2020-01-17

Fokus




Gambar 2020 & 2009 kalau letak sebelah menyebelah maybe boleh buat iklan produk menggemukkan badan.

Kalau kita pernah underweight, badan kita naik 2kg pun orang cakap "Gemuknya!"
Itulah yang berlaku kat aku.
Aku pernah underweight sampai 41kg [sebelum bersalin Redza].
Masa mengandung Redza, berat aku cecah 58kg. After bersalin Redza, berat aku jadi 45kg.
Sejak dari tu semua kata aku dah gemuk.

45kg gemuk okeh?

Asal balik Tganu, jumpa sedara-mara En Wan, manjang je "Dah gemuk dah dia!".
Aku macam what the.....pfttt.
Kalau nak tengok how "gemuknya" aku dulu, silakan refer gamba tahun 2009 tu.
That's how gemuk I was. Sampai tetek pun tak nampak. Flat je.

Gambar tahun 2015, aku overweight 59kg.
Tinggi 155cm macam aku ni, ideal weight adalah sekitar 48-54kg je.
Cecah 59kg dah nampak berat sangat dah badan. Muka pun penuh.
Tapi ni belum apa-apa lagi. Tahun 2018 aku penah cecah 61kg!

Now berat aku sekitar 51-52kg.
Tak lari dari nombor tu.
Nak turun ke 50kg pun dah malas.

Masa aku umur 35 tahun, berat aku masih lagi around 48-49kg.
Now dah nak masuk 43, I don't think berat 50kg pun senang-senang nak cecah tanpa hardwork.
Dulu, makan nasi sehari 2 kali, minum teh tarik everyday pun berat badan masih boleh turun 5kg.
Now, 10 hari puasa straight, makan sehari sekali, no sugary food and drinks, berat cuma turun 2kg je.
Metabolic rate dah menurun.
Umur-umur macam aku ni kalau nak berdiet tak boleh cincai-cincai, kena betul-betul fokus.
Maksudnya, tak boleh buang masa.

Sebut tentang masa, masa adalah salah satu komoditi yang paling berharga yang kita ada.
Kita boleh buat duit tapi kita tak boleh buat masa.
Nak-nak lagi umur 40an macam ni, masa dah tak banyak untuk banyak benda.

Nak kuruskan badan di umur 40an kena fokus sebab beberapa tahun lagi nak mencecah menopaus, lebih susah nak turunkan berat waktu tu kalau tak start now.

Nak simpan duit di umur 40an pun kena fokus sebab masa kita bekerja dah tak lama, umur 50an dah tak larat nak hustle lagi so now simpan duit dengan disiplin.

Umur 40an kalau masih lagi solat wajib 5 kali sehari macam budak 10 tahun, bak kata ustaz aku, malulah dengan Allah. Patut umur macam ni dah start buat sebanyak-banyak solat sunat, baca Quran banyak, zikir banyak, aurat tutup sempurna. Masa ni nak pulun. Esok dah tua, dah banyak penyakit, banyak amal yang mungkin tak larat nak buat. Nak berlama-lama solat pun tak larat dah. Sementara tengah kuat ni, buat banyak-banyak.

Betullah ayat Allah - Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.

Kita semua ada tanggungjawab menggunakan masa dengan bijak.
Don't live this day unfocused, undisciplined and unmotivated sebab kita tak selamanya akan berada di tempat dan waktu yang sama.

Soalan yang aku always dapat dari orang yang nak berdiet - "Apa yang saya nak buat untuk kurangkan berat dengan cepat?"

Just like post aku semalam - run your own race.
Jangan compete dengan orang siapa lebih cepat kurus. No.
Itu akan buatkan kau tak enjoy dengan weight loss journey.
Buatlah plan sendiri, then follow your plan.
Slow takpe, janji steady.
Set goal dulu - short term and long term.
Berapa kg nak turunkan this week?
Berapa berat nak cakap by next March?
Apa plan untuk cakap your desired weight?
Semua ni kena susun baik-baik.

Umur macam aku ni, aku pernah test puasa 10 hari straight tanpa bersahur [real puasa bukan IF].
Makan hanya waktu berbuka nasi and lauk-pauk, no jajan, no sugary food and drink.
Berat aku turun dalam 2.3kg saja in 10 days dengan inch loss 2 inch.
Aku gerenti ramai yang frust kalau dah puasa ikat perut 10 hari tapi berat turun 2.3kg je.

The thing is, kita kena SEDAR DIRI.

Umur kalau dah 40an, turun tak banyak mana pun sebab metabolic dah rendah.
So, janganlah rasa intimidated dengan orang umur 30an punya berat badan.
Ini tak. Nak compare dengan berat orang umur 34 tahun sedangkan kau 40 tahun dah.
Compare apple with apple lah.
Aku dulu umur 35 tahun pun berat aku masih 49kg, nak celen?

Yang penting start now dan fokus untuk habiskan.
I know too many people who have great potential tapi takde disiplin when it comes to how nak gunakan masa.
Niat tu dah ada tapi mudah sangat nak distracted.

Apa yang kita buat, be it berdiet, menulis, membaca, mengemas rumah - kena disiplin to stay focused.
Kalau tak, kita akan distracted dan buat something else yang kita tak patut buat.
Contohnya tengah baca Quran, aim nak habiskan 4 muka surat tetiba whatsapp bunyi, kau pi baca.
Then terus distracted buat benda lain.
Alih-alih dah sampai waktu untuk masak, kita pun tutup Quran, done.

Aku always ingatkan diri aku sendiri - sesiapa yang whatsapp aku maknanya perkara tu tak urgent.
Kalau urgent, dia takkan whatsapp, dia akan call terus. So, whatsapp can always wait.
Kasi aku habiskan kerja aku dulu, then aku baca kendian.

Apa jenis tips untuk kuruskan badan tapi kalau takde disiplin, tips tinggal tips je lah.
Stay focused.
Takde yang lebih menyedihkan daripada one day kau akhirnya tersedar "Kenapa aku buang masa banyak sangat? Kenapa aku tak fokus?".

Awal bulan hari tu ada sorang blog reader datang ofis nak hantar kuih bawang kat aku.
Lama juga bersembang dengan dia.
Dia kagum aku masih lagi berblogging sampai sekarang when ramai bloggers seangkatan aku dah slowly pencen.
Aku bagitau yang aku berblog bukan sebab trend, tapi kerana suka menulis.
Nak maintain menulis bukan saja perlu ada passion tapi perlu ada disiplin.
Everyday aku tetapkan syarat mesti menulis at least 1500 patah perkataan.
Macamana pun mesti habiskan 1500pp. Jarang aku skip this melainkan aku tak sihat.
Kalau blogpost hari tu tak cukup 1500pp, aku akan terus menulis next post biar total menulis hari tu mencecah 1500pp.
[tapi ada ke post aku yang less than 1500pp? Hahaha]

When we understand the value of time, lama-lama kita hilang minat nak buat benda yang tak mendatangkan faedah contohnya melayan perangai manusia.
If somebody has a problem with you, as long as you are being your best, with all due respect, that's their problem and not yours.
Tak perlu kita sibuk nak resolve semua konflik, nak explain itu ini. Itu semua distraction.
Some people memang tak suka nak berdamai dengan kita jadi don't waste your time fighting battles that don't matter.

Bagaimana kita spend masa kita bukan saja penting tapi dengan siapa kita spend pun penting.
Kadang-kadang kena sisihkan some relationships yang tak menambah value dalam diri kita.
Sebab, bila kita spend time dengan someone, kita sebenarnya meng-invest masa kita.
Nama pun INVEST, haruslah ada keuntungan.
If they are making you better, takpe.
Tapi kalau hang out dengan set-set yang takde disiplin, suka bertangguh, semua benda pun tak kisah, unmotivated - let me give you some advice.
FIND SOME NEW FRIENDS.
Yes, they may be good people, have good hearts tapi assignment kita lebih penting. Dan masa kita sangat bernilai.
Kau nak kurus, tapi kau melepak dengan orang yang tak berhenti-henti mengunyah, celah mana nak kurusnya?

Tapi tak perlulah sampai buat announcement "Eh korang, aku terpaksa keluar dari group ni sebab Kak Di suruh. Kalau tak, impian aku nak kurus tak tercapai".

Please, do me a favor. Leave my name out of this, ya.
However kau boleh slow-slow kurangkan spend time dengan dorang.

Ini tak terhad pada geng makan-makan only.
Walau dengan sesiapa pun, kalau kita tak let go of the wrong people, kita takkan berjumpa dengan the right people.
Kadang-kadang kelompok yang kita bersama-sama ni was good at one time only.
Dalam tempoh beberapa tahun kita dah capai milestone kita.
Now, boleh jadi kita dah grown more than they have. We are running at a different pace now.
Kita terpaksa keluar dari kelompok itu untuk bersama dengan new kelompok supaya kita boleh start the next mission.
Itu tak menjadikan mereka yang kita tinggalkan as a bad person.
It's just dah sampai masa untuk kita berubah. New season gitu.
Tak bermakna kita tak boleh berkawan dengan mereka lagi, cuma kita perlu faham untuk teruskan misi, ada yang perlu kita korbankan.

Some people datang dalam hidup kita sebagai scaffolding [kayu/besi yang pekerja bangunan panjat].
Dia bagi semangat kat kita, dia inspire kita, dia motivate kita, dia sokong apa yang kita buat.
But at some point, bila bangunan dah siap, scaffolding tak boleh dah nak terus duduk situ.
Kalau scaffolding terus melekat kat bangunan, bangunan takkan jadi seperti yang dia patut jadi.
Same goes to us.
Kenang jasa mereka yang bantu kita, tapi dalam masa be big enough to recognize when their part in your story is over.

Memang lumrah manusia suka berpegang pada yang lama.
Kenangan lama, kawan-kawan lama, barang-barang lama, lagu-lagu lama [aku la ni].
Kita memang suka kalau semuanya kekal sama tak berubah.
Tapi perubahan adakalanya mendatangkan kebaikan.
So on a regular basis, please evaluate siapa orang yang kita pilih untuk spend time with.






2020-01-16

Assignment



Ada pressure dalam society kita untuk masing-masing rebut jadi nombor satu.
Kalau kita bukan yang terbaik, bukan yang terpantas, bukan yang paling berbakat, bukan yang paling cantik, atau bukan yang paling berjaya, kita diajar untuk tidak merasa selesa dengan diri kita sendiri.
Kalau jiran kita pindah rumah baru atau renovate rumah, instead of being inspired, kita rasa terancam dengan kelebihan dorang.
Itu belum lagi kalau kawan-kawan kita ada kehidupan yang jauh lebih baik, lagilah terancam.
Of course lah terancam kalau dia dok bercerita kejap-kejap pi holiday overseas, yang kita asal cuti je balik kampung, tu pun 20 km je dari rumah sendiri, betul tak?

Situasi macam tu sebenarnya normal, bukan kita sorang je yang rasa.
In fact, orang yang dah jauh lebih berjaya pun ada yang masih lagi rasa intimidated dengan orang yang lebih hebat dari dia.
This is normal, but kalau tak betul-betul jaga, kita akan hidup dengan rasa insecure sepanjang masa.
There will always be someone or something making us feel we are not up to par.

Contohnya macam yours truly di gambar atas.
Gitulah jadinya bila sibuk nak melawan orang tak pasal-pasal kena patah balik jalan jauh.
Sibuk sangat nak compete kan. Suruh masuk fun run tak nak!

Apa yang kita always lupa is kita semua ada 'assignment' yang berbeza-beza.
Allah dah bagi kita exactly apa yang kita perlukan untuk buat that assignment.
Bukan semua benda yang ada pada orang tu kita perlu in order nak siapkan assignment kita.
Ok fine, maybe kawan kita ada significant gift yang boleh outperform kita. That's ok.
Because kita bukan nak compete dengan dia pun. Our assignment berbeza.
They have what they need for their assignment, dan kita ada apa yang kita perlu untuk assignment kita pula.

Kebanyakkan kita always rasa kalaulah kita ada apa yang orang lain ada, hidup kita akan jadi lebih baik.

Kalaulah aku secantik dia.
Kalaulah mak bapak aku sekaya mak bapak dia.
Kalaulah suara aku sedap macam suara dia.

WRONG!

Sebenarnya kalaulah kita ada apa yang dia ada, itu takkan menjadikan kita lebih baik, malah menghalang kita pergi lebih jauh.
Belum tentu lagi kita tahu gunakan apa yang dia miliki untuk kebaikan diri kita, entah-entah bawak kita lebih hanyut.

I am all for having goals, stretching and believing big because that's important tapi kita kena accept apa yang kita ada dan make full use of it.
Jangan rasa kita takde apa-apa yang bagus berbanding orang lain.

Nabi Daud masa berlawan dengan Raja Jalut, takde siapa percaya yang baginda akan menang sebab Nabi Daud bukan siapa-siapa pun waktu tu sedangkan Raja Jalut ni ada segalanya.
Tapi baginda sangat yakin dengan kekuatan yang dia ada.
Tahu tak apa yang dia ada ketika tu?
Baginda cuma ada LASTIK BATU.
Kat mana lojiknya boleh bunuh Raja Jalut dengan lastik batu?
Of course Allah yang bantu baginda but that's not the point.
The point is, bagaimana baginda yakin dengan apa yang dia miliki, walau hanya sekadar lastik batu.
Baginda tahu lastik batu tak mungkin setanding dengan kelengkapan tentera Raja Jalut tapi baginda tahu baginda adalah sharpshooter lastik batu.
Dengan skill itulah dia kalahkan Raja Jalut.

So the key here is, we don't have to have a great gift to use it in a great way.
Tak perlu ada duit yang banyak baru boleh start bisnes.
Tak perlu menang banyak competition baru boleh dikatakan hebat.
Tak perlu ada banyak award baru boleh dikatakan successful.
Apa yang ada pada kita ni pun rasanya kita belum make full use pun.

Oh sebut pasal award ni, that day kawan aku cakap baru-baru ni ada award caremony untuk SMEs.
Aku cakap yang menang tu semua kena bayar.
Because baru-baru ni [end of last year] one of company yang organize award-award macam ni approach aku.
Dia nak invite aku untuk dapatkan award for Halal in Home Kit sebab dia kata sangat rare kit ni.
Aku ingatkan ye ye lah dia nak bagi award rupanya kena bayor ya.
Nak participate kena bayar RM500.
Company yang less than 5 years award nama lain.
Company more than 10 years award nama lain.
But semua nama yang best-best lah.
Tapi kau kena bayar around RM30-50K.
Memang ada juri tapi kau confirm akan dapat award.
Aku rasa juri-juri tu fungsinya untuk mengkategorikan produk kau dapat award mana satu je.
Maybe "Best Muslim Natural Food Product Bake From Home" - haaa, gitu panjangnya nama kau dapat nanti sebab kau dah bayar kan, so kau pasti menang. Hahaha.

Bukan tak bagus award ni, baguslah untuk marketing.
Tampalkan kat produk kau supaya orang lebih yakin.
Tapi, kalau kau tak promote produk kau, orang takkan tahu pun kau ada award tu.
Jadi, the keyword is, kau kena market your own produk.
Kalau marketing kau bagus, produk kau bagus, you don't really need those award pun.

Dah selalu sangat kita aim nak kan titles and positions, thinking we will feel good about ourselves when we have them.
Just like title award and title untuk diri sendiri. Berebut masing-masing nak dapatkan.
No, there's nothing wrong with titles but we don't need a title to do what Allah has called us to do.
Jangan tunggu orang akui kemampuan kita baru kita nak buat sesuatu.
Guna apa yang kita ada now and the title will come.

Nak jadi leader, tak perlu tunggu dapat jadi manager baru nak lead. Lead saja.
When orang nampak kita boleh lead, eventually title manager tu dapat kat kita.

Nak jadi YDP PIBG, tak perlu tunggu ada title Dr, ada title Datuk.
Kalau kau buat kerja as if kau YDP, insyallah, next election, kau yang orang undi.
Tunjuk kat orang apa yang kita boleh buat, then the recognition and the reward will come.

Ibu-ibu yang tak berkerja, jangan rasa intimidated dengan life orang yang berkerjaya.
Jangan sesekali rasa "Aku homemaker je. Duduk rumah jaga anak. Masak, kemas, masak, kemas".

Nampak macam takde apa sangat yang kita buat, hanya masak and kemas rumah tapi kita tak tahu apa yang Allah akan buat kepada anak and suami kita.
Asbab makan pakai yang terurus tu, boleh jadi suami lebih fokus buat kerja dan akhirnya naik pangkat.
Perut anak kenyang dengan masakan sedap kita, lalu dia bertenaga di sekolah dan lebih mudah menerima ilmu.
You may be raising a great scientist, a business leader or a Prime Minister!
Mungkin kita tak 'touch' the world directly, tapi anak kita yang akan menggegarkan dunia.
"Assignment" kita sekarang akan membenihkan sesuatu yang lebih hebat.
Kalaupun kita tak sempat merasa hasilnya, anak cucu akan merasa.

Aku percaya pada usaha dan big dreams tapi aku juga percaya bukan semua orang boleh jadi leader, bukan semua orang boleh run company, bukan semua orang boleh makan gaji.
Mesti ada orang yang tolong bukakan pintu.
Mesti ada orang yang tunjukkan kat mana tempat duduk.
Mesti ada yang tunjuk kat mana nak park kereta, kat mana nak beli makanan, etc.
We have our own assignment.
Buat assignment kita sudah, jangan sibuk assignment orang lain apetah lagi nak berlawan-lawan.
Bila kita tak compete, tak compare, tak try to be someone else, hidup jadi lebih tenang and mudah.
Allah tak judge kita based on kelebihan jiran kita, kelebihan kawan-kawan kita, atau betapa hebatnya kita membina kerjaya tetapi kita di-judged based on assignment yang DIA bagi.






2020-01-14

Be content



10 January baru-baru ni hari jadi Pak Aji yang ke 70.
Alhamdulillah, rezeki aku di umur 42 tahun masih dapat celebrate hari jadi ayah.
Beruntung lagi Pak Aji di umur 70 tahun masih ada mak!
Nenek aku dah sama umur dengan Tun M dah, tapi tua sangat dah pun, Tun M tu sihat walafiat lagi.
Benda-benda macam ni kadang kita lupa nak syukur, hanya bila dah takde barulah kita teringat-ingat.

Pak Aji adalah orang yang tak pernah risaukan duit.
Seingat aku, Pak Aji tak pernah merungut pasal takde duit atau tak cukup duit.
Maybe dia luahkan kat Mak Aji je lah kot, tapi depan anak-anak tak pernah.
Tapi, kalau dia takde duit, dia akan bagitau, however nak merungut jauh sekali.

Pak Aji bukan lulusan U. Dia hanya lulusan Maktab Perguruan.
Dia dipanggil masuk Jabatan Pendidikan kerana achievement-nya sebagai guru bukan kerana certificate.
Walaupun jawatannya Pegawai Pendidikan, tapi gaji matinya rendah je sebab dia bukan lulusan siswazah.
Tak salah aku gaji terakhir Pak Aji tak sampai RM4K [gaji kasar].
Pun macam tu, aku kagum dia boleh tanggung keluarga [of course dengan contribution Mak Aji juga].
Aku tahu Pak Aji bukannya orang berduit, gaji dia hanya cukup untuk family, nak bermewah-mewah tu memang takde.
That's why kitorang TAK PERNAH bercuti melainkan menumpang Pak Aji kalau dia outstation.
Itulah peluangnya nak merasa jalan-jalan ke negeri orang.
Beli baju baru pun tunggu raya.
Adik aku Ima, seingat aku setiap kali masuk skolah dia akan pakai baju skolah aku yang lama.
Punyalah heloknya baju aku tu sampai adik aku tak kisah tak berbaju skolah baru sebab baju akaknya masih boleh pakai elok.
Lagipun kitorang size tak jauh beza jadi boleh je nak share-share.

Umur aku 12 tahun, aku dapat pi Jepun.
Beberapa hari sebelum berangkat ramai saudara-mara datang jumpa.
Masing-masing excited sebab anak sedara nak pi overseas.
Ada sorang aunty bagi aku RM20.
RM20 di tahun 1989 agak besar nilainya.
Esok pagi Subuh sebelum pi kerja, Pak Aji masuk bilik aku tanya "Diana, semalam ada orang bagi Diana duit ya? Papa pinjam kejap boleh?"

Aku terus bagi. Dan aku tak pernah mintak balik.
Aku yakin masa tu RM20 pun takde dalam wallet dia.
That's how sesaknya. Tapi aku tak pernah nampak dia buat muka murung kat rumah.
Masih tetap buat lawak, gurau-gurau.
Kalau orang takde duit selalunya takde mood nak bercakap pun.

Tapi tu lah, aku pelik apesal mak bapak aku, walau takde duit, dorang invest beli rumah 2 tingkat.
Boleh je kalau nak beli rumah flat, bukannya takde rumah flat kat Bangi tu.
Disebabkan invest kat rumah 2 tingkat, tak dapat nak bermewah-mewah sikit.
Kalau tak, boleh gak merasa beli kereta baru.
Ini tak, pakai kereta Proton Saga tahun 1987 sampailah 2001!

En Wan cakap "Itulah tandanya Papa and Mama bijak. Long term planning. Dia tahu rumah akan jadi mahal one day jadi dia invest awal-awal".

Boleh jadi juga.
Just nice rumah tu untuk anak 3 orang.
Sampai sekarang kalau kitorang semua balik tido di Bangi, tetap masing-masing tido dalam bilik sendiri.
Tak perlu bentang-bentang tilam kat hall sebab memang cukup aku 4 beranak dalam satu bilik, Ima 4 beranak dalam bilik dia and Ibal dah tentu ada bilik dia sendiri.
Berjasa rumah tu.
Ramai sedara-mara yang dapat tumpang tinggal kat situ masa zaman belajar and kerja.
Boleh dikatakan rumah tu bersilih-ganti ada orang tumpang.
Kalau orang-orang kampung datang pun, akan tuju rumah Pak Aji sebab lebih selesa.
Rumah tu juga pernah menjaga orang sakit.
Arwah pakcik Pak Aji pernah tinggal lama kat situ masa sakit kanser.
Mungkin kat situlah rezeki Pak Aji and Mak Aji. Doa dari orang yang datang.

Kalau tengok gaji memang nampak macam tak cukup.
Tapi tu lah kan, cukup tak cukup bukan kerana sikit atau banyaknya gaji, tapi bagaimana mengatur gaji.
Pak Aji indirectly ajar aku bahawa kebahagiaan bukannya datang dari faktor luaran semata-mata but  from our mental attitude in life.
Syukuri and enjoy even small things in life.
Banyakkan memberi [tak semestinya dengan wang ringgit].
Bila orang yang menerima happy, it will come back right to us.

Kawan aku yang Sang Nila Utama tu pernah kata "Papa you ni, tenang. Orang yang tenang ni boleh nampak dari air muka".

As anak, aku akui Pak Aji memang relax. Sangat tenang orangnya.
Dia jenis yang menerima his situation.
However bad it is, however disturbing it is, dia terima and teruskan hidup macam biasa.

It's good to have dreams and goals, memang kita patut expect something bigger but here's the key - dalam kita mengharap sesuatu yang lebih baik, tak sepatutnya kita rasa discontent dengan apa yang kita ada sekarang.
Apa yang ada ni, dijalani saja dengan baik, sambil-sambil tu usaha untuk achieve better.
Kau merungut tak puas hati itu, tak puas hati ini, frust itu, frust ini - it is not going to make it happen any sooner pun.
Kita ni kadang-kadang terlalu fokus dengan apa yang kita mahu sampaikan kita take for granted apa yang kita dah miliki.
The right attitude is "Ya Allah, aku memang teringin nak rumah yang lebih besar tapi in the meantime aku syukur dengan rumah sekarang"
"Aku berharap sangat dapat kerja yang lebih bagus, tapi buat masa ni aku terima kerja yang aku ada sekarang".

Jangan salah faham.
Bukan bermakna kena give up dengan impian and cita-cita, let alone bersyukur dengan kais pagi makan pagi. No, bukan macam tu.
Being content bermakna kita percaya masa kita akan tiba.
Jadi sementara tunggu masa tu sampai, kita redha dengan apa yang ada at the same time jalani semuanya dengan sehabis baik.

A few days sebelum aku left company lama, aku masih cuba close deal contract setahun untuk customer di MGI [Malaysia Genome Institute].
Hari last aku di sana, aku berjaya push customer untuk keluarkan surat pengesahan menerima company aku [majikan] sebagai supplier untuk reagents untuk tempoh 1 tahun.
Nak tunggu official Purchase Order lambat sangat, jadi aku push keluarkan surat pengesahan.
Dapat je surat tu, lega!
Masa aku sampaikan surat tu kat bos, bos aku cakap "You know that you will not get any benefit from this sale agreement, why do you still want to do it?"

She's right.

Memang aku takkan dapat komisyen pun untuk deal tu sebab aku dah takde kat situ dah tapi aku nak ada self-achievement.
Lagipun, aku bukannya berhenti untuk jadi suri rumah.
Aku masih akan terus bekerja cumanya bukan di situ, jadi kenapa nak buat sambil lewa dengan tugas yang masih belum bersiap?
Esok lusa aku tetap akan jumpa customer tu lagi cuma kali ni membawa nama company yang berbeza.

Customer bukan kisah kita kerja di mana.
Customer lebih prefer bekerja dengan sales person yang bagus, bukan company yang bagus.

Bila dah kerja sendiri, betul pun.
Kebanyakkan customer-customer yang beli dengan aku adalah customer yang aku handle masa kerja dengan majikan lama.
Moralnya, buatlah sehabis baik di mana pun kita berkerja, sebab kita tak tahu apa yang akan kita jumpa di masa depan.
Dunia ni bukannya besar sangat.

Tahun 2003, aku frust sangat-sangat bila aku akhirnya terpaksa terima tawaran untuk jadi sales executive.
Aku nak jadi saintis, bukan jual barang!
Aku malu kerja jual barang, macam orang tak terpelajar je gayanya.
Tapi aku terima tawaran tu and buat sehabis baik. Itu je pilihan yang ada waktu tu.

2003...2004...2005...2006...2008 akhirnya setup own company.
2009...2010...2012...2014 akhirnya masuk lab buat RnD produk sendiri.
2015...2016...2017...2020 here I am - sambil masuk lab, sambil run own company and now I am into teaching [training] business pula.

"Kau nak jadi saintis? Ok...but not now. Kau kena belajar jual barang makmal dulu. Sebab nanti one day kau akan jumpa someone dari makmal tu yang akan guide kau untuk jadi saintis of your own product. Bila kau dah biasa buat sales, dah biasa bercakap and explain product in detail, Aku nak kau buat teaching pula. That's why 2003 dulu Aku letakkan kau jadi sales".

Boleh jadi gitulah HIS plan untuk aku dulu.

Allah takkan bagi sesuatu kalau kita tak mampu handle.
Allah tahu kenapa dia halakan kita di jalan ni dan bukan jalan tu.
He is directing our steps.
See the gift in what we have.

Pernah tak baca buku The Five People You Meet in Heaven [Mitch Albom]?
Tentang sorang laki umur 60an yang kerja kat amusement park sepanjang hidupnya.

This man ada impian untuk kerja di tempat lain, tapi park tu parents dia yang punya jadi dia dah diajar untuk take over the park.
Dia tak suka, maka sepanjang hayatnya dia discontented.

One day ada sorang budak perempuan yang main-main kat park tu about to be harmed, dalam percubaan untuk selamatkan that girl, dia terbunuh. Dia mati dan dimasukkan ke syurga.
Kat syurga dia berjumpa dengan 5 orang.
4 orang yang pertama bagitau yang dorang sangat berterima kasih sebab semasa hidup this man pernah buat baik to them.
The 5th person yang dia jumpa adalah budak perempuan yang dia selamatkan tu.
Budak tu say thank you sebab cuba tolong dia walaupun nyawanya sendiri jadi taruhan.

Then the man began to realize selama ni dia ingatkan dia berada di tempat yang salah, tapi rupanya he was at the right place.
Bila dia melihat dari perspective yang berbeza baru dia nampak kenapa sepanjang hidupnya walaupun dia cuba untuk cari kerja lain, dia masih kekal di park tu.
Rupanya Tuhan nak bagi dia syurga.
Bila Tuhan tanya syurga mana yang dia nak duduk, dia pilih untuk duduk di syurga yang ada amusement park, the place that he had dreaded all those years.

*merembes*

So, instead of living discontentedly and always wishing we were someone else, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. See the good. Be grateful.
Sebab, kata DIA "Kalau kau bersyukur, nanti Aku tambah lagi".




Pak Aji di hari jadi yang ke 70.


2020-01-13

Buatan mana



Dulu masa kecik-kecik, teringin nak jadi orang cantik-cantik, teringin nak jadi model.
Suka tengok gambar-gambar perempuan cantik bergaya.
Mak Aji rajin beli majalah Jelita.
Seronok aku tengok perempuan-perempuan cantik dalam majalah tu.
Teringin nak jadi cantik.

Tapi Allah Maha Tahu apa yang DIA dah prepare untuk aku.
As if DIA kata  "Kau nak cantik-cantik sangat buat apa, esok dah besar bukan jadi model pun".
Lebih kurang macam tu lah agaknya.

Stop wishing kalaulah aku lebih tinggi, kalaulah aku ada personaliti macam dia, kalaulah aku ada rupa macam dia....etc.
Belum tentu lagi kalau kita jadi seperti dia, kita akan dapat kehidupan seperti dia.
Belum tentu kita cantik dan tinggi dapat jadi model.
Belum tentu kita ada personaliti yang menarik, ramai orang suka.
Zaman sekarang ni, ramai followers belum tentu petanda orang suka, entah-entah yang ramai-ramai tu haters.
Allah tak buat benda yang average. Semua yang Allah buat adalah masterpiece termasuklah kita.

Aku pernah baca satu cerita tentang sorang laki yang mati dalam keadaan miskin teruk.
Dia bukannya homeless tapi selalu dilihat tido baring kat tepi jalan.
Lepas dia mati, saudara-mara kemaskan rumah dia, buang apa yang patut and the rest jual.
Salah satu barang yang dijual adalah lukisan yang tergantung kat dinding.
Orang yang beli that painting rasa ada sesuatu pada gambar tu, so he took that painting to the local art gallery.
Rupanya that painting adalah lukisan oleh sorang famous artist tahun 1800, dan lukisan tu was extremely valuable.
Akhirnya, lukisan tu dilelong dengan harga more than USD3M.
Sayang, kan? That man yang mati tu mati dalam keadaan miskin bodoh-bodoh gitu je sebab dia tak sedar apa yang dia ada.

In the same way, kita juga 'di-painted' oleh very famous 'artist'.
Malangnya kebanyakkan kita [termasuklah aku] tak perasan our value.
Instead, kita dok anggap diri kita ni biasa-biasa, takde talent, takde apa yang boleh dibanggakan, etc.
Tak mustahil with that negative thoughts yang berulang-ulang dalam kepala, we will end up just like the man yang mati miskin teruk tu.

Ada satu artikel dalam medical magazine, tentang a group of researcher buat kira-kira nilai seorang manusia.
They scientifically calculated berapa average harga seorang manusia bila dikira kos enzim dalam badan, sel, tissue, hormon, organ - segalanya yang ada dalam badan manusia.
Rupanya average-size person adalah bernilai USD6M.

Enam juta dollar okeh?

So technically we are a Six Million Dollar Person!
Maka, kalau nak anak orang, jangan mintak tawar.
Masih murah lagi kalau dia mintak RM20K tu. Kahhhh!

Kuncinya, be proud of what Allah made us to be.
Toksah risau sangatlah pendek dan hitam.
Banyak faedahnya bila kulit hitam ni.
Masalah jerawat takde, masalah kulit sensitif pun kurang.
Yang penting husband putih [ehemm].

Kita kena suka dengan apa yang kita ada.
Kalau kita tak suka diri sendiri, agak-agak siapa lagi yang akan suka?
Inilah juga sebabnya kenapa some people selalu ada masalah dengan orang lain.
Ada je yang tak kena di mata dia.
Apa orang lain buat dia kutuk. Apa orang lain ada dia kondem.
The thing is, kalau kita tak boleh get along dengan diri sendiri, kita takkan boleh get along dengan sesiapa pun.
Jadi betullah orang kata those yang selalu sakit hati kat orang, dia sebenarnya sakit hati dengan kehidupannya sendiri.

Nak ubah hidup, kena ubah persepsi kita terhadap diri sendiri.
Kalau kita pandang diri sendiri sebagai average, memang average lah yang kita dapat.
You believe you are not talented, not valuable - eventually you will become exactly that.

Aku kenal one lady 6-7 tahun lepas. Customer aku.
Muka biasa-biasa je, sekali pandang tak nampak attractive pun [I say this respectfully].
Apa yang today's culture defines as natural beauty tu dia takde.
However aku always nampak dia outstanding.
Bila berada dengan dia, aku rasa bersemangat, rasa yakin and positive.
Pakai biasa-biasa pun masih nampak outstanding.
Why? Because dia membawa diri dia as if dia royalty.
Bukan maksudnya berlagak bagus tapi aku yakin dia proud of what Allah made her to be.

Here's a key.
Orang melihat kita sebagaimana kita melihat diri kita sendiri.
Kalau kita percaya kita bijak, kita berbakat, maka itulah yang orang akan nampak pada diri kita.
Budak-budak sales wajib ada skill ni.
Skill supaya orang tak nampak bahawasanya kita sedang gelabah tetek nak close deal.
Muka wajib maintain konfiden.
Somehow, bila kita act konfiden, 50% kegelabahan kau akan berkurangan dengan sendirinya.

Masa COO aku kena pi HUSM, dia picked aku untuk replace dia buat presentation kat KUTPM [now MSU].
Dia tak tanya aku free ke, aku busy ke, aku can replace her ke....terus "Diana you ganti I present proposal, KUTPM nak buat molecular lab. You boleh buat!"

Padahal aku bukan bekerja under dia. Aku tak report duty kat dia pun.
Dia department lain, aku department lain.
Tapi dia pilih aku sebab dia nampak aku boleh buat.
Maybe muka aku sejenis muka konfiden, tu pasal dia rasa aku boleh.
Padahal, aku dah gelabah habis, harapkan muka je maintain cool.

Melangkah masuk ke Pejabat Am, nampak dah ada muka-muka competitor yang biasa jumpa kat luar.
Aku senyum...say "Hi", cari tempat duduk.
Bila nama company aku dipanggil masuk, aku bangun dengan konfiden [tapi peha dah basah berpeluh].
Salam pegawai yang panggil aku tu, kenalkan nama, sambil say sorry sebab COO tak dapat datang and aku diminta replace dia.
Aku cuba buat jadi setenang yang boleh.
Seriously, bila act confident, kegelabahan aku menurun 50%.
Bila kurang gelabah, presentation pun teratur sikit.

Tak dinafikan we all have areas we need to improve, tetapi tak sepatutnya kita go around merendahkan-rendahkan kemampuan diri.
When we are against ourselves, it doesn't help us to do better. Lagi teruk ada.
Apa yang kita tak boleh ubah, lepaskan.
Fokus apa yang kita boleh ubah.
Kulit hitam itu takdir mutlak, tak boleh ubah.
Tapi boleh kurangkan kerak sikit kan, so ubah hat ni sudahlah.
Ubah apa yang boleh, yang memang tak boleh diubah tu, jangan dipikir-pikirkan.
Kalau kita nak ubah kekurangan, kita mesti bold enough to celebrate who Allah made us to be.

Selalu kalau kita beli baju, kita selak belakang nak tengok buatan mana, betul tak?
Made in Sri Lanka.
Made in Vietnam.
Made in USA.

Well, somewhere on us, ada tag "Made by God".
Be proud of what we are.





2020-01-10

Sentap dengan husband



Ya, itulah rahsia untuk tahan sentap.
In order untuk 'kebal' kita kena bersedia untuk face the same torture berkali-kali.
Bila dah besar, dah kerja, dah berkeluarga barulah aku nampak hikmahnya.
Rupanya Allah nak mempersiapkan aku untuk cabaran yang lebih besar, antaranya - bersuamikan Wan Mohd Ridzuan [hahaha].

Selagi hidup, selagi itulah kita akan jumpa dengan macam-macam karenah manusia dan pelbagai situasi yang mencabar kesabaran.
Aku bukanlah sorang yang penyabar sangat, kalau aku bengang dengan En Wan, pitching aku naik macam Kak Rosmah juga [eh!].
Tapi most of the time aku cuba mengalah [walaupun mendidih] sebab kalau aku tunjuk perasaan selalunya berakhir dengan aku pujuk diri sendiri juga.
Lebih baik aku start diam awal. Kurang sikit sakit hati.

Contoh, trip ke Korea yang lepas.
Takde sape tahu sebenarnya aku dah plan nak lari dari rumah beberapa hari sebelum fly [that's how far I can go kalau aku tak suka].
Aku memang tak nak pergi. Aku tak boleh imagine myself duduk kat atas tu berjam-jam.
Aku beralah sebab Rayyan. Dia excited sangat nak pergi.

Aku acah-acah Rayyan "Adik, mama tak ikut tau pi Korea. Nanti adik jalan dengan abang and papa, ok? Mama tunggu adik balik kat airport nanti".
Dia menangis.
Rayyan takkan pergi kalau aku tak ikut.
Memang Rayyan prefer aku ada sekali.
Kalau aku takde, at least nenek mesti ada.
Lagipun Rayyan minat nau dengan artis Korea, dah berangan nak jumpa BTS dengan Twice bagai [Twice ke Twins?]
Aku mengalah sebab Rayyan. Pujuk hati sendiri, buat-buat berani.
Redza pun membagi sokongan moral kat mak dia.

Tapi dalam pada mengalah tu aku buat perangai jugak.
Aku tak bawak se-sen duit ke sana.
Aku paksa dia belikan aku nasi hari-hari kat sana, walaupun aku tau dia penat aku paksa jugak.
Balik dari Korea aku paw dia makan tempat best-best sebagai ganti rugi emosi ketakutan.
Biar fair.
Dia paksa aku ke Korea boleh, why not aku paksa dia pulak belanja aku makan tempat sedap-sedap.
Biar dia sakit hati pulak.
Hidup ini tak semuanya indah ya.
Bak kata Scorpion What you give you get back.

At one point in your lives, you will meet that one person who you just can't stand.
Maybe orang tu datang sebagai ahli keluarga, ofismate atau pasangan hidup.
The good news is, don't worry because that's normal.
Cuma, tak kira betapa buruknya situasi/orang tu, jangan sampai hilang ketenangan diri.
Nak marah boleh, nak sentap boleh tapi takyah berlama-lama sebab seriously, tak berbaloi.
Yang buruk adalah situasi, yang buruk adalah perangai dia, berbaloi ke kalau yang sengsara menahan sakit hati adalah diri kita?
Kan tak fair namanya tu.

You are better than that situation. Jangan biarkan perkara tu kawal emosi kita.
Kalau boleh prektis self-control, buat.
Kalau tak boleh, please vent kat tempat lain contohnya, makan, shopping, atau tido.
Bila emosi tenang insyallah masalah yang besar pun nampak kecil.
Yang membuatkan kita terbawa-bawa sentap bukannya kerana masalah tu besar tapi hati kita tak tenang.
Kadang-kadang masalah tak settle pun lagi tapi sebab hati tenang, semua hal jadi lebih baik.

Benda-benda macam ni perlukan 'practice' baru boleh master.
Dah terbiasa dengan kritikan, another kritikan will do no harm.
Dah biasa pegi skolah jalan kaki 1km, kalau kena tambah another 1km, apalah sangat.
Dah biasa berpuasa, apa susahnya kalau kena berpuasa 1 hari lagi?
Begitulah analoginya.

Sebagai anak sulung, mengalah dengan adik-beradik itu biasa.
Aku dah dibiasakan berkongsi barang, berkongsi makanan, in fact kalau sotong masak itam tu buatkan Ibal makan nasi bertambah-tambah, aku ambik kuahnya saja pun takpe.

Mak Aji kalau masak sotong masak itam, mesti akan pair dengan ikan goreng.
Mak Aji pulak masak satu kali je sehari - waktu pagi sebelum pi kerja.
Jarang Mak Aji nak tambah lauk kalau lauk yang dia masak pagi tu dah tinggal sikit. Pandai-pandailah kongsi apa yang ada sorang sikit.

So that tengahari masa lunch Ibal dah makan beria.
Aku tak makan, aku always save the best for last. Makan dinner nanti.
Time dinner kitorang makan ramai-ramai sekeluarga.
Bila dah ramai, barulah nampak sotong tu sikit je.
Mak Aji macam biasa, dia akan dulukan Ibal and Pak Aji.
Sebelum aku capai sudu lauk sotong tu Mak Aji dah sound "Kau tak payahlah makan sotong, makan ikan je. Ibal tak makan ikan, biar dia makan sotong tu semua".
Nasib baik itu mak kandung tau, kalau mak tiri, mesti cerita ni jadi lagi sedih. Hahaha.
Dalam keadaan terpisat-pisat, aku redhakan jugaklah tak merasa sotong tu, tapi aku cedok kuahnya saja, jadiklah buat lepas kempunan.

Adik aku Ima, pernah terlupa bawak duit belanja ke skolah.
Time rehat, dia pi kelas jumpa aku cakap takde duit nak makan, aku bagi semua duit aku [40 sen je pun].
Takpelah, janji adik boleh beli makanan.

Bila dah biasa beralah, aku dah jadi 'kebal' every time ada argument dengan En Wan aku bagi je dia menang. Bukannya dapat trofi pun.
En Wan anak bongsu. Jarak dia dengan kakak and abang dia berbelas tahun.
Dia lahir dalam keadaan semua orang memanjakan dia.
Jangan ceritalah bab berkongsi barang, memang tak pernah hayat dia kongsi barang dengan sesiapa.
Lama juga dia nak cuba adapt dengan 'culture' family aku yang tak kisah berkongsi.
Kongsi baju, kongsi telekung, kongsi makanan.
En Wan memang tak boleh semua ni dulu.
Kongsi makanan laaaaaaaaaaaaaaaagi tak boleh.

Dan dia juga tak biasa orang say NO to him.
Apa dia cakap, semua setujukan aje [sebab adik kan, sapelah nak argue dengan adik].
Apa dia nak pasti dapat.
Dia suka berkuasa, aku pulak jenis tak kuasa. Kahkahkah.
Now ada lah perubahan sikit. Faktor usia agaknya.

Sentap sikit-sikit tu biasalah. Don't take it personal
Apa orang lain kata, apa orang lain buat, has nothing over you and you have nothing over it.
Tapi sebagai pasangan rumahtangga, tipulah kalau kita tak rasa kecik hati bila pasangan kita nak menang sentiasa tak mahu bertolak-ansur.
Dah hidup bersama bertahun-tahun takkan sesekali tak boleh mengalah, ye tak?
Insyallah, walaupun tak selalu, tapi sesekali En Wan willing untuk mengalah.

Apa je yang berlaku, don't let small stuff [or big stuff] get to you.
Their actions and words, show them, not you.
Kalau the difficult people adalah orang luar [ofismate misalnya], lagi mudah nak handle.
At least kau balik rumah tak nampak muka dia, kurang sikit stress.
Layankan ajelah karenah dia kat opis. Kejap je.
Tapi bergantung jugaklah hazab mana perangai dia.
Kebanyakkan perangai ex-ofismate aku dulu takde yang longkang sangat.
Hanya masalah gedik, suka show off boyfren, suka compete siapa lebih hawt....itu je. Takde yang mengganggu-gugat urusan kerja aku.
Eloklah juga dorang sibuk nak compete hal-hal remeh gitu, at least kurang sikit competition aku in sales.





Hari ni last day YES GreenAard. Sempat lagi kalau nak grab.
Whatsapp HERE.


2020-01-09

Ugly Truth


Semalam kawan aku celebrated his company's anniversary yang pertama.
I am happy for him because aku faham struggle buat bisnes.
Nak pulak bila kita dah ambil pekerja, fokus kita dah bukan pada gaji sendiri tapi gaji pekerja.
Apetah lagi kalau pekerja dah berkeluarga, ada mak bapak kat kampung untuk ditanggung - ini lagi kena pikirkan sama.
Untuk orang yang belum faham, maybe rasa 1 tahun tu fresh lagi.
Tapi bagi yang melaluinya, 1 tahun tu hazabedah nak melaluinya.



Status aku 10 tahun lepas keluar semula kat FB memories kelmarin.
Aku syak waktu aku menulis status ni aku tengah stress membina company.
Bila dah stress, mulalah nak mengeluh kat FB.
Aku start run the business on Okt 2008.
Waktu status ni ditulis walaupun dah melepasi tempoh 1 tahun, masih lagi 'sesak'.
Siang malam pikir kerja kerja kerja.

Orang kata kalau kerja sendiri tak stress.
Ye sangattttttttt.
Kalau takde hutang and komitment besar maybe lah tak stress.
Tapi waktu aku start bisnes, aku dah ada anak, ada bibik, ada 2 loan rumah, ada kereta.
Masa nak berhenti kerja tak nampak susah pun nak cover semua ni tapi bila dah berhenti barulah mencungap. Hawa-hawa menyesal pun ada gak tapi aku tak nak patah balik makan gaji. Nak tak nak, kena redah.

Ada banyak ugly truth dalam perniagaan.
Bukan nak melemahkan semangat sesiapa, tapi sekadar berkongsi pengalaman sendiri.
Maybe orang lain laluannya lebih mudah.

So here's perkara-perkara yang aku boleh kongsikan :

1. Keputusan hanya di tangan kita sorang.
Semasa makan gaji, walaupun buat sale sendiri-sendiri, tapi setiap minggu ada weekly meeting dengan team. Dalam meeting berbincang tentang next projek, masalah yang dihadapi dan share ideas. Company pun dah kukuh, jadi kalau nak buat marketing campaign takde masalah sebab duit company banyak. Bila start bisnes sendiri, segala idea, perlaksanaan dan hasilnya aku tanggung sorang. Jadi sebelum buat apa-apa program kena fikir banyak benda sebab money is crucial waktu ni. The process of clarifying apa nak buat and macamana nak buat, segalanya terletak di atas batu jemala patik. Salah buat keputusan, bye!

2. Hidup tak selalunya indah-indah saja
Sometimes segala perkara dah perfect, tup-tup ada masalah. Pernah satu kali barang cold item bernilai USD3K dipos ke Tganu. Masa Pos Laju deliver barang, customer takde. Dia pass kat sesape yang boleh accept the package. Tapi penerima hantu tersebut takde akai punya orang, dia pi letak package tu atas meja lab bodoh-bodoh gitu je padahal aku dah tepek sticker COLD ITEM. Tak dapat dikesan siapa penerima tu. Next day bila customer bukak pakej, dry ice dah cair, ice pack pun dah lembab. Suhu kotak dah jadi sejuk-sejuk aircond bilik je. Walaupun principal jamin barang tu masih elok, customer refused to accept. Ye lah aku pun faham, barang tu mahal kot. Dibuatnya tak ok, punhalah research dia. Jadi aku replace baru. Burn macam tu je USD3K. Nasib baik dulu currency Malaysia tak sehazab sekarang.

3. Duit keluar macam air
Masa ni lah aku realized yang jumlah sales tak menentukan kejayaan sebuah bisnes. Dulu masa makan gaji aku tertanya-tanya apesal sales tahunan berjuta tapi company bagi bonus 1-2 bulan je. Macam tak sepadan dengan sales yang berjuta-juta tu. Bila dah run bisnes sendiri baru tahu. Sales memang masuk dengan konsisten tetapi duit tak duduk diam. Dapat payment, kejap pastu keluar balik. Duit keluar ke mana? Ke utilities, ke sewa ofis, ke marketing campaign, ke stok barang. Nak bawak masuk stok minimum kena ada USD10K. Dalam USD10K ni ada 3-4 jenis barang. Ada masanya 2 barang je habis. Lagi 2 barang masih banyak lagi. Tapi in order nak re-stok 2 barang tu masih kena bayar USD10K sebab itu minimum ordernya. Maka duit keluar, keluar dan keluar. Masuk banyak, keluar lagi banyak. Boleh dikatakan 2 tahun pertama masih tak nampak bayang duit. Tu yang agaknya sampai tertulis status FB tu [atas]. Tengah stress lettewww.

4. Gaji rendah
Employee earn more sebab dorang ada komisyen scheme, whereas aku? Aku tokey cum kuli. Kerja macam nak mati tapi belum tentu ada gaji. I didn't earn much of a personal income in the beginning. Apa-apa pun aku dahulukan bills, bayar stock, bayar shipping company, bayar gaji part-timers and contract engineers. Sometimes aku jadi demotivated. Keje macam nak gila, tapi tak dapat enjoy gaji yang setimpal. Banyak benda kena korbankan pulak tu. Nak beli barang pun terpaksa berkira-kira. Beli hanya bila perlu. Beli hanya yang praktikal. Beli waktu sale. Tertelan-telan air liur tengok benda best-best lalu-lalang depan mata. Nak beli spender longgok-longgok pun pikir 3-4 kali. Pegang, lepas, pegang, lepas. Waktu ni bra paling mewah pun Scarlett, RM10/helai.

5. Competitors lagi laju
Ada masanya kena akur dengan kepantasan competitor bertindak. Kadang-kadang aku rasa every hour I put in was never enough. Sampai aku rasa letih sangat. Letih nak meet deadlines, letih nak initiate sales, letih letih letih. Akhirnya aku latih diri aku belajar untuk melepaskan. Lepaskan apa yang aku tak boleh control dan work on apa yang aku boleh control. Some competitors are from big companies. Dorang ada lebih resources, lebih duit dan lebih pekerja jadi kerja dorang lebih cepat dan they can provide macam-macam kelebihan untuk customer. Kalau dulu masa makan gaji, aku akan fight habis-habisan untuk win semua customer. The fighting spirit tu terbawa-bawa hingga ke bisnes sendiri sedangkan situasi dah tak sama macam dulu. Jadi untuk melegakan tekanan, aku belajar untuk terima bahawa tak semua benda aku boleh dapat.

6. People judge you
People will judge you in every possible way. Tak semua orang faham apa yang kita buat. Orang nampak macam kita pentingkan diri sendiri, tak hirau anak-anak, tak jaga makan pakai suami, hamba duit dan macam-macam lagi. Orang nampak macam kita nak kaya cepat sangat padahal kita ada pekerja nak dibayar gaji, kita ada hutang dengan supplier nak dibayar, kita ada upcoming project nak launch, dan of course aku ada hutang kereta nak kena bayar. Semua benda tu nak kena pikir. But one thing yang aku suka tentang diri aku adalah - "You think I care?". Suka hati kau lah nak judge aku macamana pun. Kalau dengan mengejudge aku buatkan kau bahagia, silakan. Aku tak suka cari bahagia dengan cara kau tu. Cara aku cari bahagia adalah dengan HUSTLE.

7. Free
Semua orang suka benda free dan customer tak terkecuali. Padahal customer beli barang bukan pakai duit dia pun, tapi duit grant, but still nak free, nak diskaun, nak itu nak ini. Pernah sorang customer  [tapi yang ni kisah waktu makan gaji] sanggup tukar ke new kit hanya sebab competitor tu bagi hamper raya. Siap perli aku "Kedekut la bos awak, dah beli banyak pun tak pernah bagi hadiah". Aku senyum je lah kan, nak buat macamana dah memang polisi syarikat tak provide hamper. So bila dah berbisnes kena ketepikan some amount of money untuk beli jiwa customer. Tapi customer jenis ni tak ramai, cuma bermanis mulutlah juga kadang-kadang. Dia dah beli banyak, hulurkan 400g Famous Amous apa salahnya.

8. Tak boleh selesa dengan benda/cara yang sama
Biotech business sangat berkembang pesat. Dalam 1 tahun boleh keluar 3-4 new kit with advance method. Aku kena sentiasa invest diri untuk pi talk and workshop. Update diri dengan new technology. Kena sentiasa alert dengan produk competitor. Ambil masa untuk study product competitor supaya aku tahu what to offer to my customer. Seriously memang banyak kerja. Mana nak buat sales, mana nak buat training, mana nak masuk lab, mana nak membaca, mana nak tulis blog lagi. Tu yang aku suka offer blanket order. Blanket order bukan jual selimut ya. Ini bermaksud aku lock deal untuk 1 tahun punya purchase. Customer akan keluarkan surat perjanjian mengatakan dia akan beli produk dengan aku selama setahun dan barang akan dihantar secara berperingkat supaya tak memenuhkan bilik stor dia. Kalau dapat lock blanket order ni memang sedaplah sebab sales untuk 1 tahun dah tentu ada, cuma kena hati-hati masa buat perjanjian awal tu because barang-barang aku dulu semua dari overseas. Kalau currency tiba-tiba jatuh, sengih la aku sorang-sorang. Karang elok-elok nak buat untung tetiba jadi charity work.

9. Weekend tu apa?
Your weekends belong to the business too. Tak pi ofis tetapi tetap duduk depan computer siapkan kerja. Mujurlah aku ada bibik masa tu. Mujur juga Redza tak banyak karenah, pandai main sendiri, pandai bawak diri dan tak ganggu aku buat kerja. Tido lambat dah tentu. 1am masih awal lagi. Kalau 2-3am baru lambat. Nasib baik jugalah aku start bisnes umur 31. Muda lagi. Tenaga masih banyak. Now kalau nak aku buat balik macam dulu, tak larat dah rasa.

10. Orang tak nak dengar masalah kau
Jangan cuba-cuba nak cerita masalah bisnes kau kat orang lain. At least bukan kat sebarangan orang. Because people do not want to hear about your problems or why you can't do something. Orang yang tak involve in business akan padankan muka kau balik. "Haa, tu lah! Elok-elok dah makan gaji sibuk nak buat bisnes. Nak cepat kaya sangat, kan? Last-last stress. Padan muka". Yang involve in business pulak suka kalau tahu kau tengah susah. So tak payahlah nak cerita susah kau. Orang tak nak dengar. Silap-silap jadi demotivated terus. Mengadulah pada Allah. DIA takkan bawa kita sejauh ini hanya untuk biarkan kita terkapai-kapai. Never.

11. Perjalanan macam rollercoaster
Jangan expect laluan smooth. Business has many high points, but it also has many low points. Adakalanya kau punya chart - gagal-berjaya-gagal-gagal-gagal-berjaya-gagal. Awal-awal bisnes, lebih banyak gagal dari berjaya. Burn out, kurang tido, susah nak tido, and excessively high amounts of stress adalah simptom yang kau akan hadapi. Kalau penat, rest. Kalau stress, rest. Jangan paksa diri. Kemampuan kita tak sama. But jangan give up terlampau awal. Bagilah peluang kat diri sendiri untuk kutip pengalaman. Pengalaman tu sangat mahal. Selalunya yang give up awal ni expectation dia dari awal adalah berjaya-berjaya-berjaya dan berjaya only. Bak kata ustaz aku, dalam urusan dunia ni, angan-angan jangan terlampau tinggi. Yang kena tinggi adalah usaha.

12. Jangan terlampau banyak idea
Di awal-awal bisnes, jangan terlampau pikir idea, kumpul idea, atau nak produce idea yang gempak-gempak. Ideas don't matter. Cashflow matters! Buat sales cepat, jangan dok pusing kat idea idea idea je. Aku dulu bermula dengan jual barang-barang company lain. Dalam masa yang sama aku apply distributorship dari Cape Town. Setahun juga baru dapat sole-distributorship. Terpaksa jual barang orang lain dulu kalau tak macamana nak build reputation because nak apply distributorship kena impress-kan dorang dengan sales record.

13. Lonely
Busy build bisnes buatkan aku tersisih dari banyak aktiviti kekeluargaan, kawan-kawan dan dunia luar. Dah la kena menipu. Aku always tipu aku busy padahal aku nak jimat. Nak join itu ini semua kena duit sedangkan aku pun nak pakai banyak duit. Aku terpaksa lepaskan peluang spend time dengan member sebab ada perkara lebih penting nak dibuat. Many people in my life difficult to understand what I was going through. Ini tempoh-tempoh kritikal. Emosi agak rapuh waktu ni jadi semangat kena kuat. Now keadaan dah stabil, dah ada masa nak berjimba dengan member tapi badan dah tua pulak. Nak berjimba-jimba pun tak larat dah. Kita membawang dalam group whatsapp je lah.

14. Nobody cares
Takde siapa kisah pasal kau pun. Nak-nak lagi time tengah struggle. Dorang pun ada hal sendiri nak disettlekan. That's why passion is important. Kita kena bagi semangat pada diri sendiri sebab kita je faham misi kita.


Business is not for everyone.
Prosesnya sangat panjang. It is not easy.
Rintangan dan halangannya luar biasa.
Tapi kalau willing to work hard, insyallah tak mustahil boleh.

Oktober tahun ni insyallah anniversary company aku yang ke 12.
That day bila status 10 tahun lepas keluar kat FB memories, tergelak kejap.
Malu pulak rasanya. Kau dah kenapa Diana nak mengeluh kat wall FB? Attention seeker? Hahaha.
Mesti aku tengah stress waktu tu. But I'm thankful I didn't give up.






2020-01-08

Mukbang


Aku suka tengok rancangan masakan and Korean Mukbang.
Tapi tak semua Mukbang aku suka, ada yang selekeh benau macam tak pernah jumpa makanan.
Cuma aku pelik kenapa Korean suka sumbat makanan penuh-penuh dalam mulut.
Like kau tak reti makan slow-slow enjoy the food ke.



Contohnya video atas ni.
Dia punya laju makan segala benda nak sumbat dalam mulut macamkan lepas ni dia akan masuk hutan 6 tahun tak jumpa makanan.
Dah la makan sorang-sorang.
Patut makan sorang-sorang lagi kena chill-chill.
Ini tak, semua benda kau nak sumbat sekali harung dalam mulut sampai muka tu dah macam hape je.
And one thing, aku tak sure dia betul-betul kunyah ke tak, macam kunyah 2-3 kali then telan.
Sup telur tu jangan cakap la, rasa macam tak kunyah lansung, terus sedut masuk perut.
Dah tau bendalah tu panas, kau tiup la dulu, biar enjoy hirup sup.

Hari tu masa ke Korea, tour guide tu bagi kitorang masa 30 minit je untuk makan.
Just imagine, 30 minit only.
Kalau makan sorang lain cerita.
Ini semua makan dengan anak-anak, tak lojik lansung 30 minit je.
30 minit tu jugaklah masa kau nak ke toilet segala.
Aku rasa Korean memang dah biasa makan laju tu pasal bagi dia 30 minit tu lama dah sebab average Korean makan hanya 15 minit [dengan lauk-pauk yang banyak].

Selidik punya selidik, rupanya speed eating ni memang culture dorang.
Yang ini point pertama - speed eating.
Kononnya, selari dengan kemajuan negara, semua benda kena cepat, jalan cepat, bersiap cepat dan makan pun kena cepat.
No wonderlah orang Korea macam terkejar-kejar je aku tengok.
Tu pasal kes bunuh diri pun banyak kat sana.
Semua benda nak cepat, tak sempat nak enjoy the process.

Cuma aku terseksa tengok cara dorang makan.
Macam pelahap nau. Sumbat segala ada dalam mulut.
Mulut tu belum habis telan, dah sumbat pulak makanan lain.
Pastu makan panas-panas sampai menganga mulut tu kepanasan.

Apa yang orang tak tahu, makan cepat-cepat macam tu, increase risiko dapat hyperlipidimia [high cholesterol].
Ramai orang admire Korean makan macam tu dan makan banyak tapi tak gemuk.
Yang orang tak nampak risiko kemudian hari boleh dapat kolesterol tinggi.

Otak manusia perlukan around 15 minit untuk realized perut dah penuh.
That's why Islam ajar makan pelan-pelan jangan gelojoh.
Ada hikmahnya dan asbabnya dari sudut sains.
Kalau kita pelahap macam tu, we tend to sumbat semua makanan sampai habis.
Macam kita berbuka puasa, sumbat selagi ada, by the time otak sedar perut dah penuh, kita pun dah tersandar overeating sampai nak bersolat pun lemau.

Another thing yang aku baru blaja pasal cara dorang makan, their culture ajar dorang untuk habiskan makanan dalam sudu tu in one shot. Yang ni point kedua - habiskan makanan dalam sudu.
Maksudnya kalau kau dah hirup sup tu, kau kena habiskan terus walaupun panas.
It's like not nice kalau makanan kat sudu tu tak dihabiskan sekali jalan.
But still kau ada pilihan untuk cedok nasi sikit-sikit, betul tak?
Dah kenapa nak kaut penuh-penuh pastu sumbat semua dalam mulut one shot.
Hmmm...?

Point yang ketiga, menjaga hati tukang masak/tuan rumah.
Alkisahnya, Korean ni tak mahu tukang masak atau host rumah kecil hati.
Dalam culture dorang, kalau makan slow-slow adalah petanda rude dan tak respect pada tukang masak.
Apetah lagi kalau makanan tu tak bersentuh lansung.
Teringat hari terakhir kat Korea, tour guide tanya berapa orang nak makan udon.
Kalau kau rasa-rasa kuat makan, orderlah lebih siap-siap sebab dia akan order cukup-cukup saja because kalau ada food yang tak bersentuh, itu dorang tak suka.
Hari tu last day, aku order 4 sebba kitorang empat beranak.
Tiba-tiba Rayyan tak nak makan sebab tak menyelerakan.
The tour guide suruh juga makan "Minum sup saja pun tak apa".
Kalau kita asalkan makanan tu tak bersentuh lagi, masih ok. Jangan bekas makanan otrang lain kau nak pass kat orang lain.
Tapi to them, kau tak sentuh that makanan dah rude sangat sebab tukang masak dah prepare.

Point yang keempat - jangan takut makan banyak.
Lagi banyak kau makan, lagi orang suka.
Seolah-olah macam kau hargai effort kau kerja penat-penat cari duit, jadi makanlah banyak-banyak.
Aku rasa point yang ni aku ikut Korean. Hahaha.

Walaupun aku enjoy tengok Mukbang, aku tak suka dengar bunyi-bunyi mengunyah makanan tu.
Kalau ada kat tepi aku, aku jentik mulut tu.
Dah la makan berbunyik, pastu mulut mengunyah luas-luas, ya ampunnn please lah.
Nak-nak lagi Malaysian orang melayu kita kalau buat Mukbang.
Tak kena betul dengan adab makan mulut cap cap cap cap gitu.
Tak surelah kalau syarat wajib Mukbang ni mesti makan berbunyi.
At least mengunyah tutuplah mulut.





2020-01-07

Harga tak masuk akal



Aku perasan some designer fashion, fesyennya merepek dan tak praktikal.
Aku tak pernah lagi tengok Dato Rizalman buat fesyen merepek dah tak praktikal.
Mahal pun nampak berbaloi.
Tapi ada some designer entah natang apa dia pikir.
Harap label je, kalau takde label yang gah tu, mampuih orang buat kain lap kaki.
Contohnya mud jeans ni.
Nakharom apa kau pakai ni syaiton? Baru balik membajak ke hape.

Seluar ni dijual dengan harga RM2K+. Aku tak sure brand apa.
Tak, aku tak kisah bab harga, yang aku pelik tu ada jugak yang beli!
Sometimes people too obsess dengan label sampaikan benda yang majoriti kata buruk, dia tetap beli semata-mata kerana label.

Ya, aku faham, just like beauty, ugly also is in the eye of the beholder.
But products that yang sebahagian besar di-rate sebagai produk yang 'sangat buruk', tetap dijual dengan harga yang outrageously high prices. Hat ni yang aku pelik.
Aku syak designer terkemuka dunia sepakat buat design yang buruk-buruk because they know regardless buruk macamana pun tetap orang beli because of the brand.
Maybe design yang buruk adalah satu signal of luxury di zaman sekarang because of its pelik-ness dan rare-ness

Ok, aku explain.



Crocs.

Crocs sebenarnya standard dia sama macam Bata je.
Bak kata orang, siapa yang guna kasut Bata adalah sejenis manusia yang tak kisah pasal penampilan kaki. Same goes to Crocs.
Most people only wear Crocs if they don't care what's on their feet.
Rakyat mrahaen je yang suka pakai crocs, orang kaya-raya tak pandang crocs, just like kasut Bata.

However, bila Balenciaga buat crocs, hah kau!
For some reason Balenciaga is now selling Crocs that look just ridiculous!
Seriously kasut ni dah la buruk [bukan aku sorang cakap buruk], aku wonder entah siapa lah nak pakai. Tak praktikal lansung!
Tetapi, disebabkan Balenciaga, maka dia mahal dan ada orang beli.
Yang dahulunya mencerca crocs, mungkin dia orang pertama beli.

Kalau perati betul-betul, pesennya takde beza dengan crocs yang biasa, cuma platform dia besar je.
Yang lain semua sama.
Oklah fine, kita anggaplah dia guna material yang berbeza tapi designnya tetap hodoh, kan?
Yang buatkan dia nampak "wow" maybe sebab spikes and metallic button tu.
Hakikatnya, takde beza dengan crocs biasa.
Yang aku pelik, celah bedah mana harganya menjangkau USD1200? Hat ni yang aku pelik.
Kalau design cantik takpe, ini buruk okeh pastu kau tekan sampai beribu.

"Takde yang murah lagi ke?"

Adaaaa.



Hat macam ni ni murah sikit - USD700.
USD700 tu pun tak termasuk biji-bijian atas kasut tu, ya.
Kau hanya akan dapat plain shoe, dan warna hitam SAHAJA.
Kalau nak warna pink gini, plain, harganya USD1205.
Itupun biji-bijan beli asing, ya.

Pitam gini.

Seriously aku cakap crocs Balenciaga ni kalau letak hat yang plain tu dalam raga bersama-sama crocs Tesco, konfem orang tak pandang.
Because design semua sebijik sama.
But just like aku cakap tadi, tetap ada orang beli harga ridiculous gini.
Like, orang ni beli sebab apa? Sebab cantik or sebab brand?

No, bukan aku encourage beli barang murah.
Nak beli barang mahal silakan tapi barang tu biar senonoh sikit bentuknya.
Kalau jeans berlapuk harga sampai RM2K, tak payah ya.
Melainkan kau hensem.
Seriously, menjadi cantik/hensem adalah satu anugerah dan kelebihan.
Orang-orang macam ni, pakai crocs Tesco pun tetap cantik.
Tapi kalau muka berkerak, elakkanlah pakai jeans berlapuk.
Tak memasal kau kena angkut dengan imegresen karang.
Baik kau spend duit kat skin care repair kerak-kerak kat muka dulu.

Beli luxury goods tak pernah salah, sebab duit pun kau punya, bukan orang lain punya duit.
Tapi make sure kita boleh 'carry' the product dan product tu berbaloi dibeli.
Mud Jeans and Crocs Balenciaga tu adalah product yang terang-terang tak berbaloi. Don't buy.
Jangan sauk je semata-mata ia berjenama.
Kalau buruk, ia tetap buruk regardless famous mana pun jenamanya.
Jangan sampai the more designer brand kita beli semakin menyerlahkan kita punya low self esteem.
Because low self-esteem adalah faktor terbesar yang buatkan ramai beli luxury goods that they may not be able to afford.



2020-01-06

Pendaftaran Tingkatan 1


Minggu ni anak-anak yang dapat ke boarding school mula mendaftar.
Tahniah.
Aku tahu macamana rasanya letak anak kat skolah asrama ni.
Dan aku juga tahu macamana perasaan kena tinggal di asrama [eh!].
Kena tinggal di asrama. stress.
Tinggalkan anak di asrama pun stress tapi stress-nya lain.

Last week seronok tengok mak-mak update anak-anak masuk Darjah 1.
Ramai juga follower FB yang ada anak umur 7 tahun.
Tapi less-drama nampaknya.
Budak-budak sekarang dah berani sebab kebanyakkannya seawal umur 4 tahun dah dihantar ke tadika, jadi dah tak kisah kena pi skolah.


1. Tahun 1984, aku Darjah 1.

Jalan kaki pi skolah, bawak segala dokumen and some duit [aku pun tak sure duit apa, duit buku kot] untuk bagi kat cikgu.
Pak Aji tak berpeluang nak register untuk aku sebab dia pun cikgu juga waktu ni.
Yang aku ingat Pak Aji hantar aku sampai skolah, tunggu kejap sampai bunyi bell, pastikan aku beratur di kelas yang betul [Darjah 1 Putih], dan masa aku beratur tu Pak Aji gerak.
Dia cuma ingatkan aku jangan lupa bagi dokumen kat cikgu kelas.

Tapi masa tu aku dah lega sebab at least aku tak payah tercari-cari kelas kat mana sebab Pak Aji tolong.
Dah masuk kelas yang betul dah lega habis, tinggal nak serahkan dokumen je.
Maka bila cikgu masuk, beraturlah aku depan kelas bersama mak bapak yang lain untuk register diri sendiri.
Aku tak ingat ada ke tak mak bapak bersidai tepi kelas tinjau anak-anak.
Ada la kot. Ntah. Aku tak ingat sebab mak bapak aku takde.

Hari pertama sekolah, aku balik sendiri jalan kaki.
Bila cerita kat En Wan, dia tak percaya mak bapak mertua dia berani lepaskan aku macam tu je.
Aku pun tak percaya aku boleh lalui tu.
Tapi aku rasa budak-budak dulu lebih berdikari.
Tak surelah sekarang kenapa budak-budak lembik nau.
Maybe mak bapak sekarang [termasuk aku] terlampau sayang anak, semua benda kita nak buatkan.
Buku kita balutkan, buku kita tuliskan nama, kasut pun kita labelkan, pack buku tiap-tiap hari pun kita siapkan - sampai kita sendiri tak yakin anak ambil that tanggungjawab.
Aku rasa kalaulah zaman dulu ada FB, konfem mak bapak aku teruk kena kecam dengan netizen.
Alangkan zaman sekarang mak tak buatkan bekal skolah pun kena hencap, lagikan biar anak register skolah sendiri-sendiri. Memang kenyang kena viral.


2. Tahun 1990, aku Tingkatan 1.

Hari pendaftaran adalah hari Sabtu.
Mak Aji teman aku mendaftar.
Maybe masa ni pangkat dia dah tinggi sikit kot jadi dia boleh ambil cuti.
Lokasi skolah di belakang skolah rendah aku je.
Tapi memandangkan waktu ni kitorang dah berpindah ke Fasa 3, jadi lecak jugak ketiak menapak ke skolah.
Kitorang berdua jalan dari rumah dalam 1km, berpayung bagai sebab pendaftaran waktu petang.
Waktu aku belum beli baju skolah menengah pun lagi.
Aku pun tak sure kenapa, maybe pendaftaran tu dibuat awal 2 minggu sebelum sekolah bermula jadi preparation baju sekolah belum ready.
Aku taknak pi mendaftar, aku cakap aku malu pakai baju sekolah rendah.
Mak Aji bising-bising marah aku.
Apalah pilihan aku ada, terpaksa jugak sarung baju kurung skolah rendah pi mendaftar.

Kat sana, memang betul pun, aku sorang je pakai baju skolah rendah, orang lain semua pakai baju sekolah menengah.
Ada satu budak tu kerek gila, aku tak kenal siapa dia.
Tapi dia anak kepada kawan mak aku sebab mak aku bersembang dengan mak dia.
Selamba je dia kutuk aku pakai baju skolah rendah depan mak aku.

"Hek eleh, apa ni pakai baju skolah rendah? Tak nak membesar ke?"

Yang mak dia pun senyum je anak dia biadap macam tu.
Dah la bodoh. Macam la aku tak tau kau selalu dapat nombor corot.
At least kalau bengap tapi perangai cantik takpelah jugak, ada ampun lagi.
Ni dah la bodoh, perangai pun hodoh, memang good luck lah.
Tapi masa tu aku lega juga sebab at least aku buktikan kat mak aku kenapa aku taknak pakai baju skolah rendah masa mendaftar.
Biar dia tengok sendiri depan mata macamana anak dia kena ejek.


3. Tahun yang sama, mendaftar lagi di Tingkatan 1

Tak lama lepas masuk Form 1, aku dapat tawaran ke Sekolah Agama Maahad Hamidiah.
Sejenis sekolah berasrama tapi aliran agama.
Tak taulah apa kriterianya sampai aku terpilih masuk. Dah la tak pakai tudung.
Waktu ni aku excited nak masuk sebab bangga gila berjaya masuk sekolah asrama.
Terasa berada bersama golongan bijak pandai. Hahaha.

Antara yang membuatkan aku excited nak masuk asrama sebab aku akan dapat banyak baju baru!
Baju sekolah dah tentu baru.
Tudung dah tentu kena beli baru sebab aku tak pernah pakai tudung pi skolah.
Yang paling best, baju harian and baju tido kena beli baru! Yeay!
Mak aku takkan gamak nak suruh anak bawak baju lusuh free masuk asrama ye tak?
Lagipun dia sendiri tahu aku tak banyak baju. Selalunya kongsi-kongsi dengan Ima.

Aku ingat lagi baldi aku warna royal blue, tangkai warna merah.
Bakul toiletries warna pink.
Mak Aji siap belikan aku sponge nak sental badan.
Sepanjang hayat aku 12 tahun hidup baru hari tulah aku merasa badan bersental dengan sponge.
Sponge pun warna pink. Towel pun baru.
Boleh katakan banyak yang barulah sebab hat yang kat rumah semua dah buruk sangat.

Malangnya.......seminggu je aku duduk kat sana.
Minggu orientasi tak habis lagi, aku dah quit.
Aku culture shock.
Aku tak pernah bersekolah agama.
Walaupun dulu ada sekolah agama petang [baju putih kain hijau], aku and Ima tak pernah join.
Ilmu agama aku hanya belajar di sekolah.
Selebihnya dengan ustazah mengaji.
Itupun aku dah stop blaja mengaji selepas khatam masa umur 8 tahun [Darjah 2].
Then, aku sambung belajar berzanji saja.
Baca Quran di rumah.

Alih-alih dapat masuk skolah agama, pulak tu tak pernah bertudung, tak pernah bertudung labuh, tak pernah bertutup litup pakai stokin ke mana-mana - jadi, culture shock sangat expected.
Maybe mak bapak aku pun faham situasi tu jadi dorang dengan rela hati bawak aku keluar.
Aku masuk balik ke Tingkatan 1 sekolah lama.


4Tahun yang sama, mendaftar lagi di Tingkatan 1 [kahkahkah]

Ya, tahun 1990 aku banyak buat 'onar'.
Keluar masuk skolah mendaftar Tingkatan 1 tak habis-habis kerja aku.

Lepas quit Maahad, aku patah balik skolah harian.
Tak lama lepas tu aku dapat offer ke TKC.
Honestly, aku tak excited dah masa ni, tak macam mula-mula dapat offer kat Maahad.
Aku dah taknak masuk asrama lagi. Aku serik. Aku homesick.
Tapi mak bapak aku super excited. Biasalah kan, mak bapak.
Pulak tu anak dapat TKC lagilah excited.

Aku faham situasi tu.
Mak bapak aku bukan universiti graduate, kerja pun tak se-gah orang lain. Bukan kerjaya yang orang pandang gitu.
Jadi, bila anak dapat berada di sekolah yang terbaik, di kalangan pelajar yang terbaik, of course dorang bangga and excited.
Masa aku dapat offer ni, aku tengah bercuti sebab kena chicken pox.
Masa mendaftar tu, badan aku masih ada krim-krim putih chicken pox.
Jadi, warden blok aku dulu [Mahsuri] benarkan aku balik berehat.
Dah betul-betul baik, baru datang balik.

TKC is a very huge school.
Buildingnya gah, tennis court gah, padang gah, court bola keranjang gah, dewan makan gah - serba-serbi sangat gah di mata aku, buatkan aku takut nak masuk situ.

Aku anak B40 waktu tu.
Aku tak biasa dengan tempat yang gah macam tu.
Aku rasa aku sangat tak layak berada di situ.
Aku jadi rendah diri, takut, malu and rasa serba-serbi tak kena.
At the same time, aku dah penat direndah-rendahkan, diejek-ejek.
Alangkan di skolah biasa pun aku selalu kena ejek, apetah lagi berada di kelompok yang the best, aku rasa aku jauhhhhhh di bawah.
Aku takut aku semakin direndah-rendahkan lagi.
Aku rela duduk di persekitaran yang tak puji aku, asalkan jangan hina aku.

Aku kembali ke TKC lepas chicken pox gone dengan perasaan yang meronta nak balik rumah.
Tapi melihat mata Mak Aji terbeliak jegil kat aku, aku cuba stay.
Kakak angkat aku nama Ely [anak Dato], aku lupa nama penuh dia.
Dia baik, dia yang tolong susunkan baju aku.
Ramai orang kata aku beruntung sebab dapat dia as kakak angkat.
Tapi masa tu tak pandang dah semua tu, aku punya fokus pikir camana aku nak quit dari situ.

Kawan-kawan, biasalah, ada yang ok ada yang tak.
In fact, hari pertama aku join tu pun, dalam dorm tu dah sedia ada berpuak-puak [sebab dorang 1st intake].
Tapi sebab aku tak kaya, jadi takde apa yang orang nak jealouskan kat aku agaknya, so aku takde musuh.
Lagipun aku ada kawan.
Kawan sekelas aku masa skolah rendah duduk satu dorm dengan aku.
Aku katil atas, dia katil bawah.

Cut story shot, aku quit dari TKC selepas habis exam pertengahan tahun.
Aku ni jenis yang kalau kepala aku dah set "taknak", agak payah nak ubah setting aku ni.
TKC ok, aku je yang tak ok.
Aku homesick, aku tak mahu duduk asrama.
Aku pun tak pasti apa penyakit aku.
Kalau nak kata tak boleh belajar, aku boleh belajar.
Aku boleh buat exam, aku boleh siapkan homework, cuma time prep aku tak blaja, aku banyak mengelamun mikir camne nak lari dari skolah.


So, itulah sedikit sebanyak kenangan pendaftaran skolah seketul Diana Ishak.
Mak bapak yang anak-anaknya mendaftar hari ni [MRSM], siapkan mental yang kuat.
Awal-awal ni banyak sikit karenah nak melayan.
Redza dulu pun macam tu, stress katanya duduk sana.
Tapi mak bapak jangan ambik serius sangat komplen anak tu, kena refer dengan homeroom teacher dia dulu.

Like Redza, asal aku call je, dia cakap nak quit nak quit, stress stress.
Tapi bila aku tanya home room teacher, oklah pulak.
Cikgu cakap Redza nampak macam takde mood, tapi semua activiti dia join, makan tetap makan, bersembang tetap bersembang, masa hari terakhir orientasi dia yang initiate idea untuk persembahan kumpulan katanya.
Kebanyakkan budak-budak akan rasa stress masa minggu orientasi sebab kena bangun awal, bersiap awal, penuh dengan program, program habis lewat, pastu esok nak kena bangkit awal.
Jadi agak tertekan kat situ.
Mohon bertabah anak-anak and mak bapak, ya.
Insyallah lepas minggu orentasi dorang akan lebih tenang and happy.

Good luck anak-anak!


Pesanan free dari,
Pakar quit boarding school.


2020-01-03

Kawan



Dusty Pink Tits.
[aku bagi last warning, jangan tanya apesal nama grup macam ni].

Yang lelaki aku tak pasti apa nama group dorang, maybe Telo Masak Kicap. Eh.

Nak jumpa group ni, setahun sekali je, selalunya time open house raya rumah aku, itupun tak cukup korum.
Ni pun ada lagi yang tak masuk especially BFF aku, Ina yang ada kat KK.
Lepakking with the girls ni aku cadangkan secara spontan je, eh tau-tau menjadi.
Selalunya gitulah, kalau planning gempak-gempak payah nak jadi.
Kena ajak-ajak ayam gini baru jadi.
Siap letak tema blue & white pulak tu.
Gigih pulak sorang-sorang pakai ikut tema.

Dulu, bila sebut pasal Wawasan 2020, rasa macam alahai tuanya aku masa tu, dah takde pekdah agaknya bergathering dengan kawan-kawan lagi.
Tup-tup dah 2020 dah pun.
Bila dah berjumpa, masing-masing lupa umur dah 40an.
Tak nampak macam 40an pun kan? [matilanak tak sedar diri]

Sepanjang aku kenal dorang, kitorang tak pernah really hang out tanpa anak-anak and suami.
Mana-mana pi mesti angkut segala plus plus yang ada.
But last Sunday was an exceptional.
Masing-masing penuh bergaya melangkah masuk restoran tak bawak plus plus, kecuali Rozie [baju biru gelap] yang bawak laki dia sebab laki dia pun batch kitorang juga.
Eloklah bawak sekali, boleh diharap ambikkan gambar kitorang ni.

Meeting old friends, the feelings are indescribable.
Yang pasti, walaupun dah more than 20 years, masing-masing gitu jugak perangai, just like umur 18 tahun, masa mula-mula berjumpa time matrik.
These are the friends I grew up with, melalui hardship sama-sama, menggila bersama-sama, share happy and sad moments bersama-sama.
Most of them adalah orang-orang yang terlibat secara direct and indirectly dengan kisah cinta tragis aku.

Kadang-kadang aku terbaca kat FB keluhan orang-orang yang katanya menyampah dengan school gathering sebab end up kawan-kawan compete with each other - tanya kerja apa, gaji berapa, pakai kereta apa, berapa keluasan rumah, etc.
Mujurlah, Dusty Pink Tits tak macam tu.
Aku sendiri tak tahu apa kerja sebahagian besar kawan-kawan aku, tahu dorang kerja kat mana je.
Let alone nak tanya gaji berapa. Eiii...ape ni tanya gaji-gaji orang?

Aku pernah join kelompok orang-orang yang katanya gathering untuk mengeratkan silaturrahim tapi aku tak nampak celah mana yang boleh mengeratkan hubungan sebab ada yang suka competitive talk - tahap Olimpik level punya bragging.
Kau kalau nak cerita pasal kereta mewah tak salah, aku pun suka dengar.
But, tak perlulah up to an extend macam kau buat presentation pulak kat situ. Rilek-rilek dah lah.
It's enough to say what you drive, tak perlu in great detail macam salesman jual kereta.
Benda-benda detail like that orang bercerita dengan member rapat je, tak perlu broadcast kat semua hadirin yang hadir.
Meluat siap tanya 2-3 orang "Kau pakai kereta apa?".
Tak boleh brain jumpa member "Wei! Lama tak jumpa. Pakai kereta apa sekarang?"
Yang member tu pun "Hah?".
Serious, desperate gila nak compare harta.
Memang kereta is the best achievment dalam hidup kau eh?

Fine, kita semua suka share experiences of new, cool things we have dengan kawan-kawan.
Tapi perlu ada skill supaya tak nampak macam merendahkan orang lain.
Pernah depan mata aku, sorang Hamba Allah terang-terang merendah-rendahkan taste kawannya.
Si kawan ni park stroller anak sebelah tempat duduk.
Space kecil, jadi dia mintak izin buang satu kerusi so that stroller anak boleh fit in the space.
Then Hamba Allah sorang ni selamba je "Besar sangat stroller anak kau ni. Orang dah tak pakai stroller gabak-gabak macam ni.".
Terkelat-kelat si kawan. Kesian pulak aku tengok.

Kita boleh tahu samada someone sedang melawak atau tak.
In that case, dari memek muka si kawan pun aku dah tahu dia tak selesa dengan jenaka Hamba Allah tu yang lansung tak kelakar tu.
Lain kali kalau nak melawak biar yang kelakar sikit.

Aku faham, almost everyone ada keinginan untuk to be liked by other people, but itu kawan kau kot.
Perlu ke nak bersaing-saing siapa lebih kaya, siapa lebih success, life siapa lebih best dengan member sendiri?
Kau berkawan masa masing-masing ZERO - takde duit, takde income, pi kelas jalan kaki, sama-sama makan kat gerai, sama-sama naik bas pi outing, sama-sama makan maggi bila duit MARA sangkut.
And now, bila masing-masing dah ada semuanya, nak compete dengan kawan sendiri? Seriouslah perangai sakai gini?
Patutnya sesekali jumpa, tanya khabar kawan-kawan lain, perihatin dengan member yang kurang bernasib baik, gunakan kelebihan kau yang kaya raya tu untuk bantu kawan yang lain.
But that's what happened, some people tend to have smug feeling bila kawan skolah shows up at the reunion wearing extra luxury.
Come to think of it, kau expect kawan-kawan kau forever sememeh macam zaman skolah ke?
Kau sorang je boleh bergaya, orang lain tak?

Jenis yang nak compete sesama kawan ni sumpah ada personality problem.
Because, friends don't compete with each other, tapi empower each other.
Kalau dengan kawan sendiri pun kau nak bersaing-saing, aku syak ada dark side dalam hidup kau, that's why kau sentiasa cari peluang untuk up diri dan rendahkan member sendiri.
SAMPAH.


2020-01-02

Negative Self-Talk



Ini kisah benar!

Sejujurnya Law of Attraction itu wujud.
Bagaimana kita nak percaya, terpulang.
Tapi aku percaya apa yang kita cakap, apa yang kita minta, itulah yang kita akan dapat kerana kata-kata adalah satu doa.

Tak dinafikan kita semua ada inner critic.
Inner critic ni sebenarnya bagus sebab ia memandu kita supaya kekal berpijak di tanah.
Orang kata supaya merendah diri gitu.
However, inner critic can often be more harmful than helpful, especially bila kita dah bersifat negatif yang berlebihan. It can really bring us down.

Contohnya kawan aku tu lah.
Aku tahu, dia mungkin nak merendah diri saja.
Tak mungkinlah hidup bertahun-tahun masih di takuk yang sama je, kan.
Sesekali terserempak dengan kawan, dia mungkin nak mengelakkan diri dari ter-brag about diri sendiri, atau mungkin dia tak suka bercerita tentang diri sendiri maka dia pilih untuk "mengutuk" diri sendiri supaya tak nampak seperti berbangga-bangga.
Tanpa dia sedar apa yang dia cakap adalah satu doa.

Aku tak kata lah aku nampak hawt, tapi sejujurnya, aku pun terperanjat tengok apsal kawan aku tu nampak tua sangat. Seriously, aku yang seusia dia pun nyaris nak terpanggil dia Kak.
Nasib baik dia cam muka aku. Rupanya dia pun terkejut tengok aku.
Dia cakap aku tak nampak macam 40s and mula tanya aku makan apa, aku work out apa [Diana bersenam??], aku pakai krim apa, etc.
Masa aku jawab soalan dia, belum ter-register kat kepala aku tentang law of attraction.
Bila dah balik rumah, termenung kejap, then aku teringat ada betulnya bahawa kata-kata kita suatu doa.
Kerana badan kita ni ada roh. I mean sel-sel badan kita ni ada 'roh'nya sendiri.
Badan kita tak tau membezakan mana betul, mana salah.
Apa yang kita bagitau badan secara konsisten, itulah yang ia percaya.
Kalau tak percaya, cubalah setiap hari kau cakap "Saya sakit tekak".
Tak lama nanti mendapatlah sakit tekak tu.
Sebab itulah pepatah kata "Doa yang diucapkan dengan berulang-ulang umpama kita mengayuh basikal. Lama-kelamaan akan sampai ke destinasi".
Kalau apa yang kita sebut tu benda baik, maka benda baiklah kita dapat, kalau sebaliknya, maka yang buruklah kita dapat.

Negative self-talk memang ada kesan pada badan, fikiran dan kehidupan kita keseluruhannya.
Bunyinya memang macam merendah diri.
"Takdelah....aku mana pandai"
"Alah, aku biasa-biasa je"
"Aku tak layak kot dapat jawatan tu. Malu nak apply"
"Aku bawak keta kecik je, rumah aku kecik je, kerja aku biasa-biasa je..."
Hakikatnya, kata-kata "merendah diri" macam nilah yang mengehadkan keupayaan diri sendiri.
Lama-lama kita jadi layu dan kuyu dengan sendirinya.
Sebab itu penting untuk berada di persekitaran yang betul kerana aura persekitaran tu sangat kuat, masyallah! [Eh.]
Kalau terdedah dengan persekitaran yang baik, maka kita akan jadi baik, insyallah.

Jangan talk bad about diri sendiri.
Jangan tanam negative seeds ke dalam diri.
Ada banyak cara untuk kita merendah diri tanpa perlu memburukkan diri sendiri.
Bila dah terbiasa dengan negative self-talk, lama-lama kita jadi demotivated dengan sendirinya, ujung-ujung rasa helpless.
Yang selalu rasa lemau and demotivated tu, cuba ingat balik, mesti korang frequently talk bad about diri sendiri.
Konon nak merendah diri, padahal merendah-rendahkan diri sendiri.

Contoh, bila boss suruh kau buat sesuatu, belum apa-apa kau dah respond "Saya tak reti buat benda ni".

Yes, boleh jadi kau memang tak tau buat tapi tak bermakna tak boleh buat.
Belum buat dah cakap tak reti.
When you tell yourself you can't do something, lagi kerap kau cakap benda yang sama, badan kau akan percaya apa yang kau cakap itu betul.
Terus otak kau ter-jammed dengan sendirinya dan jadi bengap terus.
Bila kau cuba buat, kau stuck sebab otak dan badan dah start reject buat benda tu.

Be positive or be quite.
We are what we are today sebahagiannya adalah akibat dari apa yang kita katakan tentang diri kita. Words are like seed.
Apa yang kita cakap, we are giving life to it.
Kalau kita mengulang-ulang kata-kata yang sama, akhirnya perkara itu boleh jadi kenyataan.
Malangnya ramai yang suka mengulang-ulang kata-kata yang negative.

"Payah dah badan aku nak kurus"
"Bisnes slow. Rasanya lagi 3-4 bulan aku terpaksa stop"

Dalam tak sedar kita menjemput sakit dan susah datang pada kita.

Pepatah melayu pun ada kata "Kerana mulut badan binasa".
In other words, our tongue can bless our life OR curse our life.
You can't talk negative and expect to live a positive life.
Nak makan apple, tanam benih apple.
Nak makan oren, tanamlah benih oren, jangan tanam cactus. Sampai kiamat takkan jadi oren.
So, kalau kita tak suka dengan apa yang kita ada, start tanam new seeds.

Tak dinafikan, payah kita nak buang perasaan negatif.
Tipulah kalau kita boleh positif 24 jam.
The thing is, those negative thoughts come to all of us. Hat tu kita tak boleh stop.
Tapi, kita ada pilihan.
The pilihan is don't give the negative feelings life by speaking them out loud.
Jangan kita pulak yang pi jaja cerita susah kita kat orang lain.
Inilah ujian kita sebenarnya.
Kadang-kadang Tuhan sengaja uji kita nak tengok kita boleh kawal mulut sendiri ke tak.
Kerana pada saat-saat diuji, it's very tempting to vent our frustration kat orang sekeliling [dan kat status FB].
Padahal the more we talk about it, the discouraged we become.

Kita semua dibekalkan dengan 2 'suara'.
Dua suara ni always compete untuk dapatkan perhatian kita.
Yang satu, suara yang suruh kita fikir positif, yang lagi satu memaksa kita percaya yang negative.
Kita tinggal pilih je nak ikut suara yang mana satu.
Bila kita verbalize [menyuarakan] it.
Kalau kita pilih kata-kata negative, maka itulah yang kita akan dapat.
Sometimes the reason doa-doa kita tertangguh adalah kerana kata-kata kita sendiri.
Kalaulah kita boleh bayangkan begini :

Allah dah on the way nak kabulkan permintaan kita.
Dia hantar malaikat untuk hantar apa yang kita minta.
Malaikat dah nak sampai, tetiba Allah suruh stop.
Sebab ?

Sebab on the way tu, kita dah give up "Penat dah berdoa, tapi tak terkabul lagi. Dahlah, aku dah give up".

Negative words boleh menyekat doa kita dari dikabulkan.
Kerana Allah kata "Aku ada sebagaimana sangkaan HambaKu".
Kalau kita tak yakin pada DIA, maka itulah yang DIA akan tunjukkan.

Nabi Zakaria.
Dah tua tapi masih belum ada anak.
Tapi baginda tak putus asa berdoa.
Satu hari Allah menjawab doa itu dengan berkata "Kau akan mendapat anak".

Nabi Zakaria happy dan dia minta satu petanda "Berikanlah aku petanda jika permintaan ini Kau kabulkan".

Maka Allah kata "Tandanya, kau takkan dapat berkata-kata".

Satu hari Nabi Zakaria bangun tanpa dapat bercakap.
Dan akhirnya baginda dapat anak, kemudian barulah baginda boleh bercakap.

Allah tahu the power of words.
Allah tahu Nabi Zakaria juga manusia yang dibekalkan dengan suara positif dan suara negative.
DIA tahu kalau Nabi Zakaria give up, boleh jadi baginda akan terluah kata-kata negative oleh itu Allah jadikan Nabi Zakaria 'bisu' seketika.

Moralnya di sini, if you can't say anything positive, zip it up.
Terfikirkan perkara-perkara negative adalah normal but don't give it a life by speaking it out.
Pay attention to what you are saying kerana self talk boleh mengubah hidup kita.
Takdelah maksudnya sekelip mata hidup tu berubah, it takes a bit of effort.
Just konsisten cakap yang baik-baik tentang diri sendiri, lama-lama ia akan mempengaruhi our own behaviour, thoughts and feelings.
Macam Dato's Fadzilah Kamsah pesan, setiap malam bisikkan puji-pujian kat anak "Adik pandai, adik budak baik, adik dengar cakap mama, adik berani, adik energetic....".
Kalau kata-kata positive kepada orang lain pun boleh mengubah dia jadi hebat, apetah lagi cakap kat diri sendiri, betul tak?
Maka, silakan.