Hari tu ada sape ntah tanya if Rayyan berak lawas ke tak. Sebab anak dia sampai 10 hari tak buang air. Asik nangis je. Kejap-kejap kena masukkan ubat sabun tu.

Aduiiii, kesian la pulak aku dengar. Ubat sabun tu kalau masuk kat bontot aku pun tak sampai 30 saat membuak-buak sakitnya. Ni kan pulak baby. Budak ni pun tak tau camana nak buat dah. Anak dia kalau tak masukkan ubat sabun tu memang tak berak-berak. Dua hari tak berak pun aku boleh sakit kepala migrain. Inikan seploh hari??? Mau hilang ingatan terus.

So aku cakap Rayyan alhamdulillah. Takde masalah tak lawas. Sehari sampai 2 kali berak. Aku takde petua apa-apa. Cuma aku bagi dia makanan berasaskan pisang. Biskut Heinz with pisang, kastard pisang, kacang peas blend dengan bayam, etc. Tapi tiap hari, salah satu meal dia mesti kena ada pisang. So far dia tak pernah lagi sembelit ke, taik keras ke, apa ke. Lembutttttt je keluar dari bontot. Mak Aji cakap 'Cantik taik si Rayyan ni keluar. Lembut panjang je macam semperit'. (mati la takde orang makan semperit tahun ni).

Dah..dah.
Aku nak buat keje.

Kalau sesape ada petua camana nak lawaskan perut baby, tolong bagi komen ye.
Biar jadik panduan semua pembaca.

Kaspersky murah!



Sesiapa yang pakai Kaspersky, kalau berminat nak beli boleh contact this lady. Ini aku copy paste je dari email dia :

Aku nak jual Kaspersky Antivirus dan Internet Security dengan harga MURAH. Tertera di bawah harga jualan.

Kaspersky Antivirus 2012 (1 year 1 PC) - RM13


Kaspersky Antivirus 2012 (1 year 3 PC) - RM23


Kaspersky Internet Security 2012 (1 year 1 PC) - RM19


Kaspersky Internet Security 2012 (1 year 3 PC) - RM28


Ini lebih murah berbanding membeli di kedai-kedai komputer sebab tiada kos untuk CD serta packaging. Jangan risau ini 100% original. Anda akan diberikan activation key, masukkan activation key ini ketika anda install aplikasi Kaspersky ini.Sila beri masa 1-3 hari untuk proses penghantaran activation key.

Ini bukan scam OK. Saja nak buat side income, maklum la aku nak beli banglo paling besar di Pasir Gudang ni.haha. Untuk pembelian, sila ikut langkah seperti di bawah.

1. hantar emel nak Kaspersky versi mana ke n a w u z a [ a t ] g m a i l [ d o t ] c o m

2. tunggu confirmation, akan cuba reply secepat mungkin. kalau lambat mungkin aku berada di luar jangkauan internet so sila sabar. dinasihatkan pembelian pada hari bekerja.

3. bayar dan emel bukti pembayaran (print screen atau details)

4. tunggu activation key. installer Kaspersky download di sini.

sumber : SINI

2011-07-12

Aik??




Dalam pada tu ada gak yang nak mensabotaj aku kan?

Takpe, aku maafkan.

Oh please, not again!!!



Another reader informed aku tentang this sweet girl yang memplagiat BLOG aku tak agak-agak. Dik, ni nasihat free kaka bagi sebab masuk kau, dah 3 kali blog akak di-plagiat. Kalau nak blog, first thing - JANGAN MENIPU DIRI SENDIRI. Kalau dah sampai 90% of your blog adelah di-kelepet dari blog akak, baik ko jadikkan akak salah sorang author blog ko je.

Some of the entry yang diplagiat, ujung-ujung aku dah tak larat nak copy paste.

Kalau yang dah biasa baca blog green apple, mesti recognize entry-entry yang kat bawah ni yang budak ni claimed as hers???!!!


2011-07-06

Kereta kalau dah kecik, memang payah. Apa pun tak boleh!


ADVERTORIAL FOR 48 HOURS. SCROLL DOWN FOR LATEST UPDATES




Sape ada bendalah ni dalam kereta dia angkat tangan!

Dulu kan, aku rasa ada benda ni mesti ada dalam setiap kereta sebab buat kereta nampak kemas. Dulu masa baru berempat - aku, En Wan, Redza, bibik, memang sangat bergunalah car organizer ni. Nak sangkut gameboy Redza pun sini, sangkut botol susu Redza pun kat sini, pencil kaler Redza, buku kaler Redza, babywipes Redza, selitkan pampers 1-2 helai.....semuanya barang si Redza je lah.
Masa tu kira senonoh lagi la kereta aku.
Baru empat korang katakan..

Skaranggggggggggggggg adelah tensi everytime nak travel jauh, apetah lagi kalau travelling dengan kereta aku. Aku rasa kalau ikan sardin tengok keadaan kereta aku masa tu pun dia serender taknak jadi sardin dah.

Now bukan berempat ye. Now sudah ...

1. En Wan
2. Miss Universe
3. Redza
4. Rayyan
5. Bibik
6. Mak mertua

Mak mertua aku dah duduk dengan aku skarang.
Tapi itu bukan masalahnya, sebab mak mertua aku pun kecik je.

Aku ngan En Wan dah tentu-tentu duduk front seat. Ok, settle.

Yang kat blakang ni yang selalu bawak masalah. Punyalah padat!
Everytime nak gerak mana-mana mesti aku nak kena susunkan bontot-bontot diorang yang kat belakang ni. Kalau aku tak susun sah tak bernafas. Silap-silap ada yang bontot tersepit kat pintu.

Kronologi nak berjalan adelah....



Mula-mula kena masukkan baby seat Rayyan.

Dia punya kerusi sorang je dah makan space. Sometimes nak kasik lega sikit kat belakang tu, aku mintak mak ribakan je.
Tapi, kalau takat balik Bangi beriba takpe lagi.
Kalau balik Tganu???
Tak ke kejang lengan orang tua tu nak meriba anak aku sampai 6 jam?

Last sekali masuk kereta haruslah Redza, sebab Redza konfem kena duduk atas riba mak mertua aku punya. Tu pun kalau angin dia ok la. Selalunya makan penampar aku, sebab dia mesti nak duduk tengah jugak. Dah kalau dia duduk tengah sape pulak nak jagakan Rayyan? Dah la bapak dia kalau buat lap tak ingat orang belakang, main kona baring. Mau termasuk bawah kerusi anak aku ni kang.

Soooooooo macamana aku nak buat sekarang ni??

Baby carseat sah-sah kat tepi, pastu bibik, Redza, pastu mak.
Yang si Redza pulak tetappppppp nak duduk tengah.
Hiruk-pikuk kat belakang just nak ambik tempat.
Kereta belum berjalan lagi ni, badan aku dah berlendir ngan peluh just nak menyusunkan dorang semua.

Penyudahnya gini je.....pangku je lahhh. Save space.


Ok, tu baru bab susun orang ye.

Ni aku nak masuk bab susun barang pulak.

Balik Tganu yang lepas, kitorang bawak kereta aku. Kereta En Wan kasik rest.
Selama ni, kereta aku tak penah lagi penuh dengan barang-barang budak. Selalunya barang-barang customer aku je.

Baru that day aku realized yang kereta aku sangatttttttttttt la sempit.

Apa-apa hal, masukkan stroller Rayyan dulu.


Pastu beg aku.

Aku ngan En Wan pegi mana-mana share beg. Redza beg asing sebab dia sibuk nak ada beg sendiri.

Ok now, kita dah ada stroller and 2 beg.

Belum masuk beg mak aku. Beg bibik.
Bakul Rayyan lagi, mana nak campak? (bakul isi susu, botol-botol Rayyan, makanan Rayyan, Ribena Redza).

Beg Redza + bakul Rayyan

Ok.

Stroller, done.
Bags, done.
Bakul, done.

Siap!

Selalunya sebelom tutup boot En Wan akan tanya 'Ada apa-apa lagi tertinggal?'

Oppp..opppp....opppppppppppp!!

PS2 Redza.
Laptop aku.


Ha, kauuuuuu.

Nampak boot aku??
Macam nak terjongkit kereta ni aku kejekan. Ni pun cara-cara aku tak masukkan semua.

Tu yang kadang-kadang, aku terpaksa korbankan stroller Rayyan.
Pastu kat Tganu masing-masing bertolak-tolak taknak dukung Rayyan time berjalan-jalan.
Sudahnya Rayyan tinggal rumah ngan bibik and nenek.
Biar mama and papa je shopping *wink*

Ni baru hala pegi ye. Belum hala balik lagi.

Tau je la kalau dah nama balik kampung tu, takkan balik KL melenggang je. Mesti nak bawak balik buah tangan.
Keropok lekor kalau tak RM70 ringgit tak sah.
Keropok keping lagi?
Jeruk kelubi En Wan wajib 2 balang.
Belum masuk roti paung aku, kuih-kuih frozen like kayu keramat, pau, karipap ikan.
Tu belum lagi aku cerita barang-barang yang aku bawak keluar dari Pasar Payang.
Ha, sape nak jawab?

Hari tu balik KL sepanjang jalan aku meriba 2 balang jeruk En Wan. Nak bubuh kat kaki pun dah takde ruang, penuh dengan keropok.

Bershopping macamkan tak penah datang Tganu eh? Padahallllllllllll..

Apa-apa pun, cabaran tak stop sampai kat situ je ye.
Ni esok lagi 2-3 bulan dah nak kena beli walker pulak.
Celah mana aku nak sumbatkan si walker ni nanti pun aku tak tau.
Kang ada yang everytime balik Tganu aku suruh bibik ngan mak naik bas.

Eh, keji gila.

Pernah sampai ke satu tahap, aku nak beli roof carrier.
Tapi En Wan pulak tak kasi.

Abis, kalau dah tak kasi aku beli roof carrier tu takkan tak paham-paham lagi bang oi? Takkan tahan nak menyardin sampai bila-bila?

Sempit gila kereta saya,
Dah tak muat family kita yang besar,
Kereta awak pun dah pakai lama,
Bilakah nak tukarrrrrrrrrrrrrrrrrrrr? (kasik nyaring sikit bunyik tang hujung tu)

Ha, jawab En Wan, jawab!

So 2-3 hari ni aku ngan En Wan dok la gatal-gatal usha website-website keta. Aim kali ni keta besar. No sport-sport car lagi ye, En Wan! Keta aku skang pun dah sempit, ko jangan nak menambahkan sempit otak aku pikir mana nak sumbat segala macam tok nenek barang-barang everytime nak jalan satu family.

Kepala aku macam dah tune kat MPV je. Memang before aku beli kereta skarang ni pun aku dah imagine myself driving MPV. Bila kepala dah tune MPV, memang itu je la yang aku google.

Sekali kan, aku ter-stumbled upon website Exora Proton.


VIP Test Drive okkkkkkkk.
The best thing is 9 July tu aku memang ada kat KT dah pun. Huah huah huah huahhhhhhh!!!
Lantassss, men-register untuk menjadi VIP okkkkk!

Aku ni punya la sexcited nak jadi VIP, sampai terlepas pandang ni haaaaaa...




Spa kauuuuuu.
Makan free lagiiii.

Mau tak gelupur aku nak me-register sampai terbabas-babas eja nama sendiri, punyalah nak cepat menaip. 20 lucky couples je dowhhhhh.

For those who are interested to join the KT VIP session this weekend, anda semua boleh meng-express your interest and leave your name and contact number in the comment section. Letak je nama and contact kat komen box aku ni, contact no tu biar check2-3 kali ye, nanti anda akan dicontact. Tapi mesti cepat!!


Details :

Riaz Hotel
8 & 9 July
9am - 4 pm


9 July kita jumpa di sana ok orang-orang KT?

Kalau nampak pompuan pendek terjenguk-jenguk kat Exora tu, tidak syak lagi. Aku la tu!

2011-07-05

Jangan lah kata aku extremist



Sedih gila bila kawan aku bagitau, another friend dok berYM pasal aku yang katanya SANGAT EXTREME bila berhijrah (hijab).

Aku pun tak faham tang mana yang extremenya.
Mungkin selama ni aku selalu pakai baju tak cukup kain, skirt sependek-pendek yang ada, dah la skirt pendek, siap terbelah lagi sampai peha.
So, kalau dulu aku adelah orang yang berpakaian macam tu, forever aku macam tu la?

Bila aku macam tu, orang cakap dah tua pun nak seksi, kebal akhirat la, laki masuk neraka la. Bila aku berhijab, macam ni la pulak aku dapat.

Aku tau kawan aku tu terperanjat dengan penampilan aku now. Tapi janganlah comparekan aku now dengan dulu. Memang kau akan rasa aku extreme gila. But to those yang bertudung dorang akan nampak aku biasa je. Cuma aku je dulu yang 'luar biasa' sangat.

Baru-baru ni aku lunch dengan kawan aku tu.
First, dia memang tak tau aku dah bertudung. So bila nampak aku tu memang dia senyap sepi kejap. Dia tengok aku atas sampai bawah pastu tenung mata aku macam mintak penjelasan apa dah jadik dengan kauuuuuuuuuuuu????

Tapi dia tak tanya apa-apa, cuma masa makan tu aku dengan dia dah tak macam dulu. I mean dia yang tak macam dulu dah.

Kemon laaa, appearance aku je berubah. Yang lain semua still sama. Aku cuma ada kekuatan untuk ubah luaran aku je dulu buat masa sekarang, dalaman, aku masih lagi macam dulu. Aku still gelak terbahak-bahak, bergossip masih lagi on, kadang-kadang beg aku terjatuh aku melatah 'op pantek'. Tapi pastu 'astaghfirullahhhhhhh'. (kira ada peningkatan la sikit skarang dah beristighfar kan. Bila nak berubah yang satu ni aku tak tau la).

Masa lunch tu, aku try jugak 'meriuhkan' suasana yang macam melawat orang mati, tapi gagal. Samada aku buat lawak bangang ataupun penampilan aku now memang buatkan kawan aku tak selesa.

Masa tengah lepak-lepak lepas makan, akhirnya diorang bukak mulut.

Aku takde hal kau nak cakap apa pun, bagi aku itu lebih baik dari ko buat aku macam terbangang-bangang sorang-sorang, tapi kau dua orang asiklah pandang mata sesama sendiri macam bagi hint 'Kau la tanya....eh apa lak aku...kau la'.

Dorang kata firstly, dorang sangat sangat terperanjat bila aku bertudung.
Ok, fine.
Bukan kau je terperanjat.
Laki aku pun terperanjat bila dia ajak keluar, alih-alih aku turun bawah dengan berkelubung. Terpisat-pisat kejap En Wan tengok aku.

Second, dia kata dah la aku bertudung, cara aku berpakaian totally bukan Diana anymore.
Bagi dorang, Diana tu yang always pakai skirt atas dari lutut, baju kalau see thru lagi bagus, rambut kaler dan suka menayangkan tali bra.

Well, itu kerana kau kenal Diana semasa Diana dengan cara yang begitu.
Kalau kau kenal aku dengan penampilan aku sekarang, mesti isu ni tak wujud.

Dorang cakap, aku not only bertudung, but aku siap pakai inner baju and berstokin.
And cara aku berpakaian very the makcik-makcik dengan baju longgar, labuh, bla bla bla...

Masa dorang bagitau tu aku memang takde explanation selain senyum.
Tapi sebenarnya aku nak menangis.

Actually memang dari aku start rasa nak bertudung aku dah kata dengan diri aku sendiri, aku takkan keluar rumah pakai body shape clothing anymore. Aku akan pakai segala baju ketat and skirt rabak-rabak ni kat rumah je. Aku tau aku akan nampak sangatttttt makcik-makcik one tapi lantakkkkkkkkkkkkkkkkk lah. Ada aku kesah?

Memang kalau yang dah biasa tengok aku dulu, akan nampak aku sangatttt extreme now. Tapi aku tak rasa aku extreme pun. Tak tau la kalau korang pun rasa macam tu.

En Wan pun mulanya macam takut gak bila dia tengok aku dengan berinner baju berstokin segala. Dia cakap 'Kenapa pakai inner? Kan baju tu kan three quater sleeve?'

Aku just cakap 'Nanti kat rumah Di pakai balik baby-T eh?'. Smile, and done.

10 tahun dia hidup dengan aku, and dia tau sangat cara aku berpakaian macamana, so bila aku decided nak bertudung of cos dia la orang pertama yang terperanjat. Dia pun takkan sangka bini dia yang 'out-going' lah sangat ni boleh terbukak hati nak bertudung. Dia memang tak pernah mention apa-apa pasal bertudung cuma dia akan approvekan pakaian aku setiap kali nak keluar. Of cos kalau nak balik Tganu takkan nak bawak skirt pendek? Nak mati sangat dah ke? So selalunya dia akan check if pakaian aku tu sesuai or not dengan persekitaran. So, pada yang sebelum ni cakap laki aku tu tak ingat neraka tak nasihatkan bini dia supaya bertudung, janganlah ikut sedap mulut je nak bercakap. Kita sendiri tak tau kita ni di tempat yang mana. Kalau Tuhan dah kata kita kena berhijrah sekarang, sekarang jugak lah kita dibukakkan hati untuk berhijrah. Takde delay seminit dua dah. Tapi kalau kita nak diuji Allah, anytime je kita boleh tersungkur walau sekuat mana pun kita rasa iman kita. Jangan sesuka hati menilai iman orang. Iman kita, hanya Tuhan je yang tau.

Sebenarnya niat nak bertudung tu dah ada dalam 2 tahun kebelakangan ni. Sku dah siap-siap kumpul tudung, beli macam-macam kaler, siap tudung Mak Aji pun aku rembat. Dulu time keje dia pakai tudung Bawal, now main sarung tudung instant je. So aku rembatlah tudung bawal dia tu.

Tapi tu la, niat je ada tapi buat tak jugak. Bertangguh satu hal. Belum ada kekuatan satu hal.
Ditambah pulak dengan faktor persekitaran like tuntutan kerja (aku bukan keje GRO ye by the way) and ada kawan yang dah bertudung bukak balik buatkan aku wonder apesal eh??

Masa aku jumpa customer aku, dorang pandang aku "What happened????"

Tapi aku tak salahkan dorang. Aku yang 'ajar' dorang supaya kenal Diana yang dulu tu macamana.

Tapi alhamdulillah, Allah bukakkan jalan untuk aku rasanya.
Setahun lebih lepas, aku kenal someone yang ilmu agama dia tinggi. Pun macam tu, dia tak nampak macam terlampau Islamic extremist. Cara dia berpakaian sangat biasa. Selalunya orang-orang yang nampak alim-alim ni kebanyakkannya berjubah. Tapi dia tak.

Dia bersembang macam orang lain jugak.
Sembang pasal movie terkini, muzik, isu semasa, berlawak, bla bla bla.

Aku kagum dengan dia.
Hidup dia sederhana walaupun dia sebenarnya sangat mampu untuk hidup mewah.
Korang takkan sangka how many certificates dia ada and apa keje dia.
Aku sendiri tak sangka.

Tapi yang buat aku rasa dia lain dari 'orang alim' yang aku kenal sebab dia melihat aku macam orang lain. Ko bayangkan aku dulu berpakaian macamana kan. Tapi dia takde la macam malu ke apa bila dengan aku. Kata-kata dia sikit tak pernah buat aku rasa terhina ke apa ke. Dia punya approach tu sangat lain. Mungkin ini lah yang kita katakan orang yang ada ilmu tu tau mengamalkan ilmu dia pada tempat yang betul. Yang berlagak ada ilmu tinggi ni je yang selalu lebih-lebih, padahallllllll.

Salah satu teguran dia "Dorang ni pandang-pandang kamu sebab kat sini orang tak biasa tengok perempuan pakai skirt pendek. Kalau orang KL tu dah biasa tengok so takde la jakun sangat".

Cara dia tu sebenarnya nak nasihatkan aku supaya jangan pakai skirt pendek kalau boleh, tapi dia tak sound direct. Malah, dia sanggup cakap orang kat tempat dia (termasuk dia sendiri) jakun. Aku tau dia cakap macam tu supaya aku tak terasa hati, lebih kurang macam dia share malu dengan aku. Like aku sepatutnya malu sebab pakai skirt (tak tutup aurat), dia pulak malu sebab jakun (tak biasa dengan pendedahan macam tu).
Lebih kurang macam tu la.

Satu hari tu aku beranikan diri tanya dia "Sebenarnya kalau tutup aurat ni macamana? Ada orang kata kalau pakai baju ketat baik takyah bertudung, betul ke?"

Dia jawab "Dalam Al-Quran cuma cakap tutup belahan leher and labuhkan pakaian. Kalau belum ada kekuatan nak buat yang heavy, buatkan lah basic dulu. Janji kamu tutup leher and make sure pakaian tu labuh".

"Kalau pakai inner tu kira tutup ke tak?"

"Tak 100%, tapi lebih baik dari terbukak. Slowly ubahlah. Jangan pulak tak ubah"

"Kena pakai stokin ke?"

"Ada mazhab kata perlu, ada yang kata tak. Kita ambik mana yang kita rasa baik untuk kita lah".

Kalau selak wardrobe aku dulu memang kau tak jumpala istilah baju tutup belahan leher dan labuh. So bila aku bertudung ni, memang aku buat pmbersihan secara besar-besaran. Apa yang aku rasa boleh pakai kat rumah, aku simpan. Selebihnya aku buang. Tapi esoknya aku tengok mak mertua aku tengah lipat balik skirt-skirt and baju-baju aku tu. Dia nak bawak balik bagi orang kampung. Sayang nak buang katanya. Ahhh, sudah! Habislah orang kampung cakap mak aku ngajor anak-anak dorang jadi setan kang.

Yang bestnya, bila lemari dah kosong, maka kitaaaaaaaaaaaaaaa?
Kita apa anak-anakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk???

Ye, betul.
Pandai anak-anak sekarang.

Kita SHOPPINGGGGGGGGGGG!!



Antara baju ala-ala makcik yang ada dalam lemari aku skarang.


Aku sendiri tak sangka aku pakai baju camni now. Hahahah. (gelakkan diri sendiri)

Banyak lagi benda yang aku tanya tapi takyah la aku cerita semua kat sini kan.
Orang lain lama dah tau, aku je yang baru nak nak blaja.

Last sekali aku tanya "Tapi, husband saya lebih suka saya bergaya. Habis kalau dah ketat tak boleh, inner tak boleh, camne ye?" <--- contoh soalan orang jahil.

"Berfashion tak salah. Lilitlah tudung awak ikut fesyen mana pun, baju fesyen apa pun, janji yang basic tu kita ambik dulu. Labuh dan tutup belahan leher".


Kalau boleh, aku nak cerita kat kawan aku tu pasal semua conversation aku dengan this new friend I met, tapi kang kalau orang macam aku dah bukak topik-topik macam ni dia kata dunia nak kiamat la pulak. So, aku biarkan je la. Suatu hari nanti diorang akan faham. Aku dulu pun tak faham gak, tapi alhamdulillah sikit-sikit now aku dah mulai faham.

Bagi aku, takde istilah extremist dalam berpakaian ni.
Cuma mungkin dulu aku adelah orang yang begitu, so orang akan expect aku akan kekal begitu.
Insyallah, kawan aku akan boleh terima the new me. Takde apa yang berubah kat aku ni, macam dulu jugak. Tak caya, meh join aku kat Twitter. Yah Yah Yah! Baru kau tau siapa kah akuuuuuuuuuuu. Hah hah hah hah <--- gelak jin aprit.

Jangan salah anggap pulak. Kang ada yang kata 'Blaja dengan sorang guru je dah rasa bagus'. Takkan semua guru yang aku tanya aku nak cerita kat sini kottttt. Kang dapat cop poyo lak.

Masa dalam proses aku nak berhijrah ni, aku pernah rasa nak give up.
Sebab aku rasa macam orang pandang hina sangat dengan aku. Memanglah cara berpakaian sedikit sebanyak mencerminkan siapa diri kita tapi itu cuma anggapan kau. Kau yang suka sangat buat assumption. Bayangkan la, aku singgah solat kat surau, tanya orang kat situ mana tempat wuduk muslimat. Makcik tu pandang aku atas bawah pastu buat muka kerek 'Awak nak sembayang ke?'.

Abis, aku nak beristinjak ke kat bilik wuduk tu?

Masa aku nak beli selendang untuk majlis akikah Rayyan hari tu pun, budak yang dalam butik tu cakap 'Akak kalau nak beli untuk mak elok pakai kaler-kaler suram macam ni'.

Helooooooo.
Aku ni layak beli cekak rambut je ke???

Tu di luar ye.
Dalam blog ni je pun dah macam-macam aku dapat.
Aku dah naik lemas dengan persepsi orang.

Sampai satu tahap aku rasa nak giveup.
Sebab aku rasa orang macam aku ni akan jadik bahan gelak je kalau aku nak tanya pasal agama.

Aku pernah dapat a few mimpi secara berturut-turut tentang sesuatu yang pada aku sangat pelik. So aku rujuk pada orang yang berilmu. Bila dia explain kat aku, aku rasa sangat-sangat insaf and rasa macam dah dekat sangat waktu untuk aku berubah. Aku pernah tanya dia orang macam aku ni mustahil sangat nak dapat petunjuk macam tu.

Jawapan dia yang sangat terkesan sampai sekarang :

Dia : Kita masuk syurga bukan kerana amalan kita. Apa sangat lah amalan kita setakat solat 5 waktu, solat sunat yang tak sebarapa, puasa dan lain-lain tu? Kita masuk syurga kerana redha Allah terhadap kita. Kita sendiri tak tau apa yang Allah redha tu.

Aku : Tak faham.

Dia : Contohnya anak. Kadang-kadang anak menyakitkan hati kita. Kita suruh mandi, dia lengahkan. Kita suruh kemas mainan, dia hempas-hempas. Kita suruh blaja, dia bertangguh. Tapi macamanapun perangai dia, kita tetap sayangkan dia kan?

Aku : Yup.

Dia : Sebab dia anak kita. Jadi kita sayang. Tapi, dalam banyak-banyak anak mesti ada satu yang kita paling sayang. Itu kita tak boleh tipu diri sendiri.

Aku : Hmmm..

Dia : Sebab apa kita paling sayang? Padahal dia sama macam anak-anak lain jugak. Degilnya sama, rajinnya sama. Mesti ada sebab kan?


Secara ringkasnya, bukanlah bermaksud ko tak solat pun takpe. Cuma Dia lebih tau dari apa yang kita tau. Wallahualam.

Aku harap korang faham apa yang aku sampaikan ni.
Budak ni kalau bercerita pasal agama memang tergantung-gantung, dia suka kita pikir sendiri. Aku rasa aku dapat apa yang dia nak sampaikan. Pandai-pandailah korang nak pikir sendiri. Kang kalau aku cerita panjang kang ramai yang tunggu nak tembak ni.

Aku pun masih blaja lagi ni.
Kalau ada salah aku mintak maaf, aku just ceritakan pengalaman aku je untuk dikongsi.

Match




En Wan bawak balik 2 tiket.
Mati-mati dia nak bawak aku tengok game Chelsea-Msia ni.
Member dah siap beli jersi Harimau Malaya dah Sabtu lepas.

Aku : Aikk? Ingatkan nak beli jersi Chelsea.

En Wan : Mana bolehhhhh. Malaysia tetap Malaysia.

Aku : Duduk seat Malaysia la nanti?

En Wan : Takde hal la duduk mana pun. Yang pakai kaler biru pun kalau Msia gol dorang tetap bersorak jugak. Tak caya nanti, tengok la.

Aku : Abang nak ajak Di ke?

En Wan : Habis tu? Boleh ajak orang lain ke? (angkat-angkat kening kat aku. Tebiat apa ntah)

Aku : Sesak tak?

En Wan : Kalau Malaysia main je konfem stadium penuh, ni kan pulak Chelsea yang datang.

Aku : Ada surau ke?

En Wan : Ada.

Aku : Toilet dia busuk tak?

En Wan : Ok je. Yang perempuan abang tak tau la.

Aku : Kalau lapar camne nak kuar? Gate tutup kan?

En Wan : Kita beli la nanti.

Aku : Stadium ada aircond?

En Wan : Haishhhh. Awak tinggal rumah je la, Di.


Mission accomplished :)

Sebenarnya aku tak sampai hati nak rejek offer dia sebab dia dah susah-payah beli tiket. Bab nak bersesak-sesak ni mintak ampun laaaaa. Takde nya aku hingin nak pegi.
Bershopping kat tempat yang beraircond tu pun aku taknak kalau sesak, inikan nak berlendir dalam stadium??

Mintak mahapppp.

Aku malas la nak menjebakkan diri tengok live match ni.
Alangkan tengok kat tv je rupa aku dah macam batak terlepas.
Asal tertekan je, aku tarik-tarik rambut sendiri, benam-benamkan muka kat bantal.
Kalau tengok live, agaknya mau tertanggal tudung aku.

Lagipun aku tak nak kena heart attack la wehh.
Tengok kat tv je dah semput.
Like semalam punya game.
Kalau aku ada kat stadium semalam, mau ref tu aku lestik.

Kesimpulannya, anda lebih kenal diri anda sendiri.
Kalau rasa-rasa diri tu emo tahap tak boleh blah, duduk je la dendiam kat rumah. Takyah la masuk stadium pastu bakar sana bakar sini. Menyusahkan orang je.

Tak kisah la kalau lagu zaman Jepun pun



Tadi aku kuar jumpa fetch customer.
Lebih kurang umur aku je dia ni. Tapi umur aku la yang kurang dari dia. Dia lebih. Hehe..

Selalunya kalau yang menumpang kereta aku tu bukan dari golongan friends and relatives, aku akan tutup radio. Tapi tadi aku terlupa sebab blur tak pasal-pasal tengok customer aku bawak henbeg Chanel yang aku aim-aim kan. (aim je la, belinya sorry the morry)

After 10 minits drive kan, dia cakap 'Bestnya lagu-lagu dalam kereta you ni!'.

Aku macam .... LAGU DALAM KERETA AKU BEST????
BENARKAHHHHHHHHHHH???

Selama ni aku tutup player sebab takut ada tulang-tulang osikel yang retak layan mp3 selection aku. Rupanya masih ada lagi yang layan lagu-lagu macam ni.

Adik aku kalau masuk kereta aku mesti cakap 'Apesal lagu-lagu kau semua lagu-lagu zaman sebelum perang?'

Kau tahan dengar lagu ni hari-hari???

Ini lagu wajib okk.

Agak-agak kalau aku stress gila pikir nak close deal, lagu ni wajib dengar. Macam bagi ketenangan je.




Ni version Tok Pah, sedutan filem Hapuslah Airmata Mu.


Aku kan, kalau ko suruh aku ulang-ulang tengok citer ni, Dendang Perantau (bukan P Ramlee ye, tapi Latiff Ibrahim dengan Uji Rashid), Darah Satria and Prebet Lapuk, sangattttttt la aku tak kisah.

Tahun 2002 tak salah aku, dorang ada keluarkan kaset (kaset je aku mampu beli kauuu) OST Hapuslah Airmata Mu. Masa tu aku blaja lagi, tak keje. Menangis-nangis mintak En Wan belikan kaset ni. Sampai sanggup janji taknak ajak pegi shopping segala. Padahal kaset tu RM15 tak sampai.


Aku memang selalu jadi bahan gelak ngan adik-adik and kawan-kawan aku kalau masuk bab lagu, movie or fav star. Aku pun tak tau apesal aku stuck kat era ni. Rasa tenteram je masuk zaman ni. Macam segala-galanya peace and serene. Lagu-lagu pun tak menyakitkan kepala otak aku. Lagu-lagu sekarang ni macam semak pun ada. Segala macam teknik dia nak masukkan. Hasilnya rabak.

Hapuslah Airmata Mu baru satu je aku tunjuk dalam player aku....



(abaikan debu-debu kat player aku ni ye)

Citra Cinta - Normala Omar (bini Zulkifli Zain)
Debu Di Hati - Ebby Saiful (OST Ali Setan)
Derita Cinta - Jamal Abdillah


Tak cukup kat kereta, kat henfon pun aku simpan lagi yang sama, buat dengar kat bilik air. Baru boleh mandi dengan tenang.


Sebab tu kalau aku tak suka gi mana-mana naik kereta En Wan.
Aku rasa bingit.
Dia suka benar bukak radio lagu pekak-pekak ni.
Boleh muntah. Pening!

Ni aku tak ekzejeret ye, aku memang pernah muntah naik kereta dia sebab tak tahan dengan lagu-lagu merempit-rempit tak tentu hala ni.

Bulan lepas Astro Citra dok ulang-tayang Prebet Lapuk sehari 2 kali, dua-dua kali tu aku tengok. And dua-dua kali tu jugak la aku sebak bila dengar lagu ni...



Dengar lagu macam ni rasa semangat ada, rindu dengan zaman dulu-dulu pun ada.
The good old days. Masa ni negara pun aman je lagi. Semua bersatu hati.

*Sad*

Main masak-masak


Semalam buat pertama kalinya dalam tempoh 5 tahun aku buat balik cookies resepi terpendam aku. Jenuh jugak la panjat kerusi carik mana aku campak alat-alat buat kuih aku.
Lepas jumpa, basuh-basuh semua dan kita mulakan!!!!!!!!!




Aku adelah manusia yang suka gunakan tangan dalam kebanyakkan urusan. Jadi part menggodak adunan ni memang aku akan guna tangan. Tak kisah la adunan tu lembik ke, keras ke, tangan jugak yang best. Terasa gila baikk punya sebati.

Same goes to buat cekodok, gaul pisang dalam tepung beras and all, lagi best guna tangan.
Maybe ada yang kata 'Hek eleh, biasa la. Semorang guna tangan'.
Not all ye, Puan-puan.
Aku pernah ada pengalaman ke dapur dengan wannabes yang beli barang nak buat kek kemain lagi. Nak butter yang paling mahal. Alasannya kek lagi sedap. Ok, fine. Aku agree statement tu.
Gula castor taknak beli yang timbang kilo, nak beli yang dalam pek ber-brand. Telur pun nak yang omega-omega.
Beli loyang tak agak-agak, nak yang tak melekat la, tak melekit la. Tapi kek kau bantat jugak aku tengok. Padahal nak buat kek marble je. Hampas.
Dulu ada member aku ajar aku cara nak buat pisang goreng bermadu. Padahal nak gelek-gelekkan pisang dalam tepung beras je kan, apa la salahnya ko guna tangan je. Aku tak paham kenapa mati-mati dia nak guna penyepit. Kebetulan tak jumpa penyepit masa tu. Nak tunggu dia geledah semua laci cari penyepit, aku rasa kalau kasik aku goreng pisang tu dah selesai dah pun.
Selain dari guna tangan untuk buat kuih, makan spageti pun aku guna tangan. Baiklah, yang ni memang kampung. Jangan contohi saya.

Makan nasik apetah lagi.
Memang tak suai je rasa kalau makan nasik guna sudu garfu.
Aku ni pulak bangsa kalau pakai sudu garfu memang agak me-nyakai. Bising gila macam bertukang. Sebab tu kalau makan kat hotel aku macam adoiyaiiiiiiii. Boleh je kalau nak selamba masuk washroom and basuh tangan tapi bak kata Mak Aji 'Kau boleh tak jangan bawak pe'el Jawa kau kat sini?'.
Sian aku kan?
Jadi Jawa pun salah.
Balik-balik Jawa jugak yang kena kondem.

Macam En Wan takleh.
Nasik putih je dia boleh makan guna tangan, selain dari tu MESTI guna sudu. Kalau takde sudu, dia carik garpu. Takde garpu, dia carik chopstick. Kalau takde sangattttt, dia rela makan burger.
Barat sangat kau kan, makan nasik dagang nak bersudu bagai.
Tapi sleng tetap bunyi Ganu.



Who says anak jantan takleh diharap tolong omak kat dapur??

Ni tengok ni, aku dah kerah dia tolong aku buat cookies.
Walaupun tolong tepekkan choc chip, jadiklaaaaaaa. Janji kau tolong. Yang nak makan pun kau kan.

Redza ni kalau bab-bab menyibuk kat dapur memang dia la orangnya.
Cukup suka kalau aku suruh ambikkan telur, kacaukan lauk. Nak lagi kalau aku kasik dia pegang pisau ngan gunting, kemain lajuuuuu lagi. Cuba kalau aku suruh ambik buku skolah. Kalau boleh merangkak, memang dia akan merangkak ambik buku tu. Memang liat!
Dulu kalau buat cookies, yang tukang cucukkan choc chip harusla Ima. Pastu nanti dia gebang dia yang buat.
Tapi selalunya cookies ni banyak mana pun adunan aku buat, tiba waktu raya tetap tinggal sebalang je. Lepas berbuka, makan 6-7 keping. Lepas sahur kang makan lagi 6-7 keping. Ujung-ujung kan, balang raya Mak Aji penuh ngan kerepek je. Kuih semua gone.


Cookies sedang mengalami tumbesaran.


Lambakkan cookies atas suratkhabar.
Kasi sejuk dulu baru boleh masuk dalam balang.


Satu adunan = 1 balang besar setinggi 30cm :).


Siap!!
Makan la korang anak-beranak puas-puas.
Kalau tak, kejap-kejap kena beli Chipsmore.
Ha, ni makan omak kau dah buatkan.
Makan sampai muntah.

Dulu kan zaman anak dara, time nak raya je inilah kuih kemestian.
Kawan-kawan Mak Aji, sedara-mara mesti akan cari kuih ni dulu. Dah jadi trademark.

Masa buat cookies ni semalam teringat zaman-zaman kena kerah buat kuih raya.
Mak Aji kan, memang tak pernah buat kuih raya.
Aku pun tak galakkan dia buat sebab dia kalau buat kuih raya, satu rumah stress.
Asal dia perap adunan tak kena gaya je, konfem dia mengamuk.
Bukan mengamuk dengan sesaper pun, dengan bekas kuih tu jugak. Loyang terlupa nak sapu butter pun dia mengamuk. Padahal dia je yang sorang-sorang buat, orang lain sikit tak kacau.

Bila aku start naik Form 1, aku dah cuba-cuba menyemakkan diri kat dapur time nak raya. Aku take over tugas buat kuih raya.

Selalunya, aku buat kuih hujung minggu.
Lepas sahur je, aku akan terus siap-siapkan bahan and straight buat 2 jenis biskut sekaligus. Selalunya setiap biskut aku buat 4 adunan terus.
Sampai kul 12tghri selalunya kuih-kuih aku dah siap susun dalam balang.

Kuih siap maka tugas aku untuk hari itu pun selesaiiii.
Mak Aji akan take over dapur pulak untuk get ready masak for berbuka.

Tapi aku cakap kau, buat kuih ni haus okkk. Maybe sebab ko kejap-kejap bukak tutup pven so the heat buatkan ko rasa sangatttttttttt haus. Dah la peti ais sebelah oven je. Kang ada yang silap bukak kang.
So this Ramadhan, aku plan nak buat balik cookies aku just like dulu-dulu. Bangun sahur, lepas sahur terus buat kuih raya. Sehari, 2 jenis. *wink*

Tapi mungkin aku perlukan sedikit kelonggaran buat kuih puasa kali ni.

......buat kuih masa time period.

2011-07-04

Sup *****



Orang nak meniaga kau pun nak meniaga tapiiiiiiiiiiiiii.

Aku ngan En Wan gi makan kat satu kedai area Shah Alam nama Lenggong ke apa ntah.
En Wan kata dia suka makan kueytiaw kerang kat sini, best la sangatttttt.

Aku takde rasa nak makan, maka meng-order sup daging without nasi (motif nak mention taknak nasik bagai??).

Kuetiaw En Wan lagi sesdudu nak habis, aku punya sup daging tak sampai-sampai lagi. Apekelembabnya ni??!!

Aku : Kak, mana sup daging saya? Dia makan dah nak habis ni, saya punya sup tak sampai-sampai.

Kakak : Sup apa dik?

Aku : Sup daging.

(gi dapur)

Bawak keluar sup aku, letak atas meja.


Ok.
Now you tell me apekah tajuk sup ini?

Macam cihibai.

Aku ni bukan baru sebulan kenal sup daging okkk.
Dah tigo ploh ompek tahun dah makan sup daging, jangan la nak kencing aku pasal sup-sup ni.

Aku : Kak, saya mintak sup daging. Ni sup tulang.

Kakak : Eh, sup daging la tu.

Aku : Haaa??? Ni sup tulang la kak.

Kakak : Kita kat sini panggil tu sup daging.


Aku ngan En Wan pandang sama sendiri.


Aku : Oh ye ke??? Apesal tak bawak sup ayam je terus? Ayam pun sejenis daging gak kan?



Kakak tu sengih-sengih je depan aku.
Ko ingat aku buat kelakar ke???

Terus aku takde selera nak makan.
Terasa diri menjadi amat bodoh makan di kedai yang sangattttttttttttttttt $%^&$^&$!!!!!
Sup daging ngan sup tulang pun tak tau beza. Tapi nak meniaga. Tapi bangang.

Ni bukan apa.
Agaknya dia terlupa nak buatkan sup daging aku, terus la buat cerita sup tulang sup daging sama. Kalau betul dua sup ni sama, apesal dua-dua ada kat menu kau??

Bodoh gila kau kan?


2011-06-28

CEPAT!



Ladies,

Please respond before 4.30pm.

Kalau korang :

1. perempuan
2. age 30-36
3. photogenic / cantik / not a shy-shy type
4. my blog reader --------- IS A MUST!

Tolong email me your photo, occupation, I/C number before 4.30pm.

aveo757@yahoo.com

CEPAT!!


Budak budazah itu...



Hari ini, budak budazah itu naik Quran officially....




Alhamdulillah la, tak sangka aku terang gak hati dia.
kalau ikut perangai dia yang 'bijak' tu, aku dulu bajet dia naik Quran Tingkatan 1 esok.

Antara aktiviti Redza di depan mata aku...kalau belakang aku tak tau la apa lagi dia buat...



2011-06-23

Winners



Jawapan soklan semalam :

1. 3 orang adik-beradik
2. 3 kali pregnant
3. Pink
4. Wan Muhammad Redza Farrel / Wan Muhammad Rayyan Akmal


No. 1 semua jawab betul.
No. 4 pun semua betul cuma ada yang tak tepat and bukan nama penuh.

But ramai kantoi kat soklan 2 and 3.

Mungkin konfius pregnant dengan deliver.
Deliver je 2 kali.
Pregnant 3 kali.

Kaler lagiiiiiiiiiiiiii ramai orang konfius.
Aku sebenarnya suka PINK, green apple ni aku pun tak tau mana datang. Maybe masa aku baru start-start blogging, aku baru beli keta kot, so aku ikut kaler keta aku. Mungkin now aku kena tukar nama aku titanium grey pulak.

Aku sebenarnya boleh je pilih kaum-kerabat aku as pemenang, sah-sah dorang tau semua jawapan. Tapi aku rasa this is the time aku bagi peluang orang lain sama. Sebab tu aku buat the contest padahal takyah contest pun bolehhhhhh. Cuma aku nak be fair to all. And 8 orang jawab betul tu aku serahkan pada pihak tertentu untuk pick.

Yang dah dapat email, PLEASE TAKE NOTE THAT ITU BUKAN WINNING NOTIFICATION, cuma invitation saje. Winners bukan aku yang inform.

Thanks.


2011-06-22

Adakah anda kategori jelita?



Mak aiiiii gediknyaaaaaa tajuk entry.
Macamkan kau jelita sangat yang nak bertanya orang lain jelita ke tak.

Aku ada tepek pencarian ni kat FB tapi aku rasa aku perlu expand the pencarian kat sini.

But this is no play-play one ye.

Kalau korang :

1. Pembaca tegar (kalau mengelat memang korang bakal malu sendiri. Ayooo, gua tak tauuuuuuuuu)
2. Perempuan (ketulenan akan diuji)
3. Age 30-36
4. Good complexion (mati laa ada orang nak mengaku sendiri good complexion kan)

TETAPI, ini lah masanya anda yang berkriteria seperti di atas menjual muka kepada aku. Don't worry, takde de aku nak publish gamba-gamba korang kat sini. Aku nak pastikan ia memenuhi kriteria aje.

Jawab soklan di bawah (yang berumur 30-36 saje), kalau betul pembaca tegar :

1. Brapa orang adik-beradik aku?
2. Berapa kali aku pregnant?
3. Aku suka kaler apa?
4. Nama penuh anak-anak aku.

Senang vukanhhh??

Email jawapan kat aveo757@yahoo.com berserta gamba (close up lebih baik), cut off 5pm today.

Jangan tanya hadiah.
Pemenang akan dihubungi melalui email (sebab tu korang kena jawab guna email).

Ayomakkkkk, gesekkkk......GO!!!!

2011-06-21

Game



En Wan rupanya plan nak tengok match Chelsea-Malaysia.
Aku ni tak tau cerita.
Siang tadi baru Si Redza bagitau masa aku pakaikan dia baju nak pegi kelas agama.

Redza : Ma, Papa nak bawak Ija tengok bola.

Aku : Siapa lawan?

Redza : Malaysia lawan Ceksi (Chelsea).

Aku : Oh, dia datang Malaysia ke? Siapa lagi datang?

Redza : Ija tak ingat la. Tapi Barcelona takde.



Urut dada kejap aku. Anak aku kenal Barcelona rupanya. Aku Liga Malaysia pun tak hafal lagi.



Aku : Manchester United tak datang? (belasah je la, janji ada komunikasi)

Redza : Meninaeted (Manchester United) tak boleh datang Malaysia!

Aku : Apesal lak?

Redza : Sebab dia pakai syaitan. Syaitan tak boleh masuk Malaysia.

Aku : Huh??




Sampai ke sudah aku tak paham, tapi aku rasa dia maksudkan gamba makhluk pegang tombak ni kot.

Pastu before dia pegi kelas dia tanya aku lagi.

'Ma, Trengganu dengan Barcelona siapa lagi kuat?'

Adehhhh.
Tak sampai hati aku nak jawab. Kesian pulak.

Tanya je la bapak ko balik nanti nak oiii.

Food lagi





Ni di-courier oleh reader blog ni untuk aku rasa.
Aku ingatkan aku lah orang pertama yang tau [asal apam polkadot ni, rupanya dah berzaman orang tau. Aku je yang selalu tak tau apa-apa :(.
Anyways, pada sesape yang nak try this apam, boleh contact pembuat apam di atas.

Tima kasih pada Anna sebab bagi akak rasa satu tupperware besar.
Masa aku bukak fridge and nampak the apam, mak aiiiiii kaler dia sangat la ngeri.
Gila shocking.
Tapi bila rasa, apam ini sangatttttttttt la lembut.
And ada jem kat dalam.
Not sure if korang boleh request untuk letak jem at your own choice. Boleh contact Anna untuk further details.

NEW INFO FROM ANNA :

RM15 = 50biji.
color ade byk.. biru, hijau, pepel, pink, merah, kuning, black, putih..
kalo ade yg nak tempah utk doorgift kawin, blh la ikut tema kaler..
filling yg ade utk pilihan, blueberry, strawberry, coklat, kiwi, peanut butter..
penghantaran ke seluruh semenanjung by poslaju or self pickup area KOMTAR, Penang.



Ok ini flyer yang Ibal dah buatkan untuk aku tepek je kat blog.
So lepas ni sesape nak order, boleh refer terus kat flyer ni and deal direct dengan Ibal.

Dengan aku pun boleh sebenarnya tapi aku akan pass pada Ibal jugak.
So lagi ok kalau deal dengan dia terus.

Rasanya Mak Aji tengah buat promosi peach and apple crumble.
Pada yang order macaroni/lasagna tak salah aku dia akan bagi 2-3 biji crumble untuk korang rasa. Kalau tak silap la...tanya Ibal ok?


Lagi satu project Mak Aji yang asik bertangguh nak publishkan.
Ni pun kalau nak order, deal dengan Ibal ye.

Ok.
Done with foods.



Hari ni je dah 6 orang dok tanya aku link online boutique kawan aku. Cheq, ko kena bagi aku coding untuk aku tepek kat sidebar.

Korang boleh pegi SINI







2011-06-20

Exam



Sekali lagi Redza telah menaikkan darah aku.

Hari tu dia bawak balik paper English untuk mid term.
Aku tengok dia dapat 92.

Aku : Apesal English boleh dapat 92 ni? Dulu 98?

Redza : Tak tau la. Paper Ija takde wrong pun. Semua right. Tapi teacher tak bagi hundred pun.

Aku : Bak sini paper kau aku nak tengok.

(tunjuk paper)

Aku : Memang la takde salah. Tapi Redza tak buat 5 soalan ni, apesal?

Redza : Teacher tulis kecik sangat, Ija tak nampak.


Senang kan jawapan dia?

Jumaat lepas dia bawak balik paper Agama.
Dapat 92.

Aku : Apesal agama pun turun ni, Redza? Hari tu dapat lagi bagus. Mana paper, mama nak tengok.

(tunjuk paper)

Aku : Redza ni cuai la. Tengok, yang ni pun banyak tak jawab. Redza ni kenapa? Tak check ke before hantar?

Redza : Banyak sangat la dia tanya. Ija penat nak tulis.


BOLEHHHHHHHHHHHHH??????

Father's Day



Sabtu lepas lepak AEON Bukit Tinggi.
Mula-mula En Wan ajak pegi MV tapi kul 2.30pm still kat rumah lagi, memang takde la aku nak redah KL time-time macam ni. Konfem sangkut.

Apa aje la yang tinggal untuk kitorang yang dok luar KL ni kan, selain dari IOI, Sunway, Subang Parade and Bukit Tinggi?

So, kitorang pilih Bukit Tinggi.
Mak mertua aku macam biasa la, malas nak kuar rumah. Sabtu-sabtu ni memang best layan hisdustan tapi aku angkut jugak satu rumah sebab aku malas nak masak for lunch.

Dari belum start enjin keta lagi En Wan dah pesan 'Baju budak-budak je ye...baju Di takyah'.

Ye la, ye la.
Aku pun memang tak plan nak beli apa-apa Sabtu lepas.
Ni semua sebab Khamis lepas aku dah berhabis shopping kat Arianni.

Dem gila Arianni.
Aku kan mana penah masuk Arianni selama ni.
Memang tak terfikir satu hari nanti aku akan masuk.
Tapi aku tau la Mak Aji cerita tudung-tudung kat situ cantik-cantik tapiiiiiiiiiii mahal gila.

Abis tu, dah kalau pakai artis jadi duta mau tak mahal?

Sebenarnya tudung and shawl yang aku ada now semua aku beli kat satu kedai kat Giant PH. Dia memang jahit tudung sendiri, so tudung dia limited tapiiiiiiiiiiii semua sedap pakai and quite ok jugak la untuk aku yang first timer ni. Memang terletak je bila pakai.

Khamis lepas aku try gak masuk this one kedai yang jual tudung-tudung.
Aku try ada la 10 pasang, satu pun tak masuk.
Yang terbengot la, terkangkang nampak jambul la, terjongkit la.
Dah macam pompuan Kemboja pakai tudung je dari jauh.

Last-last aku masuk Aranni.

Mak aiiiiiii harga!

Tapi berbaloi.
Sebab tudung dia bukan saje cantik tapi kualiti superb.
Dulu aku pun tak paham apesal ada tudung mahal nak mati.
Bila dah try pakai, baru tau.
Not only cantik terletak, tapi the color and fabric memang jauh berbeza dengan tudung yang aku pernah try.

Memang rambang mata tengok tudung-tudung Arianni.
Macam nak sebat satu kedai.
Macam aje la...

Hari tu aku rembat 5 tudung and 2 shawl. Aku sengaja pilih tudung plain sebab senang nak matchkan dengan shawl and baju.
Susah-susah sangat, sarung je tudung ni je. Takyah shawl pun takpe.
Sebab konfem boleh masuk dengan apa baju pun sebab dia plain color.

Masa aku beli tu rupanya Arianni baru lepas buat sale :(.
Melepas.

Hari tu ada reader bagitau Arianni ada sale tapi masa tu mood beli tudung belum mari. Aku dok bayangkan tudung bawal Mak Aji punya banyak aku rembat, so boleh la kot pakai tudung bawal je nanti. Sekali lupa pulak aku pemalas nak menggosok, so memang kena beli gak tudung instant ni.

Masa aku masuk the kedai (kat Bangi), aku memang tak tentu arah nak pilih yang mana.
Sebab the color semua sangatla shocking and memanggil-manggil kau suruh beli.
Semuaaaaaaaaaaaaaaa cantik.
Tapi tak semua la boleh masuk ngan kulit aku.
Kulit aku kan sedia maklom..

Tapi aku tetappppp nak ini, nak ini, nak ini, nak ini....main tunjuk je kat sales.
A friend yang menemankan aku beli bisik "Nampak kan harga dia berapa..?".

Tapi mungkin sebab aku dah dirasuk oleh Puaka Tudung Arianni, aku lelapkan mata je.
Mungkin jugak aku dah desperate nak carik tudung sebab asal nak kuar rumah walaupun ke mamak je aku ambik masa setengah jam just nak pilih tudung.

Sampai En Wan penah sound "Yang awak tenung dalam almari tu lama-lama, tudung tu boleh beranak-pinak ke? Pakai je la tudung mana-mana pun, nak pegi mamak je".

Abis, kalau nak pegi mamak boleh main sarung apa jenis tudung je la?
Pastu ko komplen bini ko macam sakai keluar rumah kan?

Aku kuar dari Arianni dengan PUAS GILA!!!
Sampai skarang aku puas hati sebab tudung dia sangat best.
Aku pun tak paham apesal tudung dia cantik terletak.
Maybe ada tudung-tudung lain yang ok dengan muka aku, like tudung yang aku beli kat Giant tu ok je cuma kalau nak compare dengan Arianni, lagi best Arianni la.
Mak Aji kata ada satu tudung brand MARIAN, also kat Bangi tengah naik skang.
Quite cantik tudung dia, pun terletak elok je.
Tapi since hari tu aku dah bershopping more than RM500 just nak dapatkan Gold Card Arianni so that boleh enjoy 25% discount every purchase lepas ni, maka aku rasa biar aku stay ngan Arianni je sementara aku belum boring.

Kalau ada suggestion tudung mana yang ok, bagitau ye?


Aku tak sure if kad ni boleh dapat point ke tak.
Kalau boleh dapat point, maka boleh la aku wakafkan aje kad ni kat sesape.
Korang leh dapat 25% diskaun, aku leh dapat tudung free. Ngagagagagaga.



Hari tu ada yang tanya mana aku beli baby sling Rayyan.



Aku beli kat sini.
Banyak pilihan.
Boleh pilih and purchase online.
Kalau purchase before 2pm, boleh dapat the next day.




Aku pilih yang ni.
Konon nak ala-ala Ferrari la.
Nak beli cap Ferrari tak mampu, beli ala-ala pun jadik la.

Tapi mujurrrrrrrrr aku tak beli cap Ferrari.
Penyudahnya Rayyan tak suka baby sling ni.
Dia nak kain batik jugak!
Bagus anak aku ni, merendah diri.
Huahuahuahuahuah.




Yang ni satu contoh yang palinggggggggggggg aku tak berkenan.
Dah la time cuti pun opis call.
Time tengah makan pun sibuk nak diskas pasal mesin tak jalan la apa la.
Macam nak terkuar bijik mata aku menjeling-jeling kat dia.
Konon nak protes tapi member tak paham.
Ujung0ujung mata aku jugak yang sakit.







Alhamdulillah, setakat ni Rayyan tak banyak buat perangai.
Bawak la pegi mana pun dia jarang sangat nak melalak kecuali nak tido.
Kalau nak tido kan, aku tak boleh senyap.
Aku kena bising.
Contoh kalau aku tengah meriba dia, aku kena bercakap ke, menyanyi ke, buat la apa pun janji ko jangan senyap. Kalau senyap dia bangun. Boleh?
Penah satu masa aku berborak macam nak rak dengan kawan aku kat phone siap terbahak-bahak lagi (kawan aku tau la macamana suara aku kalau borak apetah lagi gelak), si Rayyan boleh nyenyak tido macam takde apa.
Cuba kalau aku bisik-bisik suruh Redza diam. Serta-merta mata dia terbukak.
Agaknya dalam perut duu ia dah terbiasa dengar suara aku terpekik-pekik. So macam tak feel bila senyap-senyap.
Redza pun macam tu gak.
Kalau senyap nanti dia bangun, kalau bising dia tido nyenyak.
Sebab tu dia boleh tido ngan kitorang sampai skang.
Bising tengah-tengah malam pun takde hal. Dia konfem tido.
Err...ke buat-buat tido?
O em ji.



Ni, gamba semalam, on the way nak balik Bangi celebrate Father's Day.


Plan asalnya nak bawak Pak Aji, Mak Aji, and Ibal ke Equatorial.
Konon nak makan-makan kat situ.
Tapi macam tak sampai hati pulak aku bawak dorang makan pastu tepek kat blog sekali adik aku, Ima melopongggg je baca.

Nak pulak, nenek aku dah balik Malaysia now, duduk ngan Mak Aji pulak tu.
So Mak Aji dah tak tenteram nak tinggalkan rumah, kang tak sedap pulak dia nak makan dok pikir mak dia.

Jadi, dengan bersyukurnya sebab bajet terselamat, aku pun plan beli kek je.




Ni la rupa kek eskrim BnR sempena Father's Day kalau si Redza yang pilihkan.
Memang favor pada dia je lah.

Aku memang nak beli choc chip flavor sebab tu je la pun yang tekak aku boleh terima. Not bad jugak sebab atas dia ada oreo sekeping-sekeping.
Tapi si Redza kata kalau beli kek yang aku pilih, just satu rasa je.
Kalau kek yang dia pilih ada banyak rasa and kaler.

Memang la banyak rasa and kaler, tapi semua ko belasah sorang.

Beli kat Puchong, bawak ke Bangi.
Sampai je rumah Mak Aji eskrim-eskrim kon ni semua dah meleleh.

Terus Pak Aji baca doa selamat ringkas and ...........

Serentak dengan itu lagu Happy Birthday To You bergema, nyanyian Redza.

Anak aku ni asal ada kek je terbentang, konfem ada lagu besday.



My father and budak-budak busuk punya father, sedang menikmati KFC.

Ibal sponsor KFC.
Mak Aji buat mihun sup and nasi goreng seafood.

Settle.