Ya, itulah rahsia untuk tahan sentap.
In order untuk 'kebal' kita kena bersedia untuk face the same torture berkali-kali.
Bila dah besar, dah kerja, dah berkeluarga barulah aku nampak hikmahnya.
Rupanya Allah nak mempersiapkan aku untuk cabaran yang lebih besar, antaranya - bersuamikan Wan Mohd Ridzuan [hahaha].
Selagi hidup, selagi itulah kita akan jumpa dengan macam-macam karenah manusia dan pelbagai situasi yang mencabar kesabaran.
Aku bukanlah sorang yang penyabar sangat, kalau aku bengang dengan En Wan, pitching aku naik macam Kak Rosmah juga [eh!].
Tapi most of the time aku cuba mengalah [walaupun mendidih] sebab kalau aku tunjuk perasaan selalunya berakhir dengan aku pujuk diri sendiri juga.
Lebih baik aku start diam awal. Kurang sikit sakit hati.
Contoh, trip ke Korea yang lepas.
Takde sape tahu sebenarnya aku dah plan nak lari dari rumah beberapa hari sebelum fly [that's how far I can go kalau aku tak suka].
Aku memang tak nak pergi. Aku tak boleh imagine myself duduk kat atas tu berjam-jam.
Aku beralah sebab Rayyan. Dia excited sangat nak pergi.
Aku acah-acah Rayyan "Adik, mama tak ikut tau pi Korea. Nanti adik jalan dengan abang and papa, ok? Mama tunggu adik balik kat airport nanti".
Dia menangis.
Rayyan takkan pergi kalau aku tak ikut.
Memang Rayyan prefer aku ada sekali.
Kalau aku takde, at least nenek mesti ada.
Lagipun Rayyan minat nau dengan artis Korea, dah berangan nak jumpa BTS dengan Twice bagai [Twice ke Twins?]
Aku mengalah sebab Rayyan. Pujuk hati sendiri, buat-buat berani.
Redza pun membagi sokongan moral kat mak dia.
Tapi dalam pada mengalah tu aku buat perangai jugak.
Aku tak bawak se-sen duit ke sana.
Aku paksa dia belikan aku nasi hari-hari kat sana, walaupun aku tau dia penat aku paksa jugak.
Balik dari Korea aku paw dia makan tempat best-best sebagai ganti rugi emosi ketakutan.
Biar fair.
Dia paksa aku ke Korea boleh, why not aku paksa dia pulak belanja aku makan tempat sedap-sedap.
Biar dia sakit hati pulak.
Hidup ini tak semuanya indah ya.
Bak kata Scorpion What you give you get back.
At one point in your lives, you will meet that one person who you just can't stand.
Maybe orang tu datang sebagai ahli keluarga, ofismate atau pasangan hidup.
The good news is, don't worry because that's normal.
Cuma, tak kira betapa buruknya situasi/orang tu, jangan sampai hilang ketenangan diri.
Nak marah boleh, nak sentap boleh tapi takyah berlama-lama sebab seriously, tak berbaloi.
Yang buruk adalah situasi, yang buruk adalah perangai dia, berbaloi ke kalau yang sengsara menahan sakit hati adalah diri kita?
Kan tak fair namanya tu.
You are better than that situation. Jangan biarkan perkara tu kawal emosi kita.
Kalau boleh prektis self-control, buat.
Kalau tak boleh, please vent kat tempat lain contohnya, makan, shopping, atau tido.
Bila emosi tenang insyallah masalah yang besar pun nampak kecil.
Yang membuatkan kita terbawa-bawa sentap bukannya kerana masalah tu besar tapi hati kita tak tenang.
Kadang-kadang masalah tak settle pun lagi tapi sebab hati tenang, semua hal jadi lebih baik.
Benda-benda macam ni perlukan 'practice' baru boleh master.
Dah terbiasa dengan kritikan, another kritikan will do no harm.
Dah biasa pegi skolah jalan kaki 1km, kalau kena tambah another 1km, apalah sangat.
Dah biasa berpuasa, apa susahnya kalau kena berpuasa 1 hari lagi?
Begitulah analoginya.
Sebagai anak sulung, mengalah dengan adik-beradik itu biasa.
Aku dah dibiasakan berkongsi barang, berkongsi makanan, in fact kalau sotong masak itam tu buatkan Ibal makan nasi bertambah-tambah, aku ambik kuahnya saja pun takpe.
Mak Aji kalau masak sotong masak itam, mesti akan pair dengan ikan goreng.
Mak Aji pulak masak satu kali je sehari - waktu pagi sebelum pi kerja.
Jarang Mak Aji nak tambah lauk kalau lauk yang dia masak pagi tu dah tinggal sikit. Pandai-pandailah kongsi apa yang ada sorang sikit.
So that tengahari masa lunch Ibal dah makan beria.
Aku tak makan, aku always save the best for last. Makan dinner nanti.
Time dinner kitorang makan ramai-ramai sekeluarga.
Bila dah ramai, barulah nampak sotong tu sikit je.
Mak Aji macam biasa, dia akan dulukan Ibal and Pak Aji.
Sebelum aku capai sudu lauk sotong tu Mak Aji dah sound "Kau tak payahlah makan sotong, makan ikan je. Ibal tak makan ikan, biar dia makan sotong tu semua".
Nasib baik itu mak kandung tau, kalau mak tiri, mesti cerita ni jadi lagi sedih. Hahaha.
Dalam keadaan terpisat-pisat, aku redhakan jugaklah tak merasa sotong tu, tapi aku cedok kuahnya saja, jadiklah buat lepas kempunan.
Adik aku Ima, pernah terlupa bawak duit belanja ke skolah.
Time rehat, dia pi kelas jumpa aku cakap takde duit nak makan, aku bagi semua duit aku [40 sen je pun].
Takpelah, janji adik boleh beli makanan.
Bila dah biasa beralah, aku dah jadi 'kebal' every time ada argument dengan En Wan aku bagi je dia menang. Bukannya dapat trofi pun.
En Wan anak bongsu. Jarak dia dengan kakak and abang dia berbelas tahun.
Dia lahir dalam keadaan semua orang memanjakan dia.
Jangan ceritalah bab berkongsi barang, memang tak pernah hayat dia kongsi barang dengan sesiapa.
Lama juga dia nak cuba adapt dengan 'culture' family aku yang tak kisah berkongsi.
Kongsi baju, kongsi telekung, kongsi makanan.
En Wan memang tak boleh semua ni dulu.
Kongsi makanan laaaaaaaaaaaaaaaagi tak boleh.
Dan dia juga tak biasa orang say NO to him.
Apa dia cakap, semua setujukan aje [sebab adik kan, sapelah nak argue dengan adik].
Apa dia nak pasti dapat.
Dia suka berkuasa, aku pulak jenis tak kuasa. Kahkahkah.
Now ada lah perubahan sikit. Faktor usia agaknya.
Sentap sikit-sikit tu biasalah. Don't take it personal
Apa orang lain kata, apa orang lain buat, has nothing over you and you have nothing over it.
Tapi sebagai pasangan rumahtangga, tipulah kalau kita tak rasa kecik hati bila pasangan kita nak menang sentiasa tak mahu bertolak-ansur.
Dah hidup bersama bertahun-tahun takkan sesekali tak boleh mengalah, ye tak?
Insyallah, walaupun tak selalu, tapi sesekali En Wan willing untuk mengalah.
Apa je yang berlaku, don't let small stuff [or big stuff] get to you.
Their actions and words, show them, not you.
Kalau the difficult people adalah orang luar [ofismate misalnya], lagi mudah nak handle.
At least kau balik rumah tak nampak muka dia, kurang sikit stress.
Layankan ajelah karenah dia kat opis. Kejap je.
Tapi bergantung jugaklah hazab mana perangai dia.
Kebanyakkan perangai ex-ofismate aku dulu takde yang longkang sangat.
Hanya masalah gedik, suka show off boyfren, suka compete siapa lebih hawt....itu je. Takde yang mengganggu-gugat urusan kerja aku.
Eloklah juga dorang sibuk nak compete hal-hal remeh gitu, at least kurang sikit competition aku in sales.
Hari ni last day YES GreenAard. Sempat lagi kalau nak grab.
Whatsapp HERE.