Aku perasan some designer fashion, fesyennya merepek dan tak praktikal.
Aku tak pernah lagi tengok Dato Rizalman buat fesyen merepek dah tak praktikal.
Mahal pun nampak berbaloi.
Tapi ada some designer entah natang apa dia pikir.
Harap label je, kalau takde label yang gah tu, mampuih orang buat kain lap kaki.
Contohnya mud jeans ni.
Nakharom apa kau pakai ni syaiton? Baru balik membajak ke hape.
Seluar ni dijual dengan harga RM2K+. Aku tak sure brand apa.
Tak, aku tak kisah bab harga, yang aku pelik tu ada jugak yang beli!
Sometimes people too obsess dengan label sampaikan benda yang majoriti kata buruk, dia tetap beli semata-mata kerana label.
Ya, aku faham, just like beauty, ugly also is in the eye of the beholder.
But products that yang sebahagian besar di-rate sebagai produk yang 'sangat buruk', tetap dijual dengan harga yang outrageously high prices. Hat ni yang aku pelik.
Aku syak designer terkemuka dunia sepakat buat design yang buruk-buruk because they know regardless buruk macamana pun tetap orang beli because of the brand.
Maybe design yang buruk adalah satu signal of luxury di zaman sekarang because of its pelik-ness dan rare-ness
Ok, aku explain.
Crocs.
Crocs sebenarnya standard dia sama macam Bata je.
Bak kata orang, siapa yang guna kasut Bata adalah sejenis manusia yang tak kisah pasal penampilan kaki. Same goes to Crocs.
Most people only wear Crocs if they don't care what's on their feet.
Rakyat mrahaen je yang suka pakai crocs, orang kaya-raya tak pandang crocs, just like kasut Bata.
However, bila Balenciaga buat crocs, hah kau!
For some reason Balenciaga is now selling Crocs that look just ridiculous!
Seriously kasut ni dah la buruk [bukan aku sorang cakap buruk], aku wonder entah siapa lah nak pakai. Tak praktikal lansung!
Tetapi, disebabkan Balenciaga, maka dia mahal dan ada orang beli.
Yang dahulunya mencerca crocs, mungkin dia orang pertama beli.
Kalau perati betul-betul, pesennya takde beza dengan crocs yang biasa, cuma platform dia besar je.
Yang lain semua sama.
Oklah fine, kita anggaplah dia guna material yang berbeza tapi designnya tetap hodoh, kan?
Yang buatkan dia nampak "wow" maybe sebab spikes and metallic button tu.
Hakikatnya, takde beza dengan crocs biasa.
Yang aku pelik, celah bedah mana harganya menjangkau USD1200? Hat ni yang aku pelik.
Kalau design cantik takpe, ini buruk okeh pastu kau tekan sampai beribu.
"Takde yang murah lagi ke?"
Adaaaa.
Hat macam ni ni murah sikit - USD700.
USD700 tu pun tak termasuk biji-bijian atas kasut tu, ya.
Kau hanya akan dapat plain shoe, dan warna hitam SAHAJA.
Kalau nak warna pink gini, plain, harganya USD1205.
Itupun biji-bijan beli asing, ya.
Pitam gini.
Seriously aku cakap crocs Balenciaga ni kalau letak hat yang plain tu dalam raga bersama-sama crocs Tesco, konfem orang tak pandang.
Because design semua sebijik sama.
But just like aku cakap tadi, tetap ada orang beli harga ridiculous gini.
Like, orang ni beli sebab apa? Sebab cantik or sebab brand?
No, bukan aku encourage beli barang murah.
Nak beli barang mahal silakan tapi barang tu biar senonoh sikit bentuknya.
Kalau jeans berlapuk harga sampai RM2K, tak payah ya.
Melainkan kau hensem.
Seriously, menjadi cantik/hensem adalah satu anugerah dan kelebihan.
Orang-orang macam ni, pakai crocs Tesco pun tetap cantik.
Tapi kalau muka berkerak, elakkanlah pakai jeans berlapuk.
Tak memasal kau kena angkut dengan imegresen karang.
Baik kau spend duit kat skin care repair kerak-kerak kat muka dulu.
Beli luxury goods tak pernah salah, sebab duit pun kau punya, bukan orang lain punya duit.
Tapi make sure kita boleh 'carry' the product dan product tu berbaloi dibeli.
Mud Jeans and Crocs Balenciaga tu adalah product yang terang-terang tak berbaloi. Don't buy.
Jangan sauk je semata-mata ia berjenama.
Kalau buruk, ia tetap buruk regardless famous mana pun jenamanya.
Jangan sampai the more designer brand kita beli semakin menyerlahkan kita punya low self esteem.
Because low self-esteem adalah faktor terbesar yang buatkan ramai beli luxury goods that they may not be able to afford.