2025-08-11

Society dah boleh stop glorify lelaki sebagai anak soleh kalau hakikatnya si isteri yang menjaga maknya.


Ada yang tanya pandangan aku tentang ceramah sorang ustaz kata suami tak boleh letakkan isteri dan maknya dalam satu rumah. Pastu dia tanya aku kalau mak tu sorang, takde suami, macamana? Tak boleh letak serumah juga ke? What if mak tu sakit. Takkan nak biar duduk sendiri pulak. Macam tak kena je.

Ok, faham.

Sebenarnya, benda ni tak semudah black and white. Tak boleh nak jawab sekadar “boleh” atau “tak boleh”. Kita kena faham konteks, realiti hidup, hukum agama dan pakai logik dan common sense.

Firstly, yes dalam Islam, anak lelaki bertanggungjawab untuk jaga maknya. Tapi bila dah kahwin, suami juga ada tanggungjawab pada isteri. Dan both tanggungjawab ni datang dengan cara layanan yang berbeza. Mak wajib hormat. Wajib dijaga. Wajib diberi nafkah kalau suami (ayah) dah takde. Dan mak always berada di tempat yang tinggi dalam hidup anak lelaki. Tapi, isteri pun amanah suami untuk dijaga hatinya, emosinya, fizikalnya, dan keselamatannya.

Ramai orang ingat bila lelaki kahwin, mak tetap nombor satu dalam semua hal. Salah. 

Agama tak pernah ajar macam tu. Dalam banyak situasi, isteri lebih berhak dapat layanan yang berbeza sebab she’s not just a life partner. She’s someone yang dipertanggungjawabkan ke atas suami. She deserves a comfortable home, her own space, and a peaceful life. Dalam erti kata lain, rumah tangga tu kena jadi ruang selamat untuk isteri, bukan tempat dia sentiasa kena tunduk pada orang lain semata-mata itu mak mertua.

Agak keras ayat aku, kan? Tapi that's fact. 

Too many women suffer in silence just to jaga hati while no one jaga hati dia. Islam letak ibu kat tempat yang tinggi, betul. Tapi bila lelaki dah berkahwin, tanggungjawabnya berubah. Bukan suruh tinggalkan mak, tapi balancekan. 

Suami kena faham yang bini kau bukan orang suruhan yang boleh mertua arah sesuka hati. She’s not there to be constantly corrected, compared, or discredited. She’s there to build a life with her husband, bukan jadi penjaga mak mertua.

Masalah timbul bila some suami tak tahu nak balancekan antara jaga hati mak dan jaga hati isteri. Benda ni memang tak senang, tapi boleh buat. Cuma selalunya yang jadi mangsa adalah isteri. 

Bila duduk serumah dengan mak mentua, banyak small conflict boleh jadi besar. Sebab ada dua wanita dewasa, dengan dua cara hidup, dua cara didikan, dan dua keperibadian kau nak satukan dalam satu dapur. Memang susah. Benda-benda kecik macam cara lipat kain, cara masak, cara kemas rumah - semua ni boleh jadi isu bila tinggal serumah.

Bila conflict yang kecil terjadi berulang-ulang, lama-lama isteri rasa tak selesa. Dia dah tak anggap rumah tu as rumah dia, tapi lebih kepada menumpang rumah orang. Kalau everyday isteri hidup dalam tekanan, ditegur macam budak, tak bebas nak urus anak atau dapur sendiri, ditambah pula suami yang tak memihak atau tak nak masuk campur, of cos isteri akan rasa kosong. Bila isteri dah takde hati, jangan expect dia taat dan hormat suami lagi.

Buat apa hormat, kalau dia tak dapat anything in return. Takkan nak ikhlas sampai mati macam takde apa-apa berlaku? Nak isteri lembut, suami kena jadi tempat yang menenangkan. Kalau isteri dah mula tak bersuara, itu bukan tenang lagi. Itu tandanya dia dah berhenti berharap.

Ada orang kata, “Ala… mak mertua bukan jahat pun. Kena lah bertolak ansur”

Ya betul, bukan semua mak mentua bermasalah. Tapi kita tak cakap pasal mak mentua yang baik, yang boleh berkawan dengan menantu, yang pandai hormat privasi. Kita cakap pasal situasi yang mana memang terbukti susah untuk dua wanita hidup sebumbung without mental stress.

Lelaki selalu lupa. Isteri kahwin dengan dia, bukan dengan keluarganya. Memanglah bila kahwin, kita accept the whole family, but in terms of the marriage itself, yang menjadi pasangan adalah suami dan isteri. Bila isteri tak dibagi ruang sendiri untuk hidup as isteri, kena kongsi ruang dengan mak mentua, every movement diperhatikan, kadang ditegur, dibanding-bandingkan, slowly she can become mentally disturbed.

Dari sudut hukum, isteri berhak dapat rumah sendiri. Ulamak ada sebut tempat tinggal khusus untuk isteri. Maksudnya, rumah tu tak boleh dikongsi dengan sesiapa pun kalau isteri tak setuju, walaupun mak sendiri. Even if the wife tak selesa duduk dengan adik-beradik ipar sekali pun, dia berhak mintak tempat tinggal asing. Itu hak yang agama dah tetapkan. Hak untuk rasa selesa dan selamat dalam rumah sendiri.

Tapi bila cakap macam ni orang lelaki argue, "Habis tu, kalau mak sakit? Kalau dia dah tua? Takkan nak biar dia duduk sorang?”

Good question. 

Yes, anak lelaki tetap kena jaga mak. Tapi jaga tu ada banyak cara. Bukan semestinya duduk serumah. Kalau mak sakit and needs close care, boleh je cari pembantu, atau suami ambil giliran jaga mak (ni kalau tak nak letakkan mak di rumah lain). Atau gilir-gilir jaga mak dengan adik-beradik lain. Atau kalau mak nak duduk sekali, bincang dulu dengan isteri. Jangan main bawa masuk je.

Selalunya masalah timbul bila suami buat decision sendiri-sendiri. Suami rasa dia suami, so apa dia buat isteri takleh bangkang. Bawa mak masuk rumah, isteri kena terima. Isteri takde pilihan melainkan terima. 

To be honestlah, nama je anak lelaki jaga mak, tapi dalam kebanyakan kes, yang betul-betul uruskan semua hal mak mertua adalah isteri. Makan, masak, hantar ke hospital, tolong bagi makan ubat, temankan waktu sakit - semua isteri yang buat. Suami? In most cases suami dapat nama baik je. Orang luar, “Bagusnya anak, jaga mak”. Padahal semua tu isteri yang buat.

Contoh paling senang aku lah. Dari pandangan mata kasar orang kampung nampak bagusnya Ayie jaga mok. Padahal yang masak, aku. Yang lagi banyak bersembang dengan mok, aku. Yang cuti kalau mok sakit pun, aku. Kalau kebetulan mok tak sihat dan dia tak dapat tukar appointment, dia akan minta aku work from home. Takde de dia minta adik-beradik datang jaga. Tu pasal semua aku claim. Takde de aku kerja dengan ikhlas. Mak aku pun aku tak jaga, ingat free ke jaga mak dia? Hahahahaha.

Tak, ini bukan mengungkit atau berkira. Cuma nak bagi nampak hakikat sebenar supaya suami-suami consider perasaan isteri. Aku ni agak beruntung jugalah sebab En Wan provide keperluan dan kebajikan aku and anak-anak dengan cukup. Jadi, aku takde reason nak merentan bila menjaga mak dia. Dan aku tak pernah question berapa dia bagi mak duit bulan. Sebab apa sediakan untuk our family dah cukup. 

Cuba bayangkan suami yang dah lah provide pun bare minimum, letak mak pulak serumah, bini kena jaga, kena masak, kena kemas. Macamanalah tak mental bini tu. Bila bini naik suara, kau cakap derhaka. Logik ke bini yang kau kawen dulu punyalah lembut tiba-tiba jadi biadap without reason? Mesti ada reason!

Isteri tu bukan suri rumah pun. Dia ada kerja. Dia ada komitmen jaga anak, career, uruskan suami. Tapi bila mak mertua sakit, isteri jugaklah yang diminta faham keadaan dan berkorban. Lama-lama bini tu terkorban.

Sedangkan if we look closely, siapa sebenarnya yang diamanahkan jaga mak? Anak lelaki. Kalau isteri nak tolong, itu satu bentuk ihsan, bukan kewajiban. Kenapa orang tak mintak suami jaga mak mertua (mak isteri) kalau dia sakit? Tak pernah pula aku dengar orang expect suami urus semua hal tentang mak si isteri. Tapi dengan isteri, expectation tu automatik high.

Dan yang lagi pelik bila isteri tak mahu buat atau bersuara, ramai yang label si isteri "Kalau mak mertua takde, suami kau pun tak wujud tau!".

Lah, apa kena-mengena?

Memang ada isteri yang ikhlas dan rela hati jaga mertua. But don’t use these cases as the standard for everyone. Sebab tak semua mertua layan menantu macam anak sendiri. Ada yang cerewet, suka compare dan tak appreciate menantu pun. Logiklah kalau menantu taknak jaga mak mertua gini.

Suami sepatutnya tak ambil kesempatan. Jangan sebab isteri tak banyak bunyi, maka semua benda diletak atas bahu dia. Ambillah tanggungjawab tu sepenuhnya. Kalau mak sakit, suami patut ambik cuti dulu. Minta tolong adik-beradik lain. Jangan jadikan isteri tu default caregiver hanya kerana dia duduk sekali.

Lagi satu, jangan anggap isteri tak penat hanya kerana dia dah biasa buat kerja rumah. Tolong beza antara kerja rumah untuk suami dan anak, dengan kerja jaga orang tua. Itu dua perkara berbeza. Emosi pun lain-lain. 

Jaga orang tua ni sangat berat dari segi psikologi. Kalau tak kena cara, boleh burn out. Dengan orang tua nak naik suara pun tak boleh. Kena pendam. Dapat pulak laki yang telor je besar, otak sejemput. Bini tu mengadu, dia boleh jawab "Sabarlah...". Eh kau.

Society dah boleh stop glorify lelaki sebagai anak soleh kalau hakikatnya si isteri yang menjaga maknya.