2025-08-13

Orang lain menganggur takde job. Dia sampai takde rest terlampau banyak job.


Ok, tibalah masanya aku tulis pasal apa berlaku kat Weibo. Banyak benda tengah panas kat sana. Ni dah reda sikit, baru aku boleh menulis dengan tenang.

Mula-mula aku cerita pasal isu Hu Yitian. Baru-baru ni ada orang share video Hu Yitian tengah deliver food (Grab). Macam-macam orang komen pasal tu. Hu Yitian kata dia dah lebih 600 hari tanpa tawaran berlakon. Hu Yitian ni famous jugalah dulu di kalangan fans idol drama. Muka pun jambu. Dia berlakon dalam Go Go Squid, Handsome Siblings and ada a few more.

Bila kata dah lebih 600 hari tanpa sebarang offer, fans pun bagi pandangan. Masing-masing kata susah jadi pelakon kat China sebab terlampau banyak saingan. Aku pun letaklah komen 'bernas' kat post orang tu. 

Aku tulis "It's not about saingan tapi are you versatile enough untuk dapat tawaran lain? Umur dah 31, sampai bila nak main genre idol drama saja?"

Komen aku tu dapat mix response. Ramai yang sokong and ramai juga yang hentam. Hahaha. Tak kisahlah nak hentam ke nak setuju. Sebab apa aku cakap tu adalah FACTS. 

Kau nak kata puncanya kerana saingan tinggi. Aku nka tanya balik, saingan dari siapa? 

Johnny tu 2-3 job serentak, kau nak cakap apa pasal ni? It's not about saingan, tapi kau tak versatile. Kebanyakan actor and actress muka lawa-lawa kat sana asyik ambik genre cinta. Kau takkan grow kalau balik-balik berlakon genre yang sama. Setakat popular tu bolehlah sebab genre cinta senang nak popular. Tapi kalau nak ada growth, kau kena ambil genre lain.

Johnny dah realized tentang ni lama dah dulu, dari tahun 2016 lagi. Lepas drama Addicted meletup, dia tak ambil genre cinta dah. Addicted tu genre boy's love, kiranya macam genre cintalah juga. 

Lepas drama Addicted dia terus jump ke military, action and crime genre. Walaupun dah jadi A-List actor, dia masih lagi upgrade skill Jiu-jitsu sampai dapat brown belt (highest ranking). He is the first and the only celebriti yang ada brown belt in Jiu-jitsu. Dia hit the gym everyday, work out macam nak gila untuk dapat badan yang sedap nak pegang role-role uniform.

Tu belum lagi setiap kali kena berlakon watak military and polis, diaserah diri sukarela 3-4 bulan masuk real camp untuk di-train macam military and polis. Itu namanya orang yang nak ada growth dalam career. 

Kerja apa pun sama. Kalau kau asik nak buat benda yang sama, nak grow macamana? Bila bos bagi task berbeza, BUAT! Jangan berdalih. Itu cara nak ada growth. One day bila ada better opportunity, kau dah well-equipped dengan skill yang perlu. Just like Johnny, dia dah readykan diri dengan macam-macam skill. Sebab itulah good skrip selalu dapat kat dia dulu.

Yang kau umur dah 31 masih nak tunggu skrip genre cinta. Sampai bila nak main watak romantik sweet sweet. Kalau akulah, balik-balik muka kau je bawa watak sweet, muak. Ce tengok Miles Way. Balik-balik watak CEO bercinta. Jalan cerita je beribah, tapi konsepnya sama iaitu CEO yang jatuh cinta. Memanglah kau akan popular cepat sebab genre cinta ramai yang minat, tapi kau dah umur 40 tahun nanti sajak lagi ke nak bawak watak cinta ni? 

Teringat sorang wartawan tanya soalan kat Zul Arifin, tak berminat nak berlakon drama cinta lagi ke? Dia jawab "Umur saya dah tak sesuai berlakon genre cinta. Orang tengok pun rasa nak tendang TV". He was right! Ni cara orang bijak. Betullah tu. Sampai bila? Pastu bila takde job kau salahkan saingan?

Dulu masa geng-geng ALICE (fans Dilreba) mengutuk Johnny konon Johnny tak sepadan berlakon dengan Dilreba sebeb tak cukup hensem (tapi drama tu jadi hits!), salah sorang fans Johnny balas "Dilreba tu umur dah 33. Sampai bila nak main cerita cinta? Patutnya Dilreba kawen dengan Johnny sebab Johnny ada kelebihan untuk dapatkan skrip yang power untuk Dilreba"

Uihhh. Marah ALICE. Now Dilreba dah start ambil skrip drama crime and misteri tapi..? Takde sambutan. Why? Sebab dari awal kau 'groom' fans dengan role yang sweet sweet, muka cantik, gojes...now orang takleh terima bila kau switch ke role yang berbeza. Padan muka ALICE. Bila drama Dilreba takde sambutan, aku berharap dorang sedar Johnny tu bukannya tak popular, tapi sebab dia tak banyak buat genre cinta. Kalau dia buat genre cinta dari dulu sampai now, konfem fanbase dia besar.

"Fans Johnny 300 orang je!"

Inilah modal haters. Sakan mengutuk. Now harapnya masing-masing sedar, Johnny tak se-popular idol lain bukan sebab dia tak boleh acting, tapi sebab dia tak pilih genre cinta. Dia kekal laku sampai sekarang. Tak ada satu hari pun yang dia jobless.

Tengok je apa jadi dengan drama The White Olive Tree. Aku reserve drama ni punyalah lama sebab nak tengok Chen Zheyuen berlakon. Aku dah tengok Hidden Love, My Secret, Mr Bad, The Handsome Sibling...so aku expect The White Olive Tree akan bagi impak yang sama. Rupanya, FLOP! 

Padahal marketing kemain gempak. Dorang punya management susun strategi supaya The White Olive Tree tak keluar serentak dengan drama Johnny, Love Song in Winter. Patutnya The White Olive Tree release Jun 2024. On Disember 2024 Love Song in Winter release, The White Olive Tree tak keluar-keluar lagi. Strategi sangat supaya tak tenggelam dek Love Song in Winter.

Keluar Feb 2025. Flop teruk! Sampai menangis Chen Zheyuen kat Weibo bagitahu lakonan dia tak mencapai standard. Dalam drama tu, watak Wang Tian Chen lagi menonjol dari Chen Zheyuen. Wang Tian Chen ni yang jadi saiko dalam drama Love Song in Winter.

Bagi aku, reasonnya obvious. Sebab Chen Zheyuen dah selalu sangat ambil genre cinta, jadi bila dia move to military genre, watak tu tak sampai ke hati penonton. Dahlah takde preparation. Takde work out, takde buat body, takde masuk kem. Muka pun maintain comel, takde gaya muka militer. 

Tengok Wang Tian Chen jadi tentera dalam The White Olive Tree, lebih convincing. Real nampak macam tentera, Wang Tian Chen kata untuk watak tu dia minta Johnny train kat gym sebab dia kagum dengan body Johnny.



Ok itu satu isu. Satu lagi isu panas kat Weibo adalah berkenaan rancangan Top Car Racer. Masa perlawanan akhir, salah satu kereta yang race, terbalik. Johnny yang sedang dalam race stopkan kereta dia dan berlari kat kereta terbalik tu. Bila sampai tempaty kejadian, dia panggil-panggil driver tapi takde respond. Yang si camera man dok filming tak stop. Johnny tinggikan suara "Stop filming! Go and find medic!"

Lantassssss video tu tersebarrrrrr. Patutnya production boleh edit, kan. Tapi tak, ya. Inilah peluang mereka nak marketing program ni besar-besaran dan peluang create another skandal untuk Johnny! Aaa..gitu cilaka tak cilakanya perangai. Dahlah video tu dicut-cut. Dia tunjuk part Johnny tinggikan suara. Hal sebenar dia tak shoot pulak.

Nasib baik ada another segmen interview Johnny selepas habis race. Johnny explain apa yang berlaku sebab dia orang pertama sampai kat tempat kejadian. Johnny cakap bila kereta tu terbalik dia terus berlari untuk check keadaan. Dia panggil-panggil takde menyahut. Mahybe driver dalam keadaan terkejut dan blur-blur. 

Dalam keadaan tu mesti driver tengah sakit sebenarnya. Kat luaran tak nampak darah tapi who knows kalau ada internal bleeding? Disebabkan medic lambat, dan camera man saja ada kat situ, dan Johnny dalam keadaan panik takut apa-apa jadi kat kawan, dia mengaku tertinggi suara. Tapi bagi aku itu normal. Dalam keadaan emergency, takkan kau nak "Encik, tolong panggilkan medic, boleh?"



Tapi aku tengok video clip ni takde pun dengar suara Johnny meninggi. Dorang ni agaknya tak pernah dengar Johnny tinggi suara. Sebab Johnny always calm and soft. Bila tertinggi sikit terus tuduh kata Johnny berkasar. 

Kes ni selesai. Tapiii, netizen biasalah. Takkan kejap sangat isu ni reda, kan. Dorang sengaja panaskan balik dengan mengungkit kisah lama kononnya Johnny ni memang harsh, suka marah-marah dan pernah berkasar dengan perempuan, and bla bla bla bla. 

Macam biasalah, benda lama dorang putar-putar balik. Dahlah takde bukti. Balik-balik itu je dorang pusing. Cubalah cari bukti baru, sedap sikit kita fight. Ini cerita 9-10 tahun lepas yang takde bukti yang dijaja-jajanya. Lemahhhhh!

Aku tak tahu kenapa nasib Johnny macam ni. Dari 2016 sampai sekarang, orang sangat konsisten nak jatuhkan dia, memburuk-burukkan dia. Tapi dia cool-cool je malah semakin steady. Betullah orang kata kau takkan ada haters melainkan kau lebih better dari dorang.

Sejak mula popular dengan drama Addicted (2016) sampai hari ni, Johnny hadap macam-macam. Padahal dia low profile, fokus kerja, tak suka cari masalah and very private. Kalau dia busy, kau memang always nampak banyak video dia sedang filming atau attend program. Tapi once dia take a break, terus macam halimunan. Lansung takde berita dan takde orang nampak kelibat dia kat mana-mana! Lenyap. Seolah-olah dia memerap kat rumah.

Macam tu punya low profile pun, tetap jadi sasaran. Aku bagi highlite:

1. Tahun 2016
Meletup dengan drama Addicted. Drama ni kena banned. Dia and co-star Timmy Xu tak boleh dilihat bersama-sama in public. Kerjaya Timmy menjunam dalam tempoh 1-2 tahun. However Johnny survive. Disebabkan dia survived orang tuduh dia buang kawan dan nak popular sorang-sorang. Orang kata kau sebenarnya bukan siapa-siapa sedangkan Timmy dah memang star pada masa tu. Tapi bila kau famous, kau tinggalkan Timmy terkontang-kantiong. Paler hangguk dorang. Sah-sah kerajaan banned dorang berdua dari dilihat bersama. Camana nak ada work together? Lagipun mana kau boleh tahu dia buang kawan? Entah-entah hari-hari dia datang rumah Timmy melepak. 

2. 2017–2019
Dituduh buat plastik surgery kat Korea. Member tu sebelum jadi pelakon memang runway model. Dah cukup sifat, cukup tinggi, cukup sasa, cukup cantik dah. Nak surgery apanya lagi? Puncanya, masa Johnny ada sesi meet & greet kat Korea, muka dia kena allergik teruk sebab makanan. Dia ke hospital untuk treat allergy. Muka naik merah-merah. Orang ambil gambar and kata dia buat pembedahan plastik diam-diam. Otak kau. Cuba tengok balik gambar masa dia jadi model dengan masa jadi artis. Takde beza lansung!

3. 2017-2025. 
Percaya atau tak, dari dulu sampai sekarang orang pertikaikan ketinggian dia. Tinggi pun jadi masalah! Kononnya dia tipu tinggi sebenar. Realitinya sejak zaman modelling lagi dia memang 1.87m. Yang tak puas hati bab tinggi ni sebenarnya fans _____ dengan fans ______. Malas tulis siapa. Karang merentan pulak. Dah memang idol kau pendek, nak buat camana. Ada je yang lebih tinggi dari Johnny. Tapi why Johnny nampak outstanding? Sebab body dia. Dia punya badan dengan ketinggian sedap-sedap. Liu Yuning tu walau 1.9m, tak nampak outstanding sebab built dia biasa-biasa. 

4. Tahun 2018. 
Dituduh berkasar dengan perempuan. Yang ni puncanya datang dalam variety show. A few video klip di-cut and diputar belit sampai nampak macam dia sedang berkasar. Yang peliknya, semua staf production & co-star kata Johnny sangat lembut. Tak nampak tang mana berkasarnya. Kalau dia berlembut karang kau kata dia ambil kesempatan. Padahal Sun Qian (female lead dalam Love Song in Winter) cakap, selepas director kata "Cut!" je, Johnny akan duduk jauh dari dia. Takde lansung nak pegang-pegang atau nak peluk-peluk walaupun dalam drama tu banyak scene dorang berpeluk-peluk.

Baru-baru ni dalam program Top Car Racer nampak how dia jaga Gina. Gina satu-satunya perempuan dalam team tu. This video clip went viral especially bila Gina kata Johnny sangat menjaga dia. Takde pulak kau nak puji video ni. Padahal ada bukti ni. Tapi kalau bab mengutuk, takde bahan bukti pun jadik!
 



5. Tahun 2023–2024.
Dituduh “terlalu Korea” and tak patriotik. Sebab? Johnny selalu di-invite ke event fashion show di Korea. Orang tuduh dia pro-Korea. Pro Korea kejadahnya kalau dia adalah spokesperson untuk polis China and poster boy untuk military recruit. Tak cukup patriotik lagi?

6. 2016-now. 
Gangguan online berterusan. Geng anti Johnny suka ulang-ulang benda sama. Macam budak tadika terencat. Dorang ejek rupa dia, ejek suara, ejek loghat dia, dan ejek cara bercakap. Johnny ni dari Dandong, Liaoning (nothern China). Belah-belah sana memang ada loghat. 

Nama sebenar pun diejeknya. Nama Johnny is HUANG JINGYU. Dalam chinese, satu sebutan boleh ada banyak makna. That's why learning Hanzi (chinese character) is important. Disebabkan bunyi nama dia seakan-akan sama dengan maksud yang lain, maka dorang gelarkan dia "Ikan pause kuning".

Huang = yellow
Jingyu = whale

Padahal Hanzi Jingyu (Whale) and Hanzi Jingyu (nama Johnny) ni berbeza. Maksud berbeza. Cuma sebutan sama. Tak salah aku Hanzi nama Johnny ni membawa maksud batu jade. 

Kalau tengok drama My Dear Guardian, kau akan perasan dia punya kod military is Whale. Sebenarnya dia menganjing netizen yang panggil dia ikan paus. Pastu fans Johnny pun sahut hanjingan itu dengan gelarkan diri masing-masing THE WHALE GUARDIAN. Kami menjaga ikan paus kuning kami.

Aku tak tahu mana datang kekuatan Johnny hadap semua ni dari dulu sampai sekarang. Tapi tu la, dia tetap mendonia. Orang lain menganggur takde job. Dia sampai takde rest terlampau banyak job. Ahgituuu. 


2025-08-12

Tak perlu fight harga untuk close deal.


Lalu benda ni kat IG aku:

USD275/month client
"Do you have 100% money back guarantee?"

USD5000/month client
"Send me the invoice"


Based on pengalaman sendiri buat sales sejak 2003 sampai sekarang, be it secara offline mahupun online, jenis customer di atas memang wujud.

Masa buat biotech supplies, selalunya yang beli instrument puluh ratus ribu takde mintak-mintak diskaun atau free gift. Yang beli sekadar RM1-2K ni lah yang kejap-kejap mintak diskaun. Tak cukup diskaun, mintak pulak free gift. Free gift memilih pulak tu. Nak pipettor. Kau beli barang baru RM2K, tapi nak free pipettor yang harga RM500? Ingat kita dapat untung separuh dari harga jual ke hape?

Tahun 2003-2005 Malaysia masih lagi membudayakan bagi free hamper on festive season. Sekarang takde dah, kan?

Dulu, pada tahun tu, aku deliver barang kat customer. Customer tu boleh cakap "Orang lain datang jumpa kami sebab nak bagi buah oren (sempena CNY). Company you datang hantar barang berlenggang tak bawak apa pun. Tak naklah beli lagi macam ni".

Of course dia berlawak bab tak nak beli lagi tu (tapi tak kelakar lawak kau), however bab buah oren tu aku rasa dia really mean it.

Yang aku pelik tu, yang always mintak-mintak ni customer melayu. Customer Chinese sikit tak minta apa-apa. Dorang just nak barang yang diorder cepat sampai sebab nak buat kerja sebelum bercuti panjang. Selalunya yang always mintak-mintak ni perasan beli banyak gila. Dahlah setiap kali beli mintak diskaun. Pastu expect nak hadiah macam-macam. Aku syak dorang ni spesis kalau bershopping pun tunggu ada sale je.

Bos Devil Wears Prada pernah 'tembak' sorang customer pasal diskaun. Kisahnya customer tu nak beli instrument. Customer tu yang contact aku untuk beli that instrument sebab dia nak brand itu. Brand tu hanya company kitorang saja carry. Katanya masa training kat overseas dulu dorang pakai instrument brand tu. Now department dia nak beli brand yang sama. Aku pun buat presentation, buat proposal and bawa satu demo unit untuk dorang cuba for 1 whole day. Gedebak gedemuk semua, nampaknya semua berpuas hati. Dia minta quotation. Aku quote RM90K.

Dia minta diskaun. Masa tu aku manager. Semua manager level boleh bagi diskaun up to 5%. Aku terus 5% diskaun. Makin tinggi diskaun aku bagi, bermakna komisyen aku nanti kurang sikit. Aku pikir takpelah, janji dapat letak satu instrument kat lab tu. Senang sikit kerja aku nak jual reagent nanti bila instrument dah ada sebiji.

Diskaun aku bagi tu RM4500. Dia boleh tak nak! Kau rasa?

Dia kata "Ada competitor lain offer RM75k. Itu harga sebelum diskaun".

Aku tanya "Brand kami, ke? Mustahil dia boleh jual our brand semurah tu sebab dia kena beli dari kami. Kami sole distributor."

Punyalah sombong tak nak kalah, dia reply "Tak sama brand. Tapi takpe, mana-mana brand pun boleh. Asal tahu guna".

Lahhh? Kau yang cari aku. Kau yang kata nak the exact brand macam guna kat overseas dulu. Now tiba-tiba boleh pulak pakai brand lain? Kalau disebabkan harga kau bertukar fikiran, baik dari awal kau cari brand murah je. Menyusahkan aku prepare proposal, buat presentation, angkut demo unit segala.

Kadang aku tak faham some customer. Patutnya bila kau insist nak certain brand, kau patut dah ada rough idea berapa harga that barang. Itu basic orang bershopping lah. Riki harga dulu. Aku pulak paling menyampah fight price. To me, fight price ni untuk orang yang tak berwibawa je. Asik nak turunkan harganya demi close sale. Janji dapat jual. Malas aku layan.

Bos aku berapi bila aku bagitau progress deal ni sangkut sebab harga. Terus dia ikut aku pegi jumpa the customer. Dia nak tolong close deal. The customer berkeras nak harga RM75K. Bos aku cakap "If you want RM75K, then we have one refurbished unit. But one month warranty only"

Customer tak nak.

Bos aku dengan sardinnya tanya dia "You only buy things when they are on sale, right?".

Fuh! Aku tengah selak-selak planner terus terangkat kepala aku pandang bos. Dalam hati "Kau biar betul tembak dia gitu?". But I looooike! Hahahaha.

Tapi bos aku tanya dalam nada gelak-gelak la. Still pedih oiiii. Kalau aku kena memang sentap. Tapi aku sokong bos aku buat gitu. Some people kena knock some sense sikit.

Tak lama lepas tu dia contact and setuju beli dengan harga asal, RM90K. Selamattttt komisyen, aku takyah bagi diskaun. Maybe dia rasa tercabar dengan soalan bos aku kot.

Ada juga customer beli barang RM60K, minta free gift laptop. Actually kitorang boleh je bagi free desktop sebab instrument yang dia beli tu kena connect dengan PC. So why not kita hadiahkan desktop dah alang-alang. Memang sengaja bagi desktop, bukan laptop. Supaya customer tak salah gunakan duit kerajaan untuk kepentingan sendiri. Paham-paham je lah kan. Beli instrument dengan duit kerajaan, tapi laptop free gift jadi hak sendiri.

This customer request gantikan desktop dengan laptop, minta pulak spesific brand! Ewahhhhh sakan. Siap pesan "Nanti free gift ni jangan masukkan dalam invoice tau".

Nampak nau nak kelepet buat harta sendiri, kan? Memang taklah aku nak bagi. Aku bagi desktop jugak. Take it or leave it. Kau beli dengan duit kerajaan, ada hati nak demand.

Pengalaman buat online sales sekarang pun ada je yang perangai gini. Percayalah cakap aku, semakin murah barang kau, semakin ramai customer macam ni datang kat kau. Jenis yang dah murah, nak murah lagi. Lepas tu nak free delivery. Kalau boleh nak free gift sekali.

Dulu aku jual candy jeans and cardigan. Sehelai candy jeans tu berapa je. Kita ni tahanlah order banyak-banyak supaya dapat harga borong yang paling best so that boleh jual murah. Dah jual murah pun tetap dia nak lagi murah! Bila aku suggest belilah 3 helai, ada diskaun. Taknak. Nak satu je.

Ada yang lagi best, beli 3. Dapatlah diskaun sikit. Tapi minta hantar ke 2 address berbeza dan tak nak bayar kos pos asing. Alasannya, "Saya dah beli 3 dah tu". Dia rasa 3 tu dah banyak sangat agaknya. 3 tu dah dibagi diskaun, dik. Aku ni jual jeans, bukan jual delivery caj. Oi letih layan request macam ni.

Semakin murah harga barang, semakin banyak karenah manusia kau kena hadap. Bila harga barang kau mahal, kurang sikit sakit kepala sebab customer-customer yang datang semuanya memang ready nak beli. Contohnya Makeup Remover GreenAard. Harga our Makeup Remover ni agak mahal berbanding produk Guardian atau Watson. Tapi kau try lah dulu Makeup Remover GreenAard sebelum compare harganya.

Aku suka sangat tengok list pembeli Makeup Remover GreenAard. Konsisten every 2-3 bulan mesti nama-nama yang sama return. Masa PKP dulu kitorang bajet droplah sales Makeup Remover ni sebab orang tak keluar, tak bermekap. Rupanya tak. Tetap customer repeat. Ni GreenAard tengah run BELI APA DAPAT APA, lagilah bersusun beli Makeup Remover.

Aku sangat percaya tak perlu fight harga untuk close deal. Fight dari sudut teknikal, sudut product knowledge. The right customer will come to you.


2025-08-11

Society dah boleh stop glorify lelaki sebagai anak soleh kalau hakikatnya si isteri yang menjaga maknya.


Ada yang tanya pandangan aku tentang ceramah sorang ustaz kata suami tak boleh letakkan isteri dan maknya dalam satu rumah. Pastu dia tanya aku kalau mak tu sorang, takde suami, macamana? Tak boleh letak serumah juga ke? What if mak tu sakit. Takkan nak biar duduk sendiri pulak. Macam tak kena je.

Ok, faham.

Sebenarnya, benda ni tak semudah black and white. Tak boleh nak jawab sekadar “boleh” atau “tak boleh”. Kita kena faham konteks, realiti hidup, hukum agama dan pakai logik dan common sense.

Firstly, yes dalam Islam, anak lelaki bertanggungjawab untuk jaga maknya. Tapi bila dah kahwin, suami juga ada tanggungjawab pada isteri. Dan both tanggungjawab ni datang dengan cara layanan yang berbeza. Mak wajib hormat. Wajib dijaga. Wajib diberi nafkah kalau suami (ayah) dah takde. Dan mak always berada di tempat yang tinggi dalam hidup anak lelaki. Tapi, isteri pun amanah suami untuk dijaga hatinya, emosinya, fizikalnya, dan keselamatannya.

Ramai orang ingat bila lelaki kahwin, mak tetap nombor satu dalam semua hal. Salah. 

Agama tak pernah ajar macam tu. Dalam banyak situasi, isteri lebih berhak dapat layanan yang berbeza sebab she’s not just a life partner. She’s someone yang dipertanggungjawabkan ke atas suami. She deserves a comfortable home, her own space, and a peaceful life. Dalam erti kata lain, rumah tangga tu kena jadi ruang selamat untuk isteri, bukan tempat dia sentiasa kena tunduk pada orang lain semata-mata itu mak mertua.

Agak keras ayat aku, kan? Tapi that's fact. 

Too many women suffer in silence just to jaga hati while no one jaga hati dia. Islam letak ibu kat tempat yang tinggi, betul. Tapi bila lelaki dah berkahwin, tanggungjawabnya berubah. Bukan suruh tinggalkan mak, tapi balancekan. 

Suami kena faham yang bini kau bukan orang suruhan yang boleh mertua arah sesuka hati. She’s not there to be constantly corrected, compared, or discredited. She’s there to build a life with her husband, bukan jadi penjaga mak mertua.

Masalah timbul bila some suami tak tahu nak balancekan antara jaga hati mak dan jaga hati isteri. Benda ni memang tak senang, tapi boleh buat. Cuma selalunya yang jadi mangsa adalah isteri. 

Bila duduk serumah dengan mak mentua, banyak small conflict boleh jadi besar. Sebab ada dua wanita dewasa, dengan dua cara hidup, dua cara didikan, dan dua keperibadian kau nak satukan dalam satu dapur. Memang susah. Benda-benda kecik macam cara lipat kain, cara masak, cara kemas rumah - semua ni boleh jadi isu bila tinggal serumah.

Bila conflict yang kecil terjadi berulang-ulang, lama-lama isteri rasa tak selesa. Dia dah tak anggap rumah tu as rumah dia, tapi lebih kepada menumpang rumah orang. Kalau everyday isteri hidup dalam tekanan, ditegur macam budak, tak bebas nak urus anak atau dapur sendiri, ditambah pula suami yang tak memihak atau tak nak masuk campur, of cos isteri akan rasa kosong. Bila isteri dah takde hati, jangan expect dia taat dan hormat suami lagi.

Buat apa hormat, kalau dia tak dapat anything in return. Takkan nak ikhlas sampai mati macam takde apa-apa berlaku? Nak isteri lembut, suami kena jadi tempat yang menenangkan. Kalau isteri dah mula tak bersuara, itu bukan tenang lagi. Itu tandanya dia dah berhenti berharap.

Ada orang kata, “Ala… mak mertua bukan jahat pun. Kena lah bertolak ansur”

Ya betul, bukan semua mak mentua bermasalah. Tapi kita tak cakap pasal mak mentua yang baik, yang boleh berkawan dengan menantu, yang pandai hormat privasi. Kita cakap pasal situasi yang mana memang terbukti susah untuk dua wanita hidup sebumbung without mental stress.

Lelaki selalu lupa. Isteri kahwin dengan dia, bukan dengan keluarganya. Memanglah bila kahwin, kita accept the whole family, but in terms of the marriage itself, yang menjadi pasangan adalah suami dan isteri. Bila isteri tak dibagi ruang sendiri untuk hidup as isteri, kena kongsi ruang dengan mak mentua, every movement diperhatikan, kadang ditegur, dibanding-bandingkan, slowly she can become mentally disturbed.

Dari sudut hukum, isteri berhak dapat rumah sendiri. Ulamak ada sebut tempat tinggal khusus untuk isteri. Maksudnya, rumah tu tak boleh dikongsi dengan sesiapa pun kalau isteri tak setuju, walaupun mak sendiri. Even if the wife tak selesa duduk dengan adik-beradik ipar sekali pun, dia berhak mintak tempat tinggal asing. Itu hak yang agama dah tetapkan. Hak untuk rasa selesa dan selamat dalam rumah sendiri.

Tapi bila cakap macam ni orang lelaki argue, "Habis tu, kalau mak sakit? Kalau dia dah tua? Takkan nak biar dia duduk sorang?”

Good question. 

Yes, anak lelaki tetap kena jaga mak. Tapi jaga tu ada banyak cara. Bukan semestinya duduk serumah. Kalau mak sakit and needs close care, boleh je cari pembantu, atau suami ambil giliran jaga mak (ni kalau tak nak letakkan mak di rumah lain). Atau gilir-gilir jaga mak dengan adik-beradik lain. Atau kalau mak nak duduk sekali, bincang dulu dengan isteri. Jangan main bawa masuk je.

Selalunya masalah timbul bila suami buat decision sendiri-sendiri. Suami rasa dia suami, so apa dia buat isteri takleh bangkang. Bawa mak masuk rumah, isteri kena terima. Isteri takde pilihan melainkan terima. 

To be honestlah, nama je anak lelaki jaga mak, tapi dalam kebanyakan kes, yang betul-betul uruskan semua hal mak mertua adalah isteri. Makan, masak, hantar ke hospital, tolong bagi makan ubat, temankan waktu sakit - semua isteri yang buat. Suami? In most cases suami dapat nama baik je. Orang luar, “Bagusnya anak, jaga mak”. Padahal semua tu isteri yang buat.

Contoh paling senang aku lah. Dari pandangan mata kasar orang kampung nampak bagusnya Ayie jaga mok. Padahal yang masak, aku. Yang lagi banyak bersembang dengan mok, aku. Yang cuti kalau mok sakit pun, aku. Kalau kebetulan mok tak sihat dan dia tak dapat tukar appointment, dia akan minta aku work from home. Takde de dia minta adik-beradik datang jaga. Tu pasal semua aku claim. Takde de aku kerja dengan ikhlas. Mak aku pun aku tak jaga, ingat free ke jaga mak dia? Hahahahaha.

Tak, ini bukan mengungkit atau berkira. Cuma nak bagi nampak hakikat sebenar supaya suami-suami consider perasaan isteri. Aku ni agak beruntung jugalah sebab En Wan provide keperluan dan kebajikan aku and anak-anak dengan cukup. Jadi, aku takde reason nak merentan bila menjaga mak dia. Dan aku tak pernah question berapa dia bagi mak duit bulan. Sebab apa sediakan untuk our family dah cukup. 

Cuba bayangkan suami yang dah lah provide pun bare minimum, letak mak pulak serumah, bini kena jaga, kena masak, kena kemas. Macamanalah tak mental bini tu. Bila bini naik suara, kau cakap derhaka. Logik ke bini yang kau kawen dulu punyalah lembut tiba-tiba jadi biadap without reason? Mesti ada reason!

Isteri tu bukan suri rumah pun. Dia ada kerja. Dia ada komitmen jaga anak, career, uruskan suami. Tapi bila mak mertua sakit, isteri jugaklah yang diminta faham keadaan dan berkorban. Lama-lama bini tu terkorban.

Sedangkan if we look closely, siapa sebenarnya yang diamanahkan jaga mak? Anak lelaki. Kalau isteri nak tolong, itu satu bentuk ihsan, bukan kewajiban. Kenapa orang tak mintak suami jaga mak mertua (mak isteri) kalau dia sakit? Tak pernah pula aku dengar orang expect suami urus semua hal tentang mak si isteri. Tapi dengan isteri, expectation tu automatik high.

Dan yang lagi pelik bila isteri tak mahu buat atau bersuara, ramai yang label si isteri "Kalau mak mertua takde, suami kau pun tak wujud tau!".

Lah, apa kena-mengena?

Memang ada isteri yang ikhlas dan rela hati jaga mertua. But don’t use these cases as the standard for everyone. Sebab tak semua mertua layan menantu macam anak sendiri. Ada yang cerewet, suka compare dan tak appreciate menantu pun. Logiklah kalau menantu taknak jaga mak mertua gini.

Suami sepatutnya tak ambil kesempatan. Jangan sebab isteri tak banyak bunyi, maka semua benda diletak atas bahu dia. Ambillah tanggungjawab tu sepenuhnya. Kalau mak sakit, suami patut ambik cuti dulu. Minta tolong adik-beradik lain. Jangan jadikan isteri tu default caregiver hanya kerana dia duduk sekali.

Lagi satu, jangan anggap isteri tak penat hanya kerana dia dah biasa buat kerja rumah. Tolong beza antara kerja rumah untuk suami dan anak, dengan kerja jaga orang tua. Itu dua perkara berbeza. Emosi pun lain-lain. 

Jaga orang tua ni sangat berat dari segi psikologi. Kalau tak kena cara, boleh burn out. Dengan orang tua nak naik suara pun tak boleh. Kena pendam. Dapat pulak laki yang telor je besar, otak sejemput. Bini tu mengadu, dia boleh jawab "Sabarlah...". Eh kau.

Society dah boleh stop glorify lelaki sebagai anak soleh kalau hakikatnya si isteri yang menjaga maknya.


2025-08-10

GreenAard: Weight loss journey ni tak semudah, hari ni makan GC Plus, 3 hari ke depan dah loss 3 kg.


Feedback macam ni sangat-sangat aku hargai. Terima kasih sebab sudi baca semua post-post aku pasal GC Plus and weight loss. Insyallah we will guide you.

Like I said before, weight loss journey ni tak semudah, hari ni makan GC Plus, 3 hari ke depan dah loss 3 kg. Ce tengok customer tadi. Awal-awal dia ambil GC Plus, takde perubahan ketara. Padahal konsisten. Rupanya dia stress tanpa sedar. Stress tanpa sedar ni is something yang kita tak sangka pun sebenarnya kita sedang stress. Tidur yang tak berkualiti adalah penyumbang kepada stress tanpa sedar.

Stress jenis ni sangat tricky. Sebab kita rasa macam, “Eh aku ok je” tapi hakikatnya badan tengah dalam fight mode. Badan yang stress akan hasilkan hormon kortisol secara berlebihan. Kortisol buatkan badan simpan lemak, especially kat perut. Jadi walaupun kau dah jaga makan, ambil GC Plus konsisten, tapi berat tak turun-turun. Salah satu puncanya stress jenis ni lah.

Bila badan always dalam mode stress (tanpa sedar), metabolism jadi slow. Pembakaran lemak jadi lembap. Badan susah nak lepaskan lemak sebab dia rasa kena simpan tenaga just in case ada kebuluran berlaku. Tapi bila kau betulkan tidur, baru badan start tenang. Bila cukup rehat, badan tak stress. Bila badan tak stress, kortisol tak dilepaskan dengan banyak. Bila kortisol rendah, lemak tak bertambah. Bila lemak tak bertambah, barulah senang GC Plus buat kerjanya! Barulah selera makan terkawal. Barulah craving makin kurang. Barulah bad mood berkurang. Dan barulah weight & ukuran pinggang berubah slowly.

This is what we always emphasize. Weight loss bukan sekadar makan produk, atau berlapar, atau bersenam, atau kira kalori. Kau tak bersenam pun boleh kurus sebenarnya. Yang penting emosi, hormon, tidur, mindset - semua ni kena betul. Sebab tu aku selalu pesan, bila ambil GC Plus, jaga waktu tidur. Dan paling penting jangan obses dengan angka kat penimbang.

Just like this customer, walaupun berat kat penimbang tak banyak beza, tapi tengok ukuran pinggang dia dari 34 ke 32 inci. 2 inci ni kalau kau beli seluar, bezanya besar ya! Inch loss pada pinggang lebih penting dari apa yang kau tengok kat penimbang. Sebab tujuan kita untuk lose weight adalah buang lemak visceral kat perut. Sebab itu ukuran pinggang penting untuk kita monitor.

Penimbang boleh tipu kita macam-macam. Berat kat angka penimbang tu bukannya berat lemak semata. Berat air dalam badan, berat otot, berat tulang, berat lemak. Tu belum lagi kalau tengah period. Period pun boleh buatkan angka penimbang berubah-ubah. Padahal lemak kau statik tak berganjak.

Badan manusia ni kompleks. Kadang kita rasa berat tak turun, tapi sebenarnya badan tengah redistribute fat, tengah build otot, tengah adapt dengan suplemen yang kita batu start (GC Plus), tengah adapt dengan lifestyle baru, etc. Tapi bila ukuran pinggang makin kecil, itu tanda lemak visceral makin kurang, perut makin rata, risiko diabetes makin berkurang dan baju lama dah boleh pakai semula (dan kena beli baru size kecik sikit 😄).

So to anyone yang tengah dalam journey macam customer ni, jangan give up bila tengok penimbang tak gerak atau tak banyak beza. Ukur pinggang dulu. Tengok seluar dah longgar ke belum. Ini yang penting. Inchloss! It’s not about the number. It’s about the progress. Konsisten je dengan GC Plus tu, and follow tips-tips aku. Badan kau akan balas balik bila dia dah ready.

By the way, ada pakej GC Plus kalau ada yang nak top up:

1. Beli 1 GC Plus, dapat free shawl (boleh pilih sendiri warna)

2. Beli 2 GC Plus, dapat salah satu di bawah:
- makeup remover 30g, atau
- cleansing gel 50ml

3. Beli 3 GC Plus, dapat salah satu di bawah:
- another bottle of GC Plus, atau
- trial pack Gloei (7 sachet), atau
- Maaltyd

Whatsapp sini 012-7728976 atau 013-7557424.


2025-08-09

GreenAard: Turun Berat, Period Jadi Teratur - Apa Kaitan Sebenarnya?


Siapalah gerangannya yang bagi feedback ni. TERIMA KASIH. Aku suka bila dapat feedback macam ni sebab aku boleh buat post explanation yang lebih panjang.

Oh by the way, masih ramai yang referring GC Plus as GreenAard 😁. Kadang-kadang yang DM aku tulis, “Kak Di, saya nak try GreenAard”.

Terpaksa aku tanya balik “GreenAard tu maksudnya GC Plus ke?” Hehehe.

Isokay. Janji aku faham.

Ok now aku nak bagi pencerahan sikit pasal period cycle. This customer ada masalah period cycle rupanya. However reason dia cuba GC Plus is for weight loss. Tanpa dia tahu selain dari lose weight, her period cycle kembali lancar. Alhamdulillah.

Sebenarnya awal-awal kita release GC Plus, ramai yang bagi the same feedback. Kebanyakannya kata period cycle jadi better. Itulah juga reason kenapa GreenAard keluarkan Herba Rahsia Rimba (HRR) supaya orang yang takde masalah berat badan tetapi ada masalah irregular period tak ambil GC Plus untuk selesaikan masalah period. Bukan apa, untuk orang takde masalah berat badan berlebihan, when you take GC Plus maybe you takkan dapat kesan yang sama dengan pengguna GC Plus yang ada masalah berat badan.

Dia macam ni. Masalah irregular period ni bukan semata-mata kerana berat badan. Ada sebab lain juga. Korang yang BMI dah normal tapi ada masalah period, you should take Herba Rahsia Rimba. Untuk yang ada masalah haid DAN overweight, you can take GC Plus saja dulu. Tak perlu Herba Rahsia Rimba. Why?

Sebab KEBANYAKAN yang overweight, berat badanlah yang jadi punca irregular period. Jadi kita tackle masalah berat badan dulu.

Customer tadi share her weight loss journey dengan GC Plus. Lepas almost dua botol GC Plus, berat turun 5kg. Dan yang paling best, period mula jadi teratur. Yang ni aku happy sebab apa yang customer ni share not only testimoni, tapi bukti dari sudut sains.

Haid datang bukan sebab kita makan makanan tertentu atau stres semata-mata. Ada kaitan dengan keseimbangan hormon dalam badan, especially estrogen and progesteron. Dua-dua hormon ni penting untuk hasilkan haid. Bila hormon-hormon ni tak seimbang, contohnya estrogen terlebih, period cycle jadi kacau. Dan salah satu sebab estrogen boleh berlebihan adalah lemak badan berlebihan.

Lemak kita ni bukan setakat menyimpan tenaga. Lemak badan sebenarnya adalah organ hormon sebab lemak produce hormon. Dan salah satu hormon yang lemak hasilkan ialah estrogen.

Kalau badan kita ada banyak sangat lemak (especially lemak viseral kat perut), maka lebih banyak estrogen dihasilkan. Too much estrogen boleh kacau keseimbangan hormon lain. Bila hormon kacau, ovulasi jadi tak tentu arah, dan period jadi tak teratur. Kadang lewat, kadang awal, atau kadang-kadang tak datang langsung.

Satu lagi isu yang sangat common yang dikaitkan dengan irregular period is PCOS (Polycystic Ovary Syndrome). PCOS ni salah satu masalah hormon yang jadikan ovulasi tak berlaku secara teratur. Antara puncanya adalah insulin resistant dan berat badan berlebihan.

MOST perempuan yang ada PCOS, BMI-nya pasti tinggi atau overweight. Dorang struggle nak turunkan berat. Tapi sebenarnya untuk penghidap PCOS, korang tak perlu turunkan berat yang banyak. Turun around 5-10% dah cukup untuk seimbangkan hormon, and jadikan ovulasi kembali normal. Insyallah period jadi lebih stabil. Maybe tak lancar sangat but better dari sebelumnya. Sebab apa aku cakap tak payah turun banyak?

Sebab fokus korang sekarang bukan lagi pada nak kurus tapi nak perbetulkan masalah kesihatan dulu. Betulkan period cycle tu penting sebab period cycle yang stabil adalah petunjuk hormon dalam badan dah mula seimbang. Bila hormon stabil, barulah fungsi badan lain ikut normal termasuk ovulasi, mood, metabolisma, dan tahap tenaga. Sebab tu untuk perempuan PCOS, turun berat badan bukan untuk nampak kurus, tapi untuk betulkan sistem dalaman.

Turun 5-10% je dah cukup untuk bantu ovulasi berlaku dengan lebih konsisten, increase chances untuk mengandung (bagi yang TTC), dan stabilkan blood sugar. So bila korang stress sangat nak turun banyak-banyak tapi period masih tunggang-langgang, itu dah silap fokus. Kena sihat dulu, baru kurus. Bukan kurus dulu, baru sihat. Kalau period dah mula datang lebih konsisten, walaupun belum tepat 28 hari, itu dah satu win untuk kau. Itu tanda badan tengah respons. So teruskan je dengan GC Plus and jaga stress level.

Dalam kes customer tadi, dia turun 5kg, dan period mula jadi teratur. To me, ini sangat logik. Sebab, bila kau mula turunkan berat badan, lemak badan berkurang. Bila lemak berkurang, estrogen yang dikeluarkan oleh sel lemak juga berkurang. Tadi aku dah cakap pasal lemak produce hormon, kan? So bila lemak berkurangan, estrogen tak dihasilkan dengan excessive. Ini akan bantu hormon dalam badan jadi lebih seimbang as if your body tengah buat reset. Bila hormon lebih stabil, ovulasi jadi lebih teratur, dan akhirnya haid pun ikut rentak yang normal semula.

Ramai orang pandang remeh bila period tak datang. Ada yang anggap “Ala biasa la tu”. But in realiti, period yang tak teratur adalah signal dari badan yang mengatakan ada something tak kena. Maybe hormon, maybe stress, atau maybe lifestyle. Kalau kerap skip period, itu bermakna ovulasi tak berlaku. Dan bila ovulasi tak berlaku, badan bukan je susah nak pregnant tapi long term risk boleh muncul macam ketumbuhan rahim. So bila period mula jadi teratur lepas berat turun, that is bonus.

GC Plus fokus pada complete reset for the body. Termasuk hormon, pencernaan, metabolisme, dan kawal selera makan. GC Plus bukan burn fat. Dia tak burn fat. Dia buatkan body TERPAKSA burn fat dengan cara mem-block formation of new fat, reduce appetite dan rendahkan kortisol. Bila berat badan turun secara natural (bukan paksa berlapar), sistem badan akan berfungsi dengan lebih baik. Usus jadi lebih bersih, toksin keluar and hormon lebih stabil. All of this contributes to reset regular period cycle.

Dalam kes customer tadi, dia kata dia tak tukar diet pun, just makan macam biasa. Tapi beratnya tetap ada penurunan sebab metabolisme dan sistem dalaman dia dah jadi makin baik. Tanpa sedar, period jadi konsisten.

Kadang-kadang kita rasa malas nak bertindak bila period lambat seminggu dua. Tapi kalau dah rutin every month pun lambat, atau skip terus, this is red flag. Jangan tunggu sampai kena makan ubat hormon. Cuba dulu cara paling basic iaitu LOSE SOME WEIGHT. Turunkan lilitan pinggang at least 1-2 inch dulu. Pastu kau tengok apa jadi pada period cycle.

Haid yang teratur bukan tanda kita sihat sepenuhnya, tapi it is an indicator dalaman kita stabil. Salah satu cara paling mudah untuk jadikan badan stabil balik is losing weight. Buat dengan konsisten. Tak payah laju-laju. Sometimes result luaran tak nampak dalam masa 2 bulan tapi dalaman badan dah ada improvement. Dalaman sedang bekerja ke arah itu.

Ada soalan nak tanya pasal GC Plus?


2025-08-08

True friends tak ukur nilai persahabatan dengan achievement.

Bila aku post aktiviti semalam dengan Dusty Pink Tits (DPT), ada sorang ni forward balik pertanyaan dia dulu. Barulah aku teringat nak menjawab. Aku janji akan jawab dalam bentuk blogpost so that panjang sikit boleh explain. Biasalah seorang Diana, mana reti tulis sikit-sikit.

This lady agaknya follow semua post-post aku di IG dan perasan setiap kali DPT berjumpa, mesti ada tema dan bawa hadiah. Kitorang pernah buat tema setiap orang bawa hadiah untuk setiap orang. Kalau that day yang gather 10 orang, bermakna hari tu semua orang bawa balik 9 hadiah. 

Actually pernah dulu jawab soalan yang lebih kurang sama tapi dari orang lain, dan aku jawab terus di DM. Soalannya sama "Macamana Kak Di dapat kawan semua yang sekepala". 

Maksudnya yang sekufu. Semua pun tak kisah gather bertema. Semua tak kisah keluar duit beli hadiah setiap kali gather. Semua tak kisah spend duit untuk holiday and makan sama-sama. Ada sorang tu pernah tanya, kalau berjumpa, kitorang cerita apa je?

Kitorang kalau berjumpa, agenda wajib adalah yang pertamanya mengimbau memori zaman Uni. Yang kedua, membahan aku dengan kisah cinta bangang aku dulu. Yang ketiga, cerita pasal anak-anak and suami. TAK PERNAH kitorang sembang pasal kau kerja apa, gaji kau berapa, rumah kau berapa ribu, kau ada henbeg apa - NEVER. Masing-masing lebih appreciate gossip dari bragging 😆.

That's why aku pernah cakap dulu agak pelik bila baca post-post orang benci pergi gathering sebab masing-masing bragging dengan life sekarang katanya. 

Aku tak pasti apesal kau nak brag sesama sendiri. Dengan kawan-kawan sendiri pulak tu. Like hello? Kau dengan dia sama-sama semikin kot masa belajar dulu. Sama-sama belajar pakai loan. Sama-sama bercatu nak pi outing. Sama-sama makan tapau kat warung. Sama-sama pi kelas naik bas. Apesal now dah kerja nak kena brag? 

Aku bukan apa, ya. Perspektif aku kat orang yang macam ni, sebenarnya dari dulu dia berkawan dengan kau tak ikhlas. Berkawan sebab takde kawan. Kalau dari dulu dia ada pilihan kawan lain, konfem dia pandang kau pun tak. Because true frens takde masa nak brag and show off sesama sendiri.

True friends tak ukur nilai persahabatan dengan achievement. Dorang tak datang gathering untuk buat perbandingan. Kau kerja apa, apa jawatan kau, gaji berapa, laki kau kerja apa, pakai kereta apa, etc. Orang yang ikhlas berkawan has so much to tell berbanding bragging. Dorang gather sebab nak throwback, nak gelak sama-sama, celebrate memories, bukan status. Bila kau datang dengan niat nak tunjuk kau hebat, nak tunjuk achievement, nak compare hidup siapa lebih better… itu bukan reunion. Tu sesi audition siapa paling kaya.

Dan benda tu buat aku realized sometimes manusia bukan berubah bila berjaya. Dia memang macam tu dari dulu. Cuma dulu takde peluang. Bila hidup dah better sikit, barulah keluar perangai sebenar sikit demi sikit. Baru kau nampak, oh, rupanya dulu dia berkawan bukan sebab value yang ada pada kau, tapi sebab masa tu dia tak ada sesiapa.

Bagi aku, kalau kau betul-betul ikhlas berkawan, kau tak rasa perlu perform depan kawan-kawan lama. Kau takde rasa segan atau sombong. True frens tak judge kau dari material tu. Diorang kenal siapa kau sebelum kau ada semua tu. Dan kalau diorang sayang kau, diorang sayang versi asal kau, bukan versi yang dibentuk oleh harta, kerja, atau pangkat. 

Semalam melepak aku pakai beg Uniqlo RM55 je. Takde siapa compare. Kisah pun tak. Kitorang ada misi iaitu GOSSIP. But I am konfiden jalan sebelah member yang pakai Chanel and Polene. Sebab aku sendiri dah mahal. Kahkahkahakah.

Tak, maksud aku, sometimes yang berkumpul dengan kawan-kawan lama ni pun ada 2 type. Yang satu, bragging type. Yang satu lagi terlampau segan-type. Dua-dua ni kalau bertembung konfem jadi drama. Yang A nampak B berlagak. Yang B nampak A cikai. Yang benaunya dua-dua mindset B40.

Again, aku tak perlekeh B40, ya. Ni pun aku kena explain gak. Karang dikatanya aku perlekeh B40 pulak. 

B40-M40-T20 are rank yang kerajaan klasifikasikan ikut tangga sosio-ekonomi. Dari tangga ni, B40 paling rendah. Dalam mindset pun kita ada the same ranking iaitu mindset paling rendah diklasifikasikan as B40 juga. Ini takde kena-mengena dengan pendapatan. You can earn RM50K a month, but if you constantly measure people based on what they own (material things), you still have a B40 mindset. Itu maksud aku.

Berbalik pada isu tadi, dia macam ni. Kalau everytime lepas gathering kau rasa down, rasa rendah diri, rasa macam perlu buktikan sesuatu, maybe you are in the wrong place. Kalau beberapa kali join tapi vibe tak best, bukan sebab kau merasa rendah diri tapi sebab orang-orang keliling merendahkan kau, dah boleh keluar dari circle tu. 

Tapi kalau kawan-kawan tak merendahkan kau, hanya kau rasa rendah diri, maka kau yang kena berubah. Sebab orang tak pernah judge pun, tapi kau yang terasa perlu compete, and perlu prove diri. Ini bukan salah environment, ini isu dalaman. Itu petanda kau belum berdamai dengan diri sendiri. Kau masih ukur value diri berdasarkan apa yang orang lain ada.

Regarding spend duit tu, maybe kitorang pun suka melayan benda-benda happy macam ni. Kau tak happy ke dapat hadiah? Semua happy dapat hadiah, kan? So apa kata kita plan bagi hadiah. Masing-masing bawak. Just nak happy-happy. Kitorang tetapkan nilai hadiah tak lebih RM50. Tapi selalunya dak-dak tetek ni bagi more than that. Itu terpulang. Dia yang nak bagi. Benda free. Dah dibagi, ambik. Kata nak suka-suka, kan. So why so serious bab siapa spend lebih?

Masa Rayyan kat STAR dulu, aku noticed ada sorang dua dalam group parents yang bila kita set nak buat makan-makan, mesti dia question "Kenapa nak chip in duit?". Dia mencadangkan buat pot luck style. Sorang sikit bawak. Masalahnya kalau kau dekat dengan sekolah, boleh la buat gitu. Yang jauh-jauh ni kejadah apa nak drive 2 jam semata-mata nak hantar makanan. Tak semua parents ada masa nak datang majlis tu. Jadi kami-kami yang jauh ni, we prefer chip in money. Sukatilah nak beli apa dengan duit tu nanti.

Ehhhh, dia persoalkan "Kenapa nak chip in?". Aku hanginnnnn je. 

Jenis ni sebenarnya rasa rendah diri bila dia tak dapat menyumbang duit. Dia nak bagi duit agaknya kalau bagi sikit segan, nak bagi banyak takde kemampuan, jadi dia bengang bila parents nak sumbang duit saja. Bila parents sumbang duit, duit tu nanti akan dibelikan makanan yang mungkin lebih besar portionnya untuk semua. So dia rasa segan nanti makanan yang dia bawa tu tak laku. Ni pun sejenis mindset B40 gak. Jenis takleh berasa kalah. Kau nak bawak makanan, bawaklah. Takde siapa kata semua kena chip in duit.   

Parents batch Redza kat Langkawi jugak paling best. Bab spending ni, asal bukak tabung collection je, tak sampai 1 jam penuh. Berebut-rebut nak sumbang. Because masing-masing bukan nak compare siapa paling banyak sumbang atau siapa yang tak sumbang lansung. Kita tak ambil tahu pun. Kita care objektif tabung tu dibuka, tercapai. Kalau bukak tabung untuk beli anak-anak makanan, kita fokus untuk makanan tu dapat kat anak-anak je. Kau sumbang ke, tak sumbang ke, janji tabung penuh.

Alhamdulillah, kawan-kawan DPT aku semua jenis macam ni. Dan masing-masing tahu limit. Contoh, holiday pi Penang dulu. Siapa nak join? Kita tak paksa. Kalau 4 orang je, 4 orang je la pegi. Dan yang pergi ni tetap belikan souvenir untuk yang tak pergi. 

Some people merasa semua kawan kena consider kemampuan dia. Kalau makan, makan yang warung-warung je. Kalau shopping, pegi tempat murah-murah je. No, you cannot expect benda tu berlaku macam tu.

Dorang ni nak me time. Sesekali dapat me time, apa kata spend kat good food. Kalau kau takde kemampuan nak join, let yang ada kemampuan pergi. You stay. Jangan bitter. Jangan buat plan orang tak menjadi disebabkan kau sorang. Ikut majoriti. Kalau majoriti kata jom makan kat Kenny Hills? Kau sorang nak makan nasi berlauk kat food court. Logik ke semua kena ikut pilihan kau?

Ini bukan pasal siapa kaya siapa tak, Ni pasal respect dan common sense. Kita semua ada fasa hidup yang berbeza. Kadang-kadang kita mampu, kadang-kadang tak. That's normal. Tapi jangan expect orang lain kena adjust hidup dorang semata-mata nak ikut kemampuan kita sorang. Kalau kita tak dapat join, takpe. Sit this one out. Jangan rosakkan vibe orang lain dengan energy yang bitter like "Alah, mahal sangat..." or "Kau ni lupa asal-usul ke?"

Ayat-ayat macam ni bukan datang dari someone yang rendah diri, tapi datang dari someone yang merasa entitled. Dia rasa orang lain wajib turun level sebab dia belum naik level. That's unfair. Kawan yang betul akan cakap, “Takpelah, korang enjoy. Nanti aku join next time”. 

That is REAL conversation in our DPT group. Kalau siapa perasan, setiap kali gather, jarang cukup korum. Balik-balik aku, Ina, Cheq, Hele. Ini muka-muka default 😆. Yang lain ada join ada tak. We are ok with that. Sesiapa yang tak dapat join akan encourage the gathering must go on. Next time dorang join. Itu namanya tolerance. 

Real friendship is not about forcing equality. It's about mutual respect. Kalau kita belum mampu, takpe. Tapi jangan buat orang lain rasa bersalah. Sebab bila tiba time kita nanti, kita pun nak kawan-kawan happy untuk kita, kan?


2025-08-07

Kalau korang boleh pilih, korang pilih ujian suami malas atau suami curang?


“Kalau korang boleh pilih, korang pilih ujian suami malas atau suami curang?”

Ni persoalan kat Thread. Kenapalah warga Thread suka buat post-post yang tak masuk akal dan tak perlu dipikirkan like this.

Kenapa perempuan nak kena pilih between 2 red flags? Red flags kot dua-dua tu. Perlu pilih ke?

Bila soalan macam ni wujud, kita boleh nampak apa masalah sebenar masyarakat. TOLERATE. Kita dipaksa untuk tolerate dengan toksik like this. Seolah-olah mana satu penderitaan yang kau sanggup telan? Suami malas? Suami curang? Mana yang lebih ringan derita dia.

Hello..? That’s such a warped way to look at marriage. As if kahwin tu survival mode. As if you are bound to suffer anyway, so might as well pick the one that hurts less.

Itulah masalahnya kita ni. We have been trained to accept brokenness as normal, especially dari suami. Pastu kita sanjung isteri-isteri yang mampu bertahan dengan suami gitu. Eh meh sini aku jentik dahi kau kasi terang sikit jalan nak berpikir.

Suami malas tu kau rasa ok, eh?

“Takpelah dia tak curang pun, cuma malas”

Cuma? Malas tu bukan small matter tau. Maybe kau tak pernah rasa lagi bercouple dengan lelaki malas hazabnya macamana.

Malas study.
Malas pi kelas.
Malas buat group assignment.
Malas nak berusaha.

Couple dengan partner gini, korang tak dapat jadi teammate. Kau nak buat apa pun tak boleh dengan partner macam ni. Sebab dia tak function. Bangang tu cerita lain. Tapi kalau malas, sorry aku takleh follow. Malas ni dia bukan sekadar tak rajin. Dia takde effort nak buat lebih. Daya juang tu takde. Kau nak ajak move forward in life pun dia tersangkut kat tepi sebab dia dah sangat selesa jadi orang tak berguna.

Hari-hari kita yang kena push dia buat something so that dia bergerak. Kita yang kena fikir untuk dua orang. Kita kena pikul separuh beban. Eh, aku nak partner tau. Aku tak nak jadi mak kau.

Benda ni kena identify sebelum kawen lagi. Kalau awal-awal pun dia dah malas, jangan harap lepas kahwin jadi rajin. Sebab malas tu bukan fasa hidup, tapi pilihan hidup. Bila kau couple dengan orang macam ni, kau sure burn out punya. Apetah lagi bila kahwin dengan orang macam ni, tengoklah. Kau jadi tua awal.

Jangan rendahkan standard semata-mata sebab “dia tak curang pun”. Lelaki tak curang tu basic, dik. Kalau dia malas, tak bertanggungjawab, takde inisiatif, dia tetap bukan husband material. Love yourself enough to say kalau malas pun dah cukup menyusahkan, apetah lagi kalau curang. Dua-dua aku reject.

Malas dalam konteks suami pulak bukan setakat tak buat kerja rumah. Suami malas selalunya lepas tangan bab anak dan rumah. Dia anggap bila dah sediakan duit tu bermakna dia dah tunaikan tanggungjawab. Tengok isteri terkangkang-kangkang buat kerja rumah takde rasa nak tolong. Ini bukan suami, ya. Ini namanya BEBAN.

Lagi satu bila isteri penat, orang suruh sabar. Sabar tu tengok keadaan la. Kalau kau dah macam kuli dalam rumah sendiri, nak sabar hapenya. Kalau everyday isteri urus anak, masak, basuh baju, lipat baju, kemas rumah, at the same time bekerja sebab gaji suami sorang tak cukup, malam kena mengangkang layan kau pulak, apa benda tu kalau bukan kuli? Tu yang kadang bila ada orang cakap "sabar, syurga isteri di bawah tapak kaki suami". Eh sorry. Itu bukan excuse untuk jadi zalim. Sabar yang menindas diri sendiri tu namanya bodoh.

Suami curang. It’s a choice. A very conscious one. Ini lagilah jangan tolerate. Kesannya sangat dalam. Trust hilang. Trauma. Kau akan rasa rendah diri. Kalau aku, memaafkan pasangan yang curang akan buatkan aku insecure sampai mati. Sebab apa? Sebab aku dah takde kepercayaan lagi. Everyday aku akan jadi stalker check dia pi mana, betul ke pi kerja, nak go thru whatsapp dia, nak kena perati dengan siapa dia berkomunikasi kat media sosial. Hoih! Banyak pulak kerja aku nak kena buat. Daripada aku insecure macam tu, baik aku buang terus dalam hidup. Senang, takyah pikir dah.

Tapi peliknya, bila isteri nak keluar dari marriage bila suami curang, orang akan cakap:

“Kesian anak-anak”
“Sabar, semua orang ada silap”
“Maafkan jelah, dia janji nak berubah”


So again, perempuan juga kena faham, kena terima. Apesal eh? Why do women even have to choose between two types of suffering? Cuba kau bayangkan sorang lelaki kata "Kalau kau boleh pilih, nak isteri tak pandai masak atau isteri curang?”

People would laugh! They would say “apa soalan merepek ni, saitan?”. You know why? Because masyarakat tak expect lelaki untuk tolerate apa-apa, especially bila melibatkan kekurangan isteri. Tapi bila perempuan mengeluh suami malas, suami curang, terus keluar nasihat “Sabar… lelaki memang macam tu. Jangan tinggi sangat expectation tu”

This double standard is toxic! Kalau lelaki dapat bini tak pandai masak "Rugi bayar hantaran mahal-mahal kalau tak pandai masak, bro". Tapi kalau perempuan dapat suami malas “Bersyukurlah, asalkan tak curang”.

Ada satu video kat TikTok aku tengok. Perempuan ni suri rumah. Dia mengemas-ngemas hall, suami dia mengangkang atas kerusi main henfon. Tertonggeng-tonggeng bini tu menyapu. Orang tanya "Suami tu tak reti nak tolong ke". Isteri dia jawab "Jangan tegur. Nanti dia duduk kedai kopi pulak. Lebih baik dia duduk je kat situ (kerusi di rumah)"

Kau nampak tak macamana laki tak rasa diri dia tuan? Sebab ada perempuan yang boleh tolerate lelaki pemalas semata-mata takut laki curang.

Aku tak paham kenapa perempuan kena adjust expectation based on kelemahan lelaki? Why do we have to choose between a man who won’t lift a finger or a man who lifts it for someone else? Kita hidup dalam zaman yang perempuan pun contribute untuk ekonomi keluarga. Ramai isteri bekerja 9 to 5, balik rumah masak, kemas, urus anak, tapi still disuruh faham kalau suami penat. Oh, penat dia valid. Habis penat kau?

For decades, kita diajar "lelaki memang macam tu".

Lelaki tak matang, nanti lepas kawen dia jadi matanglah.
Lelaki kalau tak pukul, tak curang, bersyukurlah.
Lelaki memang ego, perempuan kena pandai main peranan.

Jadi kita pun rendahkan expectation. Kita letak standard yang sangat basic. Janji dia tak tinggal rumah, tak pukul, dia masih suami yang baik walaupun pemalas. Gitu.

Raise your standards. You don’t have to choose between red flags. You can walk away. You can say no. You can not settle. Marriage should be peace, not punishment. If it keeps draining your mental health, something is wrong. Sabar tak bermaksud telan semua benda. Sabar ada limit.

Truth is, perempuan tak patut kena pilih antara dua jenis toksik. Soalan “nak suami malas ke curang” tu sendiri dah problematik. It’s like suruh orang pilih nak kena tampar ke, nak kena cekik. Soalan ni tak patut jadi bahan perbincangan pun. It should be laughed off sebab dua-dua tu bukan pilihan. Kalau suami ada kekurangan, fine. Semua orang ada. Tapi kalau kekurangan tu jadi beban yang kau kena tanggung sorang, that’s not sustainable.

Please. Stop.

Marriage is NOT about enduring suffering. We need to rewire how we think. We are not here to pilih derita mana lebih ringan. Marriage sepatutnya ada mutual respect. Equal contribution (in whatever form you both agree on). Accountability. Kalau dari awal kena pilih antara malas atau curang, itu warning sign.

Jangan biarkan sesiapa pun buat korang rasa kena pilih derita yang mana satu. The minute you are asked to choose between bad and worse, remember that you can always choose NONE. You deserve a partner, not a liability, not someone you constantly have to sabar for. You deserve peace. And you don’t need to apologise for wanting it.

Kau as perempuan ada hak untuk expect love, effort, and loyalty. We deserve partnership, not punishment. So next time someone asks you that nonsense question, jawab balik "Aku pilih yang rajin & setia. Kalau takde, aku pilih jadi single". Sebab let me tell you this. Being single is not a punishment. Being with the wrong man is.


2025-08-06

Highlite rumah-rumah masa trip UK

Aku berhutang dengan this person lama dah. Tentang tempat-tempat tinggal sepanjang ke UK hari tu. Jadi aku cerita pasal tempat tinggal je lah, ya.



Semua accomodation En Wan arrange-kan. Aku tak ambil tahu dan tak tahu apa bentuk tempat tinggal sebelum sampai di sana. Aku percaya je apa dia pilih sebab En Wan tahu kalau accomodation tak selesa, bini dia takkan ikut lagi. Plus, bawa Mak Aji and Pak Aji sekali. Kenalah yang selesa sikit nak bawak orang tua.

Kat Birmingham, kitorang tinggal kat unit 3 tingkat. Penyewanya medical doctor yang also a lecturer university. Di sini kitoang duduk 9 hari sebab Redza belum start cuti. Kitorang sampai Khamis malam, dan check out Sabtu depannya. RM900/nite. Sangat selesa. Ada 3 bedroom, 2 shower with bath tub. Kitchen besar, senang aku nak masak. 

Aku cuma risau bab kitchen je masa kat Birmingham sebab kalau duduk 9 hari tapi kitchen tak ok, memang jemlah. Dah la puasa and raya sekali kat Birmingham. Nasib baik rumah ni ok sangat-sangatnya. Selesa betul aku memasak. Kitchen utensils, sila bawa sabun sertu, ya. Ada juga yang kitorang beli baru dan tinggalkan kat rumah Redza.

Tempat kitorang stay ni dekat dengan accomodation Redza. Jalan kaki ke rumah dia. Dekat dengan train station dan dekat dengan Morrisons. Birmingham ni takde apa sangat. Sesuailah dengan aktiviti kitorang ulang-alik ke pasar je sepanjang kat sana. Tapi di Birmingham kitorang sempat keluar ke Cambridge 1 hari. Nak tengok Cambridge Uni je benaunya.

Accomodation kedua adalah York. Takde nak cari apa pun kat York sebab tujuan utama adalah ke Edinburgh. Journey from Birmingham to Edinburgh sangat jauh. Kena stop bermalam. En Wan pilih York sebab berada di tengah-tengah. York rupanya sangat best! Macam perkampungan yang cantik. Rumahnya mostly sebijik-sebijik setingkat. 

Rumah yang En Wan sewa ni RM1200/malam. Kitorang stay 1 malam saja. Rugi pulak stay 1 malam je sebab rumah dia best. Ada patio, kitchen dia complete, bilik dia cozy and dia bagi snek yang sedap as welcoming gift. Laman dia besar depan belakang, kalau stay 3 hari mau aku buat BBQ siap.

Tempat yang kitorang stay tu kelilingnya supermarket dan kedai-kedai yang best macam Sainsbury's, Argos, Morrisons, Tesco. Sainsbury's sini best sebab bahagian halal dia lebih variety. Yang unsangkarable tu rupanya kat York ada Designer Outlet! Kitorang jalan-jalan nak pi cari barang nak masak sebenarnya. Eh terjumpa. Dah tu takkan tak masuk, kan. Masukkkkk.

Accomodation ketiga adalah Edinburgh, Scotland. Di sini 2 malam. RM2500/nite. Yang ni petempatan elite sikit. En Wan saja nak feeling rumah ada fireplace. Ada 3 bilik, 2 bathroom, 2 living hall dan kitchen yang ok. Aku apa-apa tengok kitchen dulu sebab nak masak. Sampai je setiap rumah, En Wan akan tulis apa barang masak nak kena beli. Padahal berangkut pek Kembara dari Malaysia sampai penuh beg, hujung-hujung kat sana aku memasak juga akhirnya. Sebab groceries sangat mudah nak dapat. Ayam and daging halal kat Sainsbury's tu banyak. Nak dengan tak nak masak je.

19 hari kat sana, siap beli 5 kg beras okeh! Dahlah kat sana jual beras 1kg-1kg. Dia ingat sample agaknya. Terus beli 5 kg and settlekan juga kat sana sebelum balik Malaysia. Macam duduk Malaysia jugaklah aku. Apa taknya, menu nasi lemaklah, nasi goreng, nasi tomato, nasi minyak. Ni lah dia kalau bawak tekak melayu gi UK. Pak Aji puji aku "Tak sangka hebat Diana masak". Tu diaaaa... betapa teruknya reputasi aku kat dapur zaman anak dara dulu sampai dah umur 48 tahun baru bapak aku approved aku memang boleh memasak.

Accomodation seterusnya adalah Liverpool. Yang ni stay 1 malam je sebab tujuan sebenar adalah London. Journey Edinburgh to London sangat jauh. Melekat pantat aku kat kerusi. Yang Liverpool RM1500/nite. Cantik rumah dia. Ini satu-satunya rumah yang kitorang stay tak sempat nak masak. Kepenatan. Petang tu makan luar, balik terus tido. TV apa pun tak bukak. Esoknya pagi-pagi dah gerak ke London.

Accomodation last adalah London. 4 malam kat sini. Apartment ni simple je tapi quite mahallah kalau nak ikutkan sizenya, RM1500/nite. Dua bilik je pun. Maybe sebab dia kat London dan bersebelahan dengan Thames River. View memang cantik dengan sunset clear dari balcony. Aku rasa dia caj mahal sebab view je ni. Bedroom ada 2 tapi master bedroom ada 2 queen bed. Mana maunya Redza and Rayyan tido sebilik dengan mak bapak. Rela dorang tido kat sofa hall. Ah gasak.

Kat London aku dah tak masak beria-ia. Hanya sesi menghabiskan saki-baki pek Kembara. Lagipun kat London banyak berjalan. Balik rumah untuk tido, basuh baju and makan je. Sepanjang di UK cuma 2 kali aku pakai food delivery service. Makan kat kedai pun cuma 2 kali. Selebihnya aku masak. En Wan ajak juga aku makan luar, cari halal steak, atau seafood. Aku tak nak. 

Kat sana saka aku rajin betul masak. Maybe sebab groceries shopping kat sana sangat mengujakan, jadi aku bersemangat nak masak. Masak kat UK katakan. Bila lagi nak uji skill buat lauk melayu di perantauan. Lagipun naluri seorang ammak yang datang sana dengan impian nak masakkan lauk-lauk sedap untuk anaknya. Bila dah sampai, takkan nak makan luar. Takde beza la mak datang dengan tak datang.

Terima kasihlah kat Mr Annoying sudi spend banyak untuk acomodation yang selesa. Aku dah balas balik budi dia dengan masakan yang sedap-sedap kat sana. Kira settle la ni.


2025-08-05

Kalau arwah suami hibahkan takaful kepada isteri semasa suami masih hidup, harta tu dah jadi milik isteri 100%.

Kes tuntutan hibah kontroversi tu rupanya pihak ipar-duai masih nak fight, kan? Tu bukan apa tu. Tu sebenarnya lebih kepada nak cover malu. Sebab hari tu dorang beria sangat bersorak menang, sekali balu fight dengan dokumen sah. Now ipar duai nak fight balik. Entah hape la dia nak pusing lagi. To me ini kes nak cover malu je. Dah terang-terang dokumen hibah tu sah, ikut prosedur, siap ada saksi, segalanya lengkap. Tapi sebab tak sangka si balu bawa keluar trump card dengan fakta yang solid, terus terbalik semua game.

Aku tak faham apa benda yang nak dipertikaikan? Padahal masa arwah hidup masing-masing tahu pasal hibah tu. Cuma bila arwah dah takde, masing-masing tunjuk perangai. Sedih bila keluarga mertua yang patutnya jadi tempat berlindung, buat macam ni. Sedih ya, seorang isteri yang hilang suami, dicabar oleh ipar duai atas hibah yang dibagi oleh arwah suaminya. Sedih bila terpaksa pertahankan hak. Ni bukan hak yang samar-samar. Ini hak mutlak dia. Jelas sah dari segi hukum dan undang-undang. Tapi masih dituntut waris suami.

Let’s make this clear. Kalau arwah suami hibahkan takaful kepada isteri semasa suami masih hidup, harta tu dah jadi milik isteri 100%.

Kenapa hibah tu jadi hak isteri secara otomatik?

Sebab bila hibah dibuat dengan sempurna (niat jelas, akad sah, ada saksi), maka hibah tu dah berpindah milik sepenuhnya kepada penerima. In this case, isteri. Bila suami meninggal, hibah yang dia buat tu tak masuk dalam pembahagian pusaka. Jadi tak perlu nak sibuk-sibuk tuntut hak. Takde hak kau dalam tu.

Logiknya macam ni. Kalau masa hidup suami bagi kau RM10K, adik-beradik suami boleh ke datang kat kau mintak duit dibahagi-bahagi atas alasan duit tu abang dorang punya? Memanglah abang kau punya, tapi dia dah bagi bini dia maka dah jadi hak bini. So dalam situasi hibah, kenapa bila arwah suami bagi hibah kepada isteri semasa dia masih hidup, bila dah mati kau rasa kau berhak dapat hibah tu? Hello, benda ni direct translation kot. Anak aku pun boleh faham kalau aku terangkan ni. This is common sense. Tak susah nak faham melainkan kaki putar alam.

Bayangkan kau hadiahkan mak kau cincin emas Habib. Kau bawak mak gi Habib, belikan. Lepas kau meninggal, adik-beradik datang cakap, “Mak kena bahagi cincin ni kat kitorang sebab itu beli pakai duit abang". Kegilaanbabi apekah ini?

Agak-agak, patut tak mak kau serah cincin tu? Tak patut, kan? Sama juga dengan hibah. Cuma bezanya, hibah selalunya lebih besar nilainya, tu pasal masing-masing menggelabah kerandut mengaku ada share.

Kat Malaysia, undang-undang Islam iktiraf hibah as pemberian sah, asalkan ada dokumen dan niat yang jelas. Kalau si mati dah buat dokumen hibah, lengkap dengan saksi dan bukti serahan harta (ada signature dua-dua pihak), maka hibah itu valid. Tak boleh suka-suka cabar. Setiap hibah dibuat dengan niat. Arwah mungkin nak pastikan isteri tak susah lepas dia takde. Bila kau cabar hibah tu, kau sebenarnya mencabar keputusan si mati.

Bab duit ni kita memang takleh buat main. Bukan setakat true colors je keluar. The whole palette keluar terus! Semua orang nampak perangai sebenar bila masuk bab duit. Masing-masing masa hidup tak nak buat hibah, tapi orang lain punya hibah kau nak rembat. Dasar mindset B40. Kaya, berjawatan, tapi mindset B40!

Jangan marah kalau aku cakap gini. Ni bukan menghina sesiapa. Ini bukan isu sosio-ekonomi, tapi MINDSET. Mindset miskin ni bukan sebab takde duit, tapi hati tu busuk. Dah tahu arwah buat hibah masa hidup, tapi masih nak pertikai, nak cabar, kononnya ada keraguan. Keraguan amende, saitan? Sebab tak dapat kat kau maka semua benda meragukan dan tak adil? Kena bagi sama-rata baru adil? Itu bukan adil, itu namanya tamak.

Inilah namanya mindset B40. Bukan dari sudut ekonomi, tapi mentaliti. Suka pertikai hak orang lain. Tak reti hormat keputusan orang. Tak faham beza antara harta pusaka dengan hibah. Rela bergaduh dari biar orang lain hidup senang tak menyusahkan dia. Kalau akulah, si balu ada duit untuk teruskan hidup dan tak menyusahkan aku dah besar rahmat dah. Biarlah dia urus life sendiri dengan duit hibah yang suami dia tinggalkan.

Nak tengok siapa sebenarnya yang tamak, siapa yang ikhlas, kau tunggu je bab-bab melibatkan duit. That's why jangan pandang someone masa susah, tapi tengok masa ada peluang rebut duit. Masa tu baru nampak siapa sebenarnya yang bermentaliti miskin walaupun ada pangkat tinggi.

Kadang-kadang suami kita baik, tapi keluarganya belum tentu. Ramai dah isteri jadi mangsa. Dah lah hilang tempat bergantung, kena hadap pulak perangai keluarga mertua dari neraka. Isteri tak tuntut apa-apa. Cuma pertahankan apa yang suami dah beri. Bila kau pertikaikan hak isteri tu, kau sebenarnya sedang langgar amanah terakhir abang kau sendiri. Good luck di Padang Mahsyar, ya.


2025-08-04

Semua perempuan ada rasa nak tunjuk lekuk badan especially kalau dah kurus.

Bagus korang ni, everytime aku buat video, lain yang aku cerita, lain yang korang tengok. Aku cakap pasal promo, kau tanya pasal baju aku pakai. Yang tanya shawl beli mana. Yang tanya seluar beli mana.

Ada sorang ni komen "Pinggang Kak D kecik tapi suka tengok blouse akak semua longgar-longgar”

Aku tahu statement ni nak arah ke mana. Sebab selalunya orang kata kalau badan kecil, atau sesiapa yang dulu pernah gemuk now dah kurus, mesti nak tunjuk bentuk badan. Kau nak arahkan ke situ statement tu, kan? Hahaha.

Dah alang-alang, meh la aku buat post pasal ni. Ini bukan sekadar jawab statement, tapi jawab sekali mindset kebanyakan kita tentang kurus = pakai baju sendat.

First of all, zaman aku pakai baju kecik sendat-mendat ni dah lama berlalu. Dulu aku pakai baju sendat sebab aku suka pakai macam tu. Now masih pakai, tapi kat rumah. Masih lagi dengan spageti strap and short. Bezanya orang tak nampak. 

Bagi aku, kalau kau nak kurus sebab nak pakai baju size S ke mana-mana so that people dapat tengok your transformation, trust me itu bukan motivasi yang sustainable. Sebab bila kau dah capai berat yang kau nak dan dapat pakai baju yang kau nak, then what? Kau akan cepat bosan, dan balik semula ke habit lama. Why? 

Sebab kau dah capai target, dan niat kau tak datang dari reason yang kuat. Bila main reason bukan untuk nampak cantik di mata orang, kau takkan kisah pakai baju loose. Because at that point, you know your self-worth is not defined by how ketat baju. You don’t need validation from others to feel enough. You wear what makes you feel comfortable.

Berasa nak tunjuk bentuk bentuk badan ni, normal. Semua perempuan ada rasa nak tunjuk lekuk badan especially kalau dah kurus. Normal la tu. Salah atau tak salah, itu tanya pakar. Kalau tanya aku, jawapan aku - TAK SALAH. Bagi aku, kalau selesa pakai baju sendat, that's your call.

Cuma yang seusia aku, atau those yang dah masuk umur 40-an, pakaian kita mencerminkan kematangan. Umur-umur macam aku ni dah bukan lagi nak compete siapa lagi kurus, siapa lagi look young, siapa paling gojes, siapa paling jaga badan. Dah bukan umur gini nak bertanding bab tu.

Ini pandangan peribadi aku, ya. Tak setuju takpe. 

Bagi aku, sekurus mana kita di usia 40-an, takkan sama cantik macam waktu kita muda. Kurus umur 40 dengan kurus umur 25 tu JAUH BEZANYA. 

Bentuk badan umur 40-an ni walau kau masih kurus, lain. Badan dah jatuh. Tetek dah jatuh. Bontot dah jatuh. Kurus kita sekarang dah tak se-solid zaman badan muda. Kurus kita dah tak berbentuk. Cuba tengok artis-artis umur 40-an yang gigih nak pakai baju ketat. Walaupun nampak macam ya, masih bergetah, cuba banding dengan badan dia zaman muda. Tak sama cantik. Cuma bila kita bezakan dengan kawan-kawan seusia dia, nampaklah badan dia cantik lagi.

Let's talk aging. Kita kena jujur dengan diri sendiri. Tak kisahlah betapa flat pun perut kita, betapa ramping pun pinggang kita, realitinya kulit kita dah tak anjal macam dulu. Bahagian-bahagian yang kita dulu banggakan like paha, bontot, dada, semua tu dah slowly jatuh. Nak pakai baju sendat untuk siapa? Kalau pakai baju tu tapi lemak tepi terkeluar, garis bra terbenam dalam kulit, paha bergesel. Tak penat ke nak betulkan baju all day?

Aku pakai Middellyf Shaping Brief dengan loose blouse pun ada orang tanya "Kenapa dah pakai blouse besar still pakai shaping brief lagi?"

Sebab to most of us berfikir kalau pakai shaping brief, kenalah tunjuk pinggang berlekuk tu. Kalau tak,buat apa pakai. Ada juga yang takde shaping brief alasannya "Saya biasa pakai baju longgar, takde sebab nak pakai shapewear".

Itu salah faham namanya. Aku pakai shapewear untuk bagi sedap badan. Ada hari-hari yang aku rasa bloated, jadi aku pakai. Contohnya masa period. Perut jadi buncit sikit, so aku pakai. Sometimes aku pakai supaya kedudukan pad tetap. Biar sedap tak bergerak-gerak. Tapi kalau sesiapa nak pakai shaping brief with kebaya pun tak salah. Memang itu fungsinya pun, supaya enhance bentuk badan. Cuma aku saja yang pilih untuk tetap pakai loose blouse.

Sama macam beli baju. Aku beli sebab suka that baju. Pakai sebab nak pakai. Tak kisahlah baju tu ada corak kat dada tapi tak dapat tunjuk kat orang sebab cover dengan tudung - I don't care. Janji aku dapat that baju. Contohnya baju today.

Ini sebenarnya design baju tu. Tapi orang tak nampak sebab aku cover dengan tudung. But nevermind, janji aku nampak. Yang penting beli sebab kaler ni takde lagi. Kalau yang free hair pakai blouse ni lebih cantik sebab nampak the actual design baju. Rambut ikat atau sanggulkan so that bahagian dada tu clear takde distraction dengan rambut. Jadi design baju tu lebih menyerlah.

Ada beza antara berpakaian cantik dan berpakaian untuk dipandang cantik. Ramai orang perempuan bila masuk 40-an struggle dengan identity. Ye lah, anak dah besar. Suami makin busy. Diri sendiri terasa invisible. Sesentangah perempuan ni try to rekindle zaman muda-muda dulu dengan berbaju muda-muda juga like tight clothes, rambut kasi color, posing dalam kereta pakai spek besar. Alhamdulillah semua aku dah buat dulu. Hahahahaha.

Cara-cara umur aku 20-an dulu buat gitu pun kena kecam. Kalau umur dah nak masuk 50 buat lagi gini memang wajar sangat kena kecam, Diana. 

Actually, the way we dress is not the issue, but the way we see our self-worth. You are not less worthy hanya kerana body dah tak se-solid umur 25 tahun. You are not less attractive hanya kerana pakai loose blouse. You are not outdated. You EVOLVED.

Dengan umur aku sekarang, rasanya dah bukan usianya nak penampilan disemak valuenya di mata orang. Insyallah I will be secure in myself, not in what I wear. Kalau setiap kali keluar rumah kena fikir apa orang cakap pasal baju aku, eh penat, dik. Lagi-lagi bila expectation tu berubah-ubah ikut trend, umur, bentuk badan. 

Tambah pulak dengan kerja sekarang, everyday aku half day di office GreenAard and kemudian di training centre pula. Dalam keadaan kerja yang macam ni, aku pilih untuk pakai apa yang buat aku senang bergerak dan praktikal. Asal selesa dan kemas, dah.

Zaman muda dulu, yes. Kita semua zaman muda nak-nak lagi masa single, rasa seronok bila orang pandang. But now I no longer dress to be seen. I dress to feel like ME. Cara kita carry ourself akan buat orang tetap notice kita walaupun tak pakai sexy. Ada orang pakai jubah, tapi semua orang notice dia because they look put-together dan ada aura. Ada orang pakai baju ketat dari kepala sampai kaki, tapi kita tengok nampak dia macam try hard sangat.

Baju loose bukan bermaksud tak bergaya. Sekarang ni banyak je brand yang jual blouse loose, flare pants, skirt labuh, outerwear yang smart tapi tetap nampak chic and urban. Sebenarnya, bila kita faham bentuk badan sendiri, kita boleh highlight kelebihan tanpa perlu expose. Contohnya, kalau pinggang secekak, boleh pakai cutting A-line. Kalau lengan slim, boleh pakai lengan puff. Kalau badan petite, boleh pilih crop cut yang loose.

So to anyone struggling with self-image, listen here. Pakaian boleh berubah, badan pun akan berubah, but when you truly know who you are and the value you bring into other people’s lives, that’s the kind of worth that never fades with time.


2025-08-03

GreenAard: Bila kolesterol baik, semua benda pun ikut jadi baik.

Ofis cuti Jumaat dan Isnin, staff ada banyak terima soalan tentang GreenAard rupanya. Aku jawab Nutrijuice dulu. Lain-lain aku jawab kendian.

Yang pertama, dia ambil Nutrijuice at the same time ambil Omega. Ada masalah tak?

In general, NO PROBLEM. Dua-dua ni suplemen yang berbeza fungsi. Takde overlap. Bermakna tiada overload. In fact, they can complement each other. 

Dari segi cara makan pun tak technical sangat. Nutrijuice kita suggest ambil waktu pagi semasa perut kosong atau sebelum makan. Omega pula usually ambil lepas makan sebab lagi senang diserap especially bila makanan yang dimakan ada lemak. Aku ambil Nutrijuice waktu sukati. Janji everyday ambil.

By the way, sesiapa yang ada ambil ubat kolesterol atau ubat darah tinggi, please refer dulu dengan doktor sebelum ambil Omega, sebab certain ubat boleh kacau bila ambil Omega (minyak ikan).

Kalau dah ambil ubat kolesterol, aku tak suggest ambil Nutrijuice. In general, taking both is probably safe tapi kedua-duanya menjalankan fungsi yang sama iaitu stabilkan kolesterol. Bila ada dua agen penurun kolesterol diambil serentak, it has the potential kolesterol turun terlalu banyak (ini rare case, but possible). Takut nanti lain jadinya.

Dalam sains, pengambilan 1.5-2.4g plant sterol sehari boleh turunkan kolesterol beransur-ansur. Nutrijuice punya sterol tak sikit. Sama dengan saranan sains, iaitu 1.5–2.4g. Jadi kalau kau ambil both Nutrijuice and ubat kolesterol, kita takut kolesterol turun dengan sangat mendadak and cepat. Ini tak bagus sebab too rapid decrease in cholesterol boleh ganggu kestabilan badan. Badan tak sempat nak adjust perubahan mengejut blood lipid.

Kena faham yang kolesterol ni bukannya jahat semua. Badan kita masih perlukan kolesterol untuk buat sel baru, untuk produce hormon, dan untuk otak berfungsi dengan baik. Kalau kolesterol turun cepat mendadak-dadak, badan kau cepat penat. Kau punya vision jadi blurry and hormon terganggu. In women, gangguan hormon paling kita tak nak berlaku. Tak memasal karang menopaus awal.

Soalan yang kedua. Katanya tahun lepas bacaan kolesterol 4.0, tahun ni 5.5 (melebihi paras normal sikit).

Walaupun kita amalkan lifestyle yang lebih kurang sama macam tahun lepas, sebenarnya banyak small-small factor yang konsisten yang contribute pada kenaikan kolesterol. Kita je tak perasan faktor-faktor ni.

Umur is number one factor. Makin bertambah umur, kolesterol dalam hati meningkat. Kelajuan badan buang kolesterol menurun, walaupun lifestyle tak banyak berubah. Faktor umur adalah something yang kita tak boleh elak, tapi kita masih boleh kawal kolesterol.

Lagi satu, kadang kita tak sedar portion makan berubah jadi lebih besar. Atau kita makin kerap makan processed food, or fast food, or makanan tinggi lemak tepu (santan, makanan bergoreng, daging berlemak), lebih kerap dari tahun lepas. 

Tahun ni maybe kita kerap minum kopi 3-in-1, atau makan kukis/biskut, atau lebih banyak makan roti. Ni semua nampak macam sikit.

"Saya ambil sikit je"

Kita je rasa sikit. Tapi dalam tempoh setahun kalau kekerapan ni berulang-ulang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Badan kita ingat semua yang kita makan. Dia tak kira kau makan sikit atau jarang-jarang makan. Sebab dia ada history berapa kerap dan berapa banyak dia memproses lemak, gula, dan garam yang masuk. 

Kalau every morning kau minum kopi 3-in-1 and makan dua keping biskut - ni nampak kecik, kan? Tapi kalau seminggu 2 kali selama setahun, itu dah 104 paket kopi + 208 keping biskut. Belum masuk jajan, roti gardenia yang "alas perut", air manis waktu lunch. Tu kau tak kira lagi.

Bila metabolisme makin perlahan disebabkan umur bertambah, badan cenderung simpan lebih banyak lemak. Ditambah lagi dengan stress, tidur tak cukup, hormon pun kacau - semua ni contribute pada peningkatan kolesterol. Jadi bila tahun lepas kolesterol cantik, tapi tahun ni naik, kadang-kadang memang kita terlepas pandang benda-benda kecik yang akhirnya bagi impak besar.

Satu lagi, semakin bertambah umur, badan semakin kurang aktif. Kalau sebelum ni kerja sales rajin berjalan sana sini jumpa client. Tahun ni dah naik manager, lebih banyak duduk ofis atau kerja makin sedentari. Kolesterol pun boleh naik dengan cara ni.

Some people, tiba-tiba je ada kolesterol. Sebelum-sebelum ni takde. I mean kolesterolnya normal. Just like customer yang aku screen shot tadi. Tahun lepas kolesterol normal. Tahun ni tetiba naik. Kalau ada sejarah keluarga kolesterol tinggi, sometimes genetik ni aktif pada usia tertentu. Bila genetik mula aktif, maksudnya walaupun dulu makan macam-macam bacaan kolesterol elok je, tiba-tiba masuk umur 30-40-an, kolesterol mula naik walaupun lifestyle tak banyak berubah. This is because genetik yang selama ini dorman begin to affect how your body processes fat and cholesterol.

Kalau parents atau adik-beradik ada kolesterol tinggi, that's an early warning sign untuk kita lebih proaktif. Jangan tunggu bacaan kolesterol naik baru nak cari ubat. Sebab kolesterol tinggi jarang ada simptom. Bila dah ada komplikasi (macam heart attack atau stroke), masa tu dah lambat. Walaupun your BMI normal, badan kurus, tak pernah sakit, kalau ada sejarah keluarga kolesterol tinggi, kena tetap jaga.

Yang ketiga, dia nak tahu tentang Nutrijuice.

Secara ringkas, tujuan GreenAard produce Nutrijuice memang untuk stabilkan kolesterol. Ini main fokus. Apa-apa yang korang dapat macam gout semakin lega, blood pressure makin ok, weight loss - itu adalah bonus. 

Semua tu ada kaitan dengan kolesterol yang semakin baik. Sebab bila kolesterol makin stabil, aliran darah jadi lebih lancar, maka tekanan darah pun lebih terkawal. Lantas fungsi hati dan jantung semakin baik.

Bila sistem dalaman dah mula smooth, secara tak langsung simptom-simptom lain pun berkurang. Contohnya gout makin kurang flare up sebab asid urik lebih mudah disingkirkan. Tekanan darah tak naik-turun menyebabkan badan lebih energetic sebab oksigen dan nutrien lebih efisien bergerak.

Kalau berat badan menurun lepas ambil Nutrijuice, itu pun bukan magic. Bila trigliseride (komponen kolesterol) makin baik, metabolisme badan jadi lebih seimbang. Berat badan lebih senang turun. 

So yes, Nutrijuice memang untuk kolesterol. Bila kolesterol baik, semua benda pun ikut jadi baik. Itu yang dinamakan "bonus that comes from internal balance".


2025-08-02

Wanita bekerja cintakan dunia

Someone wrote this:

"Jadi surirumah auto slow-slow hilang rasa cintakan dunia. Kalau dulu masa bekerja tiap bulan tukar handbag, baju baru silih berganti, pantang nampak kasut cantik terus beli. Sekarang? Pakailah baju yg sama berapa kali pun. Pakailah kasut yg sama sampai lunyai. Handbag tu, pakai je apa yg ada. Downgrade life after jadi surirumah? Nope, I don’t think so. We more prefer to upgrade life utk jadi orang yg lebih dekat dgn Allah. At least kita terhindar dari penyakit akhir zaman iaitu penyakit Wahan".

Wow! Rasanya, siapa kenal aku tahu aku pakai kasut yang sama bertahun-tahun, aku pakai baju dari 2014 pun ada. So jangan pukul rata orang bekerjaya selalu shopping. It was you yang macam tu. Hanya kerana kau dah tak buat semua tu or (maybe dah tak dapat shopping macam dulu), maka kau anggap zaman bekerjaya adalah zaman sangat cintakan dunia. Maybe itu kau, bukan aku.

Tak semua wanita bekerja shopping tak ingat dunia. Ada yang memang simple dari dulu. Pakai kasut sama bertahun, baju ulang-ulang. Duit banyak, tapi dia tak rasa perlu tunjuk semua. Ada yang kerja kuat sebab dia enjoy working. Work hard, shopping hard. Salah ke?

Bila katanya jadi suri rumah terhindar dari penyakit akhir zaman, seolah-olah meletakkan wanita bekerja dalam golongan yang sedang sakit. Kenapa kena banding-banding untuk rasa tenang dengan pilihan sendiri? Kalau kau yakin jadi suri rumah lebih baik untuk kau dan keluarga, then own that decision. Don’t assume your lifestyle change automatically makes you more zuhud or dekat dengan Tuhan. Jadi suri rumah tak jamin syurga, bekerja pun bukan tiket ke neraka. Kadang bila orang post benda-benda macam ni, aku rasa sebenarnya dia bukan nak dakwah. Dia tengah self-reassure. Nak rasa keputusan dia betul, dia kena rasa keputusan orang lain salah.

Aku faham mesej yang nak disampaikan. Aku tak nafikan realiti SOME wanita yang bila berhenti kerja dan jadi suri rumah, dorang lebih tenang dan lebih fokus pada keluarga. That’s beautiful. But I think we have to be careful with narratives yang menyamakan “tak bekerja” dengan “lebih dekat dengan Allah” dan “bekerja” dengan “cinta dunia”. As a woman who is still active bekerja, aku rasa a few things perlu diberi pencerahan.

Pertama, bekerja atau tak bukan penentu sejauh mana kita dekat dengan Allah. Waktu rehat kat ofis ada. Waktu zohor jatuh pada waktu rehat. Boleh je nak solat awal waktu. Masalahnya tak buat pun, kan?

Pagi. Dah tentu-tentu kita semua bangun pagi. Subuh pukul berapa? Bangun awal 20 minit masih sempat nak tahajud. Tapi tak buat pun, kan?

Mengaji. Maghrib isyak kita kat rumah. Boleh je mengaji. Masalahnya buat ke tak?

Bersedekah, boleh buat anytime. Tak perlu berhenti kerja untuk fokus bersedekah.

Takyah gi jauh. Masa PKP hari tu semua kat rumah. Apa rutin ibadah kita? Berapa ramai hafal surah baru dalam tempoh tu? Berapa ramai khatam Quran 2 bulan sekali semasa PKP? Ni tak yah cerita kat aku. Sendiri-sendiri jawab sudah.

Maksud aku kat sini, BERKERJA bukan penyebab kita tak boleh dekat dengan Allah. Kadang ada free time pun, belum tentu kita guna untuk beribadat lebih lama. Kadang masa lapang tu lagi banyak scroll TikTok, layan Netflix, dan tidur. Jadi, isunya bukan “takde masa” tapi “tak utamakan”. Kerja bukan penghalang. Ramai je kerja 12 jam sehari, tapi tetap jaga solat, tetap baca Quran walau sehelai sehari. Sebab apa? Sebab dia letak Allah paling atas. Kalau Allah penting dalam hidup, kau tetap cari ruang. Kalau tak, 24 jam pun takkan cukup.

Yang sebenarnya kita tak perlukan lebih masa. Kita perlukan lebih takwa. Ramai je stay at home mother struggle dengan finnancial burder, emosi rabak, burnt out, rasa sunyi, dan tak kurang ada yang rasa jealous kawan-kawan lain masih berkerjaya dan dapat ke sana sini and shopping-shopping. Jadi, soal dekat dengan Tuhan bukan pada sama ada kau pakai baju yang sama hari-hari atau tak tukar henbeg every month.

Entah kenapa aku baca post tu macam lebih kepada nak justify pilihan sendiri berhenti kerja. Macam ada rasa nak meyakinkan diri sendiri yang keputusan dia lebih mulia, lebih baik, lebih dekat dengan Tuhan dengan cara membandingkan kehidupan lama as wanita bekerjaya yang “cintakan dunia” dengan hidup sekarang as suri rumah yang “lebih zuhud”. Padahal tak perlu pun buat comparison macam tu. Kalau kau tenang dengan pilihan kau, alhamdulillah. Kalau kau rasa hidup sekarang lebih tersusun, syukur. Tapi untuk jadikan pilihan sendiri nampak lebih hebat, jangan sampai memperkecilkan pilihan orang lain yang masih berkerjaya.

Tak semua yang bekerja tu mata duitan. Tak semua yang duduk rumah tu terhindar dari penyakit wahan. Sebab kalau kau really yakin dengan pilihan sendiri, tak perlu pun validate sampai macam tu. Bekerja atau tak, yang penting bukan siapa lebih zuhud, tapi siapa yang lebih ikhlas dengan pilihan masing-masing.

Kalau beli handbag sebulan sekali dengan duit sendiri pun dianggap cintakan dunia, maka kita semua dapat penyakit wahan. Sebab apa? Sebab orang anggap selagi ada yang suka barang cantik atau beli barang mahal, terus dicop cintakan dunia atau berpenyakit wahan. Padahal kita beli sebab suka. Sebab mampu. Sebab nak reward diri. Itu je. Tak lebih dari tu.

Islam tak larang kita ada duit, ada kereta, ada rumah, atau henbeg Yang dilarang ialah bila cinta kepada semua itu melebihi cinta kepada akhirat. Contoh, beli henbeg tak salah, tapi kalau sampai boros, berlumba-lumba menunjuk, shopping macam nak rak tak peduli zakat, itu baru tanda wahan. Kalau beli henbeg and kasut sebulan sekali guna duit sendiri, tapi at the same time duit dia diguna untuk bantu keluarga, solat tak culas, sedekah buat, itu bukan wahan. Itu pengurusan rezeki.

It's a bit unfair when working women dikaitkan dengan cintakan dunia. Just because we can afford to buy new things every month, tak bermakna our lives semata-mata nak menunjuk. Itu adalah reward untuk penat lelah kami bekerja. Dan maybe itu juga sebahagian dari rezeki yang Allah bagi. Kalau lelaki boleh beli jam mahal, hobi memancing ribu-ribu, tukar gadget selalu, kenapa bila perempuan buat the same thing dilabel as cinta dunia? Cinta dunia does not lie in the things we have, but in how our hearts are too dependent and cannot live without them. Dan ini boleh berlaku pada sesiapa je sama ada berkerja atau tak.

Satu masalah besar dalam masyarakat kita ni suka nau bandingkan hidup. Seolah-olah ada ranking wanita terbaik ialah yang berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Yang bekerja ni level kedua. Samalah dengan menetek anak. Yang menetek adalah ibu terbaik. Yang bagi susu formula, tak. Yang buatkan anak bekal, terbaik. Yang bagi anak duit belanja, pemalas. Yang beranak normal, power. Yang c-sect, tak merasai sakit bersalin sebenar. Memang tahap-tahap itu je ke level kau nak bertanding dengan aku ni? Memang segitu je level kau?

Look. Tak semua orang sesuai jadi suri rumah. Ada yang skill set dan kecenderungan dia lebih bermanfaat kalau dia terus bekerja. Dan ada je yang terpaksa jadi suri rumah tapi sebenarnya tak minat pun. Cuma terpaksa sebab tekanan sekeliling. Hasilnya? Stres, burnout, lost. Jadi wanita terbaik tu bukan tentang berkerja ke tak. Tapi tentang how well kau laksanakan peranan yang Allah bagi sekarang. Masing-masing ada peranan. Tak semua orang sesuai dengan satu acuan. Kalau semua perempuan jadi suri rumah, siapa nak treat anak kau kat hospital? Siapa nak jadi cikgu pada anak-anak kau?

Aku yakin kerja dengan niat yang betul pun boleh jadi ibadah. Kalau kerja untuk bantu keluarga, bagi keselesaan pada anak-anak, tolong ahli keluarga lain and manfaatkan kemahiran yang Allah bagi, itu ibadah namanya. Niat yang betul, cara yang halal dan matlamat yang jelas. InsyaAllah kerja kita tak sia-sia.

Dulu pernah ada satu statement "Perempuan kalau dah ada duit sendiri, susah nak taat pada suami”.

I strongly disagree. Ketaatan pada suami bukan kerana duit. Ramai wanita bekerjaya masih sangat hormat suami, masih minta izin nak ke mana-mana, masih refer pada suami dalam apa je perkara dia nak buat. Duit tak pernah jadi punca ego. Itu memang perangai kau sejak dulu, cuma dulu kau tak dapat buat sebab takde duit. Duit juga bukan punca isteri derhaka. In many cases, wanita yang ada financial freedom always bantu keluarga dan suami semasa susah. Dapat ringankan beban rumah tangga. Dapat bagi pendidikan terbaik untuk anak-anak. Dapat bantu parents and adik-beradik. So tak perlulah kata bila bekerjaya seolah-olah kejar dunia.

Jadi suri rumah ada cabarannya. Jadi wanita bekerjaya pun ada dugaannya. Tak perlu nak claim siapa lebih baik. Sebab endingnya semua ni tentang kita dan Allah.

Ada suri rumah yang rasa down sebab tak ada pendapatan sendiri. Ada wanita bekerjaya yang rasa bersalah sebab tak cukup masa dengan anak. Tak perlu nak justify pilihan kau kalau kau dah decide nak jadi suri rumah. Be content with your pilihan. Tak payah nak cakap “Aku jadi suri rumah, hidup aku lebih dekat dengan Tuhan” semata-mata nak rasa tenang dengan keputusan kau sendiri, especially bila ayat tu diselitkan dengan nada comparison seolah-olah wanita berkerjaya ni semua jauh dari Allah. Jangan sampai aku start buat comparison pulak. Nangis nanti.


2025-08-01

Bercadang nak kawen next year tapi satu sen pun takde savings.

Semalam nampak post ni:

Bercadang nak kawen next year tapi satu sen pun takde savings. Pihak dia (perempuan) dah bayar almost 80% kos majlis kahwin sebab pakwe takde duit. Pakwe pulak until now tak ada saving, tak ada kemampuan nak beli cincin tunang, duit hantaran jauh sekali.

Aku tak rasa long distance relationship jadi masalah. Takde kena-mengena long distance relationship dengan preparation kawen. Akak kau ni dulu pun long distance relationship. Dari first time jumpa Disember 1998 hingga April 2001, 3 kali je abang kau balik Malaysia. Dari bertunang Ogos 1999 sampailah April 2001, lansung dia tak balik. Akulah yang mengurus semua hal kawen. Fitting baju sendiri. Tempah baju nikah sendiri. Tempah kad kawen sendiri. Beli barang hantaran sendiri. Gentel bunga telor sendiri. Begitu konfidennya aku yang dia akan balik kawen.

Long distance relationship takde kena-mengena dengan persiapan kawen. Kau duduk jauh tak berjumpa setahun dua pun, kalau ada komunikasi dan keinginan untuk kawen, pasti ada ikhtiar. Lagi pulak zaman aku dulu mana nak ada video call segala? Aku ada henfon only at age 27. Zaman sebelum kawen berharap dia hantar gambar melalui surat. Itu pun kalau dia teringat nak pos gambar. 

Setahun 8 bulan tak balik Malaysia, on the night dia sampai depan rumah Mak Aji, aku pandang muka dia berasa dunia ni terpause 1 minit. Senyap sepi we both pandang muka masing-masing. Takde reaction nak peluk ke, apa ke. Senyap. Sebab setahun lebih tak nampak muka rasa macam…betul ke dia ni? 🤣

Jangan guna alasan “Kitorang long distance relationship, susah nak jumpa” untuk justify kurangnya usaha dan planning. Ramai je couple long distance relationship dari dua negara, beza masa berjam-jam, tapi masih boleh bincang tarikh, split responsibilities, and setkan plan sama-sama. Why? Sebab dua-dua nak. Bila dua-dua nak, dua-dua usaha.

Problem timbul bila sorang je yang nak dan sorang lagi tunggu. Sorang beria simpan duit, sorang lagi takde saving. Sorang penat fikir bajet, sorang lagi harap semuanya siap. Sorang stress fikir masa depan, sorang lagi suruh sabar dan yakin. Itu bukan LDR, dik. Itu namanya TAK SEKEPALA.

Long distance relationship hanya uji jarak, tapi komitmen yang sebenar diuji bila masing-masing stick to the plan, ikhtiar sama-sama walaupun tak jumpa selalu. Kalau itu pun tak boleh buat, kawen nanti bukannya korang jadi makin dekat. Makin jauh jadinya.

Ramai je ada masalah nak kawen tapi tak cukup duit. Kita semua kawen muda. Memang duit tak banyak lagi waktu ni. Itu normal. Tapi kalau dah tahu nak kawen but takde plan simpan duit, acaner?

Kahwin ni bukan tentang majlis je. Itu kerja sehari dua. Hidup selepas kahwin tu yang nak dipikir. Kalau dari awal tak boleh rancang simpan duit, apa jaminan boleh urus rumah tangga nanti? Benda basic macam sewa rumah, barang dapur, bil air api, maintenance kereta/motor, dan maybe anak datang awal...semua tu kena pikir dah dari sejak plan nak berkahwin. Kalau semua ni takde dalam planning, konfem lepas kahwin struggle every month. 

Anak kalau nak susu, nak pampers, tak boleh tunggu gaji masuk baru beli, ya. Bila kereta rosak, dan itu saja mode of transportation nak ke tempat kerja, takkan nak guna alasan "Kereta rosak takleh gi kerja, tunggu gaji baru repair boleh gi kerja".

Ramai orang kahwin muda dan tak banyak duit waktu tu, tapi bezanya they planning to save. Sekurang-kurangnya ada mindset nak bina hidup sama-sama. Ramai yang masih percaya pada mitos “Rezeki akan datang lepas kahwin”. Bunyinya sedap. Samalah macam mitos "banyak anak banyak rezeki", maka beranaklah kau setiap tahun tapi anak berselipat tak tentu arah.

Bila bercakap tentang future, tentang hidup bersama, tentang komitmen dan tanggungjawab, kita tak boleh pegang pada mitos semata-mata, dik. Rezeki bukan datang semata-mata sebab status kau dah berubah dari single ke berkahwin, atau dari berdua ke bertiga. Rezeki datang sebab usaha, disiplin and knowledge. Kalau sebelum kahwin pun takde kesungguhan nak menyimpan, jangan harap lepas kahwin tiba-tiba rezeki turun dari langit. What you bring into marriage is not magic, but habit. Kahwin tu bukan ending cerita tapi beginning. And a good beginning must come from preparation.

Kahwin ni jadi best bila dua orang bersedia, financially. Kalau sekarang, sebelum kahwin pun duit tak cukup, simpanan tak ada, gaji tak pernah lepas tengah bulan, apa yang boleh diharapkan akan berubah secara magik lepas kahwin? Kau ingat lepas terima akad tiba-tiba rezeki mencurah-curah? Bil-bil boleh bayar sendiri? Duit melambak-lambak dalam akaun?

Kita kena berani terima satu hakikat, iaitu marriage costs money. Bukan hanya kos untuk majlis, tapi kos untuk hidup selepas majlis tu selesai. If one person is not financially stable, then the burden will fall entirely on the other person. Dari situ nanti datangnya stress, dissapointment, and burden. And that's where fights and divorces come from.

Salah satu punca utama cerai bukan curang, tapi tekanan ekonomi. Many people get married with dreams, but end up with deep wounds sebab realiti tak seindah angan-angan. Kawen boleh tanpa cinta, dik. Boleh. Tapi kawen tanpa duit, sakit. 

Kalau sekarang pun si girlfren dah tanggung 80% persiapan, yang boifren tak mampu contribute apa-apa, belum kahwin pun dah rasa burnout dan give up, why do you still want to continue? Sebab sayang? Sebab takut apa orang cakap? Jangan kisah apa orang nak kata. Kata-kata orang tak pernah datang dengan offer sponsor kenduri atau tolong bayar sewa rumah lepas kahwin.

Kita hidup dalam zaman ekonomi mencabar. Gaji tak naik banyak, kos hidup makin tinggi. Kalau kita still struggling to live alone, and not emotionally and financially ready, maka tak salah untuk tangguhkan dulu kahwin. Women, especially, need to stop ambil role lelaki. Kalau lelaki tu belum mampu dari segi kewangan, tak ada savings, tak ada planning, masih bergantung pada “nanti saya usaha lepas kahwin”, maka suruh dia nanti dulu. 

Jangan gamble kahwin dengan harapan dia akan berubah. Marriage bukan proses transformasi lelaki menjadi dewasa. Kalau sekarang pun dia tak bersungguh-sungguh, kenapa kau yakin dia akan berubah lepas kahwin?

Ramai juga yang kahwin sebab pasangan mintak kahwin cepat, takut hilang kita katanya. Look. Marriage shouldn’t be based on sympathy. Marriage perlukan dua orang DEWASA yang sanggup pikul tanggungjawab, bukan sorang berkorban, sorang lagi bersandar. Kalau sekarang pun kau menanggung semua, dan boifren hanya berharap, what will happen when commitment doubles lepas kahwin?

Aku tau akan ada orang cakap "Percaya pada rezeki. Kahwin akan murahkan rezeki”.

Ya, memang ada. But we can't make that the basis for all decisions. Mana boleh main percaya and yakin macam tu je tanpa usaha and planning?

Rezeki memang milik Allah, tapi usaha milik kita. Kalau semua benda nak sandar pada “nanti rezeki datang”, habis yang malas kerja, takde savings, hidup serabut tu semua nak tunggu rezeki jatuh dari langit dulu ke?

“Yakin rezeki akan datang” tak sama dengan “buat kerja, usaha sungguh-sungguh, dan yakin hasil akan menyusul”. Yang satu pasrah berserah takde usaha yang maksimum, yang satu lagi tawakal lepas usaha. Kalau kau kahwin takde perancangan, ini bukan rezeki yang akan datang, stress yang akan datang dulu. 

Ayat “murah rezeki lepas kahwin” tu bukan ayat jampi, ya. It’s a reminder that when two people work hard together, barokah can happen. But still kena kerja dulu, usaha dulu. 

Ramai couple dapat anak dalam masa setahun dua lepas kahwin. Bila ada anak, komitmen kewangan terus naik dua kali ganda. Pampers, susu, klinik, babysitter - semuanya duit. Kalau sekarang nak beli cincin tunang pun tak lepas, macam mana nak sara anak nanti? Don’t let your kids end up paying the price just because you both nak kawen cepat before you were truly ready. Kesian kat anak.

Buat keputusan yang betul. Tangguhkan, bukan tinggalkan. Take time to build a strong foundation. Sama-sama kerja, sama-sama menyimpan, rancang betul-betul. Bila dah ok sikit, baru bincang balik bab kahwin. 

Masa depan bukan untuk digamble. Ini soal hidup, responsibility, and trust. Bukan salah sesiapa kalau tak mampu kahwin sekarang. Tapi salah besar kalau diteruskan juga hanya kerana tak nak kecewakan pasangan atau takut orang tanya. Hidup kita bukan untuk puaskan orang lain. Kita yang akan tanggung setiap ringgit dan setiap pressure dalam marriage nanti.