2025-08-04

Semua perempuan ada rasa nak tunjuk lekuk badan especially kalau dah kurus.

Bagus korang ni, everytime aku buat video, lain yang aku cerita, lain yang korang tengok. Aku cakap pasal promo, kau tanya pasal baju aku pakai. Yang tanya shawl beli mana. Yang tanya seluar beli mana.

Ada sorang ni komen "Pinggang Kak D kecik tapi suka tengok blouse akak semua longgar-longgar”

Aku tahu statement ni nak arah ke mana. Sebab selalunya orang kata kalau badan kecil, atau sesiapa yang dulu pernah gemuk now dah kurus, mesti nak tunjuk bentuk badan. Kau nak arahkan ke situ statement tu, kan? Hahaha.

Dah alang-alang, meh la aku buat post pasal ni. Ini bukan sekadar jawab statement, tapi jawab sekali mindset kebanyakan kita tentang kurus = pakai baju sendat.

First of all, zaman aku pakai baju kecik sendat-mendat ni dah lama berlalu. Dulu aku pakai baju sendat sebab aku suka pakai macam tu. Now masih pakai, tapi kat rumah. Masih lagi dengan spageti strap and short. Bezanya orang tak nampak. 

Bagi aku, kalau kau nak kurus sebab nak pakai baju size S ke mana-mana so that people dapat tengok your transformation, trust me itu bukan motivasi yang sustainable. Sebab bila kau dah capai berat yang kau nak dan dapat pakai baju yang kau nak, then what? Kau akan cepat bosan, dan balik semula ke habit lama. Why? 

Sebab kau dah capai target, dan niat kau tak datang dari reason yang kuat. Bila main reason bukan untuk nampak cantik di mata orang, kau takkan kisah pakai baju loose. Because at that point, you know your self-worth is not defined by how ketat baju. You don’t need validation from others to feel enough. You wear what makes you feel comfortable.

Berasa nak tunjuk bentuk bentuk badan ni, normal. Semua perempuan ada rasa nak tunjuk lekuk badan especially kalau dah kurus. Normal la tu. Salah atau tak salah, itu tanya pakar. Kalau tanya aku, jawapan aku - TAK SALAH. Bagi aku, kalau selesa pakai baju sendat, that's your call.

Cuma yang seusia aku, atau those yang dah masuk umur 40-an, pakaian kita mencerminkan kematangan. Umur-umur macam aku ni dah bukan lagi nak compete siapa lagi kurus, siapa lagi look young, siapa paling gojes, siapa paling jaga badan. Dah bukan umur gini nak bertanding bab tu.

Ini pandangan peribadi aku, ya. Tak setuju takpe. 

Bagi aku, sekurus mana kita di usia 40-an, takkan sama cantik macam waktu kita muda. Kurus umur 40 dengan kurus umur 25 tu JAUH BEZANYA. 

Bentuk badan umur 40-an ni walau kau masih kurus, lain. Badan dah jatuh. Tetek dah jatuh. Bontot dah jatuh. Kurus kita sekarang dah tak se-solid zaman badan muda. Kurus kita dah tak berbentuk. Cuba tengok artis-artis umur 40-an yang gigih nak pakai baju ketat. Walaupun nampak macam ya, masih bergetah, cuba banding dengan badan dia zaman muda. Tak sama cantik. Cuma bila kita bezakan dengan kawan-kawan seusia dia, nampaklah badan dia cantik lagi.

Let's talk aging. Kita kena jujur dengan diri sendiri. Tak kisahlah betapa flat pun perut kita, betapa ramping pun pinggang kita, realitinya kulit kita dah tak anjal macam dulu. Bahagian-bahagian yang kita dulu banggakan like paha, bontot, dada, semua tu dah slowly jatuh. Nak pakai baju sendat untuk siapa? Kalau pakai baju tu tapi lemak tepi terkeluar, garis bra terbenam dalam kulit, paha bergesel. Tak penat ke nak betulkan baju all day?

Aku pakai Middellyf Shaping Brief dengan loose blouse pun ada orang tanya "Kenapa dah pakai blouse besar still pakai shaping brief lagi?"

Sebab to most of us berfikir kalau pakai shaping brief, kenalah tunjuk pinggang berlekuk tu. Kalau tak,buat apa pakai. Ada juga yang takde shaping brief alasannya "Saya biasa pakai baju longgar, takde sebab nak pakai shapewear".

Itu salah faham namanya. Aku pakai shapewear untuk bagi sedap badan. Ada hari-hari yang aku rasa bloated, jadi aku pakai. Contohnya masa period. Perut jadi buncit sikit, so aku pakai. Sometimes aku pakai supaya kedudukan pad tetap. Biar sedap tak bergerak-gerak. Tapi kalau sesiapa nak pakai shaping brief with kebaya pun tak salah. Memang itu fungsinya pun, supaya enhance bentuk badan. Cuma aku saja yang pilih untuk tetap pakai loose blouse.

Sama macam beli baju. Aku beli sebab suka that baju. Pakai sebab nak pakai. Tak kisahlah baju tu ada corak kat dada tapi tak dapat tunjuk kat orang sebab cover dengan tudung - I don't care. Janji aku dapat that baju. Contohnya baju today.

Ini sebenarnya design baju tu. Tapi orang tak nampak sebab aku cover dengan tudung. But nevermind, janji aku nampak. Yang penting beli sebab kaler ni takde lagi. Kalau yang free hair pakai blouse ni lebih cantik sebab nampak the actual design baju. Rambut ikat atau sanggulkan so that bahagian dada tu clear takde distraction dengan rambut. Jadi design baju tu lebih menyerlah.

Ada beza antara berpakaian cantik dan berpakaian untuk dipandang cantik. Ramai orang perempuan bila masuk 40-an struggle dengan identity. Ye lah, anak dah besar. Suami makin busy. Diri sendiri terasa invisible. Sesentangah perempuan ni try to rekindle zaman muda-muda dulu dengan berbaju muda-muda juga like tight clothes, rambut kasi color, posing dalam kereta pakai spek besar. Alhamdulillah semua aku dah buat dulu. Hahahahaha.

Cara-cara umur aku 20-an dulu buat gitu pun kena kecam. Kalau umur dah nak masuk 50 buat lagi gini memang wajar sangat kena kecam, Diana. 

Actually, the way we dress is not the issue, but the way we see our self-worth. You are not less worthy hanya kerana body dah tak se-solid umur 25 tahun. You are not less attractive hanya kerana pakai loose blouse. You are not outdated. You EVOLVED.

Dengan umur aku sekarang, rasanya dah bukan usianya nak penampilan disemak valuenya di mata orang. Insyallah I will be secure in myself, not in what I wear. Kalau setiap kali keluar rumah kena fikir apa orang cakap pasal baju aku, eh penat, dik. Lagi-lagi bila expectation tu berubah-ubah ikut trend, umur, bentuk badan. 

Tambah pulak dengan kerja sekarang, everyday aku half day di office GreenAard and kemudian di training centre pula. Dalam keadaan kerja yang macam ni, aku pilih untuk pakai apa yang buat aku senang bergerak dan praktikal. Asal selesa dan kemas, dah.

Zaman muda dulu, yes. Kita semua zaman muda nak-nak lagi masa single, rasa seronok bila orang pandang. But now I no longer dress to be seen. I dress to feel like ME. Cara kita carry ourself akan buat orang tetap notice kita walaupun tak pakai sexy. Ada orang pakai jubah, tapi semua orang notice dia because they look put-together dan ada aura. Ada orang pakai baju ketat dari kepala sampai kaki, tapi kita tengok nampak dia macam try hard sangat.

Baju loose bukan bermaksud tak bergaya. Sekarang ni banyak je brand yang jual blouse loose, flare pants, skirt labuh, outerwear yang smart tapi tetap nampak chic and urban. Sebenarnya, bila kita faham bentuk badan sendiri, kita boleh highlight kelebihan tanpa perlu expose. Contohnya, kalau pinggang secekak, boleh pakai cutting A-line. Kalau lengan slim, boleh pakai lengan puff. Kalau badan petite, boleh pilih crop cut yang loose.

So to anyone struggling with self-image, listen here. Pakaian boleh berubah, badan pun akan berubah, but when you truly know who you are and the value you bring into other people’s lives, that’s the kind of worth that never fades with time.