2025-08-03

GreenAard: Bila kolesterol baik, semua benda pun ikut jadi baik.

Ofis cuti Jumaat dan Isnin, staff ada banyak terima soalan tentang GreenAard rupanya. Aku jawab Nutrijuice dulu. Lain-lain aku jawab kendian.

Yang pertama, dia ambil Nutrijuice at the same time ambil Omega. Ada masalah tak?

In general, NO PROBLEM. Dua-dua ni suplemen yang berbeza fungsi. Takde overlap. Bermakna tiada overload. In fact, they can complement each other. 

Dari segi cara makan pun tak technical sangat. Nutrijuice kita suggest ambil waktu pagi semasa perut kosong atau sebelum makan. Omega pula usually ambil lepas makan sebab lagi senang diserap especially bila makanan yang dimakan ada lemak. Aku ambil Nutrijuice waktu sukati. Janji everyday ambil.

By the way, sesiapa yang ada ambil ubat kolesterol atau ubat darah tinggi, please refer dulu dengan doktor sebelum ambil Omega, sebab certain ubat boleh kacau bila ambil Omega (minyak ikan).

Kalau dah ambil ubat kolesterol, aku tak suggest ambil Nutrijuice. In general, taking both is probably safe tapi kedua-duanya menjalankan fungsi yang sama iaitu stabilkan kolesterol. Bila ada dua agen penurun kolesterol diambil serentak, it has the potential kolesterol turun terlalu banyak (ini rare case, but possible). Takut nanti lain jadinya.

Dalam sains, pengambilan 1.5-2.4g plant sterol sehari boleh turunkan kolesterol beransur-ansur. Nutrijuice punya sterol tak sikit. Sama dengan saranan sains, iaitu 1.5–2.4g. Jadi kalau kau ambil both Nutrijuice and ubat kolesterol, kita takut kolesterol turun dengan sangat mendadak and cepat. Ini tak bagus sebab too rapid decrease in cholesterol boleh ganggu kestabilan badan. Badan tak sempat nak adjust perubahan mengejut blood lipid.

Kena faham yang kolesterol ni bukannya jahat semua. Badan kita masih perlukan kolesterol untuk buat sel baru, untuk produce hormon, dan untuk otak berfungsi dengan baik. Kalau kolesterol turun cepat mendadak-dadak, badan kau cepat penat. Kau punya vision jadi blurry and hormon terganggu. In women, gangguan hormon paling kita tak nak berlaku. Tak memasal karang menopaus awal.

Soalan yang kedua. Katanya tahun lepas bacaan kolesterol 4.0, tahun ni 5.5 (melebihi paras normal sikit).

Walaupun kita amalkan lifestyle yang lebih kurang sama macam tahun lepas, sebenarnya banyak small-small factor yang konsisten yang contribute pada kenaikan kolesterol. Kita je tak perasan faktor-faktor ni.

Umur is number one factor. Makin bertambah umur, kolesterol dalam hati meningkat. Kelajuan badan buang kolesterol menurun, walaupun lifestyle tak banyak berubah. Faktor umur adalah something yang kita tak boleh elak, tapi kita masih boleh kawal kolesterol.

Lagi satu, kadang kita tak sedar portion makan berubah jadi lebih besar. Atau kita makin kerap makan processed food, or fast food, or makanan tinggi lemak tepu (santan, makanan bergoreng, daging berlemak), lebih kerap dari tahun lepas. 

Tahun ni maybe kita kerap minum kopi 3-in-1, atau makan kukis/biskut, atau lebih banyak makan roti. Ni semua nampak macam sikit.

"Saya ambil sikit je"

Kita je rasa sikit. Tapi dalam tempoh setahun kalau kekerapan ni berulang-ulang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Badan kita ingat semua yang kita makan. Dia tak kira kau makan sikit atau jarang-jarang makan. Sebab dia ada history berapa kerap dan berapa banyak dia memproses lemak, gula, dan garam yang masuk. 

Kalau every morning kau minum kopi 3-in-1 and makan dua keping biskut - ni nampak kecik, kan? Tapi kalau seminggu 2 kali selama setahun, itu dah 104 paket kopi + 208 keping biskut. Belum masuk jajan, roti gardenia yang "alas perut", air manis waktu lunch. Tu kau tak kira lagi.

Bila metabolisme makin perlahan disebabkan umur bertambah, badan cenderung simpan lebih banyak lemak. Ditambah lagi dengan stress, tidur tak cukup, hormon pun kacau - semua ni contribute pada peningkatan kolesterol. Jadi bila tahun lepas kolesterol cantik, tapi tahun ni naik, kadang-kadang memang kita terlepas pandang benda-benda kecik yang akhirnya bagi impak besar.

Satu lagi, semakin bertambah umur, badan semakin kurang aktif. Kalau sebelum ni kerja sales rajin berjalan sana sini jumpa client. Tahun ni dah naik manager, lebih banyak duduk ofis atau kerja makin sedentari. Kolesterol pun boleh naik dengan cara ni.

Some people, tiba-tiba je ada kolesterol. Sebelum-sebelum ni takde. I mean kolesterolnya normal. Just like customer yang aku screen shot tadi. Tahun lepas kolesterol normal. Tahun ni tetiba naik. Kalau ada sejarah keluarga kolesterol tinggi, sometimes genetik ni aktif pada usia tertentu. Bila genetik mula aktif, maksudnya walaupun dulu makan macam-macam bacaan kolesterol elok je, tiba-tiba masuk umur 30-40-an, kolesterol mula naik walaupun lifestyle tak banyak berubah. This is because genetik yang selama ini dorman begin to affect how your body processes fat and cholesterol.

Kalau parents atau adik-beradik ada kolesterol tinggi, that's an early warning sign untuk kita lebih proaktif. Jangan tunggu bacaan kolesterol naik baru nak cari ubat. Sebab kolesterol tinggi jarang ada simptom. Bila dah ada komplikasi (macam heart attack atau stroke), masa tu dah lambat. Walaupun your BMI normal, badan kurus, tak pernah sakit, kalau ada sejarah keluarga kolesterol tinggi, kena tetap jaga.

Yang ketiga, dia nak tahu tentang Nutrijuice.

Secara ringkas, tujuan GreenAard produce Nutrijuice memang untuk stabilkan kolesterol. Ini main fokus. Apa-apa yang korang dapat macam gout semakin lega, blood pressure makin ok, weight loss - itu adalah bonus. 

Semua tu ada kaitan dengan kolesterol yang semakin baik. Sebab bila kolesterol makin stabil, aliran darah jadi lebih lancar, maka tekanan darah pun lebih terkawal. Lantas fungsi hati dan jantung semakin baik.

Bila sistem dalaman dah mula smooth, secara tak langsung simptom-simptom lain pun berkurang. Contohnya gout makin kurang flare up sebab asid urik lebih mudah disingkirkan. Tekanan darah tak naik-turun menyebabkan badan lebih energetic sebab oksigen dan nutrien lebih efisien bergerak.

Kalau berat badan menurun lepas ambil Nutrijuice, itu pun bukan magic. Bila trigliseride (komponen kolesterol) makin baik, metabolisme badan jadi lebih seimbang. Berat badan lebih senang turun. 

So yes, Nutrijuice memang untuk kolesterol. Bila kolesterol baik, semua benda pun ikut jadi baik. Itu yang dinamakan "bonus that comes from internal balance".