10 January baru-baru ni hari jadi Pak Aji yang ke 70.
Alhamdulillah, rezeki aku di umur 42 tahun masih dapat celebrate hari jadi ayah.
Beruntung lagi Pak Aji di umur 70 tahun masih ada mak!
Nenek aku dah sama umur dengan Tun M dah, tapi tua sangat dah pun, Tun M tu sihat walafiat lagi.
Benda-benda macam ni kadang kita lupa nak syukur, hanya bila dah takde barulah kita teringat-ingat.
Pak Aji adalah orang yang tak pernah risaukan duit.
Seingat aku, Pak Aji tak pernah merungut pasal takde duit atau tak cukup duit.
Maybe dia luahkan kat Mak Aji je lah kot, tapi depan anak-anak tak pernah.
Tapi, kalau dia takde duit, dia akan bagitau, however nak merungut jauh sekali.
Pak Aji bukan lulusan U. Dia hanya lulusan Maktab Perguruan.
Dia dipanggil masuk Jabatan Pendidikan kerana achievement-nya sebagai guru bukan kerana certificate.
Walaupun jawatannya Pegawai Pendidikan, tapi gaji matinya rendah je sebab dia bukan lulusan siswazah.
Tak salah aku gaji terakhir Pak Aji tak sampai RM4K [gaji kasar].
Pun macam tu, aku kagum dia boleh tanggung keluarga [of course dengan contribution Mak Aji juga].
Aku tahu Pak Aji bukannya orang berduit, gaji dia hanya cukup untuk family, nak bermewah-mewah tu memang takde.
That's why kitorang TAK PERNAH bercuti melainkan menumpang Pak Aji kalau dia outstation.
Itulah peluangnya nak merasa jalan-jalan ke negeri orang.
Beli baju baru pun tunggu raya.
Adik aku Ima, seingat aku setiap kali masuk skolah dia akan pakai baju skolah aku yang lama.
Punyalah heloknya baju aku tu sampai adik aku tak kisah tak berbaju skolah baru sebab baju akaknya masih boleh pakai elok.
Lagipun kitorang size tak jauh beza jadi boleh je nak share-share.
Umur aku 12 tahun, aku dapat pi Jepun.
Beberapa hari sebelum berangkat ramai saudara-mara datang jumpa.
Masing-masing excited sebab anak sedara nak pi overseas.
Ada sorang aunty bagi aku RM20.
RM20 di tahun 1989 agak besar nilainya.
Esok pagi Subuh sebelum pi kerja, Pak Aji masuk bilik aku tanya "Diana, semalam ada orang bagi Diana duit ya? Papa pinjam kejap boleh?"
Aku terus bagi. Dan aku tak pernah mintak balik.
Aku yakin masa tu RM20 pun takde dalam wallet dia.
That's how sesaknya. Tapi aku tak pernah nampak dia buat muka murung kat rumah.
Masih tetap buat lawak, gurau-gurau.
Kalau orang takde duit selalunya takde mood nak bercakap pun.
Tapi tu lah, aku pelik apesal mak bapak aku, walau takde duit, dorang invest beli rumah 2 tingkat.
Boleh je kalau nak beli rumah flat, bukannya takde rumah flat kat Bangi tu.
Disebabkan invest kat rumah 2 tingkat, tak dapat nak bermewah-mewah sikit.
Kalau tak, boleh gak merasa beli kereta baru.
Ini tak, pakai kereta Proton Saga tahun 1987 sampailah 2001!
En Wan cakap "Itulah tandanya Papa and Mama bijak. Long term planning. Dia tahu rumah akan jadi mahal one day jadi dia invest awal-awal".
Boleh jadi juga.
Just nice rumah tu untuk anak 3 orang.
Sampai sekarang kalau kitorang semua balik tido di Bangi, tetap masing-masing tido dalam bilik sendiri.
Tak perlu bentang-bentang tilam kat hall sebab memang cukup aku 4 beranak dalam satu bilik, Ima 4 beranak dalam bilik dia and Ibal dah tentu ada bilik dia sendiri.
Berjasa rumah tu.
Ramai sedara-mara yang dapat tumpang tinggal kat situ masa zaman belajar and kerja.
Boleh dikatakan rumah tu bersilih-ganti ada orang tumpang.
Kalau orang-orang kampung datang pun, akan tuju rumah Pak Aji sebab lebih selesa.
Rumah tu juga pernah menjaga orang sakit.
Arwah pakcik Pak Aji pernah tinggal lama kat situ masa sakit kanser.
Mungkin kat situlah rezeki Pak Aji and Mak Aji. Doa dari orang yang datang.
Kalau tengok gaji memang nampak macam tak cukup.
Tapi tu lah kan, cukup tak cukup bukan kerana sikit atau banyaknya gaji, tapi bagaimana mengatur gaji.
Pak Aji indirectly ajar aku bahawa kebahagiaan bukannya datang dari faktor luaran semata-mata but from our mental attitude in life.
Syukuri and enjoy even small things in life.
Banyakkan memberi [tak semestinya dengan wang ringgit].
Bila orang yang menerima happy, it will come back right to us.
Kawan aku yang Sang Nila Utama tu pernah kata "Papa you ni, tenang. Orang yang tenang ni boleh nampak dari air muka".
As anak, aku akui Pak Aji memang relax. Sangat tenang orangnya.
Dia jenis yang menerima his situation.
However bad it is, however disturbing it is, dia terima and teruskan hidup macam biasa.
It's good to have dreams and goals, memang kita patut expect something bigger but here's the key - dalam kita mengharap sesuatu yang lebih baik, tak sepatutnya kita rasa discontent dengan apa yang kita ada sekarang.
Apa yang ada ni, dijalani saja dengan baik, sambil-sambil tu usaha untuk achieve better.
Kau merungut tak puas hati itu, tak puas hati ini, frust itu, frust ini - it is not going to make it happen any sooner pun.
Kita ni kadang-kadang terlalu fokus dengan apa yang kita mahu sampaikan kita take for granted apa yang kita dah miliki.
The right attitude is "Ya Allah, aku memang teringin nak rumah yang lebih besar tapi in the meantime aku syukur dengan rumah sekarang"
"Aku berharap sangat dapat kerja yang lebih bagus, tapi buat masa ni aku terima kerja yang aku ada sekarang".
Jangan salah faham.
Bukan bermakna kena give up dengan impian and cita-cita, let alone bersyukur dengan kais pagi makan pagi. No, bukan macam tu.
Being content bermakna kita percaya masa kita akan tiba.
Jadi sementara tunggu masa tu sampai, kita redha dengan apa yang ada at the same time jalani semuanya dengan sehabis baik.
A few days sebelum aku left company lama, aku masih cuba close deal contract setahun untuk customer di MGI [Malaysia Genome Institute].
Hari last aku di sana, aku berjaya push customer untuk keluarkan surat pengesahan menerima company aku [majikan] sebagai supplier untuk reagents untuk tempoh 1 tahun.
Nak tunggu official Purchase Order lambat sangat, jadi aku push keluarkan surat pengesahan.
Dapat je surat tu, lega!
Masa aku sampaikan surat tu kat bos, bos aku cakap "You know that you will not get any benefit from this sale agreement, why do you still want to do it?"
She's right.
Memang aku takkan dapat komisyen pun untuk deal tu sebab aku dah takde kat situ dah tapi aku nak ada self-achievement.
Lagipun, aku bukannya berhenti untuk jadi suri rumah.
Aku masih akan terus bekerja cumanya bukan di situ, jadi kenapa nak buat sambil lewa dengan tugas yang masih belum bersiap?
Esok lusa aku tetap akan jumpa customer tu lagi cuma kali ni membawa nama company yang berbeza.
Customer bukan kisah kita kerja di mana.
Customer lebih prefer bekerja dengan sales person yang bagus, bukan company yang bagus.
Bila dah kerja sendiri, betul pun.
Kebanyakkan customer-customer yang beli dengan aku adalah customer yang aku handle masa kerja dengan majikan lama.
Moralnya, buatlah sehabis baik di mana pun kita berkerja, sebab kita tak tahu apa yang akan kita jumpa di masa depan.
Dunia ni bukannya besar sangat.
Tahun 2003, aku frust sangat-sangat bila aku akhirnya terpaksa terima tawaran untuk jadi sales executive.
Aku nak jadi saintis, bukan jual barang!
Aku malu kerja jual barang, macam orang tak terpelajar je gayanya.
Tapi aku terima tawaran tu and buat sehabis baik. Itu je pilihan yang ada waktu tu.
2003...2004...2005...2006...2008 akhirnya setup own company.
2009...2010...2012...2014 akhirnya masuk lab buat RnD produk sendiri.
2015...2016...2017...2020 here I am - sambil masuk lab, sambil run own company and now I am into teaching [training] business pula.
"Kau nak jadi saintis? Ok...but not now. Kau kena belajar jual barang makmal dulu. Sebab nanti one day kau akan jumpa someone dari makmal tu yang akan guide kau untuk jadi saintis of your own product. Bila kau dah biasa buat sales, dah biasa bercakap and explain product in detail, Aku nak kau buat teaching pula. That's why 2003 dulu Aku letakkan kau jadi sales".
Boleh jadi gitulah HIS plan untuk aku dulu.
Allah takkan bagi sesuatu kalau kita tak mampu handle.
Allah tahu kenapa dia halakan kita di jalan ni dan bukan jalan tu.
He is directing our steps.
See the gift in what we have.
Pernah tak baca buku The Five People You Meet in Heaven [Mitch Albom]?
Tentang sorang laki umur 60an yang kerja kat amusement park sepanjang hidupnya.
This man ada impian untuk kerja di tempat lain, tapi park tu parents dia yang punya jadi dia dah diajar untuk take over the park.
Dia tak suka, maka sepanjang hayatnya dia discontented.
One day ada sorang budak perempuan yang main-main kat park tu about to be harmed, dalam percubaan untuk selamatkan that girl, dia terbunuh. Dia mati dan dimasukkan ke syurga.
Kat syurga dia berjumpa dengan 5 orang.
4 orang yang pertama bagitau yang dorang sangat berterima kasih sebab semasa hidup this man pernah buat baik to them.
The 5th person yang dia jumpa adalah budak perempuan yang dia selamatkan tu.
Budak tu say thank you sebab cuba tolong dia walaupun nyawanya sendiri jadi taruhan.
Then the man began to realize selama ni dia ingatkan dia berada di tempat yang salah, tapi rupanya he was at the right place.
Bila dia melihat dari perspective yang berbeza baru dia nampak kenapa sepanjang hidupnya walaupun dia cuba untuk cari kerja lain, dia masih kekal di park tu.
Rupanya Tuhan nak bagi dia syurga.
Bila Tuhan tanya syurga mana yang dia nak duduk, dia pilih untuk duduk di syurga yang ada amusement park, the place that he had dreaded all those years.
*merembes*
So, instead of living discontentedly and always wishing we were someone else, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. See the good. Be grateful.
Sebab, kata DIA "Kalau kau bersyukur, nanti Aku tambah lagi".
Pak Aji di hari jadi yang ke 70.