2025-08-09
GreenAard: Turun Berat, Period Jadi Teratur - Apa Kaitan Sebenarnya?
Siapalah gerangannya yang bagi feedback ni. TERIMA KASIH. Aku suka bila dapat feedback macam ni sebab aku boleh buat post explanation yang lebih panjang.
Oh by the way, masih ramai yang referring GC Plus as GreenAard 😁. Kadang-kadang yang DM aku tulis, “Kak Di, saya nak try GreenAard”.
Terpaksa aku tanya balik “GreenAard tu maksudnya GC Plus ke?” Hehehe.
Isokay. Janji aku faham.
Ok now aku nak bagi pencerahan sikit pasal period cycle. This customer ada masalah period cycle rupanya. However reason dia cuba GC Plus is for weight loss. Tanpa dia tahu selain dari lose weight, her period cycle kembali lancar. Alhamdulillah.
Sebenarnya awal-awal kita release GC Plus, ramai yang bagi the same feedback. Kebanyakannya kata period cycle jadi better. Itulah juga reason kenapa GreenAard keluarkan Herba Rahsia Rimba (HRR) supaya orang yang takde masalah berat badan tetapi ada masalah irregular period tak ambil GC Plus untuk selesaikan masalah period. Bukan apa, untuk orang takde masalah berat badan berlebihan, when you take GC Plus maybe you takkan dapat kesan yang sama dengan pengguna GC Plus yang ada masalah berat badan.
Dia macam ni. Masalah irregular period ni bukan semata-mata kerana berat badan. Ada sebab lain juga. Korang yang BMI dah normal tapi ada masalah period, you should take Herba Rahsia Rimba. Untuk yang ada masalah haid DAN overweight, you can take GC Plus saja dulu. Tak perlu Herba Rahsia Rimba. Why?
Sebab KEBANYAKAN yang overweight, berat badanlah yang jadi punca irregular period. Jadi kita tackle masalah berat badan dulu.
Customer tadi share her weight loss journey dengan GC Plus. Lepas almost dua botol GC Plus, berat turun 5kg. Dan yang paling best, period mula jadi teratur. Yang ni aku happy sebab apa yang customer ni share not only testimoni, tapi bukti dari sudut sains.
Haid datang bukan sebab kita makan makanan tertentu atau stres semata-mata. Ada kaitan dengan keseimbangan hormon dalam badan, especially estrogen and progesteron. Dua-dua hormon ni penting untuk hasilkan haid. Bila hormon-hormon ni tak seimbang, contohnya estrogen terlebih, period cycle jadi kacau. Dan salah satu sebab estrogen boleh berlebihan adalah lemak badan berlebihan.
Lemak kita ni bukan setakat menyimpan tenaga. Lemak badan sebenarnya adalah organ hormon sebab lemak produce hormon. Dan salah satu hormon yang lemak hasilkan ialah estrogen.
Kalau badan kita ada banyak sangat lemak (especially lemak viseral kat perut), maka lebih banyak estrogen dihasilkan. Too much estrogen boleh kacau keseimbangan hormon lain. Bila hormon kacau, ovulasi jadi tak tentu arah, dan period jadi tak teratur. Kadang lewat, kadang awal, atau kadang-kadang tak datang langsung.
Satu lagi isu yang sangat common yang dikaitkan dengan irregular period is PCOS (Polycystic Ovary Syndrome). PCOS ni salah satu masalah hormon yang jadikan ovulasi tak berlaku secara teratur. Antara puncanya adalah insulin resistant dan berat badan berlebihan.
MOST perempuan yang ada PCOS, BMI-nya pasti tinggi atau overweight. Dorang struggle nak turunkan berat. Tapi sebenarnya untuk penghidap PCOS, korang tak perlu turunkan berat yang banyak. Turun around 5-10% dah cukup untuk seimbangkan hormon, and jadikan ovulasi kembali normal. Insyallah period jadi lebih stabil. Maybe tak lancar sangat but better dari sebelumnya. Sebab apa aku cakap tak payah turun banyak?
Sebab fokus korang sekarang bukan lagi pada nak kurus tapi nak perbetulkan masalah kesihatan dulu. Betulkan period cycle tu penting sebab period cycle yang stabil adalah petunjuk hormon dalam badan dah mula seimbang. Bila hormon stabil, barulah fungsi badan lain ikut normal termasuk ovulasi, mood, metabolisma, dan tahap tenaga. Sebab tu untuk perempuan PCOS, turun berat badan bukan untuk nampak kurus, tapi untuk betulkan sistem dalaman.
Turun 5-10% je dah cukup untuk bantu ovulasi berlaku dengan lebih konsisten, increase chances untuk mengandung (bagi yang TTC), dan stabilkan blood sugar. So bila korang stress sangat nak turun banyak-banyak tapi period masih tunggang-langgang, itu dah silap fokus. Kena sihat dulu, baru kurus. Bukan kurus dulu, baru sihat. Kalau period dah mula datang lebih konsisten, walaupun belum tepat 28 hari, itu dah satu win untuk kau. Itu tanda badan tengah respons. So teruskan je dengan GC Plus and jaga stress level.
Dalam kes customer tadi, dia turun 5kg, dan period mula jadi teratur. To me, ini sangat logik. Sebab, bila kau mula turunkan berat badan, lemak badan berkurang. Bila lemak berkurang, estrogen yang dikeluarkan oleh sel lemak juga berkurang. Tadi aku dah cakap pasal lemak produce hormon, kan? So bila lemak berkurangan, estrogen tak dihasilkan dengan excessive. Ini akan bantu hormon dalam badan jadi lebih seimbang as if your body tengah buat reset. Bila hormon lebih stabil, ovulasi jadi lebih teratur, dan akhirnya haid pun ikut rentak yang normal semula.
Ramai orang pandang remeh bila period tak datang. Ada yang anggap “Ala biasa la tu”. But in realiti, period yang tak teratur adalah signal dari badan yang mengatakan ada something tak kena. Maybe hormon, maybe stress, atau maybe lifestyle. Kalau kerap skip period, itu bermakna ovulasi tak berlaku. Dan bila ovulasi tak berlaku, badan bukan je susah nak pregnant tapi long term risk boleh muncul macam ketumbuhan rahim. So bila period mula jadi teratur lepas berat turun, that is bonus.
GC Plus fokus pada complete reset for the body. Termasuk hormon, pencernaan, metabolisme, dan kawal selera makan. GC Plus bukan burn fat. Dia tak burn fat. Dia buatkan body TERPAKSA burn fat dengan cara mem-block formation of new fat, reduce appetite dan rendahkan kortisol. Bila berat badan turun secara natural (bukan paksa berlapar), sistem badan akan berfungsi dengan lebih baik. Usus jadi lebih bersih, toksin keluar and hormon lebih stabil. All of this contributes to reset regular period cycle.
Dalam kes customer tadi, dia kata dia tak tukar diet pun, just makan macam biasa. Tapi beratnya tetap ada penurunan sebab metabolisme dan sistem dalaman dia dah jadi makin baik. Tanpa sedar, period jadi konsisten.
Kadang-kadang kita rasa malas nak bertindak bila period lambat seminggu dua. Tapi kalau dah rutin every month pun lambat, atau skip terus, this is red flag. Jangan tunggu sampai kena makan ubat hormon. Cuba dulu cara paling basic iaitu LOSE SOME WEIGHT. Turunkan lilitan pinggang at least 1-2 inch dulu. Pastu kau tengok apa jadi pada period cycle.
Haid yang teratur bukan tanda kita sihat sepenuhnya, tapi it is an indicator dalaman kita stabil. Salah satu cara paling mudah untuk jadikan badan stabil balik is losing weight. Buat dengan konsisten. Tak payah laju-laju. Sometimes result luaran tak nampak dalam masa 2 bulan tapi dalaman badan dah ada improvement. Dalaman sedang bekerja ke arah itu.
Ada soalan nak tanya pasal GC Plus?