2025-08-07
Kalau korang boleh pilih, korang pilih ujian suami malas atau suami curang?
“Kalau korang boleh pilih, korang pilih ujian suami malas atau suami curang?”
Ni persoalan kat Thread. Kenapalah warga Thread suka buat post-post yang tak masuk akal dan tak perlu dipikirkan like this.
Kenapa perempuan nak kena pilih between 2 red flags? Red flags kot dua-dua tu. Perlu pilih ke?
Bila soalan macam ni wujud, kita boleh nampak apa masalah sebenar masyarakat. TOLERATE. Kita dipaksa untuk tolerate dengan toksik like this. Seolah-olah mana satu penderitaan yang kau sanggup telan? Suami malas? Suami curang? Mana yang lebih ringan derita dia.
Hello..? That’s such a warped way to look at marriage. As if kahwin tu survival mode. As if you are bound to suffer anyway, so might as well pick the one that hurts less.
Itulah masalahnya kita ni. We have been trained to accept brokenness as normal, especially dari suami. Pastu kita sanjung isteri-isteri yang mampu bertahan dengan suami gitu. Eh meh sini aku jentik dahi kau kasi terang sikit jalan nak berpikir.
Suami malas tu kau rasa ok, eh?
“Takpelah dia tak curang pun, cuma malas”
Cuma? Malas tu bukan small matter tau. Maybe kau tak pernah rasa lagi bercouple dengan lelaki malas hazabnya macamana.
Malas study.
Malas pi kelas.
Malas buat group assignment.
Malas nak berusaha.
Couple dengan partner gini, korang tak dapat jadi teammate. Kau nak buat apa pun tak boleh dengan partner macam ni. Sebab dia tak function. Bangang tu cerita lain. Tapi kalau malas, sorry aku takleh follow. Malas ni dia bukan sekadar tak rajin. Dia takde effort nak buat lebih. Daya juang tu takde. Kau nak ajak move forward in life pun dia tersangkut kat tepi sebab dia dah sangat selesa jadi orang tak berguna.
Hari-hari kita yang kena push dia buat something so that dia bergerak. Kita yang kena fikir untuk dua orang. Kita kena pikul separuh beban. Eh, aku nak partner tau. Aku tak nak jadi mak kau.
Benda ni kena identify sebelum kawen lagi. Kalau awal-awal pun dia dah malas, jangan harap lepas kahwin jadi rajin. Sebab malas tu bukan fasa hidup, tapi pilihan hidup. Bila kau couple dengan orang macam ni, kau sure burn out punya. Apetah lagi bila kahwin dengan orang macam ni, tengoklah. Kau jadi tua awal.
Jangan rendahkan standard semata-mata sebab “dia tak curang pun”. Lelaki tak curang tu basic, dik. Kalau dia malas, tak bertanggungjawab, takde inisiatif, dia tetap bukan husband material. Love yourself enough to say kalau malas pun dah cukup menyusahkan, apetah lagi kalau curang. Dua-dua aku reject.
Malas dalam konteks suami pulak bukan setakat tak buat kerja rumah. Suami malas selalunya lepas tangan bab anak dan rumah. Dia anggap bila dah sediakan duit tu bermakna dia dah tunaikan tanggungjawab. Tengok isteri terkangkang-kangkang buat kerja rumah takde rasa nak tolong. Ini bukan suami, ya. Ini namanya BEBAN.
Lagi satu bila isteri penat, orang suruh sabar. Sabar tu tengok keadaan la. Kalau kau dah macam kuli dalam rumah sendiri, nak sabar hapenya. Kalau everyday isteri urus anak, masak, basuh baju, lipat baju, kemas rumah, at the same time bekerja sebab gaji suami sorang tak cukup, malam kena mengangkang layan kau pulak, apa benda tu kalau bukan kuli? Tu yang kadang bila ada orang cakap "sabar, syurga isteri di bawah tapak kaki suami". Eh sorry. Itu bukan excuse untuk jadi zalim. Sabar yang menindas diri sendiri tu namanya bodoh.
Suami curang. It’s a choice. A very conscious one. Ini lagilah jangan tolerate. Kesannya sangat dalam. Trust hilang. Trauma. Kau akan rasa rendah diri. Kalau aku, memaafkan pasangan yang curang akan buatkan aku insecure sampai mati. Sebab apa? Sebab aku dah takde kepercayaan lagi. Everyday aku akan jadi stalker check dia pi mana, betul ke pi kerja, nak go thru whatsapp dia, nak kena perati dengan siapa dia berkomunikasi kat media sosial. Hoih! Banyak pulak kerja aku nak kena buat. Daripada aku insecure macam tu, baik aku buang terus dalam hidup. Senang, takyah pikir dah.
Tapi peliknya, bila isteri nak keluar dari marriage bila suami curang, orang akan cakap:
“Kesian anak-anak”
“Sabar, semua orang ada silap”
“Maafkan jelah, dia janji nak berubah”
So again, perempuan juga kena faham, kena terima. Apesal eh? Why do women even have to choose between two types of suffering? Cuba kau bayangkan sorang lelaki kata "Kalau kau boleh pilih, nak isteri tak pandai masak atau isteri curang?”
People would laugh! They would say “apa soalan merepek ni, saitan?”. You know why? Because masyarakat tak expect lelaki untuk tolerate apa-apa, especially bila melibatkan kekurangan isteri. Tapi bila perempuan mengeluh suami malas, suami curang, terus keluar nasihat “Sabar… lelaki memang macam tu. Jangan tinggi sangat expectation tu”
This double standard is toxic! Kalau lelaki dapat bini tak pandai masak "Rugi bayar hantaran mahal-mahal kalau tak pandai masak, bro". Tapi kalau perempuan dapat suami malas “Bersyukurlah, asalkan tak curang”.
Ada satu video kat TikTok aku tengok. Perempuan ni suri rumah. Dia mengemas-ngemas hall, suami dia mengangkang atas kerusi main henfon. Tertonggeng-tonggeng bini tu menyapu. Orang tanya "Suami tu tak reti nak tolong ke". Isteri dia jawab "Jangan tegur. Nanti dia duduk kedai kopi pulak. Lebih baik dia duduk je kat situ (kerusi di rumah)"
Kau nampak tak macamana laki tak rasa diri dia tuan? Sebab ada perempuan yang boleh tolerate lelaki pemalas semata-mata takut laki curang.
Aku tak paham kenapa perempuan kena adjust expectation based on kelemahan lelaki? Why do we have to choose between a man who won’t lift a finger or a man who lifts it for someone else? Kita hidup dalam zaman yang perempuan pun contribute untuk ekonomi keluarga. Ramai isteri bekerja 9 to 5, balik rumah masak, kemas, urus anak, tapi still disuruh faham kalau suami penat. Oh, penat dia valid. Habis penat kau?
For decades, kita diajar "lelaki memang macam tu".
Lelaki tak matang, nanti lepas kawen dia jadi matanglah.
Lelaki kalau tak pukul, tak curang, bersyukurlah.
Lelaki memang ego, perempuan kena pandai main peranan.
Jadi kita pun rendahkan expectation. Kita letak standard yang sangat basic. Janji dia tak tinggal rumah, tak pukul, dia masih suami yang baik walaupun pemalas. Gitu.
Raise your standards. You don’t have to choose between red flags. You can walk away. You can say no. You can not settle. Marriage should be peace, not punishment. If it keeps draining your mental health, something is wrong. Sabar tak bermaksud telan semua benda. Sabar ada limit.
Truth is, perempuan tak patut kena pilih antara dua jenis toksik. Soalan “nak suami malas ke curang” tu sendiri dah problematik. It’s like suruh orang pilih nak kena tampar ke, nak kena cekik. Soalan ni tak patut jadi bahan perbincangan pun. It should be laughed off sebab dua-dua tu bukan pilihan. Kalau suami ada kekurangan, fine. Semua orang ada. Tapi kalau kekurangan tu jadi beban yang kau kena tanggung sorang, that’s not sustainable.
Please. Stop.
Marriage is NOT about enduring suffering. We need to rewire how we think. We are not here to pilih derita mana lebih ringan. Marriage sepatutnya ada mutual respect. Equal contribution (in whatever form you both agree on). Accountability. Kalau dari awal kena pilih antara malas atau curang, itu warning sign.
Jangan biarkan sesiapa pun buat korang rasa kena pilih derita yang mana satu. The minute you are asked to choose between bad and worse, remember that you can always choose NONE. You deserve a partner, not a liability, not someone you constantly have to sabar for. You deserve peace. And you don’t need to apologise for wanting it.
Kau as perempuan ada hak untuk expect love, effort, and loyalty. We deserve partnership, not punishment. So next time someone asks you that nonsense question, jawab balik "Aku pilih yang rajin & setia. Kalau takde, aku pilih jadi single". Sebab let me tell you this. Being single is not a punishment. Being with the wrong man is.