2025-08-05

Kalau arwah suami hibahkan takaful kepada isteri semasa suami masih hidup, harta tu dah jadi milik isteri 100%.

Kes tuntutan hibah kontroversi tu rupanya pihak ipar-duai masih nak fight, kan? Tu bukan apa tu. Tu sebenarnya lebih kepada nak cover malu. Sebab hari tu dorang beria sangat bersorak menang, sekali balu fight dengan dokumen sah. Now ipar duai nak fight balik. Entah hape la dia nak pusing lagi. To me ini kes nak cover malu je. Dah terang-terang dokumen hibah tu sah, ikut prosedur, siap ada saksi, segalanya lengkap. Tapi sebab tak sangka si balu bawa keluar trump card dengan fakta yang solid, terus terbalik semua game.

Aku tak faham apa benda yang nak dipertikaikan? Padahal masa arwah hidup masing-masing tahu pasal hibah tu. Cuma bila arwah dah takde, masing-masing tunjuk perangai. Sedih bila keluarga mertua yang patutnya jadi tempat berlindung, buat macam ni. Sedih ya, seorang isteri yang hilang suami, dicabar oleh ipar duai atas hibah yang dibagi oleh arwah suaminya. Sedih bila terpaksa pertahankan hak. Ni bukan hak yang samar-samar. Ini hak mutlak dia. Jelas sah dari segi hukum dan undang-undang. Tapi masih dituntut waris suami.

Let’s make this clear. Kalau arwah suami hibahkan takaful kepada isteri semasa suami masih hidup, harta tu dah jadi milik isteri 100%.

Kenapa hibah tu jadi hak isteri secara otomatik?

Sebab bila hibah dibuat dengan sempurna (niat jelas, akad sah, ada saksi), maka hibah tu dah berpindah milik sepenuhnya kepada penerima. In this case, isteri. Bila suami meninggal, hibah yang dia buat tu tak masuk dalam pembahagian pusaka. Jadi tak perlu nak sibuk-sibuk tuntut hak. Takde hak kau dalam tu.

Logiknya macam ni. Kalau masa hidup suami bagi kau RM10K, adik-beradik suami boleh ke datang kat kau mintak duit dibahagi-bahagi atas alasan duit tu abang dorang punya? Memanglah abang kau punya, tapi dia dah bagi bini dia maka dah jadi hak bini. So dalam situasi hibah, kenapa bila arwah suami bagi hibah kepada isteri semasa dia masih hidup, bila dah mati kau rasa kau berhak dapat hibah tu? Hello, benda ni direct translation kot. Anak aku pun boleh faham kalau aku terangkan ni. This is common sense. Tak susah nak faham melainkan kaki putar alam.

Bayangkan kau hadiahkan mak kau cincin emas Habib. Kau bawak mak gi Habib, belikan. Lepas kau meninggal, adik-beradik datang cakap, “Mak kena bahagi cincin ni kat kitorang sebab itu beli pakai duit abang". Kegilaanbabi apekah ini?

Agak-agak, patut tak mak kau serah cincin tu? Tak patut, kan? Sama juga dengan hibah. Cuma bezanya, hibah selalunya lebih besar nilainya, tu pasal masing-masing menggelabah kerandut mengaku ada share.

Kat Malaysia, undang-undang Islam iktiraf hibah as pemberian sah, asalkan ada dokumen dan niat yang jelas. Kalau si mati dah buat dokumen hibah, lengkap dengan saksi dan bukti serahan harta (ada signature dua-dua pihak), maka hibah itu valid. Tak boleh suka-suka cabar. Setiap hibah dibuat dengan niat. Arwah mungkin nak pastikan isteri tak susah lepas dia takde. Bila kau cabar hibah tu, kau sebenarnya mencabar keputusan si mati.

Bab duit ni kita memang takleh buat main. Bukan setakat true colors je keluar. The whole palette keluar terus! Semua orang nampak perangai sebenar bila masuk bab duit. Masing-masing masa hidup tak nak buat hibah, tapi orang lain punya hibah kau nak rembat. Dasar mindset B40. Kaya, berjawatan, tapi mindset B40!

Jangan marah kalau aku cakap gini. Ni bukan menghina sesiapa. Ini bukan isu sosio-ekonomi, tapi MINDSET. Mindset miskin ni bukan sebab takde duit, tapi hati tu busuk. Dah tahu arwah buat hibah masa hidup, tapi masih nak pertikai, nak cabar, kononnya ada keraguan. Keraguan amende, saitan? Sebab tak dapat kat kau maka semua benda meragukan dan tak adil? Kena bagi sama-rata baru adil? Itu bukan adil, itu namanya tamak.

Inilah namanya mindset B40. Bukan dari sudut ekonomi, tapi mentaliti. Suka pertikai hak orang lain. Tak reti hormat keputusan orang. Tak faham beza antara harta pusaka dengan hibah. Rela bergaduh dari biar orang lain hidup senang tak menyusahkan dia. Kalau akulah, si balu ada duit untuk teruskan hidup dan tak menyusahkan aku dah besar rahmat dah. Biarlah dia urus life sendiri dengan duit hibah yang suami dia tinggalkan.

Nak tengok siapa sebenarnya yang tamak, siapa yang ikhlas, kau tunggu je bab-bab melibatkan duit. That's why jangan pandang someone masa susah, tapi tengok masa ada peluang rebut duit. Masa tu baru nampak siapa sebenarnya yang bermentaliti miskin walaupun ada pangkat tinggi.

Kadang-kadang suami kita baik, tapi keluarganya belum tentu. Ramai dah isteri jadi mangsa. Dah lah hilang tempat bergantung, kena hadap pulak perangai keluarga mertua dari neraka. Isteri tak tuntut apa-apa. Cuma pertahankan apa yang suami dah beri. Bila kau pertikaikan hak isteri tu, kau sebenarnya sedang langgar amanah terakhir abang kau sendiri. Good luck di Padang Mahsyar, ya.