2025-08-08

True friends tak ukur nilai persahabatan dengan achievement.

Bila aku post aktiviti semalam dengan Dusty Pink Tits (DPT), ada sorang ni forward balik pertanyaan dia dulu. Barulah aku teringat nak menjawab. Aku janji akan jawab dalam bentuk blogpost so that panjang sikit boleh explain. Biasalah seorang Diana, mana reti tulis sikit-sikit.

This lady agaknya follow semua post-post aku di IG dan perasan setiap kali DPT berjumpa, mesti ada tema dan bawa hadiah. Kitorang pernah buat tema setiap orang bawa hadiah untuk setiap orang. Kalau that day yang gather 10 orang, bermakna hari tu semua orang bawa balik 9 hadiah. 

Actually pernah dulu jawab soalan yang lebih kurang sama tapi dari orang lain, dan aku jawab terus di DM. Soalannya sama "Macamana Kak Di dapat kawan semua yang sekepala"

Maksudnya yang sekufu. Semua pun tak kisah gather bertema. Semua tak kisah keluar duit beli hadiah setiap kali gather. Semua tak kisah spend duit untuk holiday and makan sama-sama. Ada sorang tu pernah tanya, kalau berjumpa, kitorang cerita apa je?

Kitorang kalau berjumpa, agenda wajib adalah yang pertamanya mengimbau memori zaman Uni. Yang kedua, membahan aku dengan kisah cinta bangang aku dulu. Yang ketiga, cerita pasal anak-anak and suami. TAK PERNAH kitorang sembang pasal kau kerja apa, gaji kau berapa, rumah kau berapa ribu, kau ada henbeg apa - NEVER. Masing-masing lebih appreciate gossip dari bragging ðŸ˜†.

That's why aku pernah cakap dulu agak pelik bila baca post-post orang benci pergi gathering sebab masing-masing bragging dengan life sekarang katanya. 

Aku tak pasti apesal kau nak brag sesama sendiri. Dengan kawan-kawan sendiri pulak tu. Like hello? Kau dengan dia sama-sama semikin kot masa belajar dulu. Sama-sama belajar pakai loan. Sama-sama bercatu nak pi outing. Sama-sama makan tapau kat warung. Sama-sama pi kelas naik bas. Apesal now dah kerja nak kena brag? 

Aku bukan apa, ya. Perspektif aku kat orang yang macam ni, sebenarnya dari dulu dia berkawan dengan kau tak ikhlas. Berkawan sebab takde kawan. Kalau dari dulu dia ada pilihan kawan lain, konfem dia pandang kau pun tak. Because true frens takde masa nak brag and show off sesama sendiri.

True friends tak ukur nilai persahabatan dengan achievement. Dorang tak datang gathering untuk buat perbandingan. Kau kerja apa, apa jawatan kau, gaji berapa, laki kau kerja apa, pakai kereta apa, etc. Orang yang ikhlas berkawan has so much to tell berbanding bragging. Dorang gather sebab nak throwback, nak gelak sama-sama, celebrate memories, bukan status. Bila kau datang dengan niat nak tunjuk kau hebat, nak tunjuk achievement, nak compare hidup siapa lebih better… itu bukan reunion. Tu sesi audition siapa paling kaya.

Dan benda tu buat aku realized sometimes manusia bukan berubah bila berjaya. Dia memang macam tu dari dulu. Cuma dulu takde peluang. Bila hidup dah better sikit, barulah keluar perangai sebenar sikit demi sikit. Baru kau nampak, oh, rupanya dulu dia berkawan bukan sebab value yang ada pada kau, tapi sebab masa tu dia tak ada sesiapa.

Bagi aku, kalau kau betul-betul ikhlas berkawan, kau tak rasa perlu perform depan kawan-kawan lama. Kau takde rasa segan atau sombong. True frens tak judge kau dari material tu. Diorang kenal siapa kau sebelum kau ada semua tu. Dan kalau diorang sayang kau, diorang sayang versi asal kau, bukan versi yang dibentuk oleh harta, kerja, atau pangkat. 

Semalam melepak aku pakai beg Uniqlo RM55 je. Takde siapa compare. Kisah pun tak. Kitorang ada misi iaitu GOSSIP. But I am konfiden jalan sebelah member yang pakai Chanel and Polene. Sebab aku sendiri dah mahal. Kahkahkahakah.

Tak, maksud aku, sometimes yang berkumpul dengan kawan-kawan lama ni pun ada 2 type. Yang satu, bragging type. Yang satu lagi terlampau segan-type. Dua-dua ni kalau bertembung konfem jadi drama. Yang A nampak B berlagak. Yang B nampak A cikai. Yang benaunya dua-dua mindset B40.

Again, aku tak perlekeh B40, ya. Ni pun aku kena explain gak. Karang dikatanya aku perlekeh B40 pulak. 

B40-M40-T20 are rank yang kerajaan klasifikasikan ikut tangga sosio-ekonomi. Dari tangga ni, B40 paling rendah. Dalam mindset pun kita ada the same ranking iaitu mindset paling rendah diklasifikasikan as B40 juga. Ini takde kena-mengena dengan pendapatan. You can earn RM50K a month, but if you constantly measure people based on what they own (material things), you still have a B40 mindset. Itu maksud aku.

Berbalik pada isu tadi, dia macam ni. Kalau everytime lepas gathering kau rasa down, rasa rendah diri, rasa macam perlu buktikan sesuatu, maybe you are in the wrong place. Kalau beberapa kali join tapi vibe tak best, bukan sebab kau merasa rendah diri tapi sebab orang-orang keliling merendahkan kau, dah boleh keluar dari circle tu. 

Tapi kalau kawan-kawan tak merendahkan kau, hanya kau rasa rendah diri, maka kau yang kena berubah. Sebab orang tak pernah judge pun, tapi kau yang terasa perlu compete, and perlu prove diri. Ini bukan salah environment, ini isu dalaman. Itu petanda kau belum berdamai dengan diri sendiri. Kau masih ukur value diri berdasarkan apa yang orang lain ada.

Regarding spend duit tu, maybe kitorang pun suka melayan benda-benda happy macam ni. Kau tak happy ke dapat hadiah? Semua happy dapat hadiah, kan? So apa kata kita plan bagi hadiah. Masing-masing bawak. Just nak happy-happy. Kitorang tetapkan nilai hadiah tak lebih RM50. Tapi selalunya dak-dak tetek ni bagi more than that. Itu terpulang. Dia yang nak bagi. Benda free. Dah dibagi, ambik. Kata nak suka-suka, kan. So why so serious bab siapa spend lebih?

Masa Rayyan kat STAR dulu, aku noticed ada sorang dua dalam group parents yang bila kita set nak buat makan-makan, mesti dia question "Kenapa nak chip in duit?". Dia mencadangkan buat pot luck style. Sorang sikit bawak. Masalahnya kalau kau dekat dengan sekolah, boleh la buat gitu. Yang jauh-jauh ni kejadah apa nak drive 2 jam semata-mata nak hantar makanan. Tak semua parents ada masa nak datang majlis tu. Jadi kami-kami yang jauh ni, we prefer chip in money. Sukatilah nak beli apa dengan duit tu nanti.

Ehhhh, dia persoalkan "Kenapa nak chip in?". Aku hanginnnnn je. 

Jenis ni sebenarnya rasa rendah diri bila dia tak dapat menyumbang duit. Dia nak bagi duit agaknya kalau bagi sikit segan, nak bagi banyak takde kemampuan, jadi dia bengang bila parents nak sumbang duit saja. Bila parents sumbang duit, duit tu nanti akan dibelikan makanan yang mungkin lebih besar portionnya untuk semua. So dia rasa segan nanti makanan yang dia bawa tu tak laku. Ni pun sejenis mindset B40 gak. Jenis takleh berasa kalah. Kau nak bawak makanan, bawaklah. Takde siapa kata semua kena chip in duit.   

Parents batch Redza kat Langkawi jugak paling best. Bab spending ni, asal bukak tabung collection je, tak sampai 1 jam penuh. Berebut-rebut nak sumbang. Because masing-masing bukan nak compare siapa paling banyak sumbang atau siapa yang tak sumbang lansung. Kita tak ambil tahu pun. Kita care objektif tabung tu dibuka, tercapai. Kalau bukak tabung untuk beli anak-anak makanan, kita fokus untuk makanan tu dapat kat anak-anak je. Kau sumbang ke, tak sumbang ke, janji tabung penuh.

Alhamdulillah, kawan-kawan DPT aku semua jenis macam ni. Dan masing-masing tahu limit. Contoh, holiday pi Penang dulu. Siapa nak join? Kita tak paksa. Kalau 4 orang je, 4 orang je la pegi. Dan yang pergi ni tetap belikan souvenir untuk yang tak pergi. 

Some people merasa semua kawan kena consider kemampuan dia. Kalau makan, makan yang warung-warung je. Kalau shopping, pegi tempat murah-murah je. No, you cannot expect benda tu berlaku macam tu.

Dorang ni nak me time. Sesekali dapat me time, apa kata spend kat good food. Kalau kau takde kemampuan nak join, let yang ada kemampuan pergi. You stay. Jangan bitter. Jangan buat plan orang tak menjadi disebabkan kau sorang. Ikut majoriti. Kalau majoriti kata jom makan kat Kenny Hills? Kau sorang nak makan nasi berlauk kat food court. Logik ke semua kena ikut pilihan kau?

Ini bukan pasal siapa kaya siapa tak, Ni pasal respect dan common sense. Kita semua ada fasa hidup yang berbeza. Kadang-kadang kita mampu, kadang-kadang tak. That's normal. Tapi jangan expect orang lain kena adjust hidup dorang semata-mata nak ikut kemampuan kita sorang. Kalau kita tak dapat join, takpe. Sit this one out. Jangan rosakkan vibe orang lain dengan energy yang bitter like "Alah, mahal sangat..." or "Kau ni lupa asal-usul ke?"

Ayat-ayat macam ni bukan datang dari someone yang rendah diri, tapi datang dari someone yang merasa entitled. Dia rasa orang lain wajib turun level sebab dia belum naik level. That's unfair. Kawan yang betul akan cakap, “Takpelah, korang enjoy. Nanti aku join next time”

That is REAL conversation in our DPT group. Kalau siapa perasan, setiap kali gather, jarang cukup korum. Balik-balik aku, Ina, Cheq, Hele. Ini muka-muka default 😆. Yang lain ada join ada tak. We are ok with that. Sesiapa yang tak dapat join akan encourage the gathering must go on. Next time dorang join. Itu namanya tolerance. 

Real friendship is not about forcing equality. It's about mutual respect. Kalau kita belum mampu, takpe. Tapi jangan buat orang lain rasa bersalah. Sebab bila tiba time kita nanti, kita pun nak kawan-kawan happy untuk kita, kan?