Aku suka tengok rancangan masakan and Korean Mukbang.
Tapi tak semua Mukbang aku suka, ada yang selekeh benau macam tak pernah jumpa makanan.
Cuma aku pelik kenapa Korean suka sumbat makanan penuh-penuh dalam mulut.
Like kau tak reti makan slow-slow enjoy the food ke.
Contohnya video atas ni.
Dah la makan sorang-sorang.
Patut makan sorang-sorang lagi kena chill-chill.
Ini tak, semua benda kau nak sumbat sekali harung dalam mulut sampai muka tu dah macam hape je.
And one thing, aku tak sure dia betul-betul kunyah ke tak, macam kunyah 2-3 kali then telan.
Sup telur tu jangan cakap la, rasa macam tak kunyah lansung, terus sedut masuk perut.
Dah tau bendalah tu panas, kau tiup la dulu, biar enjoy hirup sup.
Hari tu masa ke Korea, tour guide tu bagi kitorang masa 30 minit je untuk makan.
Just imagine, 30 minit only.
Kalau makan sorang lain cerita.
Ini semua makan dengan anak-anak, tak lojik lansung 30 minit je.
30 minit tu jugaklah masa kau nak ke toilet segala.
Aku rasa Korean memang dah biasa makan laju tu pasal bagi dia 30 minit tu lama dah sebab average Korean makan hanya 15 minit [dengan lauk-pauk yang banyak].
Selidik punya selidik, rupanya speed eating ni memang culture dorang.
Yang ini point pertama - speed eating.
Kononnya, selari dengan kemajuan negara, semua benda kena cepat, jalan cepat, bersiap cepat dan makan pun kena cepat.
No wonderlah orang Korea macam terkejar-kejar je aku tengok.
Tu pasal kes bunuh diri pun banyak kat sana.
Semua benda nak cepat, tak sempat nak enjoy the process.
Cuma aku terseksa tengok cara dorang makan.
Macam pelahap nau. Sumbat segala ada dalam mulut.
Mulut tu belum habis telan, dah sumbat pulak makanan lain.
Pastu makan panas-panas sampai menganga mulut tu kepanasan.
Apa yang orang tak tahu, makan cepat-cepat macam tu, increase risiko dapat hyperlipidimia [high cholesterol].
Ramai orang admire Korean makan macam tu dan makan banyak tapi tak gemuk.
Yang orang tak nampak risiko kemudian hari boleh dapat kolesterol tinggi.
Otak manusia perlukan around 15 minit untuk realized perut dah penuh.
That's why Islam ajar makan pelan-pelan jangan gelojoh.
Ada hikmahnya dan asbabnya dari sudut sains.
Kalau kita pelahap macam tu, we tend to sumbat semua makanan sampai habis.
Macam kita berbuka puasa, sumbat selagi ada, by the time otak sedar perut dah penuh, kita pun dah tersandar overeating sampai nak bersolat pun lemau.
Another thing yang aku baru blaja pasal cara dorang makan, their culture ajar dorang untuk habiskan makanan dalam sudu tu in one shot. Yang ni point kedua - habiskan makanan dalam sudu.
Maksudnya kalau kau dah hirup sup tu, kau kena habiskan terus walaupun panas.
It's like not nice kalau makanan kat sudu tu tak dihabiskan sekali jalan.
But still kau ada pilihan untuk cedok nasi sikit-sikit, betul tak?
Dah kenapa nak kaut penuh-penuh pastu sumbat semua dalam mulut one shot.
Hmmm...?
Point yang ketiga, menjaga hati tukang masak/tuan rumah.
Alkisahnya, Korean ni tak mahu tukang masak atau host rumah kecil hati.
Dalam culture dorang, kalau makan slow-slow adalah petanda rude dan tak respect pada tukang masak.
Apetah lagi kalau makanan tu tak bersentuh lansung.
Teringat hari terakhir kat Korea, tour guide tanya berapa orang nak makan udon.
Kalau kau rasa-rasa kuat makan, orderlah lebih siap-siap sebab dia akan order cukup-cukup saja because kalau ada food yang tak bersentuh, itu dorang tak suka.
Hari tu last day, aku order 4 sebba kitorang empat beranak.
Tiba-tiba Rayyan tak nak makan sebab tak menyelerakan.
The tour guide suruh juga makan "Minum sup saja pun tak apa".
Kalau kita asalkan makanan tu tak bersentuh lagi, masih ok. Jangan bekas makanan otrang lain kau nak pass kat orang lain.
Tapi to them, kau tak sentuh that makanan dah rude sangat sebab tukang masak dah prepare.
Point yang keempat - jangan takut makan banyak.
Lagi banyak kau makan, lagi orang suka.
Seolah-olah macam kau hargai effort kau kerja penat-penat cari duit, jadi makanlah banyak-banyak.
Aku rasa point yang ni aku ikut Korean. Hahaha.
Walaupun aku enjoy tengok Mukbang, aku tak suka dengar bunyi-bunyi mengunyah makanan tu.
Kalau ada kat tepi aku, aku jentik mulut tu.
Dah la makan berbunyik, pastu mulut mengunyah luas-luas, ya ampunnn please lah.
Nak-nak lagi Malaysian orang melayu kita kalau buat Mukbang.
Tak kena betul dengan adab makan mulut cap cap cap cap gitu.
Tak surelah kalau syarat wajib Mukbang ni mesti makan berbunyi.
At least mengunyah tutuplah mulut.