2020-01-17
Fokus
Gambar 2020 & 2009 kalau letak sebelah menyebelah maybe boleh buat iklan produk menggemukkan badan.
Kalau kita pernah underweight, badan kita naik 2kg pun orang cakap "Gemuknya!"
Itulah yang berlaku kat aku.
Aku pernah underweight sampai 41kg [sebelum bersalin Redza].
Masa mengandung Redza, berat aku cecah 58kg. After bersalin Redza, berat aku jadi 45kg.
Sejak dari tu semua kata aku dah gemuk.
45kg gemuk okeh?
Asal balik Tganu, jumpa sedara-mara En Wan, manjang je "Dah gemuk dah dia!".
Aku macam what the.....pfttt.
Kalau nak tengok how "gemuknya" aku dulu, silakan refer gamba tahun 2009 tu.
That's how gemuk I was. Sampai tetek pun tak nampak. Flat je.
Gambar tahun 2015, aku overweight 59kg.
Tinggi 155cm macam aku ni, ideal weight adalah sekitar 48-54kg je.
Cecah 59kg dah nampak berat sangat dah badan. Muka pun penuh.
Tapi ni belum apa-apa lagi. Tahun 2018 aku penah cecah 61kg!
Now berat aku sekitar 51-52kg.
Tak lari dari nombor tu.
Nak turun ke 50kg pun dah malas.
Masa aku umur 35 tahun, berat aku masih lagi around 48-49kg.
Now dah nak masuk 43, I don't think berat 50kg pun senang-senang nak cecah tanpa hardwork.
Dulu, makan nasi sehari 2 kali, minum teh tarik everyday pun berat badan masih boleh turun 5kg.
Now, 10 hari puasa straight, makan sehari sekali, no sugary food and drinks, berat cuma turun 2kg je.
Metabolic rate dah menurun.
Umur-umur macam aku ni kalau nak berdiet tak boleh cincai-cincai, kena betul-betul fokus.
Maksudnya, tak boleh buang masa.
Sebut tentang masa, masa adalah salah satu komoditi yang paling berharga yang kita ada.
Kita boleh buat duit tapi kita tak boleh buat masa.
Nak-nak lagi umur 40an macam ni, masa dah tak banyak untuk banyak benda.
Nak kuruskan badan di umur 40an kena fokus sebab beberapa tahun lagi nak mencecah menopaus, lebih susah nak turunkan berat waktu tu kalau tak start now.
Nak simpan duit di umur 40an pun kena fokus sebab masa kita bekerja dah tak lama, umur 50an dah tak larat nak hustle lagi so now simpan duit dengan disiplin.
Umur 40an kalau masih lagi solat wajib 5 kali sehari macam budak 10 tahun, bak kata ustaz aku, malulah dengan Allah. Patut umur macam ni dah start buat sebanyak-banyak solat sunat, baca Quran banyak, zikir banyak, aurat tutup sempurna. Masa ni nak pulun. Esok dah tua, dah banyak penyakit, banyak amal yang mungkin tak larat nak buat. Nak berlama-lama solat pun tak larat dah. Sementara tengah kuat ni, buat banyak-banyak.
Betullah ayat Allah - Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.
Kita semua ada tanggungjawab menggunakan masa dengan bijak.
Don't live this day unfocused, undisciplined and unmotivated sebab kita tak selamanya akan berada di tempat dan waktu yang sama.
Soalan yang aku always dapat dari orang yang nak berdiet - "Apa yang saya nak buat untuk kurangkan berat dengan cepat?"
Just like post aku semalam - run your own race.
Jangan compete dengan orang siapa lebih cepat kurus. No.
Itu akan buatkan kau tak enjoy dengan weight loss journey.
Buatlah plan sendiri, then follow your plan.
Slow takpe, janji steady.
Set goal dulu - short term and long term.
Berapa kg nak turunkan this week?
Berapa berat nak cakap by next March?
Apa plan untuk cakap your desired weight?
Semua ni kena susun baik-baik.
Umur macam aku ni, aku pernah test puasa 10 hari straight tanpa bersahur [real puasa bukan IF].
Makan hanya waktu berbuka nasi and lauk-pauk, no jajan, no sugary food and drink.
Berat aku turun dalam 2.3kg saja in 10 days dengan inch loss 2 inch.
Aku gerenti ramai yang frust kalau dah puasa ikat perut 10 hari tapi berat turun 2.3kg je.
The thing is, kita kena SEDAR DIRI.
Umur kalau dah 40an, turun tak banyak mana pun sebab metabolic dah rendah.
So, janganlah rasa intimidated dengan orang umur 30an punya berat badan.
Ini tak. Nak compare dengan berat orang umur 34 tahun sedangkan kau 40 tahun dah.
Compare apple with apple lah.
Aku dulu umur 35 tahun pun berat aku masih 49kg, nak celen?
Yang penting start now dan fokus untuk habiskan.
I know too many people who have great potential tapi takde disiplin when it comes to how nak gunakan masa.
Niat tu dah ada tapi mudah sangat nak distracted.
Apa yang kita buat, be it berdiet, menulis, membaca, mengemas rumah - kena disiplin to stay focused.
Kalau tak, kita akan distracted dan buat something else yang kita tak patut buat.
Contohnya tengah baca Quran, aim nak habiskan 4 muka surat tetiba whatsapp bunyi, kau pi baca.
Then terus distracted buat benda lain.
Alih-alih dah sampai waktu untuk masak, kita pun tutup Quran, done.
Aku always ingatkan diri aku sendiri - sesiapa yang whatsapp aku maknanya perkara tu tak urgent.
Kalau urgent, dia takkan whatsapp, dia akan call terus. So, whatsapp can always wait.
Kasi aku habiskan kerja aku dulu, then aku baca kendian.
Apa jenis tips untuk kuruskan badan tapi kalau takde disiplin, tips tinggal tips je lah.
Stay focused.
Takde yang lebih menyedihkan daripada one day kau akhirnya tersedar "Kenapa aku buang masa banyak sangat? Kenapa aku tak fokus?".
Awal bulan hari tu ada sorang blog reader datang ofis nak hantar kuih bawang kat aku.
Lama juga bersembang dengan dia.
Dia kagum aku masih lagi berblogging sampai sekarang when ramai bloggers seangkatan aku dah slowly pencen.
Aku bagitau yang aku berblog bukan sebab trend, tapi kerana suka menulis.
Nak maintain menulis bukan saja perlu ada passion tapi perlu ada disiplin.
Everyday aku tetapkan syarat mesti menulis at least 1500 patah perkataan.
Macamana pun mesti habiskan 1500pp. Jarang aku skip this melainkan aku tak sihat.
Kalau blogpost hari tu tak cukup 1500pp, aku akan terus menulis next post biar total menulis hari tu mencecah 1500pp.
[tapi ada ke post aku yang less than 1500pp? Hahaha]
When we understand the value of time, lama-lama kita hilang minat nak buat benda yang tak mendatangkan faedah contohnya melayan perangai manusia.
If somebody has a problem with you, as long as you are being your best, with all due respect, that's their problem and not yours.
Tak perlu kita sibuk nak resolve semua konflik, nak explain itu ini. Itu semua distraction.
Some people memang tak suka nak berdamai dengan kita jadi don't waste your time fighting battles that don't matter.
Bagaimana kita spend masa kita bukan saja penting tapi dengan siapa kita spend pun penting.
Kadang-kadang kena sisihkan some relationships yang tak menambah value dalam diri kita.
Sebab, bila kita spend time dengan someone, kita sebenarnya meng-invest masa kita.
Nama pun INVEST, haruslah ada keuntungan.
If they are making you better, takpe.
Tapi kalau hang out dengan set-set yang takde disiplin, suka bertangguh, semua benda pun tak kisah, unmotivated - let me give you some advice.
FIND SOME NEW FRIENDS.
Yes, they may be good people, have good hearts tapi assignment kita lebih penting. Dan masa kita sangat bernilai.
Kau nak kurus, tapi kau melepak dengan orang yang tak berhenti-henti mengunyah, celah mana nak kurusnya?
Tapi tak perlulah sampai buat announcement "Eh korang, aku terpaksa keluar dari group ni sebab Kak Di suruh. Kalau tak, impian aku nak kurus tak tercapai".
Please, do me a favor. Leave my name out of this, ya.
However kau boleh slow-slow kurangkan spend time dengan dorang.
Ini tak terhad pada geng makan-makan only.
Walau dengan sesiapa pun, kalau kita tak let go of the wrong people, kita takkan berjumpa dengan the right people.
Kadang-kadang kelompok yang kita bersama-sama ni was good at one time only.
Dalam tempoh beberapa tahun kita dah capai milestone kita.
Now, boleh jadi kita dah grown more than they have. We are running at a different pace now.
Kita terpaksa keluar dari kelompok itu untuk bersama dengan new kelompok supaya kita boleh start the next mission.
Itu tak menjadikan mereka yang kita tinggalkan as a bad person.
It's just dah sampai masa untuk kita berubah. New season gitu.
Tak bermakna kita tak boleh berkawan dengan mereka lagi, cuma kita perlu faham untuk teruskan misi, ada yang perlu kita korbankan.
Some people datang dalam hidup kita sebagai scaffolding [kayu/besi yang pekerja bangunan panjat].
Dia bagi semangat kat kita, dia inspire kita, dia motivate kita, dia sokong apa yang kita buat.
But at some point, bila bangunan dah siap, scaffolding tak boleh dah nak terus duduk situ.
Kalau scaffolding terus melekat kat bangunan, bangunan takkan jadi seperti yang dia patut jadi.
Same goes to us.
Kenang jasa mereka yang bantu kita, tapi dalam masa be big enough to recognize when their part in your story is over.
Memang lumrah manusia suka berpegang pada yang lama.
Kenangan lama, kawan-kawan lama, barang-barang lama, lagu-lagu lama [aku la ni].
Kita memang suka kalau semuanya kekal sama tak berubah.
Tapi perubahan adakalanya mendatangkan kebaikan.
So on a regular basis, please evaluate siapa orang yang kita pilih untuk spend time with.